الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    GHIBAH



    GHIBAH

    Rasulullah bersabda, Tahukan kalian apa itu ghibah?, mereka menjawab, Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu. Beliau bersabda, Iaitu engkau menceritakan tentang saudaramu yang membuatnya tidak suka. Lalu ditanyakan kepada beliau, Lalu bagaimana apabila pada diri saudara saya itu kenyataannya sebagaimana yang saya ungkapkan? Maka beliau bersabda, Apabila cerita yang engkau katakan itu sesuai dengan kenyataan maka engkau telah meng-ghibahi-nya. Dan apabila ternyata tidak sesuai dengan kenyataan dirinya maka engkau telah berdusta atas namanya.

    (HR. Muslim)

    Senangnya ya menceritakan keburukan orang lah..ditambah tambah..padahal ndak betul la

    apa hukumnya..ya HARAM lah..dalil?

    Allah berfirman : Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, karena sebagian dari prasangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah sebagian kalian menggunjingkan (ghibah) sebagian yang lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. (QS. Al-Hujuraat : 12)

    Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui. (QS. An-Nur 19)

    Nabi SAW bersabda, Sungguh engkau telah mengucapkan sebuah kalimat yang seandainya dicelupkan ke dalam lautan maka niscaya akan merubahnya.

    .Rasulullah SAW bersabda : Ghibah itu lebih keras daripada zina. Mereka bertanya, Bagaimana ghibah lebih keras daripada zina, wahai Rasulullah? Beliau bersabda, Sesungguhnya seorang telah berzina, kemudian bertaubat dan Alah mengampuni dosanya, sedangkan orang yang melakukan ghibah tidak akan diampuni Allah, hingga orang yang di-ghibah-nya mengampuninya.

    Dari Ibnu Umar ra. Rasulullah SAW bersabda : Siapa yang berkata tentang seorang mukmin dengan sesuatu yang tidak terjadi (tidak dia perbuat), maka Allah SWT akan mengurungnya di dalam lumpur keringat ahli neraka, sehingga dia menarik diri dari ucapannya (malakukan sesuatu yang dapat membebaskannya). (HR. Ahmad)

    Rasulullah SAW bersabda : Ketika aku di-miraj-kan aku melewati suatu kaum yang memiliki kuku-kuku dari tembaga. Dengan kuku-kuku itu mereka mencakar-cakar wajah dan dada-dada mereka sendiri. Maka aku berkata, Siapakah mereka itu wahai Jibril? . Jibril menjawab, Mereka itu adalah orang-orang yang berani memakan daging-daging menusia serta menjatuhkan kehormatan dan harga diri orang lain. (HR. Abu Daud)

    GHIBAH YANG BOLEH..adaka itu..

    1 melaporkan perbuatan aniaya. Orang yang teraniaya boleh melaporkan kepada hakim dengan mengatakan ia telah dianiaya oleh seseorang. Pada dasarnya ini adalah perbuatan ghibah, namun karena dimaksudkan untuk tujuan yang benar, maka hal ini diperbolehkan dalam agama.

    2 usaha untuk mengubah kemungkaran dan membantu seseorang keluar dari dari perbuatan maksiat, seperti mengutarakan kepada orang yang mempunyai kekuasaan untuk mengubah kemungkaran. Si Fulan telah berbuat tidak benar, cegahlah dia!

    Maksudnya adalah meminta orang lain untuk mengubah kemungkaran. Jika tidak bermaksud demikian, maka ucapan tadi adalah ghibah yang diharamkan.

    3 untuk tujuan meminta nasehat. Misalnya dengan mengucapkan , Ayah saya telah berbuat begini kepada saya, apakah perbuatannya itu diperbolehkan? Bagaimana caranya agar saya tidak diperlakukan demikian lagi? Bagaimana cara mendapatkan hak saya?

    Ungkapan demikian ini diperbolehkan. Tapi lebih selamat bila ia mengutarakannya dengan ungkapan misalnya, Bagaimana hukumnya bila ada seseorang yang berbuat begini kepada anaknya, apakah hal itu diperbolehkan? Ungkapan semacam ini lebih selamat karena tidak menyebut orang tertentu.

    4 untuk memperingatkan atau menasehati kaum Muslimin. Contoh dalam hal ini adalah jarh (menyebut cela perawi hadits) yang dilakukan para ulama hadis. Hal ini diperbolehkan menurut ijmak ulama, bahkan menjadi wajib karena mengandung maslahat untuk umat Islam.

    5 bila seseorang berterus terang dengan menunjukkan kefasikan dan kebidahan, seperti minum arak, berjudi dan lain sebagainya, maka boleh menyebut seseorang tersebut dengan sifat yang dimaksudkan, namun ia tidak boleh menyebutkan aibnya untuk umat Islam.

    6 untuk memberi penjelasan dengan suatu sebutan yang telah masyhur pada diri seseorang.



    "Antara manusia ada yang didorong oleh hasad dengki untuk mengumpat. Maka dalam satu masa, dia kumpulkan dua keburukan; hasad dan ghibah" - Ibnu Taimiyah










































    SHUBHAH

    Syubhah bermaksud tidak jelas samada haram ataupun halal. Kebiasaan shubhah lebih cenderung kepada haram sebagaimana yang terdapat dalam hadis.

    Dalil dari hadis Nabi kita

    Dari An Numan bin Basyir radhiyallahu anhuma, ia berkata bahwa ia mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda,

    إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِى الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِى الْحَرَامِ كَالرَّاعِى يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلاَ وَإِنَّ حِمَى اللَّهِ مَحَارِمُهُ

    Sesungguhnya yang halal itu jelas, sebagaimana yang haram pun jelas. Di antara keduanya terdapat perkara syubhat -yang masih samar- yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Barangsiapa yang menghindarkan diri dari perkara syubhat, maka ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Barangsiapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka ia akan terjatuh pada perkara haram. Sebagaimana ada pengembala yang menggembalakan ternaknya di sekitar tanah larangan yang hampir menjerumuskannya. Ketahuilah, setiap raja memiliki tanah larangan dan tanah larangan Allah di bumi ini adalah perkara-perkara yang diharamkan-Nya.

    (HR. Bukhari)

    Kemudian...

    Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang menjauhi syubhah, telah selamatlah agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang menyertai syubhah, ia seolah telah jatuh dalam yang haram
    ( Riwayat Muslim)

    Kemudian lagi...
    Sabda Baginda lagi.

    "Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhah, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram."

    1. Hadis ini mengingatkan kita agar sentiasa berhati-hati dalam kehidupan seharian yang kita lalui.

    2. Apabila kita meragui sesuatu perkara,seharusnya kita menjauhkan diri daripada melakukan perkara tersebut kerana dikhuatiri kita terjerumus dalam melakukan perkara yang haram.

    3. Jika kita berhati-hati dan mengambil berat mengenai urusan agama dan perkara yang berkaitan dengannya, sudah pasti kita akan dapat menjauhi diri daripada terjebak
    dengan perkara yang diragui atau syubhat sekaligus menjauhkan diri kita daripada terlibat dengan perkara yang haram.

    4. Ingatlah, jika kita tidak berwaspada, kita akan mudah terbabit dengan perkara-perkara syubhat dan sekaligus mendedahkan kita pada perkara-perkara yang haram.

    Justeru,elakkan diri dariapda perkara-perkara yang syubhat agar kita dapat menjaga diri dan agama kita serta ahli keluarga.

    Kata ulama muktabar..cuman jgn ada yg marah ya..

    Syaikh Dr. Saad bin Nashir Asy Syatsri :
    Perkara yang syubhat (samar) itu muncul pasti ada beberapa sebab, boleh jadi karana kebodohan, atau tidak adanya pemahaman lebih jauh mengenai dalil syari, atau boleh jadi karana tidak mau merujuk pada ulama yang muktabar ilmunya. (Syarh Al Arbain An Nawawiyah Al Mukhtashor).

    Menurut Imam an-Nawawi r.a berkata : maknanya bagi semua perkara itu ia mengandungi 3 bahagian iaitu :

    PERTAMA : HALAL itu jelas nyata, tidak tersembunyi kehalalannya, seperti terkandung dalam al-Quran dan al-Hadith seperti makan selain daripada darah dan bangkai, berjalan-jalan dan sebagainya.

    KEDUA : HARAM itu jelas nyata, yang mana terdapat larangan yang jelas qati dalam al-Quran dan hadith janganlah dipertikaikan pula. Tentang larangan Allah yang dinyatakan dalam al-Quran berkaitan dengan jenayah telah dikumpulkan oleh para ulama dan diqanunkan untuk memudahkan kemaslahatan ummah maka terhasillah hukum hudud seperti meminum arak, membunuh dan sebagainya

    KETIGA : SYUBHAH (mutasyabihah) bermaksud yang tidak jelas, iaitu kekeliruan antara kehalalannya dan keharamannya. Maka tidak ramai pula yang mengetahui akan statusnya. Adapun sebaliknya, para alim ulama telah mengetahui hukumnya berdasarkan kepada nash dan qiyas yang telah disepakati oleh mereka. Jika sesuatu perkara itu tidak diketahui akan hukumnya atau terjadi kekeliruan akan hukumnya sama ada halal atau haram, justeru tidak ada nash yang menetapkannya dan tidak jua dengan ijma, maka para mujtahid telah berijtihad untuknya. Dengan ijtihad, mereka telah menasakhkan atau mengeluarkan hukum untuk salah satu dari keduanya dengan menyatakan dali-dalil yang berkaitan akannya.

    Ibnu al-Mundzir pula telah mengkelaskannya kepada 3 bahagian, iaitu :

    PERTAMA : sesuatu yang memang telah diketahui akan keharamannya oleh seseorang, kemudian dia ragu-ragu (syak) tentangnya; adakah ia tetap kekal dengan kehalalannya atau tidak? Maka, tidak halal baginya melakukan atau mengambil tindakan atas sesuatu melainkan ia benar-benar YAKIN akan kehalalannya. Sebagai contoh dalam kehidupan seharian kita, 2 ekor ayam, salah seekor dari keduanya ini telah disembelih oleh penyembelih oleh orang kafir lalu kita ragu-ragu yang mana satukah disembelih oleh si kafir itu? Maka wajib kita mengelakan diri darinya.

    KEDUA : seabliknya, sesuatu perkara itu halal tetapi ragu-ragu (syak) akan keharamannya; seumpama hadath, datang keraguan selepas yakin akan wujudnya atau terhasillah thaharah, maka tiada kesan keraguan padanya selepas yakin. Iaitu orang yang telah berwudhu lalu dia ragu-ragu sama ada dia masih dalam keadaan berwudhu atau telah batal wudhunya, jika dia masih YAKIN msih ada wudhu, maka hukum ke atasnya bahawa ia masih berwudhu, justeru yakin tidak boleh dihilangkan syak.

    KETIGA : Sesuatu yang diragui akan kehalalannya dan keharamannya, maka adalah lebih aula untuk meninggalkan keraguan itu. Sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulallah SAW terhadapa sebiji tamar yang terjatuh dari pokoknya. Telah diriiwayatkan daripada Bukhari dan Muslim daripada Rasulallah SAW yang bermaksud :

    Sesunggunhnya aku telah pulang menemui isteriku lalu aku mendapati sebiji tamar di atas tempat tidurku kemudian aku mengambilnya untuk memakannya namun aku takut seandainya ia dari sedekah lantas aku mencampaknya

    Segelintir dari kalangan sahabat yang mengatakan tentang Syubhah ini.

    Abu Dharda r.a berkata :

    Ketaqwaaan yang sempurna ialah di mana seorang hamba itu takut kepada Allah swt sehinggakan dalam perkara sebesar zarrah sekali pun, termasuklah meninggalkan sebahagian perkara yang pada pendapatnya halal kerana takut terjerumus pad hal yang haram.

    Al-Hasan al-Bashri r.a berkata :

    Ketaqwaan itu akan terus berkekalan pada orang-orang yang muttaqin sehingga mereka meninggalkan banyak benda yang halal kerana rakut ianya haram.

    Ats-Tsauri berkata :

    Ada pun sesungguhnya ketinggian orang-orang yang muttaqin ini adalah mereka yang meninggalkan barang apa yang tidak diketahui (akan keharamannya).

    Ibnu Umar r.a bekata :

    Biarkan sehelai kain tabir dan halal di antaraku dengan benda yang haram, aku pasti akan mengoyakkannya.

    Telah tsabit daripada Abu Bakar r.a, bahawa beliau pernah memakan makanan yang mengandungi syubhah tanpa pengetahuannya, lantas apabila dia mengetahuinya, beliau pun memasukkan jarinya ke dalam mulutnya lalu memuntahkannya apa yang telah dimakannya.

    Dalam keadaan millennia kini, kita tidak dapat lari daripada perkara SYUBHAH walau pun telah jelas yang halal dan haram, lebih-lebih lagi dalam bab pemakanan.

    Berkata seorang ulama :

    pada akhir zaman kelak akan tinggalah hanya kulit-kulit pokok kayu yang hanya halal untuk di makan

    jadi fahamilah..semua itu dari hati..

    ulama dalam mazhab Syafie telah berhujah dengan hadith ini bahawa asal aqal itu adalah hati dan apa yang ada dalam kepala adalah berasal daripadanya. Mereka berhujah dengan firman Allah swt yang bermaksud :

    “…mereka mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahaminya (ayat-ayat Allah swt)..

    (al-araf: 179)

    mazhab abu Hanifah yang dikatakan aqal itu adalah di dalam otak. Diriwayatkan jua seumpama ini oleh pakar perubatan. Mereka berhujah jika otak itu rosak, maka aqal jua akan rosak. Apa yang lahir daripada ilmu perubatan dan penjelasan hadith, bahawa sumber pemikiran yang spontan adalah dalam otak, maka pancaindera berfungsi dengan perintah yang kelaur daripada otak.

    Allah swt berfirman yang bermaksud :

    Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua ini akan dipertanggungjawabkan.

    (al-Isra : 36)

    jadi mari kita sama sama berpesan pesan dengan umpamaan ini..bila kita ingat maka segala syubhah itu akan sekurang kurangnya dpt kita hindar..dari makan minum..perbuatan..amalan..

    Makanan adalah bijih benih segala perbuatan, sekiranya apa yang masuk (ke dalam perut) makanan yang halal, maka keluarlah dari tubuh perbuatan yang halal. Jika masuk ke dalam perut makanan yang haram, maka keluarlah darinya perbuatan yang haram. Jika yang masuk ke dalam perut itu adalah makanan yang mengandungi syubhah, maka keluarlah dari tubuh badan itu perbuatan yang syubhah.

    Hasan al-Bashri berkata kepada seorang lelaki :

    Ubatilah hatimu, karana sesugguhnya kehendak Allah swt terhadap hambaNya ialah kebaikan hati mereka.

    Pesan Nabi kita yang kita kasihi

    Sabda Rasulullah SAW: "Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkan-Nya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim













































    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA