الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    اهدنا الصراط المستقيم

    Siratul Mustaqim: Jalan Yang Lurus
    Anas bin Malik r.a. meriwayatkan dia bertanya sekiranya Rasulullah ﷺ akan
    mensyafaatinya pada Hari Akhirat. “Aku akan mensyafaatimu,” jawab Rasulullah ﷺ
    “Jadi di mana aku perlu mencarimu pada hari akhirat kelak?” tanya Anas r.a.
    “Apabila kau perlukanku,  pertamanya carilah aku di Sirat (titian),” jawab Rasulullah ﷺ
    “Dan jika aku tidak menjumpaimu?” tanya Anas r.a.
    “Maka carilah aku di Mizan (timbangan),” jawab Rasulullah ﷺ
    “Di mana aku perlu mencarimu,” tanya Anas r.a., “jika engkau tiada juga di Mizan?”
    “Maka carilah aku di Hawd (telaga). Aku tidak akan pergi dari ketiga-tiga tempat ini pada masa itu,” jawab Rasulullah ﷺ
     (Tirmizi).
    Maka tempat pertama untuk meminta syafaat daripada Rasulullah ﷺ adalah di sirat. Sirat itu sendiri merupakan titian yang merentangi neraka dan seseorang itu mesti melepasinya untuk ke syurga. Ia disifatkan sebagai titian halus – lebih halus daripada seurat rambut – dan juga licin. Jadi bagaimana kita akan melepasinya?
    Surah al-Fatihah adalah surah yang kita baca pada setiap rakaat dalam setiap solat – lebih 17 kali sehari. Oleh itu adalah penting untuk kita mengetahui makna secara terperinci tentang setiap ayat supaya kita boleh menghayati apa yang dibaca.
    Hari ini kita akan memulakan satu usaha yang unik untuk menyemai dalam diri kita rasa kagum terhadap Tuhan, dan yang menariknya, jalan ke arah usaha ini hanya sedikit yang menjejaknya.
    Allah berfirman:

    “Katakanlah: perhatikanlah apa-apa yang di langit dan di bumi…” (Qur’an, 10:101).
    Allah telah memerintahkan kita untuk memerhati dan fikir. Video berikut membawa kita ke suatu perjalanan yang hebat:
    Betapa hebatnya perbandingan kita yang kecil ini dengan ciptaan yang lagi hebat. Pernahkah kita terfikir tentang jarak di antara kita dan syurga? Allah berfirman:
    إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ
    “Sesungguhnya Tuhanmu ialah Allah, yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian dia bersemayam di atas ‘Arasy” (Qur’an, 7:54).
    Pastinya kita tidak mengetahui maksud sebenar bagaimana Allah bersemayam di atas Arasy, seperti Allah juga mengatakan ‘tidak ada sesuatu apa pun sepertiNya” (Qur’an, 42:11). Bagaimana pun, ini bukanlah topik perbincangan kita hari ini. Jika apa yang kita lihat di dalam video itu sekadar samaa ad-dunya (syurga terendah),  bolehkah kita bayangkan terdapat tujuh tingkat syurga, dan akhirnya di atas syurga teratas itu, adalah Kursi dan ‘Arasy Allah?
    Bolehkah kita bayangkan Kursi itu? Rasulullah ﷺ memberitahu kita:
    ما السماوات السبع في الكرسي ، إلا كحلقة ملقاة بأرض فلاة
    “Tujuh syurga itu tidak dapat dibandingkan dengan Kursi umpama sebentuk cincin yang dicampak ke padang pasir.” (Ibn Hajar)
    Jika begitulah Kursi, bagaimana pula dengan ‘Arasy?
    Baginda kemudian berkata:
    فضل العرش على الكرسي ، كفضل تلك الفلاة على تلك الحلقة
    “Dan kehebatan ‘Arasy itu dibandingkan dengan Kursi adalah seperti padang pasir itu dibandingkan dengan cincin itu.”
    Bolehkah kita mula membayangkannya? Bagaimana kita boleh terlalu angkuh? Bagaimana kita boleh berdiri di hadapan Allah dan tidak merasa kemurahanNya dengan situasi kita? Kadang-kadang kita kagum dengan kehebatan manusia seperti menara tertinggi, terbang dalam pesawat mahupun teknologi pengklonan, tetapi bila kita menyelusuri kehebatan alam semulajadi ciptaan Allah (seperti dalam video di atas) dan kita akan merasa sangat terpesona. Setelah merenung semua ini, baca hadis Rasulullah ini:
    فإذا صليتم فلا تلتفتوا فإن الله ينصب وجهه لوجه عبده في صلاته ما لم يلتفت
    “Apabila kamu bersolat, jangan pandang sini atau sana kerana Allah menghadapkan wajahNya ke wajah hambaNya, selagi mana dia tidak berpaling.” (Tirmidhi)
    Jadi bagaiman boleh kita berpaling? Bandingkan dengan apa yang kita lihat
    dalam artikel sebelumnya tentang sel. Semuanya bekerja tanpa perlukan tindakan kita, dan apabila kita meneruskan hari-hari kita Allah menggerakkan mereka dan memastikan mereka berfungsi. Kita hanya perlu berkata “Al-hamdu lilahi Rabb al-`alameen” (segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam).
    Solat adalah suatu perbualan
    Allah telah menyatakan dalam sebuah hadis qudsi tentang surah al-Fatihah:
    “Aku telah membahagikan solat di antara Aku dan hambaKu, kepada dua bahagian, dan hambaKu akan mendapat apa yang dimintanya. Apabila hamba itu berkata, “Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam,” Allah berkata, “hambaKu telah memujiKu.”
    Apabila hamba itu berkata “yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,” Allah berkata, “hambaKu telah menyanjungKu.”
    Apabila hamba itu berkata “ Yang Menguasai Hari Pembalasan,” Allah berkata, “hambaKu telah memuliakanKu.”
    Apabila hamba itu berkata “kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan,” Allah berkata, “ini adalah antara Aku dan hambaKu, dan hambaKu akan mendapat apa yang dipintanya.”
    Apabila hamba itu berkata “Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat, bukannya jalan orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat,” Allah berkata, “semua ini adalah untuk hambaKu, dan hambaKu akan mendapat apa yang dipintanya.” (Muslim)
    Indahnya perbualan dengan Tuhan. Ibn Al-Qayyim mengatakan yang paling indah adalah ketika Tuhan mengatakan kita sebagai hambaNya. Kenang kembali ketika Allah mengangkat Rasulullah ﷺ semasa Israk dan Mikraj, Dia berfirman:

    “Maha Suci Tuhan yang memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari, dari masjidil haram ke masjid yang amat jauh (baitulmaqdis), yang telah Kami berkati sekelilingnya, supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” (Qur’an, 17:1)
    Menghambakan diri pada manusia membawa kepada penghinaan, namun menghambakan diri kepada Allah, disertai dengan cinta, adalah penghormatan yang tertinggi.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA