الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
LAHIRNYA INSAN BERNAMA MUHAMMAD S.A.W
Berita kelahiran Nabi Muhammad ﷺtelah menarik perhatian ramai sehinggakan seorang pedagang
Yahudi Makkah telah jatuh pengsan. Kaum Yahudi mengetahui tentang
kebenaran fakta bahawa akan kedatangan Nabi terakhir, namun mereka menyembunyikannya, malah semakin melakukan kezaliman dan kebongkakan mereka pada setiap zaman.
Kaum
Yahudi pun tahu waktu dan tibanya kelahiran Rasulullah, mereka
berduyun-duyun berhijrah menuju Jazirah Arab untuk menunggu kedatangan
Nabi terakhir. Sebahagian daripada mereka mendiami kota Mekah dan
berdagang di sana.
Ketika
tibanya malam Nabi terakhir dilahirkan, mereka menghampiri kaum Arab
Quraisy dan bertanyakan apakah ada bayi yang lahir pada malam tersebut.
Daripada Riwayat Hakim Masjid, Aisyah r.a. berkata: “Pada Malam Kelahiran Rasulullah ﷺ
seorang pedagang Yahudi yang tinggal di Makkah bertanya kepada
sekumpulan orang-orang Quraisy: “Adakah anak yang lahir di antara kamu
pada malam tadi?” Mereka menjawab : “Kami tidak tahu!”
Si pedagang Yahudi menjelaskan : “Pada
malam ini akan lahir Nabi terakhir ummat ini, Ahmad (yang terpuji).
Kalau kamu salah, bererti dia lahir di Palestin. Di antara dua bahunya
terdapat tahi lalat hitam kekuningan.”
Orang-orang
Quraisy kemudian terperanjat hairan mendengar perkataan orang-orang
Yahudi tersebut. Ketika pulang ke rumah masing-masing, mereka pun
memberi tahu berita berkenaan kepada sanak keluarga serta sahabat
handai. Lalu mereka mendapat khabar bahawa pada malam itu telah lahir
seorang putera dari Aminah dan suaminya, Abdullah bin Abdul Mutalib yang
diberi nama Muhammad.
Kemudian
mereka segera menyampaikan berita kelahiran tersebut kepada Yahudi
tadi, lalu segeralah dia minta orang-orang Quraisy bersama-samanya untuk
menemui Aminah, ibunda Nabi dan meminta untuk ditunjukkan bayi tersebut
kepada mereka.
Apabila melihatnya dan ketika matanya tertumpu pada ‘tahi lalat besar’
(Khatam Al-Nubuwah) di bahagian belakang, di antara kedua belikat
Baginda, tiba-tiba si Yahudi terkejut dan menggigil lalu terus pitam
sehingga jatuh pengsan.
Setelah sedar dan pulih dari pengsan, orang ramai Quraisy bertanya : “Mengapa dengan kamu, sahabat?” Jawabnya : “Betapa ruginya… Kenabian telah hilang daripada bani Israel, al-Kitab telah terlepas daripada tangan mereka.”
Apabila telah dapat melihat ada tanda ‘Nubuwah’ (kenabian) di belakang Nabi ﷺ, maka tahulah dia bahawa terlepaslah peluang sama sekali untuk kaum Yahudi menjadi Nabi terakhir
yang selama ini amat dicita-citakan oleh mereka. Bangsa Yahudi
menyangka penutup segala Nabi datang dari kaum mereka tapi sebaliknya
yang berlaku.
Firman Allah سبحانه وتعالى:
وَلَقَدْ سَبَقَتْ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا ٱلْمُرْسَلِينَ ﴿١٧١﴾ إِنَّهُمْ لَهُمُ الْمَنصُورُونَ ﴿١٧٢﴾
“Dan
demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi
hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul. Bahawa sesungguhnya
merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan.” (Surah As-Saffat 37; Ayat 171-172)
Mengenai penyaksian Yahudi Yatsrib, Ibnu Ishak meriwayatkan dengan sumber mereka Hassan bin Tsabit : “Semasa
aku masih kecil, ketika usiaku sekitar tujuh atau lapan tahun, masih
segar dalam ingatanku, seorang Yahudi berteriak dengan sekuat hati dari
bangunan yang tinggi di Yatsrib (Madinah): “Wahai orang-orang Yahudi …!”
Setelah orang ramai berkumpul, mereka bertanya : “Ada apa, kenapa?” Jawabnya : “Malam ini telah muncul bintang tanda kelahiran Ahmad.”
Orang
Yahudi memang menunggu-nunggu kebangkitan Rasul yang akhir dalam
kalangan bangsa mereka dengan harapan, Rasul inilah nanti yang akan
dapat menyatupadukan masyarakat mereka yang telah berpecah-belah itu dan
menolong mereka menang kembali setelah mereka dikalahkan oleh umat yang
lain serta mengangkat mereka ke taraf yang mulia setelah mereka
dihinakan oleh perbuatan mereka sendiri.
Maka itu, mereka sentiasa memohon kemenangan ke atas Nabi yang akhir itu. Tetapi kebijaksanaan Allah سبحانه وتعالى tiada tandingannya. Allah سبحانه وتعالى
telah menghendaki bahawa nabi yang akhir itu dibangkitkan daripada
kalangan bangsa Arab dan bukan daripada bangsa Yahudi yang sering mereka
bangga-banggakan.
Sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى
mengetahui bahawa bangsa Yahudi tidak lagi mempunyai kelayakan untuk
memegang teraju kepimpinan baharu yang sempurna bagi umat manusia,
sebagaimana akan diterangkan dalam surah berikut:
وَإِذَا ذُكِّرُوا۟ لَا يَذْكُرُونَ ﴿١٣﴾ وَإِذَا رَأَوْا۟ آيَةً يَسْتَسْخِرُونَ ﴿١٤﴾
“Dan
apabila mereka diberi pelajaran mereka tiada mengingatinya. Dan apabila
mereka melihat sesuatu tanda kebesaran Allah, mereka sangat
menghinakan.” (Surah As-Saffat 37; Ayat 13-14)
Bangsa
Yahudi itu telah menyimpang dari jalan yang benar dan sesat sebagaimana
telah diterangkan dalam surah as-Saffat di atas. Oleh kerana itu,
mereka tidak layak untuk memikul amanah akidah setelah berlaku
penyelewengan dalam sejarah mereka yang panjang.
Justeru itu, betapa pentingnya umat Islam mengenali dan menyayangi Rasulullah ﷺ.
Baginda sebenarnya bukanlah seperti kanak-kanak biasa yang lain. Cahaya
kerasulan telah terpancar sejak dari dalam kandungan bonda Baginda ﷺ sendiri.
Mukjizat merupakan sesuatu kelebihan atau kejadian di luar kebiasaan akal manusia yang tidak dimiliki oleh siapapun. Mukjizat
hanya dimiliki oleh para rasul yang dianugerahkan oleh Allah سبحانه
وتعالى kepada para rasul-Nya. Sedangkan apabila ada seseorang yang
memilki sesuatu yang luar biasa, ia tidak boleh dikatakan sebagai
mukjizat melainkan keramat.
Ketika Siti Aminah Binti Wahab mengandung Rasulullah ﷺ,
beliau melihat berbagai keajaiban. Ia merasakan sesuatu yang luar biasa
yang tidak pernah dirasakan oleh wanita-wanita hamil yang lain.
Sehingga mempunyai firasat atau dugaan yang baik terhadap bayi yang
dikandungkan itu.
Pada
suatu malam beliau bermimpi, seolah-olah ada cahaya dari perutnya yang
memancarkan sinar yang terang menyinari seluruh alam. Sehingga dalam
mimpi tersebut Siti Aminah dapat melihat bangunan yang tinggi yang terletak di Kota Syam.
Pada waktu paginya beliau menceritakan tentang mimpinya itu kepada suaminya, beliau berkata, “Wahai
suamiku! Sesungguhnya malam tadi aku bermimpi seolah-olah ada cahaya
dari perutku yang menerangi alam, sehingga aku dapat melihat
bangunan-bangunan tinggi di Kota Syam. Setelah itu aku mendengar suara
yang mengatakan bahawa aku sedang mengandung pemimpin umat pada akhir
zaman.”
Isteri Abdul Ash pula berkata, “Ketika aku datang ke rumah Aminah pada malam kelahiran Nabi Muhammad ﷺ,
aku melihat rumah Abdullah ada cahaya yang menerangi seluruh rumah. Aku
melihat seolah-olah ada bintang yang turun, sehingga aku khuatir ia
akan jatuh.”
Keadaan
di rumah Abdullah menjadi riang dan gembira, sehingga ramai kaum
keluarganya datang untuk mengucapkan selamat atas kelahiran bayi yang
ditunggu-tunggu itu. Abu Lahab pun ketika itu turut merasa kegembiraan.
Kegembiraanya itu dibuktikan dengan dimerdekakan hamba sahayanya. Ia
merasa sempurna dan tidak ada aib dan gangguan-gangguan yang buruk.
Abdul Muthalib sebagai datuk Rasulullah ﷺturut
merasa bahagia atas kelahiran cucunya itu. Kemudian ia pergi membawa
bayi penuh berkah tersebut untuk bertawaf mengelilingi Kaabah sebagai
bukti kesyukuran terhadap Allah سبحانه وتعالى.
.
Pada waktu yang sama, ketika malam kelahiran Nabi Muhammad ﷺitu, banyak perkara pelik dan ajaib telah berlaku di seluruh dunia:
.
1. Terpancar Sinar Terang
a) Semasa Rasulullah ﷺdilahirkan,
bondanya Siti Aminah menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh
badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di
Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti meluncurnya anak panah bagaikan
pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.
b) Pada
malam kelahiran Baginda, cahaya dari rumah bapanya Abdullah menyinari
bangunan-bangunan yang tinggi di negeri Syam. Peristiwa ini sebagai
isyarat bahawa ajaran yang dibawa oleh baginda akan sampai ke negeri
Syam, dan penduduk-penduduk di kota itu akan disinari dengan ajaran yang
murni dan diredhai Allah سبحانه وتعالى.
c) Ada
juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh
dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal
yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila
baginda dilahirkan.
.
.
2. Diselimuti Awan
a) Aminah sendiri melihat Rasulullah ﷺdalam keadaan berbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.
b) Bonda Baginda melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar suatu seruan, “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik.”
c) Kemudian
itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat
menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit
kemudian meletakkan tangannya ke tanah lalu bersujud ke arah kiblat
sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.
.
.
3. Bersih Tanpa Darah
a) Aminah semasa mengandungkan dan melahirkan Rasulullah ﷺ, beliau tidak pernah merasa sakit dan susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu hamil yang lain.
b) Di
waktu lahir, Baginda tidak macam anak-anak lain lahir, jika anak-anak
lain emaknya akan rasa sakit dan keluar darah. Ini bersih, elok dan bagus. Anak-anak lain bila keluar menangis, dia tidak menangis malahan tersenyum.
.
.
4. Telah Terputus
a) Aminah juga menyedari kelahiran bayinya tidak seperti anak-anak baru lahir yang lain. Rasulullah ﷺdilahirkan dalam keadaan tali pusatnya telah siap diputuskan.
b) Dengan kehendak Allah سبحانه وتعالى, Rasulullah ﷺjuga tidak seperti bayi yang lain, Baginda dilahirkan dalam keadaan sudah sedia terkhitan (bersunat).
.
.
5. Kemusnahan Tempat Sembahan
a) Pada
malam itu juga berhala-berhala yang berdiri tegak di depan Kaabah telah
jatuh di atas tanah. Ini sebagai bukti bahawa patung-patung itu akan
dibersihkan oleh bayi yang baru lahir pada suatu masa nanti.
b) Api
kuil Persia yang telah dijaga rapi agar terus menyala sejak lebih
seribu tahun, tidak pernah terpadam walaupun di landa ribut dan hujan
lebat. Namun pada malam itu, api tersebut menjadi padam. Ini sebagai
isyarat, terhapusnya kerajaaan agama Majusi setelah lahirnya seorang
insan yang mulia.
c) Pada
malam itu juga tembok mahligai raja Persia menjadi retak. Disusuli
dengan 14 buah tingkapnya jatuh berguguran. Padahal tembok itu dibangun
dengan teguh dan kukuh. Walaupun demikian rumah-rumah rakyat jelata yang
dibangunkan dengan bahan yang sederhana pada malam itu tidak mengalami
apa-apa keretakan. Ini juga sebagai bukti bahawa pada suatu hari nanti
kerajaan Persia akan runtuh.
.
.
Firman Allah سبحانه وتعالى:
وَمَا نُرِيهِم مِّنْ آيَةٍ إِلَّا هِيَ أَكْبَرُ مِنْ أُخْتِهَاۖ وَأَخَذْنَاهُم بِالْعَذَابِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ ﴿٤٨﴾
“Dan tidaklah Kami perlihatkan kepada mereka sesuatu mukjizat
kecuali mukjizat itu lebih besar dari mukjizat-mukjizat yang
sebelumnya; Dan Kami timpakan mereka dengan berbagai azab (bala
bencana), supaya mereka kembali (bertaubat / ke jalan yang benar).”
(Surah Az-Zukhuf 43; Ayat 48)
.
Betapa beruntungnya kita menjadi umat Islam dianugerahkan Nabi yang agung lagi dimuliakan, Muhammad ﷺsebagai penutup segala para nabi. Marilah kita bersyukur dan menghargai keistimewaan ini dengan memperbanyakkan selawat kepada Baginda ﷺ sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah سبحانه وتعالى:
إِنَّ
اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّۚ يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾
“Sesungguhnya
Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan
kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman
berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan
penghormatan yang sepenuhnya.”
(Surah Al-Ahzab 33; Ayat 56)