الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    USULUDDIN



    USULUDDIN

    Perlu belajar Ilmu Usuluddin terlebih dahulu sebelum memperdalamkan ilmu Tariqat dan Ilmu Haqiqat kerana di khuatiri kita akan tersasul atau tersalah dalam I'tiqad kita. Kalau I'tiqad sudah sesat segala ibadat kita akan hancur sehancur-hancurnya. Bahaya inilah yang paling dibimbangi oleh Ulama sufi dahulu kala dan zaman sekarang dan banyak kita saksikan segala macam fitnah yang berlaku di kalangan orang yang kononnya ahli tariqat atau ahli makrifat atau ahli haqiqat atau ahli wushul atau ahli irfan dan segala macam nama yang muluk-muluk lagi mencetuskan kerosakan pada ilmu Tariqat itu sendiri.

    Dalil Pertama:
    Adapun dalil kepentingan mempelajari Ilmu Tauhid atau Ilmu Usuluddin khusus bagi mereka yang ingin memperdalamkan ilmu Tariqat dan ilmu haqiqat ialah :
    Kata Syeikh Daud Al Fathani :

    "Maka apa kufur' yang terlebih besar dari kufur ini? Dan apa fikah(pemahaman atau aliran pemikiran) daripada fikah ini yang membawa kepada zindiq dan mulhid.Maka sebab yang demikian kerana jahil ia akan hukum Ilmu Usuluddin dan jahil akan I'tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

    Tiada kenal apa yang wajib bagi Allah dan apa yang mustahil dan apa yang harus bagi Allah , maka segala ibadatnya (akan menjadi) debu yang berterbangan, kerana ibadat dan taat itu terhenti di atas sah I'tiqad iaitu sah iman dan Islam. Maka tiada sah sekelian ibadat dan taat maka dimana beroleh ia dapat taraqqi' daripada satu maqam kepada satu maqam ? Maka jika tiada ada taraqinya betapa dapat fana' dan betapa dapat zauknya dan wajdan? Maka betapa ia dapat haqiqat maka jadi sekelian yang dikatakan ini DAKWA jua dan segala yang menyalahi yang keluar pada tangannya itu,j ika ada, dinamakan istidraj' jua maka tiada dinamakan karamah. Seperti kata Syeikh Muhammad Fadhlullah di dalam Tuhfatul Mursalah.

    Dan setengah daripada pekerjaan yang mustahil pada aqal dan pada syara' ialah sampai seseorang kepada maqam yang di namakan Wahdatul Wujud' orang yang tiada menjalani dengan syariat dan tariqat maka ia dapat haqiqat yang demikian itu adalah DUSTA dakwanya dan orang yang dakwa SYAITAN. Dan segala perkataannya itu tiada dapat zauk(Yang haq) dan hanya khabaran jua. Dan dimana ada boleh ia dapat zauq pada orang sesat di dalam bahrun zindiq' dan ikhwan syaithan'. Maka inilah yang ada banyak pada akhir zaman dinamakan DAJJAL seperti yang di sabdakan di dalam hadis nabi s.a.w. : "Tiada berdiri hari qiamat hingga keluar tiga puluh Dajjal dahulu".Na'uzubillahi min dzalik"

    Daripada Kata Syeikh Daud Al fathani ini dapatlah di simpulkan begini:

    a.

    Memahami Ilmu Haqiqat terutama Ilmu yang melibatkan pengalaman keruhanian iaini musyahadah, zauk, wajdan, mukasyafah dan membicarakan Ilmu usul tahqiq atau Usul Haq kesemuanya mestilah terlebih dahulu memahami dan memperteguhkan pemahaman Ilmu Usuluddin supaya I'tiqad kita selamat dan tidak tergelincir dari mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Kalau belum mantap dan mahir dalam Ilmu Usuluddin tinggalkan dulu darihal membicarakan Ilmu Haqiqat apatah lagi memperdalaminya kerana dibimbangi salah fahaman yang di terimanya. Bila salah fahaman maka salah pula tindakannya. Bila salah tindakannya maka Bid'ah jadinya. Bila Bid'ah jadinya neraka datang menggaru.

    b.

    Kegelinciran dalam I'tiqad adalah sesuatu yang amat besar! Jika I'tiqad tidak sah atau diragui kebenarannya maka segala ibadat zahir mahupun batin akan hancur seperti debu yang berterbangan tiada nilai langsung! Cakapnya tinggal dakwaan saja atau pengakuan saja tetapi sebenarnya dia sebenarnya dusta samada dusta pada orang lain mahupun dirinya sendiri. Tak perlu lagi nak berbicara soal-soal yang hebat-hebat misalnya musyahadah, muqabalah, mukafahah, makrifat ,l aduni, Ahdiah, Lata'yin atau macam-macam istilah sufi yang muluk-muluk itu kerana ianya tak lebih pada khabar(cerita) saja.

