Solat lima waktu adalah induk segala amal ibadah dan amal soleh. Solat adalah rukun Islam. Tanpa solat akan cacatlah rukun Islam itu.
Solat juga adalah ibadah yang mampu menjana keupayaan umat Islam menjadi umat yang Berjaya dan
cemerlang di dunia dan akhirat. Dalam sehari lima kali dikumandangkan azan terdapat kalimah ‘HAYYA ‘ALASSOLAH’ (marilah solat) dan ‘HAYYA ‘ALAL-FALAH’ (marilah menuju kejayaan), kedua kalimah ini diulang duadua kali setiap kali azan dikumandangkan dan diulang lagi ketika iqamah untuk mendirikan solat fardu lima waktu.
Semua ini menunjukkan solat itu satu ibadah yang besar dan penting dalam kehidupan umat Islam. Malah ia menjadi satu ibadah yang menghubung serta mendekatkan seorang hamba dengan Khaliq, yakni hubungan kita dengan Allah
Marilah kita fahami dan hayati ayat-ayat Al Quran yang menyebutkan beberapa kali kalimah solat yang dikaitkan dengan kehidupan manusia dan sifat-sifat terpuji, antaranya:
1. Solat penentu berjaya atau gagalnya hidup setiap umat Islam. Firman Allah SWT:
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
“Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya”.
(Surah Al-Mu’minun, ayat: 1-2)
Tafsir Pimpinan Ar-Rahman menjelaskan: Orang beriman yang tetap berjaya mencapai keselamatan hidup di dunia dan kebahagian yang kekal di akhirat kelak ialah orang yang mengerjakan suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dan solat yang sempurna itu ialah solat yang dikerjakan dengan khusyuk, yakni sepenuh-penuh hormat dan ingatan meliputi anggota-anggota badan dan hati.
(Sesungguhnya) lafaz Qad di sini menunjukkan makna Tahqiq, ertinya sungguh telah pasti (beruntunglah) berbahagialah (orang-orang yang beriman). (Iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya) dengan merendahkan diri penuh perasaan kepada Allah. (Tafsir Jalalain)
Manakala Tafsir Ibnu Kathir menyatakan : Kemenangan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan ajaran-ajaran yang dibawa rasul-rasul-Nya telah tercapai. Cita-cita mereka telah menjadi kenyataan. Iaitu orang-orang yang menyertakan keimanannya itu dengan amal soleh. Dalam melaksanakan solat, misalnya, mereka menghadapkan diri sepenuh hati, merasa takut, merendah dan tunduk secara mutlak kepada Allah swt.
2. Umat yang menjaga solat mereka. Firman Allah SWT lagi dalam Surah yang sama:
وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ
“Dan mereka yang tetap memelihara solatnya”. (Al-Mu’minun, ayat:9)
Ayat ini menjelaskan, mereka, yakni umat Islam yang memelihara solat, iaitu orang yang tetap mengerjakannya pada waktunya dengan cara yang sempurna.
Tafsir Ibnu Kathir : Mereka juga selalu melaksanakan solat dengan khusyuk, tepat pada waktunya dan lengkap dengan rukun-rukunnya, hingga benar- benar melaksanakannya sesuai tujuan solat, iaitu mencegah kejahatan dan kemungkaran.
Oleh yang demikian umat Islam yang tidak memelihara solatnya adalah umat yang gagal. Gagal dalam menjaga masa. Gagal dalam pengurusan rumahtangga. Gagal dalam mendidik anak-anak dan ahli keluarga. Gagal dalam perniagaan. Gagal dalam kepimpinan. Gagal dalam pengajian. Gagal dalam kehidupan. Gagal dalam serba serbi kehidupannya.
3. Sifat taqwa dan solat. Firman Allah SWT:
مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
“Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepada-Nya dan kerjakanlah solat dengan betul sempurna dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik”. (Surah Ar-Ruum, ayat: 31)
Menurut Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya ayat ini :
“Jadilah kalian orang-orang yang kembali kepada-Nya. Kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kalian. Tinggalkanlah apa yang dilarang, dan peliharalah solat, serta janganlah menjadi golongan orang- orang yang menyekutukan Allah.
Manakala Imam Jalalain pula mentafsirkan :
(Dengan kembali) bertaubat (kepada-Nya) kepada Allah swt.,iaitu melaksanakan apa-apa yang diperintahkan oleh-Nya dan menjauhi hal-hal yang dilarang oleh-Nya. Lafaz ayat ini merupakan hal atau kata keterangan keadaan bagi fa'il atau subjek yang terkandung di dalam lafaz aqim beserta makna yang
dimaksud daripadanya, iaitu hadapkanlah wajah kalian (dan bertakwalah kalian kepada-Nya) takutlah kalian kepada-Nya (serta dirikanlah solat dan janganlah kalian termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah).
Maka di dalam ayat ini, terdapat dua perintah beriringan sekaligus, iaitu:
perintah bertaqwa dan perintah mendirikan solat. Ini bermakna kedua-dua penting dan saling kait-mengait bagai isi dan kuku. Makna yang lain orang yang bertaqwa mesti orang yang sentiasa mendirikan serta menjaga solatnya dan orang yang sentiasa menjaga solatnya adalah orang yang bertaqwa.
4. Solat dan pertolongan Allah sepertimana firman-Nya:
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang yang khusyuk. (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadanya”. (Surah Al-Baqarah, ayat: 45-46)
Imam Jalalain menjelaskan :
(Mintalah pertolongan) dalam menghadapi urusan atau kesulitan-kesulitanmu (dengan jalan bersabar) menahan diri dari perkara-perkara yang tidak baik (dengan solat). Khusus disebutkan di sini untuk menyatakan bagaimana pentingnya solat itu. Dalam sebuah hadis disebutkan bahwa jika Nabi saw. hatinya risau disebabkan sesuatu masalah, maka beliau segera melakukan solat. Ada pula yang mengatakan bahawa perkataan ini ditujukan kepada orang-orang Yahudi yang terhalang beriman disebabkan ketamakkan dan ingin kedudukan. Maka mereka disuruh bersabar yang maksudnya ialah berpuasa, kerana berpuasa dapat melenyapkan itu. Solat dapat menimbulkan kekhusyukan dan membasmi ketakaburan. (Dan sesungguhnya ia) maksudnya solat (amat berat) akan terasa berat (kecuali bagi orang-orang yang khusyuk) yang cenderung kepada berbuat taat. (Orang-orang yang yakin) (bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka) ketika berbangkit (dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya), iaitu di akhirat dan bahawa Dia akan membalas segala perbuatan mereka.
Manakala Imam Ibnu Kathir pula menyatakan :
Jadikanlah kesabaran dan sikap menahan diri dari apa yang kalian benci sebagai penolong dalam menjalankan beban ini. Salah satu caranya adalah dengan berpuasa. Dan jadikan solat yang sangat besar maknanya itu sebagai penolong juga, kerana solat itu menyucikan hati dan mencegah kekejian dan
kemungkaran. Kerananya, beban itu akan terasa sangat berat dan sulit kecuali bagi orang-orang yang tunduk dan menyukai ketaatan. Iaitu orang- orang yang hatinya merasa tenteram dengan berzikir kepada Allah. Orang-orang yang tunduk dan berhati tenang itu adalah mereka yang beriman kepada hari akhir dan meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhan pada hari kebangkitan. Hanya kepada Nyalah mereka akan kembali untuk dihisab dan diberi ganjaran atas perbuatan mereka.
Maka ayat ini menjelaskan tentang ibadat solat itu satu ibadat yang berat, tetapi ia menjadi ringan serta mudah bagi orang yang meyakini akan bertemu dengan Allah Ta’ala dan akan kembali jua kepada-Nya. Mereka itu adalah orang yang khusyuk dalam mengerjakan solat. Dan melalui ibadah solat ini juga umat Islam boleh meminta pertolongan kepada Allah SWT.
5. Solat dan sifat sabar. Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
“Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat, kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang yang sabar”. (Surah Al-Baqarah, ayat: 153)
Dalam tafsir Ibnu kathir :
Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah kesabaran dalam menghadapi cobaan hidup dan solat yang merupakan induk dari segala peribadatan sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah Yang Maha Menundukkan selalu bersama orang-orang yang penyabar. Dialah pelindung dan penolong mereka.
Manakala Imam Jalalain pula mentafsirkan ayat di atas dengan :
(Hai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan) untuk mencapai kebahagiaan di akhirat (dengan jalan bersabar) taat melakukan ibadah dan sabar menghadapi cubaan (dan mengerjakan solat) dikhususkan menyebutkannya disebabkan berat dan berulang-ulang (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar) ertinya selalu melimpahkan pertolongan-Nya kepada mereka.
Kedua-dua ayat di atas menegaskankan bahawa sesungguhnya orang yang sentiasa menjaga dan menunaikan solat serta bersabar pasti akan diberikan pertolongan di sisi Allah SWT. Manakala orang yang sabar itu ialah orang yang tidak hilang semangat dan upaya diri ketika menempuh kesukaran dan ujian kesusahan. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa berserta dan menolong orang yang sabar itu.
6. Solat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Firman Allah SWT:
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
‘Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan”. (Surah Al-Ankabut, ayat: 45)
Dalam Tafsir Pimpinan Ar-Rahman menghuraikan ayat ini: Yakni bacalah dan sampaikanlah Al Quran ini kepada umatmu dan suruhlah mereka membacanya, mempelajari kandungannya dan mengamalkannya. Dan kerjakanlah solat dengan tekun dan sempurna, ikhlas dan khusyuk, kerana solat yang demikian keadaannya akan mencegah orang yang mengerjakannya dari perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar. Dan hendaklah engkau dan umatmu sentiasa menyebut dan mengingati Allah Ta’ala, kerana yang demikian sangat besar manfaatnya.
Dari ayat di atas Imam Ibnu Kathir menyatakan :
Bacalah kitab Allah (Al-Quran), wahai Nabi, dan jangan pedulikan mereka, serta kerjakanlah solat dengan ketentuan yang benar. Kerana solat yang disertai dengan keikhlasan akan memalingkan orang yang mengerjakannya dari dosa-dosa besar dan segala yang tidak dibolehkan dalam hukum agama. Sesungguhnya
di dalam ketakwaan kepada Allah dan khusyuk kepada- Nya dalam solat dan lainnya, terdapat pengaruh dan pahala yang terbesar. Allah Maha Mengetahui kebaikan dan kejahatan yang kalian lakukan, kemudian memberikan balasan pada kalian atasnya.
Manakala dalam tafsir Jalalain :
(Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Alkitab) kitab Al-Quran (dan dirikanlah solat. Sesungguhnya salat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar) menurut syariat seharusnya solat menjadi benteng bagi seseorang dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar, selagi ia benar-benar mengerjakannya. (Dan sesungguhnya mengingat Allah adalah lebih besar keutamaannya) daripada ibadah-ibadah dan amal-amal ketaatan lainnya. (Dan Allah mengetahui apa yang kalian kerjakan) maka Dia membalasnya kepada kalian.
7. Solat dan kehidupan harian tidak boleh dipisahkan. Firman Allah SWT:
فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلَاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا اطْمَأْنَنْتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
“Dan apabila kamu telah menyelesaikan solat, ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu baring kamu. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang yang beriman”. (Surah An-Nisaa’, ayat: 103)
Mafhum dari ayat di atas, menunjukkan bahawa waktu-waktu solat fardhu itu merupakan waktu yang telah ditentukan. Ia mempunyai rahsia dan hikmah yang amat banyak bagi kehidupan seharian umat Islam dan orang beriman, kenapa ia ditentukan demikian, tidak dalam satu waktu sekaligus.
Dalam tafsir Ibnu kathir :
Apabila kalian selesai melaksanakan solat khauf, iaitu solat dalam keadaan perang, jangan lupa berzikir kepada Allah. Berzikirlah kepada-Nya dalam keadaan berdiri, berperang, duduk dan tidur. Kerana, zikir dengan menyebut nama Allah akan dapat memantapkan dan menenangkan hati. Jika rasa takut telah hilang, laksanakanlah solat dengan sempurna. Sebab, pada dasarnya, solat merupakan kewajiban umat Islam yang mempunyai waktu-waktu tertentu.
Manakalah dalam tafsir Jalalain pula :
(Dan apabila kamu telah menyelesaikan solat, maka ingatlah Allah) dengan membaca tahlil dan tasbih (baik di waktu berdiri mahupun di waktu duduk dan berbaring) tegasnya pada setiap saat. (Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram) ertinya aman dari bahaya (maka dirikanlah solat itu) sebagaimana mestinya. (Sesungguhnya solat itu atas orang-orang yang beriman adalah suatu kewajiban) ertinya suatu fardhu (yang ditetapkan waktunya) maka janganlah diundur atau ditangguhkan mengerjakannya. Ayat berikut turun tatkala Rasulullah saw. mengirim satu pasukan tentara untuk menyusul Abu Sufyan dan anak buahnya ketika mereka kembali dari perang Uhud. Mereka mengeluh kerana menderita luka.
Ini bermakna waktu solat itu disyariatkan supaya umat Islam dapat menguruskan hidup dan masa dengan lebih baik serta sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT. Kita dalam hidup seharian ini tidak akan terputus hubungan dengan Allah SWT. Inilah kualiti hidup umat Islam dan orang yang beriman itu.
8. Solat, kebersihan dan pakaian sepertimana firman Allah SWT:
يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas." (Surah Al-A'raaf , ayat: 31)
Hai anak Adam, pakailah hiasan-hiasan yang berupa pakaian yang menutupi aurat dan pakaian bermoral iaitu berupa takwa, di setiap tempat solat, waktu melaksanakan ibadah dan menikmati makanan dan minuman. Semua itu kalian lakukan dengan tanpa berlebih-lebihan. Maka jangan mengambil yang haram. Dan jangan melampaui batas yang rasional dari kesenangan tersebut. Allah tidak merestui orang-orang yang berlebih-lebihan. (Tafdir Ibnu kathir)
(Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah) iaitu buat menutupi auratmu (di setiap memasuki masjid) iaitu di kala hendak melakukan solat dan tawaf (makan dan minumlah) sesukamu (dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan). (Tafsir Jalalain)
Pengajaran daripada ayat diatas ialah bahawa solat, kebersihan dan pakaian yang kemas atau indah itu merupakan elemen yang juga diambil berat dalam ibadah. Maknanya kebersihan serta pakaian kemas dan indah dalam amal ibadah itu amat dititik berat dalam Syariat Islam.
Pentingnya ibadat solat :
Pada hari akhirat nanti solat juga adalah ibadah yang pertama dan yang paling utama akan disoal dari segala amal ibadah dan amal soleh. Sabda Rasulullah saw:
”Sesungguhnya perkara pertama diperhitungkan terhadap seorang hamba pada hari kiamat dari amal perbuatannya ialah tentang solatnya. Jika solatnya baik, maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah dia. Dan jika solatnya buruk, maka kecewalah dan rugilah dia”.
(Riwayat An-Nasa’i dan At-Tirmizi)
Tidak menjaga dan tidak mengerjakan solat menjadi punca kegagalan umat Islam, sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang meninggalkan solat Asar dengan sengaja, maka Allah akan menggagalkan amalannya (usahanya)”.
(Riwayat Bukhari)
Rasulullah saw juga menjelaskan pentingnya solat dalam kehidupan umat Islam, sabda Baginda:
“Adalah Rasulullah saw apabila menghadapi suatu dilemma (situasi yang sukar dan membingungkan) beliau solat”. (Riwayat Ahmad)
Solat jemaah dan kesannya dalam kehidupan umat. Sabda Rasulullah SAW: “Solat jemaah pahalanya melebihi solat sendirian dengan dua puluh tujuh darjat”. (Riwayat Muttafaqqun ‘alaih)
Pengajaran daripada Hadith ini, ialah solat itu merupakan ibadah paling utama dalam kehidupan umat Islam. Umpama umat Islam yang menjaga solat adalah pra syarat menjadi umat yang Berjaya dalam kerjaya, kehidupan dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Pendek kata, umat Islam yang sentiasa menjaga solat adalah umat yang paling Berjaya dan gagal menjaga ibadah solat akan gagallah dalam kehidupan ini. Moga kita bukan termasuk golongan yang gagal itu.
Betapa pentingnya ibadat solat dalam kehidupan umat Islam, kerana itu juga Nabi SAW pernah menegaskan dalam Hadithnya supaya ibubapa bapa mengajarkan solat ketika berumur tujuh tahun lagi.
Ingatlah, akibat umat yang mengabaikan solat, firman Allah SWT:
فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا
“Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat), maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka)”. (Surah Maryam, ayat: 59)
Dalam tafsir Ibnu Kathir dijelaskan ayat di atas :
Sesudah orang-orang pilihan itu, datanglah generasi-generasi yang tidak mengikuti petunjuk mereka. Generasi tersebut meninggalkan solat, tidak mau mengambil manfaