الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
Hadith Tentang Peristiwa Akhir Zaman ( BAHAGIAN 3 )
AHLI
IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG FASIQ
Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw.,
"Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang
fasiq". (Riwayat Ibnu Ady)
Keterangan:
Nabi saw. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua
golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang
fasiq. Sebenarnya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan
manusia. Oleh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada
orang-orang yang berlainan
pula. Bagi si jahil, syaitan selalu menyuruhnya
supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan
tidak diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin
mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat
tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di pihak syaitan.
Begitu pula halnya dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan
menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga
Si Alim ini meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam
dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat
nanti. Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya. Gejala yang sebegini rupa
dapat dilihat di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat ini adalah
orang yang jahil dan yang mengabaikan halhal ibadat ini pula adalah terdiri
daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.
ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMANYA
SEPERTI
MEMEGANG BARA API
Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda,
"Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang
kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. (Riwayat Tirmizi)
Keterangan:
Yang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar
sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi
kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh,
nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini adalah disebabkan suasana
disekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan
apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan
perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang
menyebabkan kefasiqan. lni juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam
melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.
GOLONGAN RUWAIBIDHAH
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw.
bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus
(kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan
orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah
dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap
hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "Apakah
Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang
kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (Riwayat
Ibnu Majah)
Keterangan:
Zaman yang disebutkan tadi adalah zaman ketandusan. Tandus
di segi material dan juga tandus di segi pemikiran. Orang yang benar akan
diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan
dibesar-besarkan. Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang
berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak
tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh
masyarakat.
PEPERANGAN DEMI PEPERANGAN
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw.
bersabda, "Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta
benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku
'al-Harj'". Sahabat bertanya, "Apakah al-Hajr itu hai Rasulallah"?
Nabi saw. menjawab, "Peperangan demi peperangan demi peperangan".
(Riwayat Ibnu Majah)
Keterangan:
Realiti dunia hari ini membuktikan kebenaan sabda junjungan
kita Nabi saw. Harta benda melimpah ruah. Banyak alat-alat moden yang
dihasilkan oleh teknologi Barat dan Timur sehingga bertambah banyak alatan dan
keperluan hidup. Maka oleh kerana itu ramai orang yang berlumba-lumba untuk
mengaut keuntungan dalam membuat dan memperdagangkan alat-alat tersebut. Dan
oleh kerana masing-masing tamak dan rakus maka terjadilah perebutan yang
mengakibat berlakunya peperangan demi peperangan. Dari semasa ke semasa
peperangan berkobar dengan tiada henti-hentinya. Padam di suatu tempat menyala
pula ditempat yang lain. Satu sama lain saling cakar mencakari. Semakin maju
teknologi, semakin terseksa manusia kerananya. Sebenarnya teknologi tidaklah
bercanggah dengan Islam, tetapi ia mestilah tunduk kepada etika kemanusiaan
yang didukung oleh Islam itu sendiri. Sedangkan teknologi yang ditaja oleh
dunia barat hari ini adalah berdasarkan kepada kepentingan peribadi dan
mengikut telunjuk hawa nafsu yang rakus sehingga teknologi itu digunakan untuk
menghancurkan nilai-nilai kemanusian itu sendiri. Nampaknya, begitulah keadaan
yang berlaku dari umur dunia ini, sehinggalah sampailah ketitik akhirnya, iaitu
qiamat.
MASA AKAN MENJADI SINGKAT
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw.
bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka
setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan
seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan
satu jam dirasakan seperti satu petikan api".
(Riwayat Tirmizi)
Keterangan:
Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat
sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum
dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang
disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat
kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa. Menurut Imam
al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut
keberkatan daripadanya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani
itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita
laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit
perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya
qiamat.
MUNCULNYA GALIAN-GALIAN BUMI
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke
hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang
pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat
tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: "Hai Rasulullah! Emas ini
adalah hasil dari galian kita". Lalu Nabi saw. menjawab, "Nanti kamu
akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah
orang-orang yang jahat". (Riwayat Baihaqi)
Keterangan:
Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw.
sejak limabelas abad yang lalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan galian
bumi, seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain, tetapi yang menguruskan
dan yang menguasainya adalah orangorang yang bukan Islam. Ini adalah suatu
realiti yang sangat jelas di mata kita dan merupakan salah satu di antara
petanda hampirnya hari qiamat.
TANAH ARAB YANG TANDUS MENJADI LEMBAH YANG SUBUR
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah
saw.; "Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu)
menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai". (Riwayat
Muslim)
Keterangan:
Sekarang kita telab mula menyaksikan kebenaran sabdaan
junjungan kita ini. Kita banyak melihat tanah Arab yang dahulunya tandus dan
kering kontang tetapi sekarang telah mulai menghijau dan ditumbuhi
rumput-rumput dan pohon-pohon kayu. Contohnya, Padang Arafah yang ada di Makkah
al-Mukarramah yang dahulunya hanya dikenali sebagai padang yang tandus dan
tidak ada pohon kayu. Sekarang ini Padang Arafah dipenuhi pohon-pohon kayu,
sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat berteduh di bawah naungannya.
Keadaan ini walaupun menyejukkan mata memandang namun ia mengurangkan gambaran
suasana padang Mahsyar, tempat berhimpunnya seluruh makhluk pada hari qiamat
nanti yang merupakan tujuan utama dan pelajaran penting yang diambil dari
suasana wuquf jamaah Haji di Padang Arafah pada setiap 9 Zulhijjah tahun
Hijriyah.
UJIAN DAHSYAT TERHADAP IMAN
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw.
bersabda; "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat
terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman
di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak
Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok
harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari
mata benda dunia." (Riwayat Muslim)
Keterangan:
Hadis ini menerangkan kepada kita betapa dahsyat dan
hebatnya ujiaan terhadap iman seseorang diakhir zaman. Seseorang yang beriman
di waktu pagi, tiba-tiba dia menjadi kafir diwaktu petang. Begitu pula dengan
seseorang yang masih beriman di waktu petang, tiba-tiba pada esok paginya telah
menjadi kafir. Begitu pantas dan cepat perubahan yang berlaku. Iman yang begitu
mahal boleh gugur di dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja, sehingga
ramai orang yang menggadaikan imannya kerana hanya hendak mendapatkan sedikit
dari harta benda dunia. Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman. Dan
menurut riwayat Ibnu Majah, beliau menambahkan, "kecuali orang yang
hatinya dihidupkan Allah swt. dengan ilmu". Mudah-mudahan Allah swt.
menjadikan kita di antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya, sehingga
dengan itu Allah Swt. akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini.
KELEBIHAN IBADAT DISAAT-SAAT HURU HARA
Daripada Ma’qil bin Yasar ra. berkata Rasulullah bersabda:
"Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau bilau) adalah seperti
berhijrah kepadaku". (Riwayat Muslim)
Keterangan:
Orang yang mampu beribadat dan menunaikan kewajipan agamanya
di saat-saat yang penuh dengan huru hara dan gangguan dari segenap penjuru, dan
mampu mengingati Allah swt. di saat-saat orang lain lupa dan di sibukkan dengan
perkara-perkara yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala
hijrah yang telah dilakukan oleh kaum Muhajirin di zaman Rasulullah saw.
Mudah-mudahan kita termasuk di kalangan mereka yang mampu beribadat walaupun di
dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan, dan mudah-mudahan kita
mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan oleh Rasulullah saw. tadi.
PEPERANGAN DI KAWASAN SUNGAI FURAT (IRAQ) KERANA MEREBUT KEKAYAAN
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw.
bersabda; 'Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates
iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak
sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya.
Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang.
Dan masing-masing yang terlibat berkata, "mudahmudahan akulah orang yang
terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat
suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak
perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia
mengambil sesuatu pun daripada harta itu". (Riwayat Bukhari & Muslim)
Keterangan:
Hadis ini jelas sekali menerangkan bahawa di kawasan Iraq dan
disekitarnya akan berkobar peperangan yang berpunca dari merebutkan kekayaan
yang ada di sana dan ramai yang terkorban dan masing-masing pihak bercita-cita
seandainya merekalah yang terselamat.