Allah berfirman yang bermaksud : “ Tidak Aku jadkan jin dan manusia melainkan supaya menyembah kepada Ku”. (Adz-Zzaariyaat Ayat 51:56). Menyembah Allah dengan satu misi demi mendapat perlindungan dari-Nya dari godaan iblis dan syaitan untuk memuderatkan amal-amal ibadah manusia.
Perkara utama manusia dijadikan Allah di muka bumi-Nya ialah menyembah kepada-Nya melalui jalur-jalur ibadah. Ibadah merupakan tanggungjawab sebagai hamba Allah dalam membina tamadun dan sebagai khalifah Allah demi memakmurkan alam kehidupan. Membina satu kehidupan yang diredai Allah s.w.t., tidak sunyi dengan bermacam-macam kerenah serta ranjau-ranjau perjalanan hidup yang direka bentuk oleh iblis laknatullah.
Ibadah zikirullah merupakan perisai untuk menghadang kemaraan iblis dan syaitan dengan niat untuk merosak dan membinasakan amal-amal ibadah manusia. Hidup merupakan perjuangan dan perjuangan adalah pengorbanan. Ibadah berbentuk zikirullah merupakan pengorbanan. Maka itu setiap ibadah kepada Allah memerlukan pengorbanan dan pengorbanan itu agenda dalam hidup untuk memurnikan pembangunan tamadun kehidupan yang diredai Allah s.w.t.
Kemanfaatan hidup memerlukan faktor-faktor yang membina akhlak serta amal-amal jariah setiap individu sebagai pemain dalam kelangsungan hidup yang diredai Allah s.w.t. Dalam melakarkan pembangunan kehidupan dua faktor yang Allah wujudkan untuk ditangani manusia mencapai reda Allah iaitu kejayaan dan kegagalan atau kesihatan dan kemuderatan. Setiap makhluk yang hidup wajar melalui dua fenomena tersebut dalam percaturan hidup.
Sebagai makhluk Allah yang diberikan akal serta mempunyai kemahiran berfikir, manusia wajar mengguna kan fitrah tersebut sebagai perisai mempertahankan kesempurnaan hidup yang diredai Allah s.w.t. Akal membina diri demi menegakkan disiplin pembangunan demi mendapat keredaan Allah s.w.t. Antara disiplin yang menjamin keutuhan pembangunan kehidupan ialah melalui jalur-jalur ibadah zikirullah.
Zikirullah membentuk jiwa menangani kehidupan secara istiqamah yang Allah sentiasa perkenankan ganjaran setimpal dengan disiplin perlaksanaannya. Hidup berdisiplin yang dimurnikan dengan jiwa yang sentiasa mencintai Allah akan membina kekuatan semangat juang untuk merealisasikan kehidupan yang sempurna. Akhlak manusia yang sentiasa dimurnikan dengan zikirullah akan melahirkan “towering personality” yang dapat menyediakan agenda pembangunan tamadun kehidupan yang mantap mengikut piawayan alam sejagat.
Menjadi pemakmur alam kehidupan mempunyai tanggungjawab yang penting dan berat di sisi Allah s.w.t.. Maka itu kita memerlukan kekuatan iman yang lahir dari ibadah zikirullah. Ibadah zikirullah memusatkan pemikiran kita kepada kekuasaan Allah s.w.t. kelak akan menyelamatkan ibadah kita dari diperkosakan oleh iblis laknatuallah.
Pemakmur alam kehidupan merupakan amanah yang dipertanggungkan Allah kepada umat manusia yang dikenali sebagai khalifah-Nya. Nikmat yang paling mulia yang Allah berikan kepada manusia ialah nikmat hidup dengan segala fasilitinya seperti kemahiran berfikir, kasih sayang, kesihatan, ukhuwah kemanusiaan dan sebagainya. Maka itu sebagai imbalannya manusia wajib menunjukkan rasa syukurnya dengan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan Allah.
Segala amal ibadah yang manusia laksanakan memerlukan satu kekuatan iman untuk memastikan ibadah berkenaan mendapat reda dari Allah. Iman dan takwa kepada Allah merupakan teras pembanunan umat yang menjadi perisai kepada kefasikan iblis dan syaitan yang memporakporadakan segala ibadah manusia dalam menangani hidup bertamadun.
Hidup ini diibarakkan seperti sepohon buah kurmah. Apabila ia dirawat pertumbuhannya dengan membubuhkan baja uria yang sesuai serta cukup dengan air, udara dan cahaya matahari, maka tumbuhnya akan subur dan sedia mengeluarkan buah yang manyak serta manis demi kemanfaatan manusia sebagai pengguna. Bukan hanya menjadi makanan manusia yang enak malah buahnya juga menjadi punca untuk meningkatkan ekonomi pembangunan tamudah kehidupan.
Begitulah juga halnya dengan kehidupan manusia; ia memerlukan kesihatan yang baik demi melaksanakan ibadah yang sempurna yang pasti mendapat reda Allah s.w.t.. Kesihatan bagi manusia adalah dua unsur iaitu kesihatan rohaninya dan kesihatan jasmaninya. Kedua-duanya mempunyai cara untuk menjaga kesihatan masing-masing. Jasmani memerlukan makanan yang nyata manakala rohani pula memerlukan pahala yang diperolehi dari ibadah zikirullah.
Merawat tumbuh-tumbuhan mempunyai teknik ibadah yang bersesuaian. Tumbuh-tumbuhan juga memerlukan sentuhan kasih sayang dari majikannya(pekebun). Tanaman yang sentiasa disentuh oleh pekebun semasa membersihkan pokoknya agak menunjukkan partumbuhan yang lebih sihat berbanding dengan pokok-pokok yang dibersihkan pokoknya tetapi tidak disentuh oleh pekebun berkenaan.
Begitu jugalah dengan pokok yang sentiasa mendapat lagu-lagu yang tenang dan perlahan akan tumbuh lebih sihat berbanding dengan pokok-pokok yang ditempatkan jauh dari suara merdu atau lagu-lagu sentimental. Maka itu hubungan manusia dengan makhluk tumbuh-tumbuhan amatlah rapat sekali.
Istiqamah dalam perlaksanaan ibadah kerana Allah merupakan satu amal ibadah yang sentiasa Allah galakkan kepada hamba-Nya demi mementingkan kesempurnaan hidup yang bermanfaat. Istiqamah adalah disiplin zikirullah yang mendekatkan kita kepada keredaan Allah dalam segala amal perbuatan.
Budayakan hidup dengan ibadah zikirullah akan menjamin keselamatan hidup dunia sebagai persediaan menempuhi kehidupan akhirat. Dengan zikirullah jiwa kita sentiasa tenang dan mencintai Allah s.w.t. sebagai disiplin hidup yang sempurna. Hidup dengan zikirullah akan sentiasa mengingati Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah kasih kepada semua manusia tetapi Allah hanya sayang kepada kaum mukmin yang beramal saleh sahaja.
Pembangunan manusia wajar diserikan dengan iman dan takwa kepada Allah. Kelezatan iman dan takwa dapat dimanfaatkan apabila manusia bersedia memaafkan orang yang menyakit hatinya dan membenci kepada kekufuran dan kefasikan. Hidup ini merupakan perjuangan dan pengorbanan maka itu sebarang karenah dalam hidup yang dilahirkan oleh musuh-musuh kebaikan dan kesucian beragama wajar ditangani dengan iman dan takwa kepada Allah.
Mengikut pandangan perlaksana undang-undang dan peraturan hidup, bertindak tanpa merujuk kepada pemegang amanah tersebut dikategorikan sebagai mengambil undang-undang di tangan sendiri. Maka itu dalam segi hukum agama tidak wajar mengambil keputusan sendiri tanpa merujuk kepada kekuasaan Allah s.w.t.. Dialah yang Maha Mengetahui samada yang telah berlaku mahupun yang masih dalam perancangan.
Mohon petunjuk daripada-Nya agar penglihatan mata kepala dan mata hati kita, bahawa yang putih itu adalah putih dan yang hitam itu adalah hitam. Kelemahan manusia menangani pembangunan tamadun kehidupan sentiasa berlega di sudut pemikiran kita maka itu kukuhkanlah pendirian mu dengan budaya zikirullah.
Membudayakan zikirullah akan mererasap dalam jiwa lezatnya iman. Ada tiga perkara yang harus dilalui untuk merasakan lezannya iman. Pertama orang yang cinta kepada Allah dan Rasul di atas segala-galanya. Hidup dan mati terkumpul sejuta rasa: rasa sayang, rasa benci, rasa takut, rasa berani , rasa kecil hati, rasa senang, rasa selamat, rasa bahaya dan sebagainya.
Cinta kepada seluruh alam, anak isteri, pangkat, kemewahan, harta benda merupakan sebahagian daripada iman yang dipersilakan asalkan semua cinta itu tidak mengalahkan cinta kepada Allah dan Rasul. Semuanya itu mempunyai batasan, maka adalah tidak wajar menumpukan kecintaan kita segalanya di situ.
Adalah digalakkan kaum muslimin bergaul dengan orang yang sentiasa dengan agamanya. Bergaul dengan orang yang sentiasa menasihati amal yang baik dan menjauhi dari orang yang kufur dan mementingkan dunia dari segala-galanya. Walaubagaimana pun ikhtiar hendklah dijalankan untuk mentarbiah individu berkenaan untuk mengenali Islam sebagai cara hidup.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. dalam usaha beliau menyerapkan dakwanya kepada kaum Quraisy, sentiasa dilemparkan dengan caci maki sehingga beliau digelarkan sebagai orang gila. Walaupun demikian beliau masih memaafkan mereka kerana mengikut pendapat beliau masyarakat kafirun tidak tahu apa yang dibuatnya itu adalah salah maka tugas kita sebagai pengacara dakwah kita perlu bersabar kerana sabar itu adalah sebahagian daripada iman.
Untuk meneguhkan pendirian kita sebagai penyampai risalah pembangunan tamadun kehidupan wajar menghiasi diri dengan ibadah zikirullah. Ibadah tersebut melahirkan perasaan kasih sayang kepada umat manusia yang masih daif untuk mengenali dirinya sebagai hamba Allah.
Ibadah zikirullah akan memantapkan ke Islaman kita kelak akan melihat dunia ini sebagai satu kewujudan yang penuh dengan mistri. Keajaiban yang dihidangkan kepada manusia itu perlukan sesuatu disiplin pemikiran yang mantap untuk menemukan jawapan yang memberi makna kepada kehidupan sebagai dasar.
Satu pandangan yang jelas, bahawa alam ini sentiasa kelihatan muda. Matahari, bulan dan juga bintang-bintang tidak pernah memberi sinaran yang pudar atau lemah; sentiasa dalam keadaan muda dan bersemangat, dan keadaan demikian telah pun berlaku riuan juta tahun sejak ia diwujudkan oleh Allah s.w.t.
Tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan yang lain, walaupun dilihat pada prinsip biologinya telah bertukar ganti, tetap kewujudan semua yang hidup sentiasa memaparkan keadaan yang sentiasa baru. Mengapakan berlaku demikian? Inilah tugas dan perjuangan manusia menyingkap rahsia Allah mengenai keagungan semua ciptaan-Nya.
Allah adalah pencipta dan sumber segala nikmat. Di antara nikmat itu ialah nikmat menciptakan, nikmat mendidik dan menubuhkan, sebab kata “robb” dalam kalimah “robbul ‘alamin” tidak hanya bererti “Tuhan’ dan ‘Penguasa’, tetapi juga memberi makna “tarbiyyah” iaitu mendidik dan menubuhkan.
Hal ini menunjukkan bahawa segala nikmat yang dilihat oleh manusia dalam dirinya sendiri dan dalam segala alam ini bersumber dari Allah, kerana Tuhanlah yang Maha Berkuasa di atas alam ini. Oleh kerana keimanan atau ketauhidan itu merupakan masalah pokok, maka dalam Al-Quran surah Al-Fatihah tidak cukup dinyatakan dengan isyarat sahaja, tetapi ditegaskan dan dilengkapkan oleh ayat (5), iaitu “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’iin”. (Hanya kepada Engkaulah satu-satunya Dzat yang patut disembah, dan hanya kepada Engkau (pula) satu-satunya Dzat yang patut kami minta pertolongan).