الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
YAWMIL HISAB
Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Aisyah r.a. berkata: "Saya tanya kepada Rasullullah s.a.w., Apakah yang cinta itu ingat pada kekasihnya pada hari kiamat?" Jawab Rasullullah s.a.w.:
"Adapun ditiga tempat (masa) maka tidak ingat iaitu ketika ditimbang
amal sehingga diketahui apakah ringan atau berat, ketika menerima
lembaran catatan amal (suhuf) sehingga ia terima imma
dari kanan atau dari kiri dan ketika keluar dari neraka ular naga lalu
mengepung mereka dan berkata "Aku diserahi tiga macam: Orang
mempersekutukan Allah s.w.t.
dengan lain Tuhan, dan orang yang kejam, penentang, zalim dan orang
yang tidak percaya pada hari kiamat (hisab), maka diringkus semua
orang-orang yang tersebut itu lalu dilemparkan semuanya dalam neraka
jahannam, dan diatas neraka jahannam itu ada jambatan yang lebih halus
dari rambut dan lebih tajam dari pedang, sedang dikanan kirinya bantolan
dan duri-duri, sedang orang-orang yang berjalan diatasnya ada yang
bagaikan kilat, dan bagaikan angin kencang, maka ada yang selamat, dan
ada yang luka terkena bantolan duri, dan ada yang terjerumus muka
kedalam neraka."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah s.a.w.
bersabda: "Diantara dua kali tiupan sangkakala itu jarak empat puluh
tahun (Tiupan untuk mematikan dan membangkitkan semula). Kemudian Allah s.w.t. menurunkan hujan air bagaikan mani orang lelaki, maka timbullah orang-orang mati bagaikan timbulnya tanaman (sayur-sayuran)."
Abul-Laits juga telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda: "Ketika Allah s.w.t. telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah s.w.t. menjadikan
sangkakala dan diserahkan kepada Malaikat Israfil, maka ia
meletakkannya dimulutnya melihat ke Arsy menantikan bilakah ia
diperintahkan." Saya bertanya: "Ya Rasullullah, apakah shur (sangkakala) itu?" Jawab Rasullullah s.a.w.: "Bagaikan tanduk dari cahaya." Saya bertanya lagi: "Bagaimana besarnya?" Rasullullah s.a.w. menjawab: "Sangat besar bulatannya, demi Allah yang mengutuskanku sebagai Nabi s.a.w. besar bulatannya itu seluas langit dengan bumi, dan akan ditiup hingga tiga kali iaitu pertama Nafkhatul faza' (untuk menakutkan), Nafkhatus sa'aq (untuk mematikan) dan Nafkhatul ba'ats (untuk menghidupkan kembali atau membangkitkan)."
Dalam riwayat Ka'ab hanya dua kali tiupan, iaitu mematikan dan membangkitkan. Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wa yauma yunfakhu fafazi'a man fissamawati waman fil ardhi illa man sya Allah (Yang bermaksud) Dan
pada hari ditiup sangkakala maka terkejut takut semua yang dilangit dan
yang dibumi, kecuali yang dikehendaki oleh Allah. (Surah Annamel : 87)
Dan
pada saat itu tergoncangnya bumi, dan manusia bagaikan orang mabuk
sehingga ibu yang mengandung gugur kandungannya dan yang meneteki lupa
terhadap bayinya, dan anak-anak segera beruban dan syaitan-syaitan
laknatullah berlarian. Maka keadaan itu berlaku beberapa lama kemudian Allah s.w.t. menyuruh Israfil meniup sangkakala kedua.
Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wa
nufikhafishshuri fasha'iqa man fissamawati waman fil ardhi illa man sya
Allah. Tsumma nufikha fihi ukhra fa idza hum qiyamun yandhurun. (Yang bermaksud) Dan
ketika ditiup sangkakala maka matilah semua yang dilangit dan bumi
kecuali yang dikehendaki Allah, kemudian ditiup lagi, tiba-tiba mereka
bangun dan melihat. (Surah Azzumar : 68)
Mereka yang dikecualikan itu ialah roh orang-orang yang mati syahid, Jibrail, Mika'il, Israfil dan Hamalatul arsyi serta Malaikatmaut, sehingga ketika ditanya oleh Allah s.w.t: "Siapakah yang masih tinggal dari makhlukKu?" Padahal Allah s.w.t. lebih mengetahui. Jawab Malaikatmaut: "Ya Tuhan, Engkau yang hidup, yang tidak mati, tinggal malaikat Jibril, Mika'il, Israfil, Hamalatul arsyi dan aku." Maka Allah s.w.t. menyuruh Malaikatmaut mencabut roh mereka.
Riwayat Muhammad bin Ka'ab dari seorang dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Harus mati Jibril, Mika'il, Israfil dan juga Hamalatul arsyi." Kemudian Allah s.w.t. bertanya: "Hai Malaikulmaut, siapakah yang masih tinggal dari makhlukKu?" Jawab Malaikulmaut: "Engkau Dzat yang hidup yang tidak akan mati, tinggal hambamu yang lemah, Malikulmaut." Firman Allah s.w.t.: " Hai Malaikulmaut, tidakkah kau mendengar firmanKu: "kullu nafsin dza'iqatul maut. (Yang bererti) Tiap makhlukKu, Aku jadikan engkau untuk tugasmu itu, dan kini matilah engkau."
Maka matilah Malaikulmaut diperintah mencabut nyawanya sendiri, maka ia
sendiri, tiba-tiba ia menjerit, yang andaikata waktu itu makhluk lain
masih hidup nescaya mereka semua akan mati kerana jeritan Malaikulmaut
itu, lalu ia berkata: "Andaikan saya mengetahui bahawa pencabutan roh
itu seberat ini nescaya aku akan lebih lunak ketika mencabut roh-roh
orang mukmin." Kemudian matilah Malaikulmaut dan tiada tinggal satupun
dari makhluk Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t. berfirman kepada dunia yang rendah ini: "Dimanakah raja-raja dan putera-putera raja, dimanakah raksasa-raksasa dan putera-putera raksasa yang makan rezekiKu tetapi menyembah lainKu." Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Limanil mulkil yaum? Lillahilwahidil qahhar." (Yang bermaksud) Siapakah yang mempunyai hak milik pada hari ini?. Pertanyaan ini tidak ada yang menjawab, maka Allah s.w.t. sendiri menjawab: "hanya bagi Allah yang tunggal dan memaksa segala sesuatu."
Kemudian Allah s.w.t.
menyuruh langit menurunkan hujan bagaikan air mani lelaki selama empat
puluh hari, sehingga air telah mengenang diatas segala sesuatu setinggi
hasta, maka Allah s.w.t. menumbuhkan makhluk bagaikan tumbuhnya sayur-sayuran sehingga sempurna kerangka badannya sebagaimana semula dahulu, kemudian Allah s.w.t. menyuruh (berseru): "Hiduplah hai Israfil dan Hamalatularsyi." Maka hiduplah mereka. Lalu Allah s.w.t. menyuruh Israfil meletakkan sangkakala dimulutnya, lalu Allah s.w.t.
menyuruh Israfil meniupnya untuk membangkitkan, maka keluarlah roh-roh
bagaikan lebah telah memenuhi angkasa antara langit dan bumi, lalu
masuklah roh itu kedalam jasad didalam hidung, maka bumi mengeluarkan
mereka.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Saya pertama orang yang keluar dari bumi." Dalam lain hadis: "Sesungguhnya Allah s.w.t. jika telah jika telah menghidupkan Malaikat Jibrail, Mika'il, Israfil, maka mereka pergi kekubur Nabi Muhammad s.a.w. membawa buraq dan perhiasan-perhiasan syurga, maka terbuka bumi untuk Baginda Rasulullah s.a.w. dan ketika melihat Jibril segera bertanya: "Ya Jibril, bagaimana ummatku? (Apakah yang diperbuat oleh Allah s.w.t. terhadap ummatku?) Jawab Jibril: "Terimalah khabar gembira, kerana kau pertama yang kuluar dari bumi." Kemudian Allah s.w.t. menyuruh Israfil meniup sangkakala, tiba-tiba serentak mereka bangkit melihat keadaan.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan: "Maka keluarlah
mereka dari kubur mereka dalam keadaan telanjang bulat, menuju kepada
Tuhan mereka , kemudian berhenti disuatu tempat selama 70 tahun, Allah s.w.t. membiarkan
mereka, tidak melihat atau memutuskan keadaan mereka, mereka menangis
sehingga habis air mat, dan mengeluarkan darah dan peluh sehingga banjir
sampai kemulut, kemusian mereka dipanggil ke Mahsyar, mereka
keburu-buruan menuju panggilan itu, maka apabila telah berkumpul semua
makhluk, jin, manusia dan lain-lainnya, tiba-tiba terdengar suara yang
keras dari langit, maka terbuka langit dunia dan turun daripadanya
sepenuh penduduk bumi dari para Malaikat, dan mereka langsung berbaris,
lalu bertanya: "Apakah ada diantara kamu yang membawa perintah Tuhan
untuk hidab?" Dijawab: "Tidak ada." Kemudian turun ahli langit kedua dan
berbaris pula, kemudian turun prnduduk langit ketiga, dan seterusnya
sampai langit ketujuh, masing-masing berlipat dari yang sebelumnya dan
semua Malaikat itu melindungi penduduk bumi."
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. akan
menyuruh langit dunia maka terbelah dan mengeluarkan semua Malaikat
yang ada didalamnya, maka turun semuanya dan mengepung bumi dengan apa
yang ada dibumi, kemudian langit kedua dengan isinya, kemudian yang
ketiga dengan isinya, kemudian keempat dengan isinya, kemudian kelima
dengan isinya, kemudian keenam dengan isinya sehinggalah merupakan tujuh
barisan Malaikat, setengahnya dikepung oleh setangahnya, sehingga
penduduk jika pergi kemana sahaja mereka mendapati tujuh berisan
Malaikat itu seperti mana firman Allah s.w.t.: "Ya
ma'syaral jinni wal insi inis tatha' tum an tanfudzu min
aqtharissamawati wal ardhi fan fudzu la tanfudzuna illa bisulthan." (Yang bermaksud) "Hai
para jin dan manusia jika kamu dapat menembus langit dan bumi, maka
silakan menembusnya. Dan kamu tidak akan menembusnya kecuali dengan
kekuatan."
Firman Allah s.w.t. lagi: "Wayauma tasyaqqaqussama'u bil ghomami wanuzzilal malaikatu tanzila." (Yang bermaksud) "Dan pada hari terbelahnya langit dengan awan, dan diturunkan para Malaikat dengan seketika."
Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. telah berfirman: "Hai
para jin dan manusia, aku nasihatkan kepadamu, sesungguhnya yang
tercatat dalam lebaran hanya amalmu sendiri, kerana itu siapa yang
mendapatkan didalamnya kebaikan, hendaklah mengusapkan : Alhamdulillah
dan siapa yang mendapat lain dari itu, maka jangan menyalahkan yang lain
kecuali dirinya sendiri. Kemudian Allah menyuruh jahannam, maka keluar daripadanya binatang yang panjang mengkilat gelap lalu berkata-kata. Maka Allah berfirman:
"Alam a'had ilaikum ya bani Adama alla ta'budusy syaithana innahu lakum
aduwwun mubin. Wa ani'buduni hadza shiraatum mustaqim. Walaqad a
adholla minkum jibilla katsiera afalam takuni ta'qilun. Hadzihi
jahannamullati kuntum tu'aduun. Ish lauhal yauma bima kuntum takfurun. (Yang bermaksud) Tidak
Aku telah berpesan kepadamu: Jangan menyembah syaitan, sesungguhnya ia
musuhmu yang nyata-nyata. Dan sembahlah Aku. Inilah jalan yang lurus.
Dan ia telah menyesatkan ummat-ummat yang banyak dari kamu. Apakah kamu
tidak berakal (berfikir) dan menyedarinya. Inilah neraka jahannam yang telah diancamkan (Peringatan) kepadamu. Masuklah kamu kini, oleh sebab kekafiranmu."
Maka pada saat itu bertekuk lutut tiap-tiap ummat, sebagaimana firman Allah s.w.t.: "Wa tara kulla ummatin jatsiyatan kullu ummatin tud'a ila kitabiha." (Yang bermaksud) Disini kamu melihat tiap-tiap ummat (orang) bertekuk lutut, tiap ummat dipanggil untuk menerima suratan amalnya." Lalu Allah s.w.t. memutuskan pada semua makhlukNya.
Dan antara binatang-binatang buas atau ternak, sehingga kambing-kambing
yang tidak bertanduk diberi hak membalas kambing yang bertanduk,
kemudian diperintahkan menjadi tanah semua binatang-binatang itu. Dan
disaat itu orang kafir berkata: "Aduh sekiranya aku menjadi tanah."
Kemudian Allah s.w.t. memutuskan antara semua hambaNya.
Nafi' dari Ibn Umar r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Manusia akan dibangkitkan kembali kepada Tuhan pada hari kiamat,
sebagaimana keadaan mereka ketika dilahirkan dari perut ibunya telanjang
bulat. Siti Aisyah berkata: "Laki perempuan berkumpul ya Rasullullah? Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ya." Siti Aisyah berkata: "Alangkah malunya, kemaluanku dapat dilihat setengah pada setengahnya." Nabi Muhammad s.a.w. sambil
memukul bahu Aisyah bersabda: "Hai puteri dari putera Abu Quhafah,
kesibukan orang-orang pada saat itu tidak memungkinkan akan melihat itu,
orang-orang pada mengarahkan pandangan kelangit, berdiri selama empat
puluh tahun tidak makan, tidak minum, ada yang berpeluh sampai tumit,
sampai betis, sampai perut dan ada sampai mulut, kerana lamanya
berhenti, kemudian berdiri para Malaikat mengelilingi arsy, lalu Allah s.w.t. menyuruh menyeruan nama fulan bin fulan, maka semua yang hadir melihat-lihat orangnya, lalu keluar prang itu untuk menghadapi Tuhan Rabbul A'alamin.
Dan bila telah melihat Rabbul A'alamin dipanggil orang-orang yang
pernah dianiaya oleh orang itu untuk diberikan dari hasanat kebaikannya
kepada orang-orang yang teraniaya itu, kerana pada saat itu tidak ada
pembayaran dengan mas, perak (dinar, dirham), maka orang-orang selalu
menagih sehingga habis hasanatnya, maka diambilkan dari dosa-dosa
orang-orang yang dianiaya itu untuk dipikulkan kepadanya, kemudian jika
selesai semua maka diperintahkan: "Kembali ketempatmu dalam neraka hawiyah (jahannam) kerana pada hari ini tidak ada dhulum." (penganiyaan), sesungguhnya Allah amat segera perhitunganNya.
Maka pada saat itu tidak ada seorang Malaikat yang muqarrab atau Nabi
Rasul melainkan merasa bahawa tidak akan selamat, kecuali jika mendapat
perlindungan Allah s.w.t."
Mu'adz bin Jabal r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Laa tazulu qadamaa abdin hatta yus'ala an arba. An umrihi fima afnaahu
wa'an jasadihi fima ablaahu wa'an ilmihi ma amila bihi wa'an maalihi
min aina iktasabahu wafima anfaqahu. (Yang bermaksud) Tidak dapat
bergerak kaki seorang hamba sehingga ditanya tentang empat: Umurnya
digunakan apa sampai habis. Dan badannya dalam apa ia rosakkan. Dan
ilmunya apa ia pergunakan (apakah diamalkan). Dan hertanya dari mana ia
dapat dan kemana ia keluarkan.
Ikrimah berkata: Seorang ayah akan memegang anaknya
pada hari kiamat dan berkata: "Saya ayahmu ketika didunia." Maka anak
itu memuji kebaikannya lalu ayah itu berkata: "Hai anak, kini saya
berhajat kepada hasanatmu yang sekecil dzarrah, kalau-kalau saya dapat
selamat dengan itu dari apa yang kau lihat ini." Jawab anaknya: "Saya
juga takut dari apa yang kau takutkan itu kerana itu tidak dapat
memberikan kepadamu sedikitpun." Lalu pergi kepada isterinya dan berkata
kepadanya: "saya dahulu suamimu didunia." Maka dipuji oleh isterinya,
lalu berkata: "Saya ini minta kepadamu satu hasanat, kalau-kalau saya
boleh selamat dari apa yang kau lihat ini." Jawab isterinya: "saya juga
takut dari itu terhadap diriku seperti engkau." Sepertimana firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wain tad'u muts qalatun ila himliha laa yuhmal minhu syai'un walaukaana dza qurba." (Yang bermaksud) "Dan
orang keberatan pikulannya itu jika memanggil lain orang untuk
memikulkan sebahagian tidak akan dipikulkan sedikitpun, meskipun yang
dipanggil itu kerabat yang dekat."
Ibn Mas'ud berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda
yang berbunyi: "Innal kafir layul jamu biaroqihi walau ilaannar. (Yang
bermaksud) Orang kafir akan tenggelam dalam peluhnya kerana lamanya hari
itu sehingga ia berdoa: "Ya Tuhan, kasihanilah aku, meskipun masuk
kedalam neraka."
Abu Ja'far meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Tiada seorang nabi melainkan ia mempunyai doa yang mustajab, dan
semuanya sudah menggunakan doa itu didunia, sedang saya masih menyimpan
doa itu, untuk saya gunakan sebagau syafa'at bagi ummatku pada hari
kiamat. Ingatlah bahawa sayalah yang terkemuka dari semua anak Adam dan
itu bukan bangga, dan saya juga yang pertama bangkit dari bumi, juga
bukan kerana bangga, dan panji Alhamd ditanganku pada hari kiamat yang
dibawahnya ada Adam dan anak cucunya, juga tidak bangga dengan itu. Pada
kiamat kesukaran dan kerisauan manusia akan bertambah dahsyat sehingga
mereka datang pada Nabi Adam a.s. dan berkta: "Hai Abulbasyar (Ayah dari
semua manusia), berikan syafa'atmu (bantuanmu) bagi kami dengan minta
Tuhan, supaya segera menyelesaikan kami ini. Jawab Adam: "Itu bukan
bagian saya, saya telah diusir keluar dari syurga kerana dosaku, dan
kini aku tidak memikirkan sesuatu kecuali diriku sendiri, lebih baik
kamu pergi kepada Nuh a.s. kerana ia sebagai Nabi yang pertama. Maka
mereka pergi kepada Nuh dan berkata: "Tolonglah kamu mintakan kepada
Tuhan supaya lekas membebaskan kami." Jawab Nabi Nuh a.s.: "Bukan
bagianku, saya telah mendoakan penduduk bumi sehingga tenggelam
semuanya, dan kini tidak ada yang aku fikirkan kecuali diriku sendiri,
tetapi kamu lebih baik pergi kepada Nabi Ibrahim a.s. Khalilullah. Maka
pergilah mereka kepada Nabi Ibrahim a.s. dan berkata: "Tolonglah kami
disisi Tuhan supaya segera memutuskan urusan kami." Jawab Nabi Ibrahim
a.s: "Itu bukan urusanku sebab saya telah dusta tiga kali. Rasulullah s.a.w. bersabda: " keriga-tiganya itu kerana mempertahankan agama Allah
iaitu ketika ia diajak keupacara kaumnya, lalu ia menyatakan: "Inni
saqiem (Sesungguhnya saya sakit), kali kedua ketika berkata: "Bal
fa'alahu kabiruhum hadza." (Yang bermaksud) "Bahwa yang merosakkan
berhala-berhala ini hanya ini lah yang terbesar dan kali ketiga ketika
isterinya akan diganggu oleh Raja yang zalim, lalu ia berkata: "ini
saudaraku." kerana itu kini tidak ada sesuatu yang merisaukan hatiku
kecuali bagaimana nasibku, tetapi kamu pergi kepada Musa a.s sebagai
Kalimullah yang langsung mendengar firman-firman Allah.
Maka mereka langsung pergi kepada Nabi Musa a.s. dan berkata:
"Tolonglah kami, gunakan syufa'atmu untuk mengadap Tuhan supaya
menyelesaikan urusan kami ini." Jawab Nabi Musa a.s.: "Itu bukan
urusanku, saya pernah membunuh orang tanpa hak, dan kini aku tidak
memikirkan kecuali nasib diriku, tetapi kamu pergi kepada Nabi Isa a.s.
Ruhullah dan Kalimatullah." Maka segera mereka pergi kepada Nabi Isa a.s
dan berkata: "Berilah jasa syafa'atmu. mintalah kepada Tuhan supaya
segera meringankan penderitaan kami ini." Jawabnya: "Saya telah diangkat
bersama ibuku oleh orang-orang sebagai Tuhan, dan kini tidak ada
sesuatu yang merisaukan aku kecuali urusanku sendiri, tetapi bagaimana
pendapatmu kalau ada barang terbungkus dan ditutup, apakah dapat
mencapai barang itu jika tidak dibuka penutupnya?" jawab mereka:
"Tidak.' Maka ia berkata: "Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. itu penutup dari semua nabi-nabi, dan Allah
telah mengampunkan baginya apa yang lalu dan yang kemudian, lebih baik
kamu pergi kepadanya.Maka datanglah orang-orang itu kepadaku, lalu saya
jawab kepada mereka: "Baiklah, sayalah yang akan membantu sehingga Allah mengizinkan bagi siapa yang dikehendakinya dan diredhainya, maka tinggal sekehendak Allah." Kemudian bila Allah hendak menyelesaikan makhlukNya, maka ada seruan: "Dimanakah Muhammad
dan ummat-ummatnya?" Maka kamilah yang terakhir didunia, dan yang
pertama-tama hisabnya pada hari kiamat. Lalu aku berdiri bersama
ummat-ummatku, maka ummat-ummat itu membukakan jalan untuk kami,
sehingga ada suara, hampir saja ummat ini semuanya merupakan nabi-nabi,
kemudian aku maju kepintu syurga dan mengetukmnya, lalu ditanya:
"Siapakah itu?" Jawabku: "Nabi Muhammad Rasullullah."
Lalu dibukakan dan segera aku masuk dan bersujud kepada Tuhan serta
memuja muji kepada Tuhan dengan pujian yang belum pernah diucapkan oleh
seorang pun sebelumku, kemudian aku diperintah: Irfa' ra'saka wa qul yusina' wasai tu'tha, wasy fa tusyaffa." (Yang bermaksud) Angkatlah kepalamu, dan katakan akan didengar, dan mintalah akan diberikan syafa'atmu akan diterima.".
Maka saya memberikan syafa'atku pada orang-orang yang didalam hatinya
ada seberat semut (dzarrah) atau jagung dari iman keyakinan disamping
syahadat an la ilaha illallah wa anna Muhammad Rasulullah."
Umar bin Alkhoththob r.a. ketika masuk kemasjid
bertemu dengan Ka'bul Ahbar sedang memberikan nasihat pada orang ramai,
maka Umar berkata kepadanya: "Berilah kami nasihat dan cerita-cerita
yang dapat menambahkan takut kepada Allah s.w.t." Maka Ka'bul Ahbar berkata: "Sesungguhnya ada Malaikat-malaikat yang dijadikan oleh Allah s.w.t.
berdiri tegak tidak pernah membongkokkan punggung mereka, dan yang lain
sujud tidak pernah mengangkat kepalanya sehingga ditiup sangkakala, dan
mereka bertasbih: Subhanakallahumma wabihamdika ma abadnaaka haqqa ibadatia wa haqqa ma yanbaghi laka an tu'bada. (Yang bermaksud) Maha suci Engkau ya Allah dan segala puji bagiMu, kami tidak dapat beribadat kepadaMu sepenuh ibadat yang layak kepadaMu, yang layak bagiMu untuk disembah. Demi
Allah yang jiwaku ada ditangannya, neraka jahannam akan diperdekatkan
pada hari kiamat lalu bergemuruh dan bila telah dekat ia bergemuruh
dengan satu suara dan disaat itu tidak ada seorang nabi atau orang yang
mati syahid melainkan ia bertekuk lutut jatuh, maka tiap nabi, syahid
atau siddiq hanya berdoa: "Ya Allah, saya tidak minta kecuali
keselamatan diriku sehingga nabi Ibrahim lupa pada Ismail dan Ishak
sambil berkata: "Ya Tuhan, aku khalilullah Ibrahim, dan pada saat itu
andaikan engkau, hai putera Khoththob mempunyai seperti amal tujuh puluh
nabi, nescaya kau mengira bahawa dirimu tidak akan selamat." Maka
menangislah semua yang hadir.
Ketika Umar melihat keadaan itu, lalu Umar berkata:
"Hai Ka'ab, berikan kepada kami khabar yang menggembirakan." Maka
berkata Ka'ab: Sesungguhnya bagi Allah s.w.t. ada 313 syari'ah, tidak
seorang yang menghadap kepada Allah s.w.t. dengan salah satu syari'at
itu asal disertai dengan Khalimah laa ilaha illallah melainkan
pasti dimasukkan oleh Allah s.w.t kedalam syurga demi Allah, andaikan
kamu tahu besarnya rahmat Allah s.w.t., nescaya kamu malas beramal. Hai
saudara-saudara, bersiap-siaplah menghadapi hari kiamat itu dengan amal
yang soleh, dan menjauhi ma'siyat sebab tidal lama kau akan menghadapi
kiamat dan menyesal tihadap masa hidupmu yang terbuang sia-sia,
ketahuilah bahawa bila kau mati bererti telah tiba hari kaimatmu,
sebagaimana kata Almughirah bin Syu'bah: "Kamu menantikan hari kiamat,
padahal kiamatmu ialah saat kematianmu."
Alqomah bin Qays ketika hadir janazah lalu ia
berdiri diatas kubur dan berkata: "Adapun hamba ini maka telah tiba
kiamatnya, sebab seorang mati maka melihat segala persoalan hari
kiamat, iaitu syurga, neraka dan Malaikat, dan ia tidak dapat berbuat
suatu amal, maka ia bagaikan seorang yang berada pada hari kiamat, dan
ia akan bangkit pada hari kiamat menurut keadaannya disaat matinya, maka
sesungguhnya untung siapa yang penghabisan amalnya kebaikan."
Abu Bakar Alwaasithi berkata: Keuntungan yang besar
itu dalam tiga perkara iaitu hidup, mati dan kiamat. Adapun keuntungan
hidup iaitu bila digunakan dalam taat kepada Allah s.w.t, dan keuntungan mati bila ia mati dalam khalimat Syahadat iaitu Laailaha illallah dan keuntungan hari kiamat bila bangkit dari kubur disambut dengan berita bahawa syurga tersedia untuknya."
Yahya bin Mu'adz Arrazi ketika dibacakan dimajlisnya ayat yang berbunyi: "Yauma nahsyurul muttqina ilarrahmani. Wa nasuqul mujrimina ila jahannama wirda." (Yang bermaksud) "Pada hari kiamat itu Kami akan menghantar orang yang taqwa menghadap Arahman (Allah s.w.t.) berkenderaan, sedang orang-orang yang durhaka Kami iring keneraka berjalan kaki dan merasa haus."
Lalu ia berkata: "Tenang-tenanglah hai manusia, kamu kelak akan dihadapkan kepada Allah s.w.t. berduyun-duyun, dan menghadap pada Allah s.w.t. satu persatu, dan akan ditanya semua amalmu secara terperinci kalimat demi kalimat, sedang para wali dihantar menghdap pada Allah s.w.t.
berkenderaan, dan orang-orang yang durhaka didorong keneraka jahannam
berbondong-bondong, dan semua akan terjadi bila bumi telah dilenyapkan,
dan tiba Tuhanmu sedang Malaikat berbaris-baris, dan dihidangkan
jahannam sebagai ancaman. Saudara-saudaraku, berhati-hatilah kamu dari
kengerian sehari yang perkiraannya sama dengan lima puluh ribu tahun
(didunia), hari yang mengetarkan, duka cita dan menyesal., itulah hari
yang besar, hari bangkitnya semua manusia untuk menghadap kepada Rabbul Alamien,
hari perhitungan dan pertimbangan dan pertanyaan, hari kegoncangan,
yang pasti, yang menakutkan, hari kebangkitan, hari dimana tiap manusia
akan melihat apa yang telah dilakukannya. Hari dimana semua manusia
dalam berbagai bentuk akan melihat amal perbuatannya, hari dimana wajah
manusia putih berseri-seri dan lain wajah hitam, hari dimana seseorang
tidak dapat menolong kerana lainnya, dan tidak berguna segala tipu daya,
hari dimana seorang ayah tidak dapat membantu anaknya sedikit pun, hari
dimana bahayanya bertebaran meluas, hari dimana tidak diterima uzur
orang-orang yang zalim dan tetap mereka mendapat kutukan (laknat) serta
siksa yang keji, pada hari dimana tiap manusia harus mempertahankan
dirinya sendiri, pada hari dimana tiap ibu akan lalai terhadap bayi yang
disusuinya, bahkan tiap ibu yang mengandung akan menggugurkan
kandungannya dan orang-orang bagaikan orang mabuk tetapi tidak mabuk
kerana minum arak, hanya kerana ngerinya siksaan Allah s.w.t. yang sangat keras."
Muqatil bin Sulaiman berkata: "Makhluk akan berdiri
menanti pada hari kiamat selama seratus tahun, tenggelam dalam peluhnya
sendiri dan seratus tahun dalam kegelapan mereka bingung sedang seratus
tahun lagi sibuk bagaikan gelombang mengajukan tuntutan kepada Tuhan.
Sesungguhnya hari kiamat itu sekira lima ribu tahun, tetapi bagi seorang
mukmin yang ikhlas bagaikan sesaat, kerana itu wahai orang yang sihat
akal hendaklah sabar terhadap penderitaan dunia dalam melaksanakan taat
kepada Allah s.w.t. untuk memudahkan bagimu segala kesukaran-kesukaran hari kiamat."