الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    12 azab tinggalkan sembahyang



    12 azab tinggalkan sembahyang






    Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah s.w.t. akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
    · Allah s.w.t. akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
    · Allah s.w.t. mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
    · Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

    Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
    · Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
    · Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
    · Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

    Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
    · Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
    · Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
    · Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

    Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
    · Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
    · Allah s.w.t. sangat murka kepadanya.
    · Allah s.w.t. akan menyiksanya dengan api neraka.





    SOLAT


    Hazrat Abu Hurairah r.a katanya, Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, Jika sebatang anak sungai mengalir di hadapan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi di dalam sungai itu sebanyak lima kali sehari, pada pendapat kamu masih adakah lagi kekotoran (pada badannya)?

    Para sahabat menjawab, Tidak akan tertinggal sedikit pun kekotoran,

    Rasulullah s.a.w. bersabda, Maka demikianlah juga solat lima waktu, melalui solat Allah s.w.t. akan mengampunkan dosa, (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

    Diriwayatkan daripada Hazrat Jabir r.a katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, Perumpamaan solat lima waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebatang sungai yang dalam yang mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali sehari, (Hadis riwayat Imam Muslim)

    Hazrat Abu Said Al-Khudri r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Solat lima waktu ialah kafarah (penghapus dosa) di antara dua waktu solat, Yakni dengan berkat solat, semua dosa-dosa kecil yang dilakukan di antara satu solat dengan satu solat yang lain akan terampun. Kemudian Baginda s.a.w. bersabda yang mafhumnya, umpama seseorang yang bekerja di dalam sebuah kilang miliknya. Oleh itu terlekatlah debu dan kekotoran pada badannya.

    Hazrat Abu Uthman r.a katanya, Saya bersama Hazrat Salman r.a di bawah sepohon pokok. Beliau memegang sebatang dahan kering dari pokok tersebut, lalu menggoncang-goncangkan dahan tersebut sehingga daun-daun pada dahan itu gugur. Kemudian beliau berkata kepada saya, Wahai Abu Uthman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya berbuat begini?

    Saya bertanya, Beritahulah mengapa kamu berbuat begitu?

    Beliau menjawab, Beginilah yang dilakukan oleh Rasululullah s.a.w. di hadapan saya semasa saya bersama-sama Rasululullah s.a.w. di bawah sepohon pokok. Baginda s.a.w. telah mengambil sebatang dahan kering dari sepohon pokok lalu melakukan sebegini sehingga semua daun gugur.

    Kemudian Baginda s.a.w. bertanya kepada saya, Salman, mengapa kamu tidak bertanya sebab saya buat begini?

    Sahutku, Beritahulah mengapa tuan berbuat begitu?

    Baginda s.a.w. bersabda, Sesungguhnya apabila seorang Islam mengambil wuduk dengan sempurna, kemudian dia menunaikan solat lima waktu maka gugurlah dosa-dosanya seperti gugurnya daun-daun ini, Kemudian Baginda s.a.w. membaca ayat yang berikut yang ertinya: Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika-ketika yang berhampiran dengannya daripada waktu malam. Sesungguhnya amAl-amal kebaikan itu (terutamanya solat) itu akan menghapuskan dosa. Perintah-perintah Allah s.w.t. yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang yang ingin mendapat peringatan (Surah Hud, Ayat 114) (Hadis riwayat Iman Ahmad, Nisai dan Tabarani)

    Hazrat Abu Zar r.a berkata, Suatu ketika Rasululullah s.a.w. keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda s.a.w. memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut.

    Baginda s.a.w. bersabda, Wahai Abu Zar,

    Saya menyahut, Saya ya Rasululullah,

    Kemudian Baginda s.a.w. bersabda, Apabila seseorang Islam menunaikan solat untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t., dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok, (Hadis riwayat Imam Ahmad)

    Hazrat Abdullah bin Masud berkata bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah s.a.w., Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah s.w.t.?

    Baginda menjawab, Solat,

    Saya bertanya lagi, Selepas solat apa pula?

    Jawab Baginda s.a.w. Berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa,

    Saya bertanya lagi, Selepas itu apa pula?

    Rasulullah s.a.w. bersabda, Jihad,

    Mulla Ali Qari rah. berkata bahawa hadis ini menjadi dalil bagi pendapat ulama yang menegaskan bahawa solat adalah amalan yang paling afdal selepas iman. Pendapat ulama tersebut dikuatkan lagi dengan sebuah hadis sahih yang berbunyi Sebaik-baik amalan yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. adalah solat,

    Tentang solat yang merupakan amalan paling afdal antara semua ibadat yang lain, diterangkan dengan jelas dalam banyak hadis sahih. Antara hadis tersebut ada yang terkandung dalam kitab Jamiu Saghir seperti yang diriwayatkan oleh lima orang sahabat iaitu Hazrat Thauban, Hazrat Ibnu Amr r.anhuma, Hazrat Salamah, Hazrat Thauban, Hazrat Abu Umamah dan Hazrat Ubadah r.a.

    Diriwayatkan daripada Hazrat Ibnu Masud r.a dan Hazrat Anas r.a bahawa amalan yang terbaik ialah mengerjakan solat tepat pada waktu solat. Diriwayatkan juga daripada Hazrat Ibnu Umar r.anhuma dan Hazrat Ummi Fardah r.anha bahawa amalan yang paling baik ialah solat pada awal waktu.
     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA