الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Di mana Allah sedang mengujiku dengan kasih sayang.

    Firman Allah SWT:

    كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

    “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (Al-Anbiyaa' 35)

    Dan firman Allah lagi:

    أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ ﴿٢﴾ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّـهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ ﴿٣﴾

    “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuinya tentang orang-orang yang berdusta.” (Al-'Ankabut 2 dan 3)

    Hadis Rasulullah saw menyebut

    عجباً لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَلِكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ, فَكَانَ خَيْراً لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْراً لَهُ ". رواه مسلم
    “Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkaranya adalah baik baginya. Dan tidaklah didapatkan pada seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin : Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya, maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.”
    (Riwayat Muslim)

    Asy Syeikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin rahimahullah,  menerangkan tentang hadits di atas : (Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkaranya adalah baik baginya), maksudnya : “Sesungguhnya Rasul ‘alaihis sholatu wassalam menampakkan kekaguman beliau dengan pandangan kebaikan (terhadap perkara seorang mukmin), maksudnya : “terhadap urusannya.” Maka sesungguhnya seluruh urusan itu (dianggap) baik baginya dan tidak terdapat hal tersebut kecuali pada diri seorang mukmin. Kemudian Rasulullah saw memberikan perincian tentang perkara kebaikan tersebut dengan sabdanya : (Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya, maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya).
    Beliau juga berkata : “Ini adalah keadaan seorang mukmin. Setiap manusia berada dalam ketentuan-ketentuan Allah, baik berupa kesenangan maupun kesusahan. Dan manusia dalam menyikapi ujian dan cubaan ini terbagi menjadi dua golongan : mukmin dan kafir.

    Maka itulah aku yang diuji Allah dengan kasih sayang Nya supaya sering mengingati Nya dan bertawakkal kepada Nya dengan apa sekalipun, bagaimana sekalipun. 4 bulan ini Allah uji hamba Nya ini dengan ujian yang berat dengan hanya kerana lisan hamba-hamba Nya. Namun itulah sebenarnya kehidupan sebagai hamba Allah yang hidup di atas Haq Allah. Sepahit manapun ujian Allah berikan bahawa sesungguhnya itulah nikmat dari kasih sayang Nya untuk menilai iman hamba Nya dan hamba Nya juga menilai tahap imannya sendiri.

    Kita tidak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kesusahan, kemiskinan, kecacatan dan serba kurang.

    Kita tidak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kesakitan, lumpuh dan dihidapi bermacam penyakit.

    Kita tidak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kekayaan dan kesenangan dunia.

    Kita tidak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan pangkat, kedudukan dan wanita.

    Kita tidak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kegagalan, kerugian dan ditimpa bencana.

    Kita tidak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kealiman, disanjung, hebat dan banyak ilmu.

    Kita tidak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan berbagai bentuk kelebihan dan bermacam kesukaran dan kekurangan dalam hidup.

    Kita tidak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan bermacam-macam fitnah dalam hidup.

    Semua fitnah-fitnah itu sudah pun diberikan amaran oleh Rasulullah saw

    Riwayat Hudzaifah bin Yaman ra.:
    Hudzaifah bin Yaman berkata: Demi Allah, aku adalah orang yang paling mengetahui setiap fitnah yang akan terjadi dari sejak zamanku sekarang sampai hari kiamat, kerana Rasulullah saw. pernah membisikkan kepadaku sesuatu tentang hal itu yang tidak pernah dibicarakan kepada orang selainku. Tetapi Rasulullah saw. pernah bersabda ketika beliau bicara dalam suatu majlis yang aku hadiri tentang fitnah. Kemudian Rasulullah saw. bersabda sambil menyebutkan satu-persatu fitnah-fitnah itu di antaranya adalah tiga fitnah yang hampir tidak meninggalkan sesuatu apa pun, di antaranya juga ada fitnah yang seperti hembusan angin musim panas, ada yang kecil dan ada yang besar. (Sahih Muslim)

    Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra bahwa Az-Zubair bin 'Audi mengadu kepadanya mengenai perlakuan Al-Hajjaj yang kejam terhadap kaum muslimin. Anas mengatakan, "Bersabarlah hingga kamu menemui Tuhanmu, kerana suatu masa tidaklah tiba melainkan masa sesudahnya akan lebih jelek lagi. Demikian itu pernah saya dengar dari Rasulullah saw".
    (Sahih Bukhari)

    Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, dia berkata: Rasulullah saw pernah bersabda: "Berbagai fitnah akan muncul. Pada masa itu orang yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan dan orang yang berjalan lebih baik daripada orang yang berlari. Siapa yang melibatkan diri dalam fitnah itu, maka fitnah akan membuatnya celaka. Siapa yang bisa berlindung dari fitnah tersebut, maka berlindunglah".
    (Sahih Bukhari)

    Maka aku, Demi Allah aku tidak hairan sama sekali berlakunya fitnah-fitnah di mana saja dan dengan cara apapun. Kerana sesungguhnya Rasulullah saw telah memberitahu itu semua malah memberikan amaran. Segala itu boleh terjadi di sekelilingku, di mana saja hatta di dalam keluarga sendiri. Maka aku terima kerana aku tahu aku akan diberikan pertolongan dan hikmah. Untuk apa bersedih? Sedangkan Allah sentiasa ada bersamaku.

    Firman Allah :

    إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ

    “Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan ganjaran (oleh Allah swt) tanpa ada batasannya”
    (Surah Az-Zumar:10)

    Kemudian Rasulullah  saw:
    ”Sesungguhnya Syurga itu dikelilingi oleh perkara-perkara perkara-perkara yang tidak disukai manakala neraka pula dikelilingi oleh perkara-perkara yang memuaskan syahwat”
    (Riwayat Imam At-Tirmizi).

    Syeikh al-Mubarakfuri dalam syarah Tuhfah Al-Ahwazi menerangkan bahawa untuk memasuki syurga seseorang hamba itu perlu melalui ujian-ujian dalam melakukan kewajipan dengan penuh rasa taat dan inilah yang digambarkan oleh Nabi saw sebagai perkara-perkara yang secara nalurinya tidak digemari oleh manusia. Namun neraka pula dipagari oleh nafsu syahwat yang secara nalurinya manusia suka akan perkara-perkara tersebut.

    Dan firman Allah:

    إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ ۚ وَاللَّـهُ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

    “Sesungguhnya harta benda dan anak-anak kamu merupakan ujian dan pada Allah jualah pahala yang besar”.(Surah al-Taghabun:15).

    Bagaimanakah harta benda dan anak pinak mampu menjadi ujian? Ujian harta benda datang ketika mana hadirnya sifat bakhil dalam jiwa manusia manakala ujian anak-anak pula datang ketika mana mereka jauh daripada syariat Islam.

    Maka diam dan bersabar itu adalah yang mampu aku lakukan kerana itulah yang aku fikirkan adalah yang paling baik. Maka biarlah aku buruk dan hina. Namun hakikatnya tiada siapa yang tahu kecuali Allah, aku dan orang-orang yang hampir denganku. Dan aku bukanlah manusia yang mengiyakan Tajassus.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA