الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
Ahli Zikir Abdullah Zulbijadain
Tinggalnya di sebuah kampung yang penduduknya terdiri daripada golongan kuffar. Lahir di dalam keluarga yang berada. Diriwayatkan walaupun berada dalam kuffar dan tinggal di kalangan kuffar, namun dia mempunyai hati yang bersih. Mengenali islam, mempelajari islam melalui perkhabaran.
Beliau datang ke Madinah, menuju kepada Rasulullah s.a.w sebelum peperangan di Khaibar. Ketika Qabilahnya adalah orang-orang kafir yang ketika dia ingin berhijrah ke Madinah, dihalang oleh
mereka. Maka akhirnya dia mendapatkan kesempatan untuk melarikan diri, maka diapun lari membawa bekalnya. Maka di perjalanan dia berjumpa atau dihadang oleh orang-orang dari Qabilahnya. Mereka menghadang dan berkata, “Ke mana engkau pergi? pulanglah semula!”. Maka dia berkata kepada orang-orang tersebut, “Untuk apa kalian menghalang aku? Kalian tidak akan mengambil manafaat apapun dariku”. Maka beliau berkata, “Bolehkah aku menebus diriku untuk pergi kepada Rasulullah dengan bayaran semua hartaku aku berikan, tapi biarkan aku berjalan menuju kepada Rasulullah”. “Betul kalau begitu demikian seluruh hartamu yang ada di kampung halamanmu semua bawa kemari dan termasuk yang kau bawa ”. Dia berkata, “Ambil semuanya”. Maka mereka mengambil seluruh hartanya termasuk yang dia bawa hingga tidak berbaki melainkan dua pakaian lusuh untuk menutup di bawah pusatnya dan satu untuk menutup bahunya.
Dia pun sampai ke kota Madinah tidak punya apa-apa kecuali dua pakaian lusuh tersebut. Maka para sahabat menamakan orang ini sebagai Zulbijadain, bermaksud “Pemilik dua kain yang lusuh”. Dia dengan senang hati meninggalkan semua hartanya sebagai imbalan untuk dapat melihat wajah Nabi Muhammad s.a.w Dia banyak berzikir kepada Allah. Suatu kali Nabi Muhammad lewat di bawah masjid dan terdengar suara Zulbijadain terdengar lantang berzikir kepada Allah.
Dari Imam Ahmad dalam musnadnya , jilid 4 halaman 159. ( Daripada Zaid bin Aslam r.a berkata : Berkata Ibnu al arda’: Aku keluar bersama nabi s.a.w pada satu malam. Kami melalui seorang lelaki di masjid . Dia mengangkat suaranya. Aku berkata : Wahai Rasulullah, bukankah itu nak menunjuk-nunjuk? Rasul bersabda : Tidak ! tetapi dia adalah Awwah.
Diriwayatkan daripada Uqbah bin A’mir r.a : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata kepada seorang lelaki yang dipanggil zulbijadain : Sesungguhnya dia adalah awwah kerana dia berzikir kepada Allah ( dengan kuat ).
Dikeluarkan oleh Abdul Razzaq dalam ‘ Musannaf ‘ pada hadis nombor 6559.( Berkata al Hasan bin Muslim : Ada seorang lelaki dari ahli Najd, apabila dia berdoa dia angkat suara, bila dia bersolat, dia mengangkat suaranya.Apabila dia membaca al Quran, dia akan mengangkat suaranya. Maka mengadulah Abu Zar kepada Rasulullah s.a.w dan dia berkata : Wahai Rasulullah, sesungguhnya ada seorang arab telah menyakitiku. Apabila dia berdoa pasti dia akan mengangkat suaranya. Apabila dia membaca al Quran, dia akan mengangkat suaranya . Maka bersabdalah nabi s.aw : Biarkan dia, sesungguhnya adalah Awwah .
Semua itu kerana cintanya kepada Rasulullah s.a.w sehingga sanggup betkorban. Dia adalah di antara orang yang fakir miskin di kalangan sahabat. Sedangkan pada waktu terdapat banyak fakir miskin. Adakah semua fakir miskin seperti mereka? Mereka mendapat tempat dan kemuliaan didunia dan akhirat.
Siapakah dia?
Dia adalah Abdullah Zulbijadain nama ketika sebelum memeluk Islam Abd Uzza. Beliau sanggup bertahan selama hampir 3 tahun di Makkah. Dikelilingi oleh masyarakat jahiliah, tidak ada sahabat mahupun saudara seIslam. Semuanya telah berhijrah ke Madinah kecuali beliau. 3 tahun. Bukan jangka masa yang sekejap. Tapi kerana imanlah yang menjadikan Abdullah Zulbijadain istiqamah
dengan Islam. Setelah 3 tahun tidak berjaya mengajak bapa saudaranya kembali kepada Islam, beliau pun berhijrah ke Madinah. Tetapi ternyata sebelum berhijrah bapa saudaranya telah berkata:
"Hai anak saudaraku, jika engkau ingin kekayaan dan kemewahan ini terus bersama engkau, teruslah berada di sini dan kembalilah kepada agama asal nenek moyangmu. Tetapi sekiranya engkau ingin berhijrah dan bersama dengan Muhammad, maka kembalikan semua harta kekayaan yang telah engkau ambil dari aku."
Abdullah Zulbijadain memulangkan semua harta kekayaan pak ciknya. Beliau hanya membawa kain kasar yang telah dipotong dua untuk menutup bahagian depan dan belakangnya. Tiada lagi pakaian mahal, makan minum yang mewah. Sebab itulah Rasul s.a.w. menamakan beliau dengan Abdullah Zulbijadain (Hamba Allah yang mempunyai dua kain kasar).
Digelar Zul Bijadain yang membawa maksud “mempunyai dua kain kasar”? Pengorbanan yang dilakukannya itu menyebabkan dia mendapat gelaran itu. Dia mempunyai seorang bapa saudara yang sangat kaya raya. Memang sejak dari kecil, beliau hidup senang-lenang bersama ayah saudaranya. Hatta sehingga umat Islam berhijrah ke Madinah, dia tegar untuk tinggal di Madinah selama hampir 3 tahun semata-mata untuk mengajak bapa saudaranya itu kepada Islam. Akhirnya pada suatu hari, setelah tidak berjaya memujuk bapa saudaranya itu, beliau berhajat untuk berhijrah. Bapa saudaranya telah mengugut beliau dengan katanya, “Sekiranya engkau ingin bersama Muhammad, tinggalkan semua harta yang aku pernah berikan padamu itu.”