الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Al-Hikmah

    Sufian al-Thauri berkata: Dua jenis nikmat jika kamu diberi kedua-duanya maka bersyukurlah kepada Allah.  Pertama, jauh dari pintu raja dan yang kedua jauh dari pintu doktor.


    Bakr Abdullah al-Muzani berkata:  Seorang Muslim jika sihat bererti telah mendapat puncak kenikmatan dunia dan akhirat, sebab
    pokok nikmat dunia ialah sihat dan pokok nikmat akhirat ialah Islam.

    Imam Syafie berkata :  Perkara yang paling mulia ada tiga.  Pertama, merasa kaya walaupun hartanya sedikit.  Kedua, warak ketika sunyi (bersendirian).  Ketiga, perkataan yang haq (benar) yang diucapkan kepada orang yang diharapkan bantuannya atau ditakutinya.


    Berpalinglah dari kecemasanmu,
    Serahkan urusan kepada qadha,
    Nikmatilah lamanya keselamatan,
    Akan menghiburmu atas apa yang silam,
    Mungkin perkara yang kecil telah membesar,
    Dan perkara yang besar telah mengecil,
    Betapa banyak perkara yang dibenci,
    Namun berakhir dengan keredhaan,
    Allah berbuat apa yang dia kehendaki,
    Janganlah kritik terhadap perbuatannya.

    (LA TAHZAN)

    Maimun bin Mahram daripada Ibn Abbas r.a berkata: Sesungguhnya Allah menjadikan makhluk pilihannya, iaitu mereka bila merasa berbuat baik merasa gembira, jika membuat salah segera meminta ampun, bila mendapat nikmat bersyukur dan jika menderita bala mereka sabar.

    Sayidina Ali r.a dalam sajaknya:

    Kerana tergelincirnya, meninggalnya pemuda,
               Tergelincirnya kaki tidak mengapa,
    Kerana lidah hilanglah kepala,
               Luka di kaki sembuh seketika.


    Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).

    Ja'far bin Sulaiman Rahimahullah: Kecemasan terhadap dunia adalah kegelapan dalam hati. Sedangkan kecemasan terhadap akhirat adalah cahaya dalam hati.

    Abu Laith al-Samarqandi berkata: Sesungguhnya syukur itu dalam tiga keadaan. Jika menerima nikmat maka ingatlah kepada yang memberi untuk memuji kepadanya. Kedua, redha dan puas terhadap nikmat yang kau terima. Ketiga selama manfaat nikmat itu terasa padamu maka jangan kau gunakan untuk maksiat.

    Suatu Rahsia di sebalik Hikmah
    bu Laith as-Samarqandi adalah seorang ahli feqah yang terkenal. Beliau pernah mendengar satu cerita daripada ayahnya tentang mimpi yang dialami oleh seorang nabi. Mimpi seorang nabi adalah wahyu Allah kepada nabi terbabit. 

    Dalam tidurnya nabi itu bermimpi menerima perintah : “Esok egkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke sebelah barat. Engkau dikehendaki berbuat : pertama, apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah. Kedua, engkau sembunyikan. Ketiga, engkau terimalah. Keempat, jangan engkau putuskan harapan dan kelima, larilah engkau daripadanya”.

    Pada keesokan harinya, nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke sebelah barat, seperti mana yang diarahkan. Kebetulan perkara pertama yang dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Sambil kebingungan beliau berkata “Aku perintahkan memakan benda yang pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan”. Nabi itu meneruskan perjalanan mendekati bukit itu. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebuku roti. Maka nabi itu pun mengambil dan memakannya. Bila ditelan rasanya sungguh manis bagaikan madu. Kemudian dia meneruskan perjalanan dan bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan. Lantas nabi itu pun enggali sebuah lubang lalu ditanam mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali brturut-turut. Maka nabi itu berkata : ‘aku telah melaksanakan perintahmu’. Lalu nabi itu pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

    Ketika meneruskan perjalanan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengar burung kecil itu berkata : ‘Wahai nabi Allah, tolonglah aku. ‘mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan memasukkan ke dalam bajunya. Melihat keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri nabi itu sambil berkata : ‘wahai nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dan rezekiku’.

    Nabi itu teringatkan pesanan dalam mimpinya iaitu tidak boleh putuskan harapan. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pahanya dan memberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan terbang bebas. Perjalanan diteruskan lagi. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk. Maka nabi itu terus lari meninggalkannya kerana tidak tahan bau busuknya.

    Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka nabi itu pun kembali ke rumahnya. Pada malam itu dia berdoa : ‘Ya Allah, aku telah melaksanankan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu dalam mimpiku. Maka jelaskanlah erti semuanya itu’.

    Dalam mimpinya kali ini beliau telah diperjelaskan setiap perkara tentang pengalaman yang dilaluinya oleh Allah Ta’ala. ‘Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit, tetapi pada akhirnya jika besabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua, semua amal kebaikan (budi) walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga, jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianatinya. Keempat, jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuk membantunya meskipun engkau sendiri berhajat. Kelima, bau busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang), maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah’. 

    Hadis Qudsi, Allah swt berfirman:"Jika kamu tidak melihat aku, ingatlah namaku secara berterusan, kerana aku tidak pernah berpisah dengan namaku sedikit pun."

    "ORANG MUKMIN YANG BERGAUL DENGAN ORANG RAMAI DAN BERSABAR DI ATAS KEJAHATAN MEREKA ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA YANG TIDAK BERGAUL DENGAN ORANG RAMAI DAN TIDAK PULA BERSABAR DI ATAS KEJAHATAN MEREKA" H.R BUKHARI
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA