الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    HEBATNYA RASULULLAH S.A.W




    Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya, Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya. (riwayat al-Darimi).

    Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam suray al-Taubah ayat 128. Malah Rasulullah pernah bersabda: Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).

    Apa sahaja yang dilakukan dan difikirkan oleh Baginda semata-mata demi umatnya sehingga Baginda tidak reda seorang pun umatnya terjerumus ke neraka. Diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya daripada Abdullah ibnu Amru ibnu al As berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah SAW membaca firman Allah mengenai Nabi Ibrahim as: Wahai Tuhanku! Berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka dia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat). (Ibrahim: 36)

    Kemudian Baginda SAW membaca pula perkataan Nabi Isa as iaitu dalam surah al-Maidah ayat 118.

    Setelah itu, Nabi mengangkat kedua tangannya dan berdoa sambil menangis: Ya Allah! Umatku! Umatku! Lalu Allah berfirman kepada Jibril as, Wahai Jibril! Pergilah kamu kepada Muhammad sememangnya Allah lebih Mengetahui tanyalah kepadanya apa yang menyebabkan dia menangis. Maka Jibril as menemui Nabi SAW, lalu bertanya kepada Baginda SAW dan Baginda mengkhabarkan kepada Jibril as sebab tangisannya. Maka Allah berfirman kepada Jibril as, Pergilah kamu menemui Muhammad dan katakanlah kepadanya bahawa Allah berfirman kepadanya: Sesungguhnya Kami akan membuatkan engkau reda pada umat engkau dan Kami tidak akan menyakiti (mendukacitakan) engkau dalam urusan umat engkau.

    Menurut Imam Nawawi, hadis ini menunjukkan kesempurnaan sifat kasih Nabi SAW terhadap umatnya, keprihatinan Baginda terhadap kemaslahatan dan keadaan mereka. Ia juga menerangkan tentang kebesaran kedudukan Nabi SAW di sisi Allah dan betapa besarnya kelembutan Allah terhadap hamba-Nya. Pengutusan Jibril as kepada Baginda SAW menzahirkan lagi ketinggian kedudukan Baginda di sisi Allah di tempat yang teratas sehingga Baginda dimuliakan dengan diberikan kepadanya apa yang disukai dan diredainya. (Sohih Muslim bi Syarh Imam al Nawawi jilid 2 H: 438)


    Sifat kasih yang mendalam menyebabkan Baginda sentiasa mengutamakan umatnya, tidak mahu umatnya menanggung kesusahan dan segala beban umatnya rela ditanggung sendiri oleh Baginda SAW. Rasulullah SAW bersabda: Aku lebih utama bagi orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri. Sesiapa dari kalangan kaum Mukminin yang meninggal dunia meninggalkan hutang maka ke ataskulah tanggungjawab melangsaikan hutangnya. Sesiapa dari kalangan mereka yang meninggalkan harta, maka ia adalah bagi warisnya. (riwayat Imam Ahmad, al-Bukhari, Muslim, al-Nasai dan Ibnu Majah). Bahkan, Allah telah berfirman mengenainya sebagai mana dalam surah al-Ahzab ayat 6.

    Ulama menyatakan, Nabi SAW adalah lebih utama daripada diri mereka sendiri kerana diri mereka mengajak mereka kepada kerosakan, sedangkan Baginda SAW mengajak mereka kepada keselamatan dan kesejahteraan.

    Nabi SAW juga mengambil berat tentang keadaan umatnya dan sentiasa mendoakan mereka. Diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Aisyah berkata: Tatkala saya melihat Nabi SAW berada dalam keadaan baik, saya berkata, Wahai Rasulullah! Doakanlah untuk saya. Rasulullah SAW pun mendoakan, Ya Allah! Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang. Mendengarnya, Aisyah ketawa gembira sehingga kepalanya jatuh ke ribanya kerana terlalu gembira. Lalu Rasulullah SAW bersabda, Adakah doa saya menggembirakan kamu? Aisyah menjawab, Kenapa tidak, saya begitu gembira dengan doamu itu? Rasulullah SAW bersabda, Demi Allah! Inilah doa yang saya panjatkan untuk umat saya dalam setiap solat.

    Rasulullah SAW juga menyimpan doa mustajabnya untuk dijadikan sebagai syafaat bagi umatnya pada hari yang paling penting dan sukar iaitu Hari Kiamat. Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda: Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaat doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat. (riwayat Muslim dalam kitab al Iman)

    Diriwayatkan daripada Aisyah ra bahawa orang-orang Yahudi menemui Nabi SAW, lalu mengucapkan: Kecelakaan ke atas kamu. Rasululah SAW bersabda: Dan ke atasmu juga. Lalu Aisyah mencelah: Semoga kecelakaan ditimpakan ke atas kalian juga, laknat Allah dan juga kemurkaan-Nya ke atas kalian. Rasulullah bersabda: Perlahan-lahanlah, wahai Aisyah! Berlemah-lembutlah kamu dan janganlah kamu berkasar.Aisyah berkata: Apakah kamu tidak mendengar apa yang mereka ucapkan? Rasulullah SAW bersabda: Apakah kamu tidak mendengar apa yang aku katakan? Aku telah pun membalas ucapan mereka. Maka doaku itu dimustajabkan dan doa mereka tidak diperkenankan. Jelas dalam situasi sebegitupun cinta yang mendalam dalam diri Rasulullah menghalangnya daripada berlebihan dalam membalas kejahatan.

    Allah telah menggelarkan Baginda sebagai rahmat kepada seluruh alam dan sebagai yang amat pengasih kepada umatnya. Allah SWT telah berkenan mengurniakan kepada Baginda dua daripada nama-nama-Nya yang agung iaitu Rauf (Orang yang bersifat belas) dan Rahim (Orang Yang Penyayang).

    Di dunia, Nabi SAW sentiasa berusaha memberi keringanan kepada umatnya. Maka Baginda SAW bersabda: Sekiranya tidak berat ke atas umatku, nescaya aku memerintahkan mereka supaya bersugi pada setiap kali hendak melakukan solat. Manakala di akhirat, Rasulullah SAW bersabda: Umatku! Umatku! Ketika itu, manusia sibuk mendapatkan pertolongan para Nabi sedangkan mereka pula sibuk memikirkan nasib diri mereka. Tetapi Nabi Muhammad sibuk memikirkan umatnya bukan dirinya.

    Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Baginda bersabda yang maksudnya, Bertuahlah sesiapa yang melihatku dan beriman padaku. Mendengar sabdanya ini mungkin kita umatnya yang datang kemudian agak sedih dan terkilan kerana tidak turut terangkum dalam sabdaannya itu. Tetapi alangkahnya terhibur hati kita apabila mendengar Rasulullah menyambung lagi sabdanya dengan bersemangat, Bertuahlah, dan bertuahlah, dan bertuahlah, sesiapa yang tidak melihatku dan beriman padaku.

    sampai akhirat nanti pun Rasulullah s.a.w masih menyayangi kita. Rasulullah s.a.w sampai menangis hanya kerana kita, ummatnya..
    Nabi Muhammad SAW yang dengan izin ALLAh boleh melakukan perkara hebat yang dinamakan mukjizat

    Mengerti bahasa binatang seperti Nabi Sulaiman
    Memerintah bumi & pohon seperti Nabi Musa
    Diberi mukjizat seperti Nabi Ibrahim
    Anak yang meninggal bangkit hidup kembali (mirip mukjizat Nabi Isa AS)
    Menyembuhkan orang buta
    Menyembuhkan orang lumpuh
    Menyembuhkan orang cacat sejak lahir
    Mengetahui isi hati
    Memberi makan beribu orang dengan seketul makanan
    Memberi minum beribu orang dengan sikit air
    Mengeluarkan air ditengah padang gurun
    Mengeluarkan air dari sela jari untuk wudhu beribu orang
    Menyembuhkan putri raja yg cacat tanpa tangan & kaki
    Membelah bulan menjadi 2 bahagian
    Mengetahui apa yang telah terjadi
    Mengetahui apa yang sedang terjadi
    Mengetahui apa yang akan terjadi
    Melihat yg dibelakang punggungnya seperti dari depan
    Musuh gentar sehingga tidak mampu membunuh baginda
    Bumi memakan orang yang hendak membunuh baginda
    Musuh tak dapat melihat beliau sehingga tidak dapat dibunuh musuh.

    Ketika baginda lahir waksam.ceritakan sedikit yang lain waksam sudah ceritakan kepada ahli keluarga waksam,siapa yang menyambut kelahiran baginda..siapa yang azankan..semua waksam sudah ceritakan kepada ahli keluarga waksam.
    Aminah binti Wahab, ibu nabi Muhammad SAW ketika mengandungkan nabi Muhammad SAW tidak pernah merasa lelah seperti wanita pada umumnya.
    Ketika melahirkan nabi Muhammad SAW, Aminah binti Wahab tidak merasa sakit seperti wanita sewajarnya.
    Nabi Muhammad SAW dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan.
    Pada usia 5 bulan ia sudah pandai berjalan, usia 9 bulan ia sudah mampu berbicara dan pada usia 2 tahun ia sudah bisa dilepas bersama anak-anak Halimah yang lain untuk menggembala kambing.

    Waksam ceritakan kehebatan nabi Muhammad s.a.w bersama nabi-nabi kita yang lain..

    Diceritakan dulu kepada waksam bahawa Nabi Adam a.s tingginya 60 hasta. Ukuran 1 hasta = 1.5 kaki. Bermakna ketinggian baginda ialah 90 kaki, hampir sama tinggi dengan bangunan 10 tingkat.
    kecantikan Nabi Yusuf itu digambarkan sebagai seorang malaikat. Para perempuan yang memandangnya akan merasa khayali dan terpesona sepenuhnya.

    Mereka terlupa kepada pisau yang mereka pegang. Dan tanpa disedari, mereka terhiris jari-jari mereka sendiri. Limau yang dipegang, terlepas entah ke mana. Alangkah cantiknya seorang manusia yang bernama Yusuf ini.

    Dikhabarkan, umurnya saat itu 18 tahun. Seorang anak muda yang menjadi pujaan hati kepada Siti Zulaika, isteri Al-Aziz, pembesar Mesir pada masa itu.

    Bukanlah satu kehairanan mendengar kisah cinta, pujaan & jiwang seperti ini. Pada masa kini pun, ramai wanita berumur yang jatuh hati kepada anak-anak muda untuk dijadikan suami atau pasangan.

    Kisah cinta Siti Zulaika tertarik hati kepada Yusuf kemudiannya menjadi buah mulut yang mengemparkan seluruh kota. Tambahan lagi, Yusuf itu adalah anak angkatnya sendiri.

    Maka kerana itu, Siti Zulaika merancang sebuah permainan psikologi. Dia memanggil para wanita yang mencemuhnya supaya datang ke rumahnya. Diberikan kepada mereka, sebilah pisau dan sebiji limau tiap-riap seorang.

    Sedang mereka mengoyak limau itu, maka Siti Zulaika pun segera memanggil Yusuf ke hadapannya. Terlopong mulut para wanita itu melihat kecantikan Yusuf.

    Mereka segera mengibaratkan Nabi Yusuf itu sebagai seorang malaikat yang indah, lawa dan menakjubkan. Tangan mereka telah terluka akibat hirisan pisau tanpa disedari itu.

    Siti Zulaika tersenyum. Dia segera menempelak para wanita pencemuhnya dengan kata-kata sinis seperti berikut.

    KAMU melihatnya hanya sekejap, dan tanganmu telah terluka kerananya. AKU ini telah melihatnya selama bertahun-tahun, janganlah menghina aku kerana jatuh hati kepadanya

    Jadi apa beza nabi Yusuf a.s dengan nabi Muhammad s.a.w?

    Kecantikan Nabi Yusuf itu ibarat cahaya bulan. Semua orang boleh memandangnya dan menikmati kecantikannya. Kecantikan Nabi Muhamad pula ibarat cahaya matahari. Saat baginda memandang kepada kita, kita tidak sanggup memandangnya kembali. Kekuatan wajah baginda menyebabkan kita tertunduk kalah. Tak sanggup memandangnya. Hebatkan nabi Muhammad s.a.w?

    Apa lagi kehebatan nabi Muhammad s.a.w?

    NABI ADAM itu sangat hebat kerana pernah menghuni di dalam syurga, tetapi NABI MUHAMAD lebih hebat, kerana syurga sangat merindukannya setiap masa. Ketika kita berselawat kepada nabi, maka syurga itu gembira keriangan mendengarnya dan mengalu-alukan kita masuk ke dalamnya.

    Lebih hebat daripada itu, NABI ADAM & SITI HAWA berkahwin di dalam shurga dengan mas kahwinnya kalimah MUHAMMADUR RASULULLAH yang tertulis di dalam syurga.

    NABI MUSA sangat hebat kerana dapat bercakap dengan tuhan, tetapi NABI MUHAMMAD lagi hebat kerana dapat mikraj ke langit bertemu tuhan. NABI MUSA hanya bercakap-cakap dengan Tuhan tetapi tidak pernah melihat tuhan. NABI MUHAMMAD pula mendapat kedua-duanya.

    Pertemuan itu pula bukan sekali, tetapi sebanyak 9 kali untuk meminta pengurangan waktu solat dari 50 waktu kepada yang paling minima. Demikianlah hebatnya Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W.

    Bermakna nabi Muhammad s.a.w telah disebut oleg Allah sebelum nabi Adam diciptakan. Sehingga para malaikat menunggu dan merindui manusia bernama Muhammad. Nama itu juga adalah nama yang pertama digunakan manusia.

    NABI SULAIMAN itu hebat kerana memiliki kerajaan yang besar dan rakyat yang ramai. Tetapi NABI MUHAMMAD itu lebih hebat kerana di atas dunia ini, manusia dan jin seluruhnya menjadi umatnya. Semuanya mesti berada di bawah syariatnya.

    Di akhirat pula, NABI MUHAMMAD mempunyai telaga khausar yang mesti diminum oleh setiap orang yang layak masuk syurga. Demikianlah besarnya pangkat NABI MUHAMMAD di alam dunia dan di akhirat.

    NABI AYUB itu dikenali sebagai nabi yang paling sabar. Baginda diuji dengan kemusnahan tanaman, kematian binatang ternakan, kematian sekaligus 28 orang anaknya dan paling teruk ditimpa penyakit selama 7 tahun berturut-turut.

    Akan tetapi NABI MUHAMMAD itu lebih sabar

    NABI AYUB menghadapi kesusahan itu dalam bentok pribadi, tetapi NABI MUHAMMAD pula terpaksa menghadapi peperangan demi peperangan di dalam menegakkan dakwah Islamiyah.

    NABI AYUB hanya mengalami korban harta-benda, nyawa anak-anaknya dan ditimpa penyakit sahaja di dalam kesusahan yang dihadapinya, tetapi NABI MUHAMMAD lebih teruk dari itu. Bukan setakat kehilangan tanah air, sokongan, rumah tangga, harta benda dan nyawa pengikut-pengikutnya, bahkan terpaksa menghadapi boikot, pengusiran & peperangan yang berpanjangan..

    Yang menentangnya bukan orang lain, tetapi bapa saudaranya Abu Jahal dan Abu Lahab, kaum kerabatnya, suku kaumnya dan mereka yang sangat dekat kepadanya.

    NABI AYUB hanya mengalami kesusahannya selama 7 tahun sahaja, tetapi NABI MUHAMMAD selama 23 tahun. Secara matematiknya, 3 kali ganda lebih teruk kalau menurut ukuran masa. Dalam ukuran-ukuran yang lain, maka NABI MUHAMMAD itu lebih kuat penderitaannya berbanding NABI AYUB.

    Apalagi kehebatan nabi Muhammad s.a.w?

    NABI ISA dikatakan sebagai nabi yang boleh menghidupkan orang mati, tetapi NABI MUHAMMAD lebih hebat daripada itu. Baginda boleh bercakap dengan orang mati selepas peristiwa Perang Badar. Baginda juga boleh bercakap dengan unta dan binatang-bintang ternakan lainnya. Bahkan baginda juga boleh bercakap dengan batang khurma, bahkan dengan batu krikil sekali pun.

    NABI SOLEH pula terkenal dengan mukjizatnya boleh mengeluarkan anak unta daripada batu. Tetapi NABI MUHAMMAD lebih hebat daripada itu. Baginda boleh memanggil bulan, kemudian memadatkannya, kemudian membelahnya, dan mengeluarkannya semula dari kedua-dua hujung bajunya. Alangkah hebatnya Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W.

    Jadi mintalah bertemu dengan baginda..walaupun hanya melihat makam baginda.Tanamkanlah dalam hati kasih sayang kepada baginda, rindukan baginda. Ikutlah sunnah baginda itulah tanda kasih sayang kita..ikutlah ajaran baginda, itulah taat kita..bersalawatlah kepada baginda, itulah tanda rindu kita..
















    LAW KANA BAINANA




    Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas r.a., bapa saudara Nabi ﷺ dari Rasulullah ﷺ telah bersabda : Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah سبحانه وتعالى serta dibenarkan oleh para rasul.



    Ibnu Abbas r.a berkata: Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad ﷺ. Malaikat Jibril a.s. akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Malaikat Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Malaikat Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.

    Malaikat Jibril a.s. akan menyeru: Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad ﷺ ?

    Bumi akan berkata: Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu di mana kubur Muhammad ﷺ .

    Rasulullah ﷺ bersabda: Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad ﷺ ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.

    Malaikat Israfil bersuara: Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!

    Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah ﷺ berdiri, Baginda ﷺ telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda ﷺ. Baginda ﷺ melihat kanan dan kiri. Baginda ﷺ dapati, tiada lagi bangunan. Baginda ﷺ menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

    Malaikat Jibril as berkata kepadanya: Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah سبحانه وتعالى di tempat yang luas.

    Baginda ﷺ bertanya, Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?

    Malaikat Jibril a.s. menjawab: Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah سبحانه وتعالى.

    Baginda ﷺ bersabda: Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!

    Malaikat Jibril as. berkata: Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?

    Baginda ﷺ bersabda: Bukan seperti itu pertanyaanku.

    Malaikat Jibril a.s. berkata: Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?

    Baginda ﷺ bersabda: Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?

    Malaikat Jibril a.s. berkata: Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?

    Baginda ﷺ bersabda: Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.

    Malaikat Jibril a.s. berkata kepada baginda ﷺ : Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad ﷺ dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!

    Malaikat Jibril a.s. datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad ﷺ . Buraq cuba meronta-ronta. Malaikat Jibril as berkata kepadanya: Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah سبحانه وتعالى? Sudahkah Allah سبحانه وتعالى perintahkan kepadamu agar mentaatinya?

    Buraq berkata: Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah سبحانه وتعالى akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.

    Baginda ﷺ bersabda kepada Buraq: Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.

    Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda ﷺ menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad ﷺ berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.

    Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

    Allah سبحانه وتعالى berfirman: Wahai Israfil! Tiup sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.

    Malaikat Israfil a.s. menjerit: Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.

    Allah سبحانه وتعالى berfirman: Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!

    Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah سبحانه وتعالى, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.

    Nabi ﷺ duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad ﷺ merupakan satu umat (kumpulan). Nabi ﷺ berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.

    Malaikat Jibril as menyeru: Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah سبحانه وتعالى.

    Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad ﷺ berjumpa satu umat, baginda ﷺ akan bertanya: Di mana umatku?

    Malaikat Jibril a.s. berkata: Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.

    Apabila nabi Isa a.s. datang, Jibril a.s. menyeru: Tempatmu! Maka Nabi Isa a.s. dan Jibril a.s. menangis.

    Nabi Muhammad ﷺ berkata: Mengapa kamu berdua menangis.

    Malaikat Jibril a.s. berkata: Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?

    Nabi Muhammad bertanya: Di mana umatku?

    Malaikat Jibril a.s. berkata: Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.

    Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad ﷺ menangis lalu bertanya: Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?



    Malaikat Jibril a.s. berkata: Lihatlah mereka wahai Muhammad ﷺ !

    Apabila Nabi Muhammad ﷺ melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda ﷺ dengan apa yang telah Allah سبحانه وتعالى muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda ﷺ . Baginda ﷺ juga gembira terhadap mereka.

    Nabi Muhammad ﷺ bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: Wahai Muhammad!

    Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad ﷺ bersabda: Wahai umatku. Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

    Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah سبحانه وتعالى seruan yang menyeru: Di mana Jibril?

    Malaikat Jibril a.s. berkata: Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.

    Allah سبحانه وتعالى berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: Di mana umat Muhammad ﷺ ?

    Malaikat Jibril a.s. berkata: Mereka adalah sebaik umat.

    Allah سبحانه وتعالى berfirman: Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad ﷺ bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.

    Malaikat Jibril a.s. kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah سبحانه وتعالى.

    Nabi Muhammad ﷺ berpaling ke arah umatnya lalu berkata: Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah سبحانه وتعالى.

    Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah سبحانه وتعالى. Nabi Muhammad ﷺ memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah سبحانه وتعالى.

    Allah سبحانه وتعالى berfirman: Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!

    Hamba-hamba Allah سبحانه وتعالى terdiam.

    Allah سبحانه وتعالى berfirman: Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!

    Malaikat Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: Wahai Malik! Allah سبحانه وتعالى telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.

    Malaikat Malik bertanya: Apakah hari ini?

    Malaikat Jibril menjawab: Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.

    Malaikat Malik berkata: Wahai Jibril! Adakah Allah سبحانه وتعالى telah mengumpulkan makhluk?

    Malaikat Jibril menjawab: Ya!

    Malaikat Malik bertanya: Di mana Muhammad dan umatnya?

    Malaikat Jibril berkata: Di hadapan Allah سبحانه وتعالى!

    Malaikat Malik bertanya lagi: Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?

    Malaikat Jibril berkata: Aku tidak tahu!

    Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).

    Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

    Di Padang Mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah Nabi Ibrahim a.s. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.

    Allah سبحانه وتعالى berfirman: Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.

    Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!

    Nabi Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: Tuhanku Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!

    Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad ﷺ menyeru: Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku. !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!

    Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?

    Neraka pula berseru: Wahai Tuhanku Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.

    Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud i hadapan Tuhannya.

    Allah سبحانه وتعالى berfirman: Di mana matahari? Maka, matahari dibawa mengadap Allah سبحانه وتعالى. Ia berhenti di hadapan Allah سبحانه وتعالى.

    Allah سبحانه وتعالى berfirman kepadanya: Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?

    Matahari menjawab. Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?

    Allah سبحانه وتعالى berfirman: Aku percaya!

    Allah سبحانه وتعالى telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk.

    Ibnu Abbas r.h. berkata: Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit.

    Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat.

    Nabi Muhammad ﷺ lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda ﷺ sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda ﷺ rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.

    Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah سبحانه وتعالى ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.

    Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: Pada suatu hari Nabi ﷺ menemui Fatimah Az-Zahara r.h. Baginda ﷺ dapati, dia sedang menangis.

    Baginda ﷺ bersabda: Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?

    Fatimah menjawab: Aku teringat akan firman Allah سبحانه وتعالى.

    Dan, kami akan menghimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka.

    Lalu Nabi ﷺ pun menangis. Baginda ﷺ bersabda: Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.

    Fatimah r.h. berkata: Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?

    Baginda ﷺ menjawab: Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar firman Allah سبحانه وتعالى,
    لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ

    Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja. (Surah Abasa, ayat 37)

    Fatimah r.h. bertanya: Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?

    Baginda ﷺ menjawab: Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.

    Fatimah r.h. bertanya lagi: Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?

    Baginda ﷺ bersabda: Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: Aamiin.

    Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah سبحانه وتعالى lalu berfirman: Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah.

    Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang.

    Apabila seruan dari tengah Arasy kedengaran, maka manusia yang menyembah-Nya datang beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata: Kami adalah umat Muhammad ﷺ !

    Allah سبحانه وتعالى berfirman kepada mereka, Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?

    Mereka berkata: Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya.

    Mereka ditanya lagi: Kami mengenali Tuhan kamu?

    Mereka menjawab: Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya.

    Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad ﷺ mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad ﷺ !

    .

    Manusia berpecah kepada tiga kumpulan.

    1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.
    2. Kumpulan pemuda.
    3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar.

    .

    Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad ﷺ. Mimbar Nabi Muhammad ﷺ terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi Adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi ﷺ .

    Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad ﷺ serta cantik wajah mereka.

    Mereka menyeru: Di mana Muhammad?

    Mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad ﷺ . Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah سبحانه وتعالى untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.

    Nabi Adam as berkata: Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah سبحانه وتعالى: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai.

    Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila Nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.

    Pengikut (umat Nabi Muhammad ﷺ ) berkata: Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.

    Nabi Nuh a.s. berkata: Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah سبحانه وتعالى! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!

    Nabi Ibrahim a.s. berkata: Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa a.s.! Mintalah pertolongan darinya!

