الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Nusaibah binti Ka’ab



    NUSAIBAH

    Nusaibah binti Kaab bin Amru bin Auf bin Mabdzul al-Anshaiyah. Ia adalah seorang wanita dari Bani Mazin an-Najar.
    dipanggil dengan gelaran Ummu Imarah adalah salah seorang golongan sahabat wanita yang terkenal pada zaman pemerintahan Islam, yang telah mati syahid di medan jihad, ilmu, ibadah, warak dan keimanan.

    hidup dan membesar dalam lingkungan keluarga yang dikenali dengan tahap kemuliaan. Keluarganya berasal dari golongan keluarga yang sangat mulia, yang sentiasa berkhidmat untuk Islam dan Muslimin sesuai dengan kemampuan mereka. Di antara keluarga ini ada seorang pejuang wanita Ansar, iaitu Ummu Imarah r.a.

    Saudara kandungnya yang bernama Abdullah bin Ka'ab Al-Maziniy termasuk di antara sahabatyang ikut serta dalam perang Badar. Saudara lain yang bernama Abdurrahman dianggap salah seorang sahabat yang termasuk dalam golongan Al-Bukkain (yang sentiasa menangis).

    Suaminya yang bernama Zaid bin Ashim termasuk dalam golongan awal yang memeluk Islam dan kedua-dua orang puteranya yang bernama Habib dan Abdullah adalah sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka merupakan pasukan berkuda keluaran Madrasah Al-Nubuwahi. Mereka telah menghiasi sejarah dengan segala amalan mereka yang mulia.

    Ketika suaminya meninggal dunia, dia menikah lagi dengan Ghaziyyahbin Amrin bin Athiyyah An-Najjari. Daripada suami yang kedua ini dia memiliki dua orang anak yang bernama Tamim dan Khaulah. Keluarga yang penuh dengan kebahagiaan ini termasuk dalam golongan orang-orang yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. dengan Islam. Mereka sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam dan berkorban demi agama Islam.

    ikut pegi berperang dalam Perang Uhud besama suaminya (Ghaziyah bin Amru) dan bersama kedua anaknya dari suami yang prtama (Zaid bin Ashim bin Amru), kedua anaknya bernama Abdullah dan Hubaib. Di siang harri beliau membeikan minuman kepada yang terluka, namun tatkala kaum muslimin porang-poranda beliau segera mendekati Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam dengan membawa pedang (untuk menjaga keselamatan Rasulullah) dan menyerang musuh dengan anak panah. Beliau beperang dengan dahsyat. Beliau menggunakan ikat pinggang pada peutnya hingga teluka sebanyak tiga belas tempat. Yang paling parah adalah luka pada pundaknya yang tekena senjara dai musuh Allah yang bernama Ibnu Qamiah yang akhirnya luka tersebut diubati selama satu tahun penuh hingga sembuh.

    Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari dikejar musuh.

    Kesungguhan Nusaibah melindungu Rasulullah begitu hebat, inggakan Rasulullah berkata, Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.

    Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, Bangun wahai anakku. Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh.

    Rasulullah yang melihat peristiwa itu merasa terharu. Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan? kata Rasulullah kepadanya.

    Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, Ini dia orang yang telah melukakan anakmu. Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang.

    Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya, kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah.

    Kemudian, Nusaibah dengan bantuan beberapa tentera Muslimin berjaya membunuh orang itu. Melihatkan keadaan ini, Rasulullah berkata, Segala puji bagi Allah yang telah menenangkanmu dan menggembirakan hatimu daripada musuhmu serta memperlihatkan balas dendammu dihadapanmu.

    Ketika Perang Uhud ini, Nusaibah mengalami luka yang banyak, terutamanya di bahagian bahu. Rasulullah memeriksa lukanya lalu meminta Abdullah, anaknya untuk mengikat luka tersebut sambil berkata, Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati kamu semua.

    Nusaibah mendengar kata-kata Rasulullah itu. Ya Rasulullah! Mohonlah kepada Allah agar kami boleh menemanimu di syurga nanti, kata Nusaibah.

    Maka Rasulullah pun berdoa, Ya Allah! Jadikalnlah mereka semua ini penemanku di syurga kelak.

    Aku tidak akan mengeluh setiap musibah yang menimpa diriku di dunia ini, kata Nusaibah sebagai membalas.

    Ummu Imarah ikut serta dalam perang Bani Khuraizhah. Ketika perang Al-Hudaibiyah, Ummu Imarah telah mengasah pisau kerana bimbang kaum musyrikin mengingkari perjanjian. Dia turut serta dibai'atkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam Bai'at Ar-Ridhwan. Dia termasuk golongan sahabat yang mendapat keredaan Allah s.w.t.

    Sesudah itu, Ummu Imarah turut dalam perang Khaibar, Umrah Al-Qadha (pengganti) dan perang Hunain. Dalam perang Hunain dia memiliki manqif (kedudukan) yang tidak kurang pentingnya daripada perang Uhud. Dia termasuk salah seorang daripada seratus orang sahabat yang sabr dan tabah, ketika yang lain mula was-was dengan kekuatan muslimin dan dia juga berjaya membunuh salah seorang daripada pasukan berkuda orang musyrikin.

    Perang terakhir yamg diikuti oleh Ummu Imarah adalah perang Yamamah untuk memerangi orang-orang murtad yang diketuai oleh Musailamah Al-Kazzab pada zaman Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq. Beliau berperang dengan gigih, meskipun salah satu tangannya terputus, kerana keinginannya yang kuat untuk menghancurkan musuh-musuh Allah s.w.t. sebagai ungkapan terima kasih dengan berakhirnya fitnah tersebut.

    Ketika mujahidah agung ini kembali ke bandar Madinah, salah satu anggota badan (tangan) telah mendahuluinya memberikan khabar gembira tentang syurga dan dia tetap mendapat kedudukan yang mulia selama zaman khalifah Ar-Rasyidah. Khalifah Abu Bakar sentiasa menziarahinya dan bertanya tentang keadaannya. Sementara itu, Umar memberinya pakaian yang bagus disebabkan kedudukan Ummu Imarah yang mulia dan termasuk di antara yang paling awal memeluk Islam.

    Alngkah baiknya Abu Nu'aim ketika dia menerangkan tentang Ummu Imarah dengan ucapannya : :Ummu Imarah adalah salah seorang yang turut berbai'at di Aqabah, seorang mujahidah dan merupakan seorang yang memiliki kemuliaan, ijtihad, puasa, ibadah dan pendirian yang kukuh."

    Suatu ketika dia datang menghadap Rasulullah s.a.w. sambil berkata : "Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat kaum wanita disebut dalam Al-Quran sebagaimana halnya kaum lelaki." Lalu turunlah firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

    "Sesungguhnya lelaki muslim dan perempuan-perempuan muslimah, lelaki yang mukmin dan perempuan-perempuan yang mukminah...."

    Ummu Imarah telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Rasulullah s.a.w. dan diriwayatkan daripada cucunya Abad bin Tamim, Al-Harith bin Abdillah bin Ka'ab dan Ikrimah hamba sahaya Abdullah bin Abbas. Di antara hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Imarah bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berkunjung ke rumahnya. Ummu Imarah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Ketika Rasulullah s.a.w. mempelawanya untuk makan bersama, dia menjawab : "Ya Rasulullah! Aku berpuasa." Rasulullah s.a.w. pun bersabda yang bermaksud :

    "Sesungguhnya orang yang berpuasa itu ketika orang makan di sekelilingnya, maka malaikat akan solat ke atasnya hingga mereka selesai makan."

    Kunjungan Rasulullah s.a.w. ke rumah Ummu Imarah menunjukkan dia termasuk golongan orang yang mulia dan juga bukti karamahnya, ibadahnya, zuhudnya kerana dia sentiasa puasa sunat.









































    PENGUMPULAN ALQURAN

    "Mushaf" ialah perkataan bahasa Arab yang secara harfiah, bermaksud "kulit", iaitu kulit buku, tetapi digunakan dalam konteks ini untuk merujuk kepada senaskah kitab al-Quran. Sejarah pengumlpulan mushaf Al-Quran telah melalui tiga zaman, iaitu;

    1.Pembukuan Mushaf AI Qur'an pada Masa Rasulullah s.a.w
    2. Pembukuan Al-Quran masa Khulafaur Rasyidin zaman Abu Bakar
    3.Pembukuan kedua di zaman.Khalifah Uthman Ibnu Affan

    Al Quran diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. dalam pelbagai cara :
    a. Jibril memasukkan secara terus ayat-ayat tersebut ke dalam hati baginda dalam keadaan baginda tidak melihat apa-apa. Satu rasa terbit di dalam hati Rasulullah s.a.w. bahawa baginda dapat merasakan wahyu itu telah berada dalam hatinya.
    b. Malaikat Jibril a.s. menyerupakan dirinya seperti seorang lelaki dan muncul di hadapan Rasulullah s.a.w. dan mengucapkan ayat kepada Baginda sehingga Baginda benar-benar dapat menghafaz ayat yang diturunkan itu.
    c. Wahyu datang kepadanya berserta bunyi loceng. Ini adalah cara yang paling berat dihadapi oleh Baginda sehingga keadaan baginda sangat panas walaupun ketika itu cuaca sangat sejuk.
    d. Jibril memperlihatkan dirinya yang sebenar sepertimana yang dialami oleh Baginda sewaktu turunnya ayat surah al-Muzammil.

    Al Quran diturunkan kepada kaum Quraisy yang rata-rata masyarakatnya tidak tahu membaca. Kelebihan umat sebegini ialah, apabila mereka tidak mempunyai keupayaan untuk membaca, mereka mempuanyi keupayaan yang hebat pula di dalam menghafal. Hati mereka terang dan mereka tidak bergantung kepada bahan bacaan untuk merujuk sesuatu. Mereka ini sejak dari sebelum zaman Islam terkenal dengan kebolehan menghafal syair-syair indah yang panjang dan cerita-cerita yang disampaikan dari masa ke semasa. Mereka telah sedia dibentuk sebagai masyakat yang kuat daya hafalan. Jadi ianya tidak menjadi masalah apabila al Quran mula diwahyukan, mereka dengan segera dapat menangkap serta menghafal apa yang diwahyukan dengan mudah dan tanpa sebarang masalah.

    Mereka juga tidak terdedah kepada pembohongan demi pembohongan atas nama agama yang sedang dilakukan secara meluas oleh kalangan ahli kitab pada ketika itu. Malah Muhammad s.a.w. merupakan seorang pemuda berpemikiran hebat tetapi baginda sendiri tidak tahu membaca. Ia dinyatakan Allah di dalam surah al Ankabut ayat 48 seperti berikut :

    وَمَا كُنۡتَ تَـتۡلُوۡا مِنۡ قَبۡلِهٖ مِنۡ كِتٰبٍ وَّلَا تَخُطُّهٗ بِيَمِيۡنِكَ اِذًا لَّارۡتَابَ الۡمُبۡطِلُوۡنَ

    Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini, dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentang(mu) - akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu).

    Sistem susunan ayat al Quran dibuat melalui ketetapan yang telah ditetapkan Allah yang disampaikan melalui Jibril. Ianya tidak disusun secara Kronologi. al Qur'an juga tidak disusun mengikut giliran turunnya ayat. Ia disusun menurut turutan yang telah ditetapkan Allah sepertimana Ia sebelum ini ditempatkan di Lauh Mahfuz. Perhatikan sejarah turunnya wahyu. Wahyu pertama yang disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. ialah ayat 1 hingga 5 surah al Alaq. Tetapi surah al Alaq tidak dilengkapkan sesudah ayat kelima. Ayat satu hingga 5 ini, dinyatakan oleh sebahagian besar ulama tafsir sebagai pengesahan pelantikan Muhammad s.a.w. sebagai seorang Nabi. Wahyu kedua yang diturunkan Allah kepada Muhammad s.a.w., berlaku setelah Muhammad s.a.w. tidak mendapat sebarang berita dan wahyu dari Allah dalam satu jeda masa tanpa wahyu sebelum surah Ad Muddatsir diwahyukan.

    Penentuan susunan kedudukan surah-surah di dalam al Quran pula, terdapat tiga pendapat utama mengenainya :
    a. Pertama, Ia merupakan ketetapan yang telah ditentukan oleh Rasulullah s.a.w.
    b. Kedua, ia merupakan ijtihad para sahabat pada masa penyusunan al Quran dilakukan.
    c. Ketiga, ia bersandarkan kepada ketetapan Rasulullah s.a.w. dan sebahagiannya lagi bersandarkan kepada ijtihad para sahabat.

    Jumhur Ulama, termasuk Al-Imam Malik, Al-Qadhi Abu Bakar bin Thayyib Al-Baqillani, lebih cenderung kepada pendapat kedua, iaitu berdasarkan ijtihad para sahabat.
    Bacaan dan ketepatan piawaian bacaan terjaga melalui satu sistem semakan yang dijalankan pada seiap tahun kerasulan Muhammad s.a.w.. Piawai bacaan serta hafalan al Quran Rasulullah s.a.w. disemak oleh malaikat Jibril a.s. pada sekali pada setiap Ramadhan. Pada tahun akhir sebelum Rasulullah s.a.w. wafat, Jibril a.s. menyemak bacaan Rasulullah s.a.w. sebanyak 2 kali.
    Rasulullah s.a.w. pula akan sentiasa menyemak bacaan para sahabat dari masa ke semasa.
    Walaupun Rasulullah s.a.w. tidak tahu membaca dan menulis, setiap kali turunnya wahyu, baginda akan memerintahkan beberapa orang sahabat untuk tolong menuliskannya di atas lembar kulit, kayu, batu, tulang dan sebagainya. Ini kerana kertas serta teknologi menghasilkannya belum meluas di tanah Arab.
    Rasulullah s.a.w. mempunyai beberapa orang jurutulis yang terkenal. Antaranya dari kalangan Muhajirin iaitu Khulafa ar Rasyidin, Muawiyyah bin Abu Suffyan dan beberapa sahabat lain. Manakala dikalangan Ansar, Ubay bin Kaab, Muadz bin Jabal, Zaid bin Tsabit dan Abu Yazid dan sahabat-sahabat yang lain.
    Al Quran diwahyukan secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun (ada pendapat mengatakan 26 tahun). Hikmah penurunan secara beransur-ansur seperti berikut:

    a. Memudahkan para sahabat melakukan hafalan.
    b. Sentiasa berkait serta bertujuan menyelesaikan setiap masalah dan isu yang dihadapi oleh umat Islam pada ketika itu.
    c. Memudahkan pelaksaan peringkat demi peringkat syariat yang disampaikan supaya ianya tidak terlalu mengejutkan.
    d. Memberi ruang kepada umat Islam mempraktikkan apa yang disampaikan dan membolehkan mereka mendengar ayat-ayat al Quran lantas patuh mengerjakannya dengan tertib.
    e. Sebagai tanda Allah s.w.t. sayangkan Rasulullah s.a.w. dan tidak meninggalkan baginda sepanjang tempoh tugasan sebagai nabi dan rasul. Dengan pelbagai ujian yang dihadapi dengan berat, kedatangan wahyu sentiasa memberi satu indikasi bahawa pada setiap saat dan masa, Allah bersama Rasulullah s.a.w. memimpin serta memberi pedoman kepada setiap perkara yang berlaku disekeliling mereka.
    f. Ia juga memperkukuhkan hati dan kekuatan umat Islam dalam menangani ancaman golongan musyrik, ahli kitab dan semua jenis musuh yang berada disekeliling mereka.

    Pada masa hayat Rasulullah s.a.w., sudah terdapat beberapa mushaf al Quran yang bertulis. Beberapa orang sahabah menyimpannya dan mushaf-mushaf itu dikenali dengan nama mereka-mereka yang mengumpul dan menyimpannya. Antaranya Mushaf Ibnu Masud, Mushaf Ali, Mushaf Aisyah dan beberapa Mushaf lainnya.

    Pengumpulan al Quran Di Zaman Abu Bakar r.a

    Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., berlaku pemberontakan. Abu Bakar as Siddiq r.a., yang diangkat ke jawatan Khalifah, mengambil langkah memerangi golongan yang tidak mahu melunaskan zakat yang kemudiannya murtad.
    Berikutan pergelutan dan perang memerangi gerakan pemberontakan terutamanya yang diketuai oleh nabi palsu, Musailamah al Kazzab, di dalam perang Yamamah, ramai Qurra (orang yang menguasai pembacaan al Quran) dan huffaz (yang menghafal) al Quran gugur sebagai syahid. Perkara ini membimbangkan Umar al Khattab r.a.
    Lantas Umar al Khattab r.a. bertemu Saidina Abu Bakar r.a. untuk mengemukakan cadangan supaya al Quran dikumpulkan serta dibukukan ke dalam bentuk kitab.
    Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a. pada awalnya tidak bersetuju. Beliau tidak mahu melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan Rasulullah s.a.w.. Ini kerana beliau faham betapa Rasulullah s.a.w. membenci bidaah.
    Antara lain sebab kenapa Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a. sangsi pada awalnya untuk bersetuju dengan cadangan Umar r.a. ialah berkenaan sebab-sebab tambahan berikut:

    a. Ia bakal mewujudkan masyarakat Islam yang kurang mengambil berat untuk menghafal al Quran ke dalam hati sepertimana generasi sahabat.
    b. Ia bakal membuatkan manusia secara ramainya malas bertanya dan belajar ilmu secara berdepan dengan guru masing-masing.
    c. Beliau takut tindakannya itu akan disalahfahami oleh majoriti umat Islam dikalangan para sahabat dan akan mengakibatkan berlakunya perpecahan.perpecahan mungkin berlaku sekiranya terapat kumpulan yang tetap berkeras dengan pendapat bahawa usaha pembukuan al Quran itu dianggap sebagai bidaah.

    Setelah beberapa kali berbincang dan berdialog dengan Umar al Khattab r.a., maka Allah s.w.t. memberi keyakinan kepada.Saidina Abu Bakar r.a. untuk bersetuju dengan cadangan Umar r.a. Sebaik bersetuju, beliau memanggil Zaid bin Tsabit r.a. yang terkenal dengan sikap amanah, teliti, kecerdasan akal yang tinggi, sentiasa bersama Rasulullah s.a.w. sehingga ke akhir turunnya wahyu, berakhlak yang sangat baik dan pintar.
    Zaid bin Tsabit r.a. juga pada awalnya menolak, tetapi sesudah diyakinkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a., maka beliau pun berkata : Demi Allah, sekiranya aku diberikan tugas untuk memindahkan gunung di antara gunung-gunung, maka itu tidak sebeart tugas yang engkau berikan amanahkan kepadaku.
    Zaid bin Tsabit r.a., mula membuat penelitian dan menetapkan dua sumber berikut sebagai sumber utama sebagai panduan untuk pengumpulan al Quran:

    a. Ayat-ayat yang telah dihafal sahabat.
    b. Ayat-ayat yang telah ditulis dihadapan Rasulullah s.a.w.

    Umar r.a. kemudian pergi ke hadapan orang ramai sebagaimana kisah yang tercatat di dalam Sunan Abu Daud seperti berikut:

    Umar r.a. datang lalu berkata : Barangsiapa yang mendapatkan ayat dari Rasulullah s.a.w., maka hendaklah ia membawa kepadanya (Zaid bin Tsabit r.a.). Mereka menuliskan ayat-ayat itu pada lembaran, ketulan batu dan pelepah-pelepah kurma. Dan dia (Zaid) tidak mahu menerima ayat dari seorang pun sebelum terlebih dahulu disaksikan dua orang saksi.

    Abu Dawud juga meriwayatkan, bahawa Abu Bakar r.a. berkata kepada Umar r.a. dan Zaid r.a.:

    Duduklah kalian pada pintu masjid. Sekiranya ada orang datang membawa ayat-ayat( al Quran) yang telah diperkuatkan dengan pernyataan dua orang saksi, maka hendaklahkalian menulisnya.

    Apa yang dimaksudkan dengan sua saksi? Imam Ibnu Hajar menyatakan, bahwa maksud dua saksi itu ialah ayat yang dibawakan dalam bentuk hafalan dan tulisan. Manakala Imam Sakhawi pula menjelaskan ia merujuk kepada dua orang saksi yang menyaksikan dihadapan mata mereka sendiri ayat tersebut ditulis dihadapan Rasulullah s.a.w.
    Ali bin Abi Talib r.a. pernah diriwayatkan berkata : Orang yang paling besar pahalanya dalam hal mushaf ialah Abu Bakar r.a.. Beliaulah yang mempelopori pengumpulan al Quran.

    Mushaf yang berjaya dikumpulkan oleh Saidina Abu Bakar r.a. bukanlah satu-satunya mushaf yang ada pada ketika itu, tetapi mushaf yang diusahakannya merupakan mushaf yang disusun dengan cara paling sistematik dan melalui teknik pengumpulan yang ketat serta disusun dan disemak oleh mereka-mereka yang layak. Mushaf lain yang ada pada ketika itu hanyalah mushaf-mushaf untuk kegunaan sendiri. Mushaf yang dikumpulkan khalifah Abu Bakar r.a. ini merupakan piawai dan standard al Quran yang menjadi rujukan.

    Di zaman Khalifah Uthman

    enyebaran Islam bertambah dan para qurra pun tersebar di berbagai-bagai wilayah, dan penduduk di setiap wilayah itu mempelajari qira'at (bacaan) dari qari yang dikirimkan kepada mereka. Cara-cara pembacaan (qiraat) al-Quran yang mereka bawakan berbeza-beza dengan perbezaan 'huruf ' dengan al-Quran diturunkan. Apabila mereka berkumpul disuatu pertemuan atau disuatu medan peperangan, sebahagian mereka merasa hairan dengan adanya perbezaan qiraat ini. Terkadang sebahagian mereka merasa puas, kerana mengetahui bahawa perbezaan-perbezaan itu semuanya disandarkan kepada Rasulullah. Tetapi keadaan demikian bukan bererti tidak akan mempunyai keraguan kepada generasi baru yang tidak melihat Rasulullah sehingga terjadi perbicaraan bacaan mana yang elok dan mana yang tidak elok. Dan pada gilirannya akan menimbulkan dan saling bertentangan apabila terus tersebar. Bahkan akan menimbulkan permusuhan dan perbuatan dosa. Fitnah yang demikian ini harus segera diselesaikan.

    Ketika terjadi perang Armenia dan Azarbaijan dengan penduduk Iraq, di antara orang yang ikut menyerbu kedua tempat itu ialah Huzaifah bin al-Yaman. Beliau banyak melihat perbezaan dalam cara-cara membaca al-Quran. Sebahagian bacaan itu bercampur dengan kesilapan, tetapi masing-masing mempertahankan dan berpegang pada bacaannya, serta menentang setiap orang yang menyalahi bacaannya dan bahkan mereka saling mengkafirkan di antara satu sama lain. Melihat kenyataan demikian Huzaifah segara menghadap Usman dan melaporkan kepadanya apa yang telah dilihatnya. Usman juga memberitahu kepada Huzaifah bahawa sebahagian perbezaan itu pun akan terjadi pada orang-orang yang mengajarkan Qiraat pada anak-anak. Anak-anak itu akan lahir, sedangkan diantara mereka terdapat perbezaan dalam qiraat. Para sahabat amat perihatin akan kenyataan ini kerana takut kalau-kalau perbezaan itu akan menimbulkan penyimpangan dan perubahan. Mereka bersepakat untuk menyalin lembaran-lembaran yang pertama yang ada pada Abu Bakar dan menyatukan umat islam pada lembaran-lembaran itu dengan bacaan tetap pada satu huruf.

    Usman kemudian mengirimkan utusan kepada Hafsah (untuk meminjamkan mushaf Abu Bakar yang ada padanya) dan Hafsah pun mengirimkan lembaran-lembaran itu kepadanya. Kemudian Usman memanggil Zaid bin Thabit al-Ansari, Abdullah bin Zubair, Said bin 'As, dan Abdurrahman bin Haris bin Hisyam. Ketiga orang terakhir ini adalah orang Quraisy, lalu memerintahkan mereka agar menyalin dan memperbanyak mushaf, serta memerintahkan pula agar apa yang diperselisihkan Zaid dengan ketiga orang quraisy itu ditulis dalam bahasa Quraisy, kerana al-Quran turun dengan lohgat mereka.


    Mereka melakukan perintah itu. Setelah mereka selesai menyalinnya menjadi beberapa mushaf, Usman mengembalikan lembaran-lembaran asli itu kepada Hafsah. Kemudian Usman mengirimkan kesetiap wilayah mushaf baru tersebut dan memerintahkan agar semua al-Quran atau mushaf selainnya dibakar. Beberapa naskhah yang kemudiannya dihantar ke Makkah, Syria, Basrah, Kufah dan satu lagi disimpan oleh Usman sendiri. Zaid berkata, "Ketika kami menyalin mushaf, saya teringat akan satu ayat dari surah al-Ahzab yang pernah aku dengar dibacakan oleh Rasulullah; maka kami mencarinya, dan aku dapatkan pada Khuzaimah bin Sabit al-Ansari, ayat itu ialah:

    "Di antara orang-orang mu'min itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah." (al-Ahzab: 23)

    lalu kami tempatkan ayat ini pada surah tersebut dalam mushaf."



    Dikatakan oleh Ibn Jarir: 'Ya'kub bin Ibrahim berkata kepadaku: Ibn 'Ulyah menceritakan kepadaku: Ayyub mengatakan kepadaku: bahawa Abu Qalabah berkata: Pada masa kekhalifahan Usman telah terjadi seorang guru qiraat mengajarkan qiraat kepada seseorang, dan guru qiraat lain mengajarkan qiraat pada orang lain. Dua kelompok anak-anak yang belajar qiraat itu suatu ketika bertemu dan mereka berselisih, dan hal demikian ini menjalar juga kepada guru-guru tersebut.' Kata Ayyub: aku tidak mengetahui kecuali ia berkata: 'sehingga mereka saling mengkafirkan satu sama lain kerana perbezaan qiraat itu,' dan hal itu akhirnya sampai pada khalifah Usman. Maka ia berpidato: 'Kalian yang ada di hadapanku telah berselisih faham dan salah dalam membaca al-Quran. Penduduk yang jauh dari kami tentu lebih besar lagi perselisihan dan kesalahannya. Bersatulah wahai sahabat-sahabat Muhammad, tulislah untuk semua orang satu imam (mushaf al-Qur'an pedoman) saja!'

    Abu Qalabah berkata: Anas bin Malik bercerita kepadaku, katanya : 'Aku adalah salah seorang di antara mereka yang disuruh menuliskan,' kata Abu Qalabah: Terkadang mereka berselisih tentang satu ayat, maka mereka menanyakan kepada seseorang yang telah menerimanya dari Rasulullah. Akan tetapi orang tadi mungkin tengah berada di luar kota, sehingga mereka hanya menuliskan apa yang sebelum dan yang sesudah serta membiarkan tempat letaknya, sampai orang itu datang atau dipanggil. Ketika penulisan mushaf telah selesai, Khalifah Usman menulis surat kepada semua penduduk daerah yang disisinya: 'Aku telah melakukan yang demikian dan demikian. Aku telah menghapuskan apa yang ada padaku, maka hapuskanlah apa yang ada padamu.'

    Ibn Asytah meriwayatkan melalui Ayyub dari Abu Qalabah, keterangan yang sama. Dan Ibn Hajar menyebutkan dalam al-Fath bahawa Ibn Abu Daud telah meriwayatkannya pula melalui Abu Qalabah dalam al-Masahif.

    Suwaid bin Gaflah berkata: 'Ali mengatakan: 'Katakanlah segala yang baik tentang Usman. Demi Allah apa yang telah dilakukannya mengenai mushaf-mushaf al-Quran sudah atas persetujuan kami. Usman berkata : 'Bagaimana pendapatmu tentang qiraat ini? Saya mendapat berita bahawa sebahagian mereka mengatakan bahawa qiraatnya lebih baik dari qiraat orang lain. Ini telah mendekati kekafiran. Kami berkata: 'Bagaimana pendapatmu? Ia menjawab: 'Aku berpendapat agar manusia bersatu pada satu mushaf, sehingga tidak terjadi lagi perpecahan dan perselisihan, kami berkata: Baik sekali pendapatmu itu.

    Keterangan ini menunjukkan bahawa apa yang dilakukan Usman itu telah disepakati oleh para sahabat. Mushaf-mushaf itu ditulis dengan satu huruf (dialek) dari tujuh huruf al-Quran seperti yang diturunkan agar orang bersatu dalam satu qiraat. Dan Usman telah mengembalikan lembaran-lembaran yang asli kepada Hafsah, lalu dikirimkannya pula pada setiap wilayah iaitu masing-masing satu mushaf. Dan ditahannya satu mushaf untuk di Madinah, iaitu mushafnya sendiri yang dikenal dengan nama "Mushaf Imam".

    Penamaan mushaf itu sesuai dengan apa yang terdapat dalam riwayat-riwayat dimana ia mengatakan: " Bersatulah wahai umat-umat Muhammad, dan tulislah untuk semua orang satu imam (mushaf al-Quran pedoman)." Kemudian ia memerintahkan untuk membakar mushaf yang selainnya. Umat pun menerima perintah dengan patuh, sedang qiraat dengan enam huruf lainnya ditingalkan. Keputusan ini tidak salah, sebab qiraat dengan tujuh huruf itu tidak wajib. Seandainya Rasulullah mewajibkan qiraat dengan tujuh huruf itu semua, tentu setiap huruf harus disampaikan secara mutawatir sehingga menjadi hujah. Tetapi mereka tidak melakukannya. Ini menunjukkan bahawa qiraat dengan tujuh huruf itu termasuk dalam kategori keringanan. Dan bahawa yang wajib ialah menyampaikan sebahagian dari ketujuh huruf tersebut secara mutawatir dan inilah yang terjadi.

    Ibn Jarir mengatakan berkenaan dengan apa yang telah dilakukan oleh Usman: 'Ia menyatukan umat islam dengan satu mushaf dan satu huruf, sedangkan mushaf yang lain dibubar. Ia memerintahkan dengan tegas agar setiap orang yang mempunyai mushaf "berlainan" dengan mushaf yang disepakati itu membakar mushaf tersebut, umat pun menyokongnya dengan taat dan mereka melihat bahawa dengan begitu Usman telah bertindak sesuai dengan petunjuk dan sangat bijaksana. Maka umat meninggalkan qiraat dengan enam huruf selainnya sesuai dengan permintaan pemimpinnya yang adil itu sebagai bukti ketaatan umat kepadanya dan kerana pertimbangan demi kebaikan mereka dan generasi sesudahnya. Dengan demikian segala qiraat yang lain sudah dimusnahkan dan bekas-bekasnya juga sudah tidak ada. Sekarang sudah tidak ada jalan bagi orang yang ingin membaca dengan ketujuh huruf itu dan kaum muslimin juga telah menolak qiraat dengan huruf-huruf yang lain tanpa mengingkari kebenarannya atau sebahagian daripadanya, tetapi hal itu bagi kebaikan kaum muslimin itu sendiri. Dan sekarang tidak ada lagi qiraat bagi kaum muslimin selain qiraat dengan satu huruf yang telah dipilih olah imam mereka yang bijaksana dan tulus hati itu. Tidak ada lagi qiraat dengan enam huruf selainnya.

    Apabila sebahagian orang lemah pengetahuan berkata: Bagaimana mereka boleh meninggalkan qiraat yang telah dibacakan oleh Rasulullah dan diperintahkan pula membaca dengan cara itu? maka jawabnya ialah: 'Sesungguhnya perintah Rasulullah kepada mereka untuk membacanya itu bukanlah perintah yang menunjukkan wajib dan fardu, tetapi menunjukkan kebolehan dan keringanan (rukshah). Sebab andai kata qiraat dengan tujuh huruf itu diwajibkan kepada mereka, tentulah pengetahuan tentang setiap huruf dari ketujuh huruf itu wajib pula bagi orang yang mempunyai hujah untuk menyampaikannya, bertanya harus pasti dan keraguan harus dihilangkan dari para qari. Dan kerana mereka tidak menyampaikan hal tersebut, maka ini merupakan bukti bahawa dalam masalah qiraat mereka boleh memilih, sesudah adanya orang yang menyampaikan al-Quran dalam kalangan umat dan penyampaiannya menjadi hujah bagi sebahagian ketujuh huruf itu.

    Jika memang demikian halnya maka mereka tidak dipandang telah meninggalkan tugas menyampaikan semua qiraat yang tujuh tersebut, yang menjadi kewajipan bagi mereka untuk menyampaikannya. Kewajipan mereka ialah apa yang sudah mereka kerjakan itu. Kerana apa yang telah mereka lakukan tersebut ternyata sangat berguna bagi Islam dan kaum muslimin. Oleh itu, menjalankan apa yang menjadi kewajipan mereka sendiri lebih utama daripada melakukan sesuatu yang lebih kepada bencana terhadap Islam dan pemeluknya daripada menyelamatkannya.

    KENAPA SAYIDINA UTHMAN MENGUMPULKAN AL-QURAN.

    Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Anas bin Malik r.a, dia berkata:
    Sesungguhnya Khudzaifah bin Yaman datang kepada Usman. Ketika itu beliau sedang mempersiapkan penduduk Syam dan Irak berperang menggempurkan Armenia dan Azerbijan. Khudzaifah tercengan melihat pertengkaran mereka dalam soal qiraah. Dia berkata kepada Usman, wahai Amirul Mukminin, tolonglah umat ini sebelum mereka pertengkaran mereka dalam soal qiraah. Dia berkata kepada Usman wahai Amirul Mukminin, tolonglah umat ini sebelum mereka bertengkar soal kitab sebagaimana pertengkaran orang yahudi dan nasrani. Kemudian Usman kirim surah kepada Hafsah, hendaklah kamu serahkan mushaf kepadaku untuk aku salin menjadi beberapa mushaf dan aku akan kembalikan lagi kepadamu. Maka Hafsah segera mengirimkan mushaf kepada Usman. Lalu beliau memerintahkan Zaid bin Tsabit, Abdul Rahman bin Zubair, Said bin Ash dan Abdul Rahman bin Harits ibnu Hisyam, maka mereka menyalinnya menjadi beberapa mushaf. Kemudian Usman berkata kepada tiga kelompok suku Quraisy itu, jika kamu berbeza pendapat dengan Zaid bin Tsabit dalam hal al-Quran, hendaklah kamu menulisnya dengan lisan Quraisy. Mereka melakukannya dan setelah menyalin mushaf itu menjadi beberapa salinan, Usman segera mengembalikan mushaf itu kepada Khofshoh dan sekaligus mengirimkan salinan mushaf ke seluruh penjuru disamping memerintahkan agar selain mushaf itu baik berupa lampiran atau mushaf, dibakar sahaja.
    ( hadis riwayat Bukhari )


    Al Quran, Kalamullah yang disalin dari lauh mahfuz, dibawakan Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w., dikumpulkan dalam satu mushaf oleh Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a. dan ia kemudian disalin dalam beberapa salinan yang lebih banyak pada zaman Utsman bin Affan r.a
































    KEDUDUKAN WANITA

    Maha rahmat Allah yang tidak menjadikan Adam sendirian tanpa berteman.Maka dijadikan Hawa dari rusuk kirinya.Firman Allah (ومن ءاياته ان خلق لكم من انفسكم ازواجا لتسكنوا اليها وجعل بينكم مودة ورحمة ان فى ذلك لايت لقوم يتفكرون) yang bermaksud:Dan di antara tanda-tanda kekuasanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya.dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.(surah Ar-Rum,ayat 21).

    Wanita merupakan salah satu makhluk Allah yang mulia serta mempunyai kedudukan yang sangat agung dalam Islam.Mereka tidak pernah diabaikan kecuali di zaman jahiliah iaitu zaman kebodohan orang-orang terdahulu dimana mereka menganggap wanita seperti barang yang boleh diperlakukan sesuka hati.Pada waktu itu juga wanita tidak diberikan hak-hak mereka dan tidak ada rasa hormat terhadap mereka bahkan bangsa arab tidak suka jika dikhabarkan tentang kelahiran anak perempuan dan tanpa segan-silu membunuh mereka yang masih lagi bayi itu.Akan tetapi,sejak kedatangan Islam,keadaan ini telah berubah dimana Allah telah mengangkat martabat wanita dengan memberikan hak-hak yang telah ditetapkan untuk mereka selagimana mereka menjaga kehormatannya,tetap berada di dalam batas hukum-hukum Allah serta selari dengan sifat kewanitaannya kerana wanita tetap wanita.Betapa Islam memuliakan dan mengutamakan kedudukan wanita kerana Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam pernah ditanya tentang siapakah yang harus dibuat baik di antara kedua ibubapa,Baginda mengulang tiga kali ibu.Jadi kesimpulannya tanggungjwab dan kewajipan wanita menurut Islam adalah sebagai bukti kewujudannya diiktiraf dan dihargai.Wanita mempunyai tanggungjawab yang besar bukan sahaja tanggungjwab sebagai hamba terhadap Allah,juga sebagai pemimpin/pengurus rumahtangga bahkan pembentuk generasi masa hadapan.

    Menjadi wanita sahaja belum lagi lengkap tetapi hendaklah menjadi wanita muslimah yang solihah.Ini kerana banyak wanita muslimah yang tidak solihah.Allah subhanahu wataala sangat memuji wanita muslimah,muminah yang sabar dan khusyuk.Firman Allah subhanahu wataala yang bermaksud:Maka wanita yang saleh,ialah taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada,oleh kerana Allah telah memelihara (mereka).(surah An-Nisa,ayat 34)

    Wanita muslimah yang solihah adalah idaman setiap orang.Adapun beberapa ciri-ciri wanita solihah yang harus kita ketahui dan sebagai penilaian dan panduan kita bersama:
    1) beriman dengan Allah dan Rasulnya serta Islam pedomannya.
    2) menjaga solat lima waktu serta wudhunya dan mendirikannya pada waktunya.
    3) menjaga hijabnya dengan rasa senang hati,Firman Allah Subhanahu Wataala yang bermaksud,Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mumin:Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal.karena itu mereka tidak diganggu.Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(surah Al-Ahzab,ayat 59)
    4) mentaati suaminya,tidak bercakap kasar,menjaga kesejahteraannya dan sebagainya. 5)mendidik anak-anaknya dengan ajaran Islam dan mentaati Allah Subhanahu Wataala. 6)tidak berkhalwat dengan lelaki yang bukan mahramnya.
    7)selalu menjaga hatinya daripada syubhat,syahwat dan sebagainya.Selain daripada ciri-ciri di atas,banyak lagi yang kita boleh dapatkan dengan merujuk Al-Quran dan As-sunnah serta kitab-kitab agama yang shumul dan begitu luas





































    KASIH ALLAH

    BETAPA SAYANGNYA ALLAH KEPADA KITA..

    1. Allah s.w.t. maha pemurah. Contohnya Allah s.w.t. sentiasa memberikan kita bermacam-macam nikmat samada kesihatan, rezeki halal, kehidupan selamat dan sebagainya tanpa Allah menuntut kepada kita untuk membayar balik dalam bentuk wang ringgit setelah Allah berikan segala macam nikmat yang telah diberikan kepada kita sewaktu kita dari kecil sehingga ke dewasa ini.

    2. Allah s.w.t. maha pengasih. Contohnya, walaupun kita mempunyai banyak dosa kepada Allah s.w.t. tetapi Dia tetap berikan kepada kita bermacam-macam nikmat.

    3. Allah s.w.t. maha agung. Contohnya, Allah s.w.t. memiliki kerajaan langit dan bumi. Tiada suatupun makhluk yang tidak terlepas daripada kekuasaan Allah s.w.t.

    4. Allah s.w.t. maha suci. Contohnya, Allah s.w.t. yang satu. Tiada makhluk yang berkuasa melainkan Allah s.w.t. Semua makhluk berhajat kepada Allah s.w.t. Tetapi, Allah s.w.t. tidak berhajat kepada makhluk ciptaanya.

    5. Allah s.w.t. maha salam sejahtera. Contohnya, Allah s.w.t. pemilik syurga. Allah s.w.t. berhak memilih sesiapa sahaja yang boleh memasuki syurga dan Allah s.w.t. juga berhak memilih sesiapa saha yang tidak boleh memasuki syurga.

    6. Allah s.w.t. maha melimpahkan keamanan. Contohnya, Allah s.w.t. memberi keamanan kita. Bukannya disebabkan oleh rakyat kita tiada permusuhan antara satu sama lain atau kita mempunyai raja yang baik. Keamanan yang kita alami adalah kerana anugerah dari Allah s.w.t.

    7. Allah s.w.t. maha pengawal dan mengawas. Contohnya, kita sentiasa diperhatikan oleh Allah s.w.t. setiap masa dan keadaan. Tiada satu tempat pun kita boleh lari daripada di awasi oleh Allah s.w.t.

    8. Allah s.w.t. maha kuasa. Contohnya, Allah s.w.t. boleh tukarkan siang kepada malam. Jika Allah mengkehendaki bahawa setiap masa adalah siang sehingga ke hari kiamat maka tiada satu makhluk pun boleh menukarkan siang kepada malam.

    9.Allah s.w.t. maha kuat. Contohnya, semua mahkluk akan binasa pada hari kiamat nanti. Hanya Allah s.w.t. sahajalah yang kekal. Sekuat manapun makhluk tersebut pasti akan binasa pada suatu masa nanti. Hanya Allah s.w.t. yang maha kuat.

    10. Allah s.w.t. maha memiliki kebesaran. Contohnya, makhluk mempunyai kebesaran yang terhad dan pasti akan hilang suatu masa nanti. Hanya Allah yang memiliki kebesaran yang kekal sampai bila-bila. Allah mempunyai kebesaran dengan menguasai pentadbiran langit dan bumi.

    11. Allah s.w.t. maha pencipta. Contohnya, jika Allah menciptakan sesuatu makhluk maka makhluk tersebut jadi tanpa menggunakan perantaraan makhluk yang lain. Tapi, jika makhluk menciptakan sesuatu benda perlukan perantaraan makhluk yang lain untuk mewujudkannya.

    12. Allah s.w.t. maha menjadikan. Contohnya, jika Allah mahu menjadikan sesuatu makhluk maka makhluk tersebut terus wujud dengan sekelip mata melalui kudratNya. Makhluk apabila menciptakan sesuatu memerlukan masa penyelidikan dan kajian yang lama.

    13. Allah s.w.t. maha pembentuk. Contohnya, Allah s.w.t. menciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk. Ada dua mata untuk melihat dimana kedudukkan mata pada kepala adalah kedudukan paling strategik untuk melihat. Begitu juga dua kaki untuk berjalan dimana kaki tersebut terdapat jari kaki dan tumit untuk memudahkan pergerakan berjalan.

    14. Allah s.w.t. maha pengampun. Contohnya, Allah s.w.t. akan mengampuni dosa-dosa hamba-hambanya kecuali syirik kepadanya.






















    ANAK PEREMPUAN

    Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.
    Wahai kaum wanita yang kami cintai, jika benar anda sayangkan kami, ada beberapa aurat perlu dijaga kalian :
    1. Bulu kening
    Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening Petikan dari (Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

    2. Kaki memakai gelang kaki berloceng
    Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

    3. Wangi-wangian
    Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang Petikan dari (Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

    4. Dada
    Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka Petikan dari (Surah An-Nur Ayat 31.)

    5. Gigi
    Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

    6. Muka dan leher
    Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

    7. Muka dan Tangan
    Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja Petikan dari (Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

    8. Tangan
    Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya Petikan dari (Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

    9. Mata
    Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya Petikan dari( Surah An Nur Ayat 31.)
    Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram Petikan dari (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

    10. Mulut (suara)
    Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik Petikan dari (Surah Al Ahzab Ayat 32.)
    Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi Petikan dari (Hadis Riwayat Ibn Majah.)

    11. Kemaluan
    Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka Petikan dari (Surah An Nur Ayat 31).Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
    Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah Petikan dari (Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

    12. Pakaian
    Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti Petikan dari (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.)
    Petikan dari (Surah Al Ahzab Ayat 59. )Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
    Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

    13. Rambut
    Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya Petikan dari (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)















    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA