الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    CINTA RASULULLAH S.A.W dam SUNNAHMYA






    1. PANDANGAN MATA
    Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

    2 MAKAN GARAM
    Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

    3. MINUM TANGAN KANAN
    Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

    4. SESAAT DI JALAN ALLAH
    Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

    5. LANGKAH KANAN
    Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

    6. MAKAN TIGA JARI
    Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

    7. JAMINAN ALLAH
    3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

    8. GUNTING BULU
    Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

    9. JANGAN BERSIUL
    Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

    10. CARA POTONG KUKU TANGAN
    Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

    11. CARA POTONG KUKU KAKI
    Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

    12. PANJANG LENGAN BAJU
    Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

    13. PAKAIAN KESUKAAN
    Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

    14. BERSIWAK
    Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

    15. DOA DALAM SUJUD
    Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

    16. ADAB DI TANDAS
    Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

    17. ADAB MAKAN
    Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

    18. TIGA JENIS ORANG
    3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

    19. PAKAI MINYAK WANGI
    Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

    20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
    Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

    21. CINCIN PERAK
    Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

    22. SOLAT FARDHU DI MASJID
    Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

    23. PAKAI CELAK
    Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

    24. PANJANG PAKAIAN
    Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

    25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
    Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

    26. MENGUAP
    Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

    27. MENYIMPAN JANGGUT
    Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

    28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
    Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

    29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
    Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

    30. POSISI TIDUR
    Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

    31. MINUM LEPAS MAKAN
    Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

    32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
    Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

    33. BERDIRI HORMAT
    Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

    34. PAKAIAN BERWARNA
    Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha
    khususnya bagi lelaki.

    35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
    Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

    36. MENU RASULULLAH
    Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

    37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
    Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

    38. KETAWA RASULULLAH
    Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

    39. MINUMAN RASULULLAH
    Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

    40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
    Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

    41. BERI MAKAN ANAK YATIM
    Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

    42. LARANGAN PAKAI CINCIN
    Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

    43. BANGUN TIDUR
    Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

    44. KONGSI MAKANAN
    Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

    45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
    Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

    46. ISTIGHFAR
    Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

    47. JANGAN MENCACI MAKANAN
    Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

    48. APABILA BERTAMU
    Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

    49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
    Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

    50. MAKANAN PANAS
    Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

    51. GILIRAN MINUM
    Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

    52. 3 AMAL
    Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

    53. JANGAN TIDUR MENIARAP
    Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

    54. CARA PEGANG MISWAK
    Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

    55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
    Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.




















    Makna Thaghut dan Bahagian-bahagiannya

    Makna Thaghut dan Bahagian-bahagiannya
    Syeikh Muhammad At-Tamimi




    Ketahuilah-semoga Allah سبحانه وتعالي memberi rahmat kepadamu-: sesunggunya pertama sekali yang diwajibkan Allah سبحانه وتعالي kepada manusia adalah kufur kepada thaghut dan beriman kepada Allah سبحانه وتعالي. Dalilnya adalah firman Allah سبحانه وتعالي:

    وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أَمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُوا اللهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ

    Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan):"Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu",.... (An-Nahl:36)

    Adapun sifat (bentuk) kafir kepada thaghut iaitu kamu yakini batilnya/sesatnya ibadah kepada selain
    Allah سبحانه وتعالي, meninggalkannya, membencinya dan mengkafirkan para penganutnya serta memusuhi mereka.

    Adapun pengertian beriman kepada Allah    سبحانه وتعالي  iaitu kamu yakini bahawa Allah سبحانه وتعالي adalah satu-satunya Ilah yang disembah, bukan yang lainnya, mengikhlaskan semua jenis ibadah hanya kepada Allah سبحانه وتعالي, menolak semua yang disembah selainnya, mencintai orang-orang yang ikhlas dan bersifat baik kepada mereka, membenci orang-orang musyrik serta memusuhi mereka.

    Inilah agama nabi Ibrahim yang siapa pun yang membencinya adalah orang yang membodohkan dirinya sendiri. Inilah suri tauladan yang diberitakan Allah سبحانه وتعالي dalam firman-Nya:

    قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُ إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَءَآؤُا مِنكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَآءُ أَبَدًا حَتَّى تُؤْمِنُوا بِاللهِ وَحْدَهُ

    Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka:"Sesungguhnya kami berlepas diri dari kamu dan dari apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran)mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja. (Al-Mumtahanah:4)

    Dan pengertian thaghut secara umum adalah: setiap yang disembah selain Allah سبحانه وتعالي, redha dengan ibadah dari yang disembah atau diikuti atau ditaati dalam taat selain kepada Allah سبحانه وتعالي dan Rasul-Nya maka ia adalah thaghut.

    Thaghut itu banyak dan yang paling utama ada lima iaitu:

    Pertama: Syaitan yang mengajak beribadah kepada selain Allah سبحانه وتعالي. Dalilnya adalah firman Allah سبحانه وتعالي:

    أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَابَنِي ءَادَمَ أَن لاَّتَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

    Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu", (Yasin: 60)

    Kedua: Pemerintahan zalim yang merubah hukum Allah سبحانه وتعالي.

    Dalilnya adalah firman Allah سبحانه وتعالي:

    أَلَمْ تَرَإلِىَ الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ ءَامَنُوا بِمَآأُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَآأُنزِلَ مِن قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَن يَتَحاَكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَن يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُضِلَّهُمْ ضَلاَلاً بَعِيدًا

    Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya. (An-Nisa`:60)

    Ketiga: Yang berhukum kepada selain yang diturunkan Allah سبحانه وتعالي.

    وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآأَنزَلَ اللهُ فَأُوْلاَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

    Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-oang yang kafir. (Al-Maidah:44)

    Keempat: yang mengaku mengetahui yang ghaib (yang bersumber) dari Allah سبحانه وتعالي
    Hal ini berdasarkan firman Allah سبحانه وتعالي:

    عَالِمَ الْغَيْبِ فَلاَ يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا .إِلاَّمَنِ ارْتَضَى مِن رَّسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا

    (Dia adalah Rabb) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diredhai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya. ( Al-Jin :26-27)

    Dan firman Allah سبحانه وتعالي:

    وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لاَيَعْلَمُهَآ إِلاَّ هُوَ وَيَعْلَمُ مَافِي الْبَرِّوَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ يَعْلَمُهَا وَلاَحَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ اْلأَرْضِ وَلاَرَطْبٍ وَلاَيَابِسٍ إِلاَّ فِي كِتَابٍ مًّبِينٍ

    Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang ada di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daunpun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz). (Al-An-'am:59)

    Kelima: yang disembah selain Allah سبحانه وتعالي dan ia redha/senang dengan ibadah tersebut.

    Dalilnya firman Allah سبحانه وتعالي:

    وَمَن يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلَهٌ مِّن دُونِهِ فَذَلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَ كَذَلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ

    Dan barangsiapa diantara mereka mengatakan:"Sesungguhnya aku adalah ilah selain daripada Allah", maka orang itu Kami beri balasan dengan Jahanam, demikian Kami memberi balasan kepada orang-oramg zalim. (Al-Anbiya`:29)

    Ketahuilah, sesungguhnya manusia tidak beriman kepada Allah سبحانه وتعالي kecuali setelah kufur kepada thaghut. Dalilnya firman Allah سبحانه وتعالي:

    فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لاَ انْفِصَامَ لَهَا وَاللهُ سَمِيعٌ 
    عَلِيمٌ

    Barangsiapa yang ingkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sesunguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah :256)

    Ar-Rusyd:

    Agama Nabi Muhammad صلي الله عليه وسلّم dan al-Ghayy: agama Abu Jahal. 'Urwah al-Wutsqa: bersaksi bahawa tidak ada Ilah selain Allah سبحانه وتعالي, dan ia meliputi nafi (menolak) dan istbat (menetapkan): menolak segala jenis ibadah selain Allah سبحانه وتعالي dan menetapkan segala jenis ibadah hanya kepada Allah سبحانه وتعالي semata, tidak ada sekutu baginya.

    Pembahagian Kufur dan Nifaq

    Pembahagian Kufur dan Nifaq
    Syeikh Muhammad At-Tamimi


    Kufur terbahagi kepada dua:

    BAHAGIAN PERTAMA :

    Kufur yang mengeluarkan dari agama Islam, dan kufur jenis ini terbahagi pula kepada lima jenis :

    Pertama: Kufur mendustakan. Dalilnya firman Allah سبحانه وتعالي:

    وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللهِ كَذِبًا أَوْ كَذَّبَ بِالْحَقِّ لَمَّا جَآءَهُ أَلَيْسَ فِي جَهَنَّمَ مَثْوًى لِّلْكَافِرِينَ

    Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kedustaan terhadap Allah atau
    mendustakan yang hak tatkala yang hak itu datang kepadanya? Bukankah dalam neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang kafir? (Al-'Ankbut:68)

    Kedua: Kufur enggan dan takabbur sekalipun dia mengakui kebenaran islam.
    Dalilnya firman Allah سبحانه وتعالي:

    وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلاَئِكَةِ اسْجُدُوا لأَدَمَ فَسَجَدُوا إِلاَّ إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الكَافِرِينَ

    Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para Malaikat:"Sujudlah kamu kepada Adam", maka sujudlah mereka kecuali iblis; ia enggan dan takabbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. (Al-Baqarah:34)

    Ketiga: Kufur kerana ragu-ragu, iaitu kufur dzon.
    Dalilnya firman Allah سبحانه وتعالي:

    وَدَخَلَ جَنَّتَهُ وَهُوَ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهِ قَالَ مَآأَظُنُّ أَن تَبِيدَ هَذِهِ أَبَدًا . وَمَآأَظُنُّ السَّاعَةَ قَآئِمَةً وَلَئِن رُّدِدْتُ إِلَى رَبِّي لأَجِدَنَّ خَيْرًا مِّنْهَا مُنقَلَبًا . قَالَ لَهُ صَاحِبُهُ وَهُوَ يُحَاوِرُهُ أَكَفَرْتَ بِالَّذِي خَلَقَكَ مِن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ سَوَّاكَ رَجُلاً . لَّكِنَّا هُوَ اللهُ رَبِّي وَلآأُشْرِكُ بِرَبِّي أَحَدًا

    Dan dia memasuki kebunnya sedang ia zalim terhadap dirinya sendiri; ia berkata:"Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya, dan aku tidak mengira hari kiamat itu akan datang, dan jika sekiranya aku dikembalikan kepada Rabbku, pasti aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada kebun-kebun itu".. Kawannya (yang mukmin) berkata kepadanya sedang dia bercakap-cakap dengannya :"Apakah kamu kafir kepada (Rabb) yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air mani, lalu Dia menjadikan kamu seorang laki-laki yang sempurna. Tetapi aku (percaya bahawa): Dialah Allah, Rabbku, dan aku tidak mempersekutukan seorangpun dengan Rabbku. (Al-Kahfi: 35-38)

    Keempat: Kufur berpaling.
    Dalilnya adalah firman Allah سبحانه وتعالي:

    وَالَّذِينَ كَفَرُوا عَمَّآ أُنذِرُوا مُعْرِضُونَ

    Dan orang-orang yang kafir berpaling dari apa yang diperingatkan kepada mereka. (Al-Ahqaf:3)

    Kelima: Kufur nifaq.
    Dalilnya firman Allah سبحانه وتعالي:

    ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ ءَامَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا فَطُبِعَ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لاَيَفْقَهُونَ

    Yang demikian itu adalah kerana bahawa sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir (lagi) lalu hati mereka dikunci mati; kerana itu mereka tidak dapat mengerti. ( Al-Munafiqun:3)

    BAHAGIAN KEDUA:
    Bahagian kedua dari dua jenis kufur adalah kufur kecil yang tidak mengeluarkan pelakunya dari agama Islam, iaitu kufur nikmat. Hal ini berdasarkan firman Allah سبحانه وتعالي:

    وَضَرَبَ اللهُ مَثَلاً قَرْيَةً كَانَتْ ءَامِنَةً مُطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِّن كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللهِ فَأَذَاقَهَا اللهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ

    Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; oleh itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat. (An-Nahl:112)



    Nifaq terbahagi kepada dua:

    1.  Nifaq dalam i'tiqadi (keyakinan):

    Nifaq ini terbahagi kepada enam dan pelakunya adalah penghuni neraka yang paling bawah.

    Pertama: Mendustakan Rasulullah صلي الله عليه وسلّم
    Kedua: Mendustakan sebahagian yang dibawa oleh Rasulullah صلي الله عليه وسلّم
    Ketiga: Membenci Rasulullah صلي الله عليه وسلّم
    Keempat: Membenci sebahagian yang dibawa/diajarkan Rasulullah صلي الله عليه وسلّم
    Kelima: Senang terhadap kemunduran agama Rasulullah صلي الله عليه وسلّم
    Keenam: Benci terhadap kemenangan agama Rasulullah صلي الله عليه وسلّم.

    2. Nifaq amali (dalam perbuatan)
    Nifaq amali ada lima jenis berdasarkan sabda Rasulullah صلي الله عليه وسلّم:

    آيَةُ اَلْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا ائْتُمِنَ خَانَ

    "Tanda munafik itu ada tiga: Apabila berbicara ia berdusta, bila berjanji ia mengingkari, dan bila diberi amanah ia khianat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Dan dalam satu riwayat: “apabila berbantahan (bermusuhan) ia menyimpang/menyeleweng, dan bila membuat perjanjian ia melanggar.”


    Perkara-perkara Yang Membatalkan Keislaman

    Perkara-perkara Yang Membatalkan Keislaman
    Syeikh Muhammad At-Tamimi

    Pertama: Menyekutukan Allah سبحانه وتعالي dalam beribadah.
    Allah سبحانه وتعالي berfirman  :

    إِنَّ اللهَ لاَيَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَادُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَآءُ

    Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari
    (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. (An-Nisa:48)

    Dan firman-Nya:

    إِنَّهُ مَن يُشْرِكْ بِاللهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَالِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ

    Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun. (Al-Maidah:72)

    Termasuk di antaranya adalah: menyembelih untuk selain Allah سبحانه وتعالي; seperti orang yang menyembelih untuk jin atau kuburan.

    Kedua: Orang yang menjadikan perantara di antaranya dan di antara Allah سبحانه وتعالي, ia berdoa dan meminta syafaat serta bertawakkal (berserah diri) kepada mereka, maka ia menjadi kafir secara ijma'.

    Ketiga:  Orang yang tidak mengkafirkan orang musyrik atau ia ragu akan kekufuran mereka atau ia membenarkan pendirian mereka, maka ia telah kafir.

    Keempat: Barangsiapa yang berkeyakinan bahawa petunjuk yang  bukan datang dari Nabi صلي الله عليه وسلّم lebih sempurna dari petunjuk beliau, atau hukum yang lainnya lebih baik dari hukumnya, seperti orang yang lebih mengutamakan hukum thogut daripada hukumnya, maka ia telah kafir.

    Kelima: Barangsiapa yang membenci sesuatu yang datang dari Rasulullah صلي الله عليه وسلّم, sekalipun ia telah mengamalkannya, maka ia telah kafir.

    Keenam: Barangsiapa yang mengejek sesuatu yang datang dari agama, atau (mengejek) ganjaran dan balasannya, maka ia telah kafir. Dalilnya adalah firman Allah سبحانه وتعالي:

    قُلْ أَبِاللهِ وَءَايَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِءُونَ . لاَتَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ

    Katakanlah:"Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?". Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman

    Ketujuh: Sihir, termasuk di antaranya dan sejenisnya. Barangsiapa yang melakukannya atau redha, maka ia telah kafir. Dalilnya adalah firman Allah سبحانه وتعالي "

    وَمَاهُم بِضَآرِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ

    Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin
    Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. (Al-Baqarah: :102)

    Kelapan: Membela orang-orang musyrik dan menolong mereka dalam melawan orang-orang Islam. Ini berdasarkan firman Allah سبحانه وتعالي:

    وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللهَ لاَيَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

    Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (Al-Maidah: 51)

    Kesembilan: Barang siapa yang beranggapan bahawa seseorang boleh keluar dari syariat Nabi Muhammad صلي الله عليه وسلّم sebagaimana Nabi Khaidir boleh keluar dari syariat nabi Musa عليه السلام maka ia telah kafir.

    Kesepuluh: Berpaling dari agama Allah سبحانه وتعالي, tidak mempelajarinya, dan juga tidak mengamalkannya. Allah سبحانه وتعالي berfirman:

    وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِئَايَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَآ إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنتَقِمُونَ

    Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Rabbnya, kemudian ia berpaling daripadanya Sesungguhnya Kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa. (As-Sajdah: 22)

    Tidak ada perbezaan pada semua perkara yang membatalkan Islam ini di antara yang main-main dan sungguh-sungguh serta kerana takut, kecuali orang yang dipaksa. Semuanya itu termasuk yang paling berbahaya dan paling sering terjadi. Maka hendaknya seorang muslim selalu waspada dan takut terjadi pada dirinya. Kita berlindung kepada Allah سبحانه وتعالي dari segala yang menyebabkan kemarahan-Nya dan tertimpa azab-Nya yang pedih.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA