الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
Hadith Tentang Peristiwa Akhir Zaman ( BAHAGIAN 4 AKHIR )
Hadith tentang Peristiwa
Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Al-Fadhil Ustaz Abu
Ali al-Banjari an-Nadwi (Ahmad Fahmi
Zamzam)
KETIADAAN
IMAM UNTUK SEMBAHYANG BERJEMAAH
Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata: Aku mendengar
Rasulullah saw. bersabda; "Lagi akan datang suatu zaman, orang ramai
berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat memulakan sembahyang berjamaah
kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi imam". (Riwayat Ibnu
Majah)
Keterangan:
Walau pun secara pastinya pada hari ini kita belum lagi
sampai ke peringkat apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. tadi, namun
masyarakat kita sekarang ini sudah menghala ke sana. Banyak kampung-
kampung yang
tidak mempunyai Tok Imam yang benar-benar mampu melaksanakan peranan Imam yang
sebenar. Kelihatannya, masyarakat kita kekurangan kepada ilmu-ilmu syari'at.
Mereka yang berilmu pula ramai yang tidak menghadiri sembahyang berjemaah, maka
tinggallah orang-orang yang jahil. Maka apabila hal ini berpanjangan, pasti
pada suatu hari nanti akan sampai juga ke peringkat keadaan yang telah
dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi.
ULAMA TIDAK DIPEDULIKAN
Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w
bersabda; "Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu
(sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut
lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti
hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada
fasihnya)." (Riwayat Ahmad)
Keterangan:
Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang
telah digambarkan oleh Rasulullah saw. ini. Masyarakat sudah agak jauh dari
para ulama. Mereka takut mendekati para ulama, kerana khuatir perbuatan mereka
akan ditegur. Orang tidak segan lagi membuat maksiat walau pun di hadapan orang
yang tinggi akhlaknya. Terkadang, sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan
para Ulama untuk menyatakan rasa ego dan sekaligus untuk menyinggung perasaan
mereka. Golongan ini juga pandai bercakap dan sering memutarbelitkan kenyataan.
Percakapan mereka begitu halus dan memikat orang lain pada hal hati mereka
adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam dan memangsa musuhnya.
ISLAM NAMA SAHAJA
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda
Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal
lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada
Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah,
tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk
yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan
kepada mereka fitnah ini akan kembali". (Riwayat Baihaqi)
Keterangan:
Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya
tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini.
Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan
dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda
dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan
penyebaran dakwah dari masa ke semasa.
AL QURAN AKAN HILANG DAN ILMU AKAN DIANGKAT
Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah
s.a.w bersabda; "Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak
(warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa
nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa
yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk
(ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan AlQuran akan dihilangkan
kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal
dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya
beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, lakilaki dan
perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenek moyang
kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami pun
mengatakannya juga". Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah),
"Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha
illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang
dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah"? Maka Huzaifah
memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi
pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali
pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah
menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api
neraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali). (Riwayat Ibnu
Majah)
Keterangan:
Hadis di atas tadi menerangkan kepada kita bahawa pada suatu
masa nanti:
1. Ilmu
tentang Islam akan diangkat.
2. Al-Quran
juga akan diangkat daripada permukaan bumi ini.
3. Orang
ramai hanyalah mengenali beberapa istilah Islam, tetapi mereka tidak memahami
apa yang dimaksudkan dengan istilah-istilah itu.
4. Begitu
pula mereka hanya sekadar mampu mengucapkan kalimat "Lailaha
illallah", tetapi mereka tidak memahami apa tuntutan kalimat suci itu
terhadap mereka.
Walau bagaimana pun Allah swt. dengan belas kasihannya masih
menghargai keimanan mereka yang sedikit itu dan akan memasukkan mereka ke dalam
syurga.
LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda:
“Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun
kepada mereka iaitu:
1. Apabila
harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila
amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat
dijadikan hutang.
4. Suami
memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak
derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan
ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia
suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara
sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang
menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang
dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar
(arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain
sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para
artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik
banyak dimainkan.
15. Generasi
akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). Maka pada
ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka
akan dirobah menjadi makhluk lain". (Riwayat Tirmizi)
Keterangan:
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah
disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA
Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw.
kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum
Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah
mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan
Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:
1.
Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu
kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan
ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan
ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
2.
Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan
timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari
rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.
3.
Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda
kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang
(yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi
hujan oleh Allah swt.
4.
Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan
Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh
itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
5.
Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak
melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu
menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan
peperangan di kalangan mereka sendiri ".
(Riwayat Ibnu Majah)
Keterangan:
Hadis di atas menerangkan bahawa:
1. Penyakit
Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.
2. Kesukaran
mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang
mengurangkan sukatan dan timbangan.
3. Kemarau
panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.
4. Kemampuan
musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti
hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada
mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.
5. Perang
saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada
mengenepikan hukum-hukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai
undang-undang di dalam kehidupan.
BILAKAH AKAN TERJADI KEHANCURAN
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: "Pada suatu masa
ketika Nabi saw. sedang berada dalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap
dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A'rabi (Arab Badwi) dan terus
bertanya kepada Rasulullah saw., "Bilakah akan terjadi hari qiamat?".
Maka Nabi saw. pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir
berkata, “Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu
tidak disukainya". Sementara yang lain pula berkata, "Bahkan beliau
tidak mendengar pertanyaan itu". Sehingga apabila Nabi saw. selesai dari
percakapannya beliau bersabda, "Di mana orang yang bertanya tentang hari
qiamat tadi ?" Lalu Arab Badwi itu menyahut,
"Ya! Saya hai Rasulullah". Maka Nabi saw.
bersabda, "Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari
qiamat". Arab Badwi ini bertanya pula, "Apa yang dimaksudkan dengan
mensia-siakan amanah itu"? Nabi saw. menjawab, "Apabila urusan
diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari qiamat".
(Riwayat Bukhari)
Keterangan:
Pada hari ini banyak urusan telah diserahkan kepada yang
bukan ahlinya, sedangkan orang yang layak untuk menjalankan urusan tersebut
tidak diberi peluang yang sewajarnya. Ini bermakna saat kehancuran tidak lama
lagi akan terjadi.
BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID
Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw.
bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku
bermegah-megah (dengan binaan) masjid".
(Riwayat Abu Daud)
Keterangan:
Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam
berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing
negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka
hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat
dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi
yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.
MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda;
"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia
dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat
daripada kulit kambing (berpurapura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati
orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati
mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuantujuan yang jahat). Allah swt.
Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah
kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah
akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri,
sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab
fitnah itu)". (Riwayat Tirmizi)
Keterangan:
Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah
orang-orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia.
Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila
bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum
Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan
hujah-hujah yang menarik dan alasan-alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya
hujah-hujah dan alasan tersebut hanya semata-mata timbul dari kelicinan mereka
memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka
sendiri. Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga
orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran.
Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu
dalam permasalahan yang dihadapi.
GOLONGAN YANG SELAMAT
Daripada 'Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw.
bersabda; "Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu
golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh
puluh lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh
puluh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu
golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam
kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan,
hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan
masuk neraka. Sahabat bertanya, mana yang selamat"? Nabi saw. menjawab,
"Mereka adalah jamaah". (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah). (Riwayat
Ibnu Majah)
Keterangan:
Yang di maksudkan dengan jamaah yang selamat ini ialah
golongan yang tetap berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah dan juga
dengan pendirian sahabatsababat dan salafus-shaleh, atan pun yang diistilahkan
oleh para ulama dengan golongan "Ahlus Sunnah wal Jamaah". Selain
dari golongan ini adalah sesat dan akan menjadi penghuni neraka.
LAHIRNYA IMAM MAHADI
Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah saw.
bersabda: "Dunia tidak akan hilang (qiamat) sehinggalah bangsa Arab akan
dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluarga ku (keturunan ku) yang namanya
sama dengan namaku". (Riwayat Tirmizi)
Keterangan:
Hadis ini menerangkan kepada kita bahawasanya dunia ini
tidak akan qiamat sehinggalah bangsa Arab dan juga bangsa Ajam dikuasai oleh
seorang lelaki keturunan Rasulullah saw., iaitu Imam Mahdi. Ia akan
melaksanakan keadilan di permukaan bumi ini dan akan diikuti oleh seluruh kaum
muslimin. Ia akan memerintah selama tujuh tahun. Kemudian keluarlah Dajal dan
turun pula Nabi Isa 'alaihis salam, dan Nabi Isalah yang akan membunuh Dajjal
itu. Menurut kebanyakan ulama, Imam Mahdi akan lahir disaat umat Islam
berpecah-belah dan dimasa pemerintahannya semua umat Islam akan bersatu dan
berjaya menundukkan seluruh bangsa yang ada di dunia ini dibawah kekuasaan
Islam.
SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
"Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang
berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu
perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari
qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat
sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian
beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari
tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj,
tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di
Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri
Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(Riwayat Muslim)
Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw.
dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di
saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
1. Dukhan
(asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di
kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal
yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai
orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Binatang
besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa
manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari
akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi
menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang
berdosa.
5. Turunnya
Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan
Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala
salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh
Dajjal.
6. Keluarnya
bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini,
iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi
bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan
pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa
bumi di Timur.
8. Gempa
bumi di Barat.
9. Gempa
bumi di Semenanjung Arab.
10.
Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke
Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab
Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang
terpilih) dari himpunan hadishadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal
adalah yang mendahului segala petandapetanda besar yang mengakibatkan perubahan
besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan
kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian
terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat
yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini
akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali
keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada
waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
Saidina Umar al-Khathab r.a. berkata, "Hitung-hitunglah
dirimu sendiri sebelum kamu dihitung, dan timbang-timbanglah dirimu terlebih
dahulu sebelum kamu ditimbang, dan bersiap-siaplah untuk menghadapi alam terbuka yang besar (Padang
Mahsyar)."