    Nabi Musa a.s. berkata: Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa a.s.!

    Mereka pergi berjumpa Nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata: Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah سبحانه وتعالى. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam.

    Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad ﷺ dia berkata: Ini umat Nabi Muhammad ﷺ . Mereka telah sesat dari Nabi mereka.

    Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad ﷺ Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad ﷺ. Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah سبحانه وتعالى.

    Nabi Muhammad ﷺ menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah سبحانه وتعالى untukmu!

    Umat Nabi Muhammad ﷺ berkumpul di sisinya.

    Terdengar suara seruan: Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!

    Nabi Adam as berkata: Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.

    Nabi Adam a.s. pergi menemui Allah سبحانه وتعالى. Allah سبحانه وتعالى berfirman kepadanya: Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!

    Nabi Adam a.s. bertanya: Berapa ramai untukku kirimkan?

    Allah سبحانه وتعالى berfirman: Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka.

    Allah سبحانه وتعالى berfirman lagi: Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.

    Nabi Adam a.s. berkata: Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!



    Sabda junjungan Agung kita semua umat Islam Baginda Rasulullah s.a.w: "Ballighu anni walau aayah" (Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat)

    Ahmad s.a.w

    Hamid s.a.w.

    Mahmud s.a.w.

    Ahid s.a.w.

    Wahid s.a.w.

    Mahh s.a.w

    Hasyir s.a.w

    'Aaqib s.a.w.

    Taha s.a.w.

    Yaasin s.a.w.

    Tahir s.a.w.

    Mutahhar s.a.w

    Taiyyib s.a.w.

    Sayyid s.a.w.

    Rasul s.a.w.

    Nabi Muhammad s.a.w

    Rasulul Rahmah s.a.w.

    Qaiyyim s.a.w.

    Jami' s.a.w.

    Muqtaff s.a.w

    Muqaffa s.a.w.

    Rasulul Malaahim s.a.w.

    Rasulur Rahah s.a.w.

    Kamil s.a.w.

    Iklil s.a.w.

    Muddath-thir s.a.w.

    Muzzammil s.a.w.

    Abdullah s.a.w.

    Habibullah s.a.w.

    Safiyyullah s.a.w.

    Najiyyullah s.a.w.

    Kalimullah s.a.w.

    Khatamul Anbia' s.a.w.

    Khatamul Rusul s.a.w

    Muhyi s.a.w.

    Munji s.a.w.

    Muzakkir s.a.w.

    Nasir s.a.w.

    Mansur s.a.w

    Nabiyyul Rahmah s.a.w.

    Nabiyut Taubah s.a.w.

    Harison 'Alaikum s.a.w.

    Ma'lum s.a.w.

    Shahir s.a.w.

    Shaahid s.a.w.

    Shahiid s.a.w.

    Mashhud s.a.w.

    Bashir s.a.w.

    Mubashhir s.a.w

    Nazir s.a.w.

    Munzir s.a.w.

    Nur s.a.w.

    Siraj s.a.w.

    Misbah s.a.w.

    Hudaa s.a.w.

    Mahdi s.a.w

    Munir s.a.w.

    Da'i s.a.w.

    Mad'uu s.a.w.

    Mujib s.a.w.

    Mujab s.a.w.

    Hafiyy s.a.w.

    'Affuw s.a.w.

    Waliyy s.a.w.

    Haqq s.a.w.

    Qawiyy s.a.w

    Amin s.a.w.

    Ma'mun s.a.w.

    Karim s.a.w.

    Mukarram s.a.w

    Makin s.a.w.

    Matin s.a.w.

    Mubin s.a.w.

    Muammil s.a.w.

    Wasul s.a.w.

    Zu Quwwah s.a.w.

    Zu Hurmah s.a.w.

    Zu Makaanah s.a.w.

    Zu 'Iz s.a.w.

    Zu Fadli s.a.w.

    Mutaa' s.a.w.

    Mutii' s.a.w.

    Qadamu Sidqi s.a.w.

    Rahmah s.a.w.

    Bushra s.a.w

    Ghauth s.a.w.

    Ghaith s.a.w.

    Ghayyath s.a.w.

    Ni'matullah s.a.w.

    Hadiyyatullah s.a.w.

    Urwatun Wuthqa s.a.w.

    Siraatullah s.a.w.

    Siraatul Mustaqim s.a.w.

    Zikrullah s.a.w.

    Saifullah s.a.w.

    Hizbullah s.a.w.

    An-Najmuth Thaqib s.a.w

    Mustaffa s.a.w.

    Mujtaba s.a.w.

    Muntaqa s.a.w.

    Ummiyy s.a.w.

    Mukhtar s.a.w.

    Ajir s.a.w.

    Jabbar s.a.w

    Abul Qasim s.a.w.

    Abut Tahir s.a.w.

    Abut Taiyyib s.a.w.

    Abu Ibrahim s.a.w.

    Mushaffa' s.a.w.

    Shafi' s.a.w.

    Saleh s.a.w.

    Musleh s.a.w.

    Muhaimin s.a.w.

    Sadiq s.a.w

    Musaddiq s.a.w.

    Sidq s.a.w.

    Sayyidul Mursalin s.a.w.

    Imamul Muttaqin s.a.w.

    Qaidul Ghurril Muhajjalin s.a.w
    Khalilul Rahman s.a.w.

    Barr s.a.w.

    Mabarr s.a.w.

    Wajih s.a.w.

    Nasih s.a.w.

    Naasih s.a.w.

    Wakil s.a.w

    Mutawwakkil s.a.w
    Kafil s.a.w.

    Shafiq s.a.w.

    Muqimus Sunnah s.a.w.

    Muqaddas s.a.w.

    Ruhul Qudus s.a.w.

    Ruhul Haq s.a.w.

    Ruhul Qistt s.a.w.

    Kaaf s.a.w.
    Muktaff s.a.w.

    Baaligh s.a.w.

    Muballigh s.a.w.

    Shaff s.a.w.

    Wasil s.a.w.

    Mausul s.a.w.

    Sabiq s.a.w.

    Saaiq s.a.w.
    Had s.a.w.

    Muhdi s.a.w.

    Muqaddam s.a.w.

    Aziz s.a.w.

    Fadhil s.a.w.

    Mufaddhal s.a.w.

    Fatih s.a.w.

    Miftah s.a.w.
    Miftahul Rahmah s.a.w.

    Miftahul Jannah s.a.w.

    'Alamul Imaan s.a.w.

    'Alamul Yaqin s.a.w.

    Dalilul Khairat s.a.w.

    Musahhihul Hasanaat s.a.w.

    Muqilul 'Atharaat s.a.w.

    Saffuh Aniz Zallat s.a.w.
    Sahibush Shafa'ah s.a.w.

    Sahibul Maqam s.a.w.

    Sahibul Qadim s.a.w.

    Makhsus Bil 'Iz s.a.w.

    Makhsus Bil Majd s.a.w.

    Makhsus Bis Sharaf s.a.w.

    Sahibul Wasilah s.a.w.

    Sahibus Saif s.a.w.
    Sahibul Fadhilah s.a.w.

    Sahibul Izar s.a.w.

    Sahibul Hujjah s.a.w.

    Sahibus Sultan s.a.w.

    Sahibul Ridaa' s.a.w.

    Sahibud Darajaatir Rafiah s.a.w

    Sahibut Tajj s.a.w.

    Sahibul Maghfir s.a.w.

    Sahibul Liwaa' s.a.w.

    Sahibul Mi'raj s.a.w.

    Sahibul Qadhib s.a.w.

    Sahibul Buraaq s.a.w.

    Sahibul Khaatam s.a.w.

    Sahibul 'Alamah s.a.w.

    Sahibul Burhan s.a.w.

    Sahibul Bayaan s.a.w.

    Fasihul Lisan s.a.w.

    Mutahharul Janan s.a.w.

    Ra'uff s.a.w.

    Rahim s.a.w.

    Uzunukhair s.a.w.

    Sahihul Islam s.a.w.

    Sayyidul Kaunain s.a.w.

    'Ainun Na'im s.a.w.

    'Ainul Ghurr s.a.w.

    Sa'dullah s.a.w.

    Sa'dul Khalq s.a.w.

    Khatibul Umam s.a.w.

    'Alamul Huda s.a.w.

    Kashiful Kurab s.a.w.

    Raafi'ur Rutab s.a.w.

    'Izzul 'Arab s.a.w.

    Sahibul Faraj s.a.w.

























    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA