Budaya zikirullah menggamit ilham dari Allah s.w.t. sebagai petunjuk jiwa mengenali kelemahan-kelemahan manusia dalam pembangunan tamadun kehidupan. Walaubagaimana pun, Iman dan takwa memainkan peranan utama sebagai dasar pembangunan rohani. Akal mendaftar kan kefahaman yang dizahirkan oleh ilham kelak merintis jalan yang lurus yang diredai Allah s.w.t.
Kelemahan manusia ada dua jenis iaitu yang pertama menangani penyakit jasmani dan ke dua menangani penyakit rohani. Penyakit jasmani adalah yang bersifat nyata berbeza dengan penyakit rohani yang bersifat ghaib. Penyakit jasmani orang yang mempunyai penyakit itu lebih tahu tetapi orang lain biasanya tidak boleh mengetahuinya. Tetapi penyalit rohani pula orang lain yang lebih tahu tetapi orang yang punya penyakit berkenaan tidak sedarkan diri dan tidak mengetahui kehadiran penyakit tersebut dalam dirinya.
Penyakit jasmani hanya berlaku di alam jasmani sahaja atau di alam dunia semata dan tidak membawa kepada memuderatan iman dan ketakwaan kita kepada Allah. Mengambil contoh seperti mempunyai bisul di bahagian peha. Kita sendiri mengetahui kehadirannya tetapi orang lain tidak mengetahuinya.
Amat berbeza sekali dengan penyakit rohani di mana orang lain yang lebih tahu tetapi orang yang mengalami penyakit berkenaan tidak mengetahuinya. Sebagai contoh, merasa sombong, pemarah, benci, memfitnah dan sebagainya. Orang yang mempunyai penyakit berke- naan tidak punya perasaan bahawa pembawaan dirinya kurang diterima oleh masyarakt umum.
Penyakit rohani ini akan bersama pemainnya hingga ke dunia akhirat di mana ia akan dipertanggungjawabkan mengapa penyakit berkenaan menginap pada dirinya. Penyakit ini akan mengheret individu berkenaan ke lembah kehinaan sebab masyarakat umum di mana sahaja ia berada kurang menerimanya sebagai ahli masyarakat yang disukai ramai.
Akhlak yang sentiasa dihinggapi penyakit rohani seperti sombong sering dikatakan orang bahawa penampilannya sentiasa menunjukkan kehebatannya dalam segala segi pembangunan. Orang yang sombong tidak kenal dirinya bahawa segala kejayaan itu adalah pemberian dari Tuhan. Ibadah syukur jauh dari kamus kehidupannya. Manusia yang berwatak sedemikian akan mengalami satu keadaan hidup yang amat menyulitkan iaitu apabila Allah telah mengambil kembali rezeki yang membentuk akhlaknya merasa sombong.
Dalam sejarah manusia, orang yang paling kaya di zaman Nabi Musa a.s. ialah Karun. Kekayaannya begitu banyak sekali sehingga menggunakan utah untuk mengangkat kucil gudangnya. Entah berapa banyakkah hartanya yang disimpan dalam gudangnya. Apabila ditanya orang dari mana ia mendapat kekayaannya? Karun menjawab semua kekayaannya ialah dari titik peluhnya sendiri dan tidak ada kena mengena dengan Tuhan. Inilah jawapan orang yang dihinggapi penyakit rohani. Tidak beriman kepada Tuhan dan jauh dari bersyukur kepada Allah yang Maha Pemberi dan Maha Pengasih itu.
Nabi Musa a.s. yang Allah telah memberikan satu mukjizat kepada beliau semasa dalam pemerintahan Firaun laknatullah. Kebongkakan Firaun apabila ia menjadi raja telah mengakui dirinya sebagai Tuhan! Nabi Musa semasa masih bayi, telah dihanyutkan oleh ibunya di sungai Nil untuk mengelak dibunuh oleh Firaun yang telah merancang membunuh semua anak-anak lelaki yang baru lahir kemudian atas kekuasaan Allah Musa dipungut oleh Firaun dan dijadikan sebagai anak angkatnya.
Semasa Nabi Musa melaksanakan dakwahnya kepada umatnya mengenai akidah Islam, beliau ditanya oleh para jemaah dengan pertanyaan: “Siapakah yang lebih hebat ilmunya di dunia?” Dalam hati kecilnya berkata bahawa dialah yang lebih hebat kerana kerajaan raja Firaun pun telah tumbang olehnya!
Perasaan kebongkakan Nabi Musa mengenai kejayaannya menumbangkan Firaun mengakibatkan Allah perintakan Nabi Musa untuk menuntut ilmu dari Nabi Khaidir . Nabi Musa pun pergi mendapatkan Nabi Khaidir kemudian menuntut ilmu dari beliau. Nabi Khaidir membawa Nabi Musa merantau di satu perkampunan dengan syarat “Jangan bertanya apabila sesuatu yang dilakukan oleh Nabi Khaidir!”
Nabi Khaidir diberi oleh Allah satu mukzizat yang dapat melihat apa yang akan berlaku di masa akan datang. Oleh kerana Nabi Musa gagal mematuhi syarat yang diterimanya iaitu jangan bertanya apa yang dilakukan oleh Nabi Hijir, maka itu Nabi Musa tidak dilayan lagi oleh Nabi Khaidir untuk meneruskan usaha menuntut ilmu darinya
Nabi Musa merasakan diri telah melakukan satu kesilapan kerana tidak bersyukur kepada Allah atas kekuasaannya menghapuskan kerajaan Firaun. Mukzizat Allah berikan kepada Nabi Musa tidak membentuk jiwa Nabi Musa untuk bersyukur, tetapi ianya menjadi satu kebanggaan bagi Nabi Musa apabila beliau menjawab persoalan “Siapakah orang yang amat bijaksana disisi Allah s.w.t.?”
Penyakit rohani ini boleh menginap kepada semua lapisan masyarakat sama ada gulungan elit termasuklah para Nabi dan Rasul atau orang awam sekali pun tidak ada yang terkecuali. Sebenarnya penyakit rohani ini adalah atas desakan naluri yang bersifat nafsu. Manusia sememangnya diwujudkan oleh Allah dengan kelemahan demi kelemahan. Sifat tersebut hanya boleh diatasi apabila fitrah akal dan iman memainkan peranan utama dalam segala percaturan hidup kerana Allah.
Penyakit rohani yang lain seperti benci, mengatakan orang atau memfitnah adalah juga satu naluri manusia yang sentiasa bermain dalam pemikiran setiap individu. Maka itu wajar diberi keutamaan kepada akal untuk memimpin tindakan manusia sebagai khalifah Allah agar penyakit rohani tidak dapat memperkosakan amal ibadahnya.
Menghimbau ceramah akidah oleh Kiai Zainuddin M.Z melalui media kassetnya telah menghuraikan satu panduan hidup yang telah dibawa oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. seputung hadith yang diriwayat oleh imam Bukahari dan Muslim di mana nabi Muhamad bersabda- “Jauhilah diri mu dari tujuh macam perkara yang merusak”. Merosak akidah kita, merosak akhlak dan penampilan diri dan merosak segalanya mengenai pembangunan manusia yang diredai Allah s.w.t.
Yang pertama menyekutukan Allah. Agama dimulai dengan keyakinan maka kehancuran agama selalu dimulai dengan kehancuran keyakinan. Keyakinan yang berkiblat kepada syarik, yang membawa kepada keyakinan bahawa ada kekuasaan lain selain Allah. Kedua yang merosak ialah mendekati amalan sihir. Sihir adalah perbuatan diluar dari kebiasaan. Perbuatan yang merosak yang ketiga ialah membunuh orang dengan sengaja. Roh manusia adalah kepunyaan Allah, maka membunuh orang ia merampas roh kepunyaan Allah. Memakan riba merupakan satu amalan yang amat merosakkan pembangunan umat. Jauhilah amalan riba jika kita ingin jadi kaya.
Perkara kelima yang merosak ialah memakan harta anak yatim. Anak yatim wajar dilindungi dan bukan diambil hakhaknya. Melarikan diri dari pertempuran merupakan perbuatan yang merosak. Pembelut atau berpaling tadah merupakan perkara yang merosak yang ke enam. Mereka yang melakukan pembelotan dari rancangan asal tidak tercium bauh syurga. Perkara ketujuh yang merosak kata Nabi ialah menuduh perempuan yang mukmin atau memfitnah mengatakan satu perbuatan keji yang tidak pernah dilakukannya.