    Inilah mertabat ghurur(tipudaya) yang tidak disedari dari kalangan keruhanian yang menyangka diri mereka adalah sufi seperti yang diceritakan oleh Imam Al Ghazali dalam bab Al Kasyfu wat Tabyin fi Ghururil Khalqi Ajma'in dalam Ihya' Ulumiddin bahawa dalam kelompok ketiga dari kalangan orang yang ingin bersufi itu bahawa:

    "Mengaku mempunyai ilmu mukasyafah(ilmu yang tersingkap segala hijab) dan mampu musyahadah dengan Allah Ta'ala melampaui maqam-maqam sufi, wushul(telah sampai ke darjat makrifat) dan menetapi haqiqat penyaksian,wushul sampai dekat. Padahal mereka ini tidak pernah wushul kepada Allah Ta'ala kecuali hanya kata-kata lisan dan nama saja." Dan kata Imam Al Ghazali lagi:"Mereka ini mengaku dirinya telah sampai kepada Allah Ta'ala dan tergolong orang-orang muqarrabin(orang yang hampir dengan Allah Ta'ala).Padahal di sisi Allah Ta'ala tak lebih dari pengkhianatyang mungkar dan munafik".

    Marilah kita memohon keampunan dan Rahmat dari Allah Ta'ala supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang di murkai Allah. Berlindung kita dengan Allah Ta'ala daripada segala kejahatan yang dijadikanNya.

    c.

    Tiada boleh sampai kepada mertabat haqiqat sebelum menjalani syariat dan tariqat mengikut yang di sepakati dalam sunnah perjalanan kaum sufi. Dan haram berguru kepada seseorang yang belum sempurna keempat-empat perkara iaini Syariat,Tariqat ,Haqiqat dan Makrifat mengikut segala adab dan kawaid kaum sufi.

    d.

    Untuk memahami I'tiqad yang benar itu semestinyalah mempelajari Ilmu Usuluddin bagi Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang dibangsakan kepada Imam Abu Hassan Asy'ari dan Abu Mansur Maturidi sepertimana yang ditulis oleh Mufti Kerajaan Negara Brunei Pehin Dato Seri Maharaja Dato Seri Utama Haji Ismail Bin Omar Abdul Aziz dalam buku Aqidah Ahlus Sunnah Waljamaah m/s 36 jilid 1 bahawa:

    "Berkata Imam Tajuddin As Subki yang kembali ke rahmatullah pada tahun 771 hijrah dalam Syarah Aqidah Ibni Al Hajib : Yang dimaksudkan dengan nama Ahlus Sunnah wal Jamaah pada masa sekarang(pada masanya) ialah pengikut-pengikut Al Imam Al Asy'ari yang mati tahun 324 hijrah dan pengikut-pengikut Al Imam Abu Mansur Al Maturidi yang kembali ke rahmatullah pada tahun 332 hijrah' ".

    Dalil Kedua:
    Perlu dilihat dari sudut kepentingan Ilmu Usuluddin dan kedudukannya terlebih dahulu dan setelah jelas tentang kedudukannya maka nyatalah betapa perlunya ilmu ini dalam perjalanan atau suluk kita ke makrifatullah.

    Adapun Ilmu Usuluddin ini adalah ilmu yang paling asas sekali, tanpanya seseorang itu tak akan mengenal Tuhannya. Dan bilamana Tak kenal bagaimana nak menyembahNya?

    Lihat mabadi Ilmu Usuluddin. Bahawa kedudukannya adalah usul bagi agama dan segala ilmu yang lain berpunca dari ilmu ini! Dalam kitab Risalah Tauhid di sebut :

    "Nisbahnya dengan ilmu yang lain ialah ilmu yang dibangsakan kepada agama Islam yang paling utama(pokok) sekali. Dan kelebihannya iaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu-ilmu yang lain. Dan juga kerana Ilmu Usuluddin(Ilmu Tauhid) ini jadi asal bagi segala ilmu-ilmu yang lain yang wajib diketahui dan lagi kerana mulia maudhu'nya(perbahasannya) iaitu Zat Tuhan dan Rasul. Dari itu jadilah ia semulia-mulia ilmu."

    Masakan kita kata Ilmu Usuluddin ni tak penting atau pun bolehkah kita memperkecilkan dia semata-mata kita sudah memperdalami Ilmu Haqiqat atau Ilmu Zauk? Sebenarnya tak faham ilmu haqiqat masih boleh dimaafkan tapi awas kalau tak faham atau tak belajar ilmu Usuluddin buruk padahnya!

    Bahkan ada setengah kitab Usuluddin dalam membicarakan tentang mabadi(pembukaan atau sari kata) Ilmu ini seperti yang tercatit di dalam kitab Peta Aqidah Tauhid jilid pertama yang di susun oleh Imanuddin Yahya bagi Pasentren Islam Al Ansar Tanjung Pura Langkat bahawa:

    "Bahawa tiada ditimbang amalan seseorang jika seseorang itu tiada mempelajari iaini jahil akan Ilmu Tauhid(Ilmu Usuluddin) ini".

    Faqir percaya semua bersetuju akan kepentingannya TERUTAMA bagi mereka yang nak terjun ke alam tariqat, haqiqat dan makrifat. Tiada alasan, soal tidak memadai dengan mempelajari Usuluddin tanpa memperkayakan dengan ilmu tariqat dan haqiqat itu persoalan kedua tetapi nak memperemehkan kepentingan Ilmu Usuluddin Faqir dalam apa keadaan sekalipun tidak bersetuju.

    Faqir juga mengharapkan kita insya'allah lebih berhati-hati dalam persoalan membicarakan maratib ilmu(Tertib ilmu).

    Jangan sampai kita memperemehkan atau memperbandingkan (mengikut fikiran nafsu samar kita) ilmu-Ilmu Islam sampai kadang kala terlancut perkataan Ilmu hak tu tak sampai kemana' atau sekadar ilmu kulit sahaja' dijauhkan Allah daripada kita bersikap demikian. Itu tanda kita jahil adab.

    Sebenarnya semua ilmu tak kira asalkan ilmu itu dibenarkan syara sementelah ilmu yang dituntut syara maka wajib kita mencintainya nisbah melihat keindahan ciptaanNya.

    Dalil Ketiga
    Dalam Buku Ilmu Tasauf karangan Ulama Diraja Ustaz Muhamad Samman Khati yang di susun oleh Saudara Mokhtar Petah menjelaskan kepada kita bahawa wajib bagi orang yang ingin terjun ke dalam dunia keruhanian (Tariqat). Mesti mempelajari dan mahir dalam bidang Usuluddin supaya tidak sesat dalam perjalanannya kerana syaitan sentiasa berusaha merosak kan I'tiqad si salik supaya hancur segala amalannya.

    Dalil Keempat
    Dalam Kitab Sirrus Salikin bagi karangan Syeikh Abdus Samad Al Falimbani Jilid Ketiga ada menyatakan bahawa syarat untuk seseorang itu berbai'ah tariqat terlebih dahulu mursyidnya mengajar akan taubat dan ilmu fardhu ain iaitu Ilmu Usuluddin, Ilmu Fiqah dan Ilmu Tasawuf maka barulah ia ditalkinkan dia akan tariqat.Apatah lagi bukan terus belajar haqiqat !!

    Faqir menyambung kata Syeikh Daud Al Fathani bahawa:

    "Betapa ia dapat Ilmu haqiqat padahal Ilmu Usul belum ia tahu dengan baik dan ilmu syariat yang zahir tiada dapat ia faham pada pekerjaan ibadat yang fardhu dan sunat dan sah dan batalnya istimewa pula ia mengetahui ilmu Tariqat. Maka takut diri tiada ada orang yang berkepercayaan pada agamanya pada Usuluddin , ilmu yang zahir lagi mudah maka apa pula kita percayakan dia pada ilmu haqiqat yang tiada sempurna kepadanyamelainkan dengan suluk' pada guru yang mursyid lagi yang washil ilallahi Ta'ala dengan zauk dan wajdan yang di dapatnya dengan syuhud dan a'yan dan tiada lagi berkehendak kepada dalil dan burhan".

    Kesan dan akibat jika Ilmu Usuluddin diabaikan atau tiada mahir dalam persediaan untuk menjalani Ilmu Tariqat dan ilmu Haqiqat.

    a.

    Dikhuatiri akan menyebabkan fahaman pegangan I'tiqad terkeluar dari mazhab yang diredhai iaitu mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah secara tidak disedari dan mengakibatkan terkeluar daripada kaedah sunnah kaum sufiah sepertimana dikatakan oleh Qutubul Ariffin Al Kabir Syeikh Abdul Aziz al Dabbagh r.a. dengan katanya :

    "Tidak akan terbuka (dari selindung hijab) kepada seorang hamba melainkan jika ia berada dalam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tidak ada seorang wali Allah dari aqidah selainnya."

    Maka akan terjadilah penyelewengan yang menyeret orang lain kekancah zindiq akibat kecuaian ini. Justru itu lahirlah bermacam-macam fahaman yang pelik-pelik sesat lagi menyesatkan misalnya yang dinyatakan oleh Syeikh Abdul Qadir Jilani dalam Kitab Sirrul Asrar dan Tuhfatur Raghibin bagi Syeikh Muhammad Arsyad yang menyatakan puak sesat dalam kaum yang ingin bersufi. Perkara-perkara salah I'tiqad ini adakalanya berhubung dengan ketuhanan adakalanya berhubung dengan kenabian adakalanya berhubung dengan sam'iyat iaini perkara-perkara ghaib yang di sampaikan oleh Rasulullah s.a.w. contohnya

    Berkaitan Ketuhanan:

    i.Mengi'tiqad Tuhan dan hamba bersatu.

    ii.Mengi'tiqad Allah Zat dan hamba sifatNya.

    iii.Mengi'tiqad diri adalah dari Nur Tuhan.

    iv.Mengi'tiqad dirinya Allah.

    v.Mengi'tiqad Allah bertempat dan berpihak.

    iv.dll yang seumpama dengannya yang bercanggah dengan fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

    Berkaitan kenabian:

    i.Mengi'tiqadkan ada nabi selepas nabi Muhammad.

    ii.Mengaku diri sudah jadi nabi atau dirinya diresapi ruh Nabi Muhammad.

    iii.Menafikan kenabian Muhammad zahir yang maklum dan menetapkan sebenar nabi adalah Muhammad awal saja iaini nur saja

    iv.Nabi melakukan dosa.

    v.mertabat wali mahsum macam nabi.

    vi.dll yang seumpama dengannya.

    Berkaitan perkara² Sam'iyat:

    i.Akhirat sebenar tiada tapi akhirat sebenar di dunia ini.

    ii.Kiamat sebenar adalah kiamat diri dan kiamat alam sebenarnya tiada.

    iii.Mengaku Imam Mahdi atau jadi tentera-tenteranya dan cofirm jadi ahli syurga.

    iv.Neraka sebenarnya tiada Cuma ada pada istilah saja begitu jugalah syaitan ,syurga, loh, arasy dan sebagainya kesemuanya ujud dalam istilah saja tiada hakikatnya.

    v.dan lain-lain I'tiqad yang seumpama dengannya.

    Kesemua di atas tadi adalah contoh-contoh I'tiqad yang sesat lagi menyesatkan yang tiada boleh di pegang dalam menjalani jalan tariqat.

    Tertipu di alam malakut iaini alam keruhanian

    Bilamana tiada punya ilmu yang cukup terutama Ilmu Usuluddin(tak terkecuali Ilmu Feqah dan Ilmu Tasawuf sekurang-kurangnya kadar fardhu ain) maka syaitan dan jin(makhluk halus) akan mudah memperdayakan dan dah banyak terjadi. Apabila seseorang berada di alam ini segala macam tipudaya berkumpul di sini. Apa yang faqir di beritahu bahawa pokok persoalan tipudaya di alam ini ialah untuk merosakkan niat dan I'tiqad bagi orang yang menempuh di alam ini. Sebab itu di samping ilmu yang mencukupi bimbingan Syeikh Mursyid yang kamil mukamil amat penting di sini. Di alam malakut ini seseorang akan di buka sesuatu yang ajaib, indah(di sisi alam rendah) tapi penuh prasangka dan apabila prasangka sudah terkena maka title diri pun menjelmalah.

    Mulalah dah mengaku sultanul Auliya, Wali Quthub, Wali abdal, Ghaus tak kurang juga versi nusantara panglima hitam, Panglima Berantai, Hang Tuah, Tuk janggut, Daeng Prani, Daeng Selili dan macam-macam lagi yang kadangkala menakutkan menggayatkan orang yang mendengarnya mungkin juga tak lama lagi timbul pulak Osama Ben Laden di alam malakut. Dijauhkan kita oleh Allah Ta'ala akan terkena sangkaan dan di lindungnya di atas jalan syariatNya.

    Ada juga yang percaya pada tanasukh iaini ruh wali menyelap ke dalam tubuhnya ini juga suatu bahaya yang merosakkan iman dan Tauhid kita kepada Allah Ta'ala. Manakala kalau fasal mimpi saja bagi yang menempuh alam ini bertambun banyak asyik-asyik mimpi , kadangkala dah kerana terlalu ta'asub dengan mimpi semua kerja buat dan usahanya pasti tunggu mimpi kerana di sangka mimpi tu ilham.

    Alam ini juga selalu terjadinya kasyaf kauni iaini tersingkap baginya rahsia sesuatu benda(taraf keduniaan) atau apa saja pandangan yang di nisbah kepada bathin termasuk dalam hal perubatan, menilik(scan), nampak atau berfirasat akan hati atau sifat orang lain yang kesemuanya ini masih bukan tujuan tariqat yang sebenar dan bilamana seseorang terhenti pada hal-hal ini maka syaitan telah berjaya memesongkan tujuan dan niatnya dan akhirnya segala macam keupayaan zikir-zikir atau wirid-wirid atau muraqabahnya dapat di gunakan secara halus atas maslahat diri(keduniaan) cuma versinya saja bertukar atau datang di bisik akan hati kecil bahawa aku sudah kasyaf, aku sudah boleh scan hati orang, aku sudah boleh bantu orang lain jadi mungkin Allah dah lantik aku menjadi waliNya sebab semua permintaan aku sudah dimakbul Allah. Maka ujub pun datang menyelinap dalam hati kecil kita tanpa disedari habis segala amalan kita hancur sehancurnya. Mohon kepada Allah Ta'ala akan taufiq dan hidayahNya. Mengapa kita suka pada title atau suka membuat pengakuan? Lihat bagaimana sikap baginda Rasulullah s.a.w. bila dalam satu riwayat bahawa Allah Ta'ala bertanya kepada semua Ulul Azmi:

    Wahai Nuh siapa kamu? Aku najiyallah(yang di lepaskan oleh Allah), Wahai musa siapa kamu? Aku kalamullah. Wahai Isa siapa kamu? Aku ruhullah(Yang dimasukkan ruh oleh Allah ke dalam perut Siti Mariam tanpa bapa) Wahai Ibrahim siapa kamu? Aku Khalilullah (Teman bagi Allah) dan bila di tanya kepada baginda Rasulullah s.a.w. Wahai Muhammad siapa kamu ? maka jawab baginda s.a.w. Ana yatim( aku anak yatim tiada ibu dan ayah).

    Baginda seorang nabi yang paling tinggi mertabatnya dan tiada yang paling atas mertabatnya di sisi Allah Ta'ala melainkan hanya baginda seorang tapi terlalu merendah diri jauh dari inginkan sebarang gelaran tapi kita baru boleh berzikir sikit baru boleh sholat sunnat terbuka di alam malakut saja dah terkejut dan terus mabuk dengan pengakuan demi pengakuan. Itu tandanya syaitan dah tipu kita supaya kita leka dengan sanjungan orang ,suka dengar pujian orang itulah suma'ah namanya iaini penyakit hati yang menyerang kita tanpa kita ketahui akibat cuai belajar ilmu tasawuf dan usuluddin.






    MAHSYAR

    ::: BERWAJAH KERA Suka menabur fitnah sesama manusia ::: BERWAJAH KHINZIR Suka memberi dan menerima rasuah ::: BUTA KEDUA BELAH MATA Hakim yang zalim ketika menjatuhkan hukuman ::: PEKAK DAN BISU Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat dan kebajikan yang dilakukan kepada orang lain ::: TUBUH YANG MENGALIR NANAH DAN DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI Golongan yang berilmu dan mengajar orang lain tetapi prbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya ::: BADAN LUKA SEPERTI DIHIRIS Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran ::: BERJALAN TERHOYONG-HAYANG SEPERTI CACAT Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan ::: BERJALAN SEPERTI MABUK Orang yang suka bercerita hal-hal dunia di dalam masjid ::: RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR Suka makan riba ::: TIDAK BERTANGAN DAN TIDAK BERKAKI Suka menyakiti atau menyusahkan jiran sekeliling ::: WAJAH DAN BADANNYA SEAKAN KHINZIR Suka mempermudahkan solat dan lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun ::: PERUTNYA DIPENUHI ULAR DAN KALA JENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan dan lain-lain zakat ::: BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi ::: TIDAK BERLIDAH DAN DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah ::: BERJALAN KAKI KE ATAS DAN KEPALA KE BAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUANNYA Suka melakukan riba ::: MUKA HITAM DAN PERUT DIPENUHI API Suka makan harta anak yatim ::: PERUT DIPENUHI SOPAK DAN KUDIS Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya ::: GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU, LIDAH TERJELIR HINGGA KE PERUT, NAJIS DAN AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN Orang yang suka minum arak atau segala jenis benda yang mengkhayalkan.
















    NABIKU

    Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda : "bagi setiap Nabi tedapat doa (yang telah dikabulkan di dunia) untuk umatnya. tetapi aku telah menyimpan doaku sebagai syafa'at untuk umatku pada hari kiamat." (H.R. Bukhari & Muslim)

    - Maksud hadith ini ialah setiap Nabi telah mendoakan agar umatnya dibinasakan, melainkan Nabi Muhammad SAW tidak mendoakan sedemikian. ini kerana baginda akan memberikan syafa'at sebagai balasan kesabaran umatnya menanggung kesusahan di dunia. (Fath Al-Bari)
    - Hadith ini menerangkan kesempurnaan syafa'at Nabi SAW dan belas kasihan baginda terhadap umatnya. baginda ambil perhatian terhadap kemaslahatan umatnya yang terpenting. maka baginda menangguhkan doa balasan azab terhadap umatnya sehingga waktu terpenting & amat diperlukan syafa'at ketika itu." (H.R. Muslim)































    HIBAH

    Hebah (pemberian) iaitu memberi seorang akan suatu dengan tiada ganti pada ketika hidup.

    Sekiranya memberi dengan ada ganti dinamakan jual beli, seperti berkata seorang aku beri kepada engkau barang ini dengan pemberian engkau kepada aku seekor ayam, dan sah jual beli dengan lafas hebah.

    Sekiranya memberi digantungkan dengan mati seperti berkata seorang aku beri barang ini kepada engkau setelah aku mati maka dinamakan wasiat.

    Memberi sesuatu dengan mengharapkan pahala akhirat dinamakan sedekah sementara memberi sesuatu yang dihantar kepada orang yang diberi kerana memuliakannya dinamakan hadiah.

    Syarat hebah hendaklah ada ijab (penawaran) dan kabul (terima tawaran).

    Contoh lafas ijab aku beri benda ini kepada engkau, aku mempermilik benda ini kepada engkau, aku muliakan engkau sambil menghulurkan barang kepada orang yang diberi dan sebagainya.

    Contoh lafas kabul aku terima, aku terima hebah, dan sebagainya.

    Sunat bagi bapa, datuk dan ke atas mensamakan pemberian kepada anak dan ke bawah sama ada anak atau cucu itu lelaki atau perempuan.

    Harus bapa atau datuk dan ke atas mengambil balik pemberian yang telah diberi kepada anak dan ke bawah.

    Tidak harus selain asal (bapa teratas) mengambil balik pemberian, contoh selain bapa teratas seperti saudara, bapa saudara dan lainnya.











    LANGIT

    "Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."

    "Kemudian Dia menuju langit, dan langit itu masih merupakan asap. Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya."

    1.Langit Dunia.
    Pintu langit dunia bahannya dari emas. Malaikat penjaga langit ini menghentikan amal yang berkaitan ghibah.

    2. Langit Al Maun.
    Bahannya ada yang berpendapat dari besi, ada yang berpendapat dari marmar putih. Penjaganya adalah malaikat Rubail

    3. Langit Haribut.
    Bahannya dari tembaga. Malaikat penjaga langit ini memilih dan menghentikan amal yang berkaitan sifat sombong/takabur. Wirid malaikatnya iaitu:
    (subhaanal hayyilladzii laa yamuut).

    4. Langit Zahir.
    Bahannya ada yang berpendapat dari tembaga, ada yang berpendapat dari perak. Di langit dihentikan amal yang mengandungi sifat ujub (membanggakan diri). Wirid malaikat penjaga langit ini adalah:
    (subhaanal malikil qudduus).

    5. Langit Misharoh.
    Bahannya ada yang berpendapat dari emas, ada yang berpendapat dari perak. Malaikat penjaga langit ini memilih dan menghentikan amal yang mengandung sifat hasad/iri dengki.

    6. Langit Kholishoh.
    Bahannya dari emas/intan. Malaikat penjaganya adalah Thouthoil yang memilih dan menghentikan amal dari orang yang tidak mempunyai belas kasihan terhadap orang lain.

    7. Langit Al Laabia.
    Bahannya dari yakut merah. Malaikat penjaganya memilih dan menghentikan amal yang kemasukan sifat riya'. Wirid malaikatnya adalah: (subhaana khooliqinnuur).

    Sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan imam Muslim dari Anas bin Malik.

    1. Langit pertama

    Rasullulah SAW bertemu dengan manusia sekaligus wali Allah SWT pertama di muka bumi, Nabi Adam AS. Saat bertemu nabi Adam, Rasullulah sempat bertegur sapa sebelum akhirnya meninggalkan dan melanjutkan perjalanannya. Nabi Adam membekalkan rasullulah dengan doa, supaya rasullulah SAW selalu diberi kebaikan pada setiap urusan yang dihadapinya. Sambil mengucapkan salam, rasullulah meninggalkan langit pertama untuk menuju langit kedua.

    2. langit kedua,

    Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya. Seperti juga di langit pertama, rasullulah disapa dengan ramah oleh kedua nabi pendahulunya. Sewaktu akan meninggalkan langit kedua, Nabi Isa dan Yahya juga mendoakan kebaikan kepada rasullulah. Kemudian rasullulah bersama Malaikat Jibril terbang lagi menuju langit ketiga.

    3. langit ketiga,

    Rasullulah bertemu dengan Nabi Yusuf, manusia tertampan yang pernah diciptakan Allah SWT di bumi. Dalam pertemuannya, Nabi Yusuf memberikan sebagian dari ketampanan wajahnya kepada Nabi Muhammad. Dan juga di akhir pertemuannya, Nabi Yusuf memberikan doa kebaikan kepada nabi terakhir itu.
    Setelah berpisah dengan Nabi Yusuf di langit ketiga, Nabi Muhammad melanjutkan perjalanan.

    4. langit keempat.

    Di sini rasullulah bertemu Nabi Idris. Iaitu manusia pertama yang mengenal tulisan, dan nabi yang berdakwah kepada bani Qabil dan Memphis di Mesir untuk beriman kepada Allah SWT. Seperti pertemuan dengan nabi-nabi sebelumnya, Nabi Idris memberikan doa kepada Nabi Muhammad supaya diberi kebaikan pada setiap urusan yang dilakukannya.

    5. langit kelima,

    Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Nabi Harun A.S iaitu nabi yang mendampingi saudaranya, Nabi Musa berdakwah mengajak Raja Firaun yang menyebut dirinya tuhan dan kaum Bani Israil untuk beriman kepada Allah SWT.

    Harun terkenal sebagai nabi yang memiliki kepandaian berbicara dan meyakinkan orang. Di langit kelima, Nabi Harun mendoakan Nabi Muhammad senantiasa selalu mendapat kebaikan pada setiap perbuatannya.

    6. langit keenam,

    Nabi Muhammad dan Malaikat Jibril bertemu dengan Nabi Musa. Iaitu nabi yang memiliki jasa besar dalam membebaskan Bani Israil dari perhambaan dan menuntunnya menuju kebenaran Illahi. Nabi Musa juga terkenal dengan sifatnya yang penyabar dan penyayang selama menghadapi kebebalan Bani Israil.

    Nabi Musa menyambut Nabi Muhammad seperti kedua sahabat lama yang tidak pernah bertemu. Penuh kehangatan dan keakraban. Sebelum Nabi Muhammad pamit meninggalkan langit keenam, Nabi Musa melepasnya dengan doa kebaikan.

    7. langit ketujuh.

    Di langit ini, Nabi Muhammad bertemu dengan sahabat Allah SWT, bapanya para nabi, Ibrahim AS. Sewaktu bertemu, Nabi Ibrahim sedang menyandarkan punggungnya ke Baitul Mamuur, iaitu suatu tempat yang disediakan Allah SWT kepada para malaikatnya. Setiap harinya, tidak kurang dari 70 ribu malaikat masuk ke dalam.

    Kemudian Nabi Ibrahim mengajak Muhammad untuk pergi ke Sidratul Muntaha sebelum bertemu dengan Allah SWT untuk menerima perintah wajib solat. Sidratul Muntaha merupakan sebuah pohon yang menandakan akhir dari batas langit ke tujuh. Masih dalam hadits yang sama, rasullulah SAW menceritakan bentuk Sidratul Muntaha, iaitu berdaun lebar seperti telinga gajah dan buahnya yang menyerupai tempayan besar.

    Namun ciri Sidratul Muntaha berubah ketika Allah SWT datang. Bahkan Nabi Muhammad sendiri tidak bisa berkata-kata menggambarkan keindahan pohon Sidratul Muntaha. Pada kepecayaan agama lain, Sidratul Muntaha juga dinasabkan sebagai pohon kehidupan.

    Di Sidratul Muntaha inilah Nabi Muhammad berdialog dengan Allah SWT, untuk menerima perintah wajib solat lima puluh waktu dalam sehari dan akhirnya menjadi lima. Pun begitu masih ada yang malas melakukannya.

    pendapat lain yang muktabar mengatakan begini,

    اسم السماء الدنيا الاولى رقيع- وهي من دخان،،
    Nama langit pertama Ragi daripada asap,,


    اسم السماء الثانية قيدوم وهي على لون النحاس،،

    Nama langit kedua Qaiddum warna tembaga,

    واسم السماء الثالثة -الماروم وهي على لون النور،،
    Dan nama langit ketiga Al-Marom warna cahaya,

    واسم السماء الرابعة -أرفلون وهي على لون الفضة،،
    Dan nama langit IV Ervlon Warna perak,


    واسم السماء الخامسة -هيفوف- وهي على لون الذهب،،

    Dan nama langit Kelima Haifuf yang warna emas,


    واسم السماء السادسه عروس وهي ياقوتة خضراء،،
    Nama langit keenam Pengantin Warna Delima Hijau.


    واسم السماء السابعة عجماء وهي درة بيضاء،،

    Dan nama langit ketujuh Ajama Mutiara Putih,


























    KASIH NABI

    Ketika ditiupkan suatu bunyi yang amat menggerunkan dan menakutkan tetapi hebatnya bunyi itu..maka berdentumlah langit dan bumi..turunlah titik hujan yang membawa rohmah..semakin kuat dan membasahi alam..air yang berbeza..alam yang berbeza..segalanya berbeza..lalu menantilah dua makhluk Allah yang menjadi sahabat karib ketika hayat..
    Bangkitlah seorang insan dari tidur jasadnya yang panjang..berjubah indah..membersihkan kotoran dilengan dan janggut..dinanto nantikan sejak diceritakan Allah sebelum dijadikan Adam a.s..sehingga setiap bayi lelaki yang lahir dari rahim ibunya..para makhluk yang sudi bersujud dan menurut perintah Allah itu bertanya inikah insan itu.tetapi semua tidak..dan apabila julangan api majusi terpadam sendiri..maka itulah kelahirannya..
    Menunggunya di sisi makamnya..lalu bangkit sebagai manusia pertama dibangkitkan..sambil membersihkan jubah dan janggutnya..
    "Wahai sahabat rapatku Jibril..khabarkan kepadaku suatu khabar yang menggembirakan aku".."wahai kekasih Allah,sesungguhnya Allah telah menyediakan suatu tempat yang indah buatmu di sana"..."bukan itu khabar yang ingin aku dengarkan wahai sahabatku..khabarkanlah kepadaku berita yang akan menggembirakanku""wahai kekasih Allah..itulah janji Allah kepadamu..dan itu adalah benar""wahai sahabatku ..bukan itu khabar yang menggembirakan aku..perkhabarkan kepadaku satu perkhabaran yang memberikan kegembiraan kepadaku""wahai kekasih Allah..bukankah perkhabaran balasan syurga sebagai tempat tinggal mu dan ahli keluargamu itu adalah satu khabar yang menggembirakanmu?""Wahai sahabatku yang setia mendampingiku..perkhabaran itu telah dijanjikan Allah padaku..tetapi perkhabaran yang ingin aku ketahui..di mana ummatku?bagaimanakah keadaan mereka?""Ya Habibullah..janganlah engkau bersedih hati dan janganlah engkau berduka cita..sekarang ini ummatmu sedang menuju kepada Kholiq dan berada di belakang""Wahai sahabatku yang setia,bawalah aku kepada mereka"
    Lalu datanglah satu makhluk ciptaan Allah yang hanya dia saja pernah menunggang dan menaikinya suatu masa dulu yang dikatakan oleh manusia kufur sebagai pembohongan semata..lalu ditungganglah dinaikilah makhluk itu ditemani 2 sahabatnya yang ketika nazaknya kesakitan berhadapan sakarotulmaut duduk bersamanya..dan ketika itu dulu soalan itulah juga yang ditanyanya kepada sahabatnya itu..
    Sewaktu menunggang makhluk itu..bibirnya tetap bertanya di mana ummatnya..ketika menunggu ummatnya disuatu tempat berhampiran telaga,dia memanjangkan lehernya meninjau..mencari..semakin hampir padanya dengan berbagai bagai keadaan dan wajah..namun dia tidak memarahi apa lagi mencemuh "wahai ummatku..andai di waktu ini Allah masih menerima doaku..nescaya akan aku minta kepadaNya agar diampunkan dosa dosamu kepadaNya..tetapi doaku kepada Allah cuma tinggal satu saja dan ianya untuk kita semua dan percayalah bahawa aku telahpun memaafkan mu saudaraku ummatku"..mengalir airmatanya..kesihankan ummatnya yang bersalah tetapi tetap memaafkan ummatnya"minumlah air ini,yang aku ambil untukmu" basah lengan jubahnya kerana mengambilkan air minum untuk ummatnya sambil mengalirkan airmatanya..sedangkan ummat ummat yang lain masih tercari cari penolong mereka..
    Betapa sayangnya dia pada kita..walau salah dan berdosa tetap dilayannya disayanginya..tapi kita? Lupa selupa lupanya pada dia..cuma kenal tetapi bukan BFF..kita sanggup katakan kawan kita yang selalu mau berjalan bersama kita..mendengar keluhan masalah kita..mendengar aduan kita..kita katakan itu BFF kita..padahal selepas bersama kita..kita dilupakan..tapi insan yang terlalu sayangkan kita..kita langsung tidak jadikan BFF..padahal sampai di sana sekalipun..susah bagaimana sekalipun..dia tetap menyokong..membantu kita..susah kerana kita..memaafkan dosa kita padanya kerana lupakan dia..
    yang wawak tanya pada ahli keluarga kita..kita malu bila berjalan diluar dengan kain baju terkoyak..malu banyak jerawat..tapi langsung tidak tahu malu memakai pakaian tetapi telanjang..malahan tidak tahu malu bila berjumpa insan itu nanti dengan keadaan dan wajah yang amat menjijikan..
    ﺍﻟﻠﻬﻢ صلي وسلم دائما أبدا
    علي حبيبك ﻣﺤﻤﺪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ






















    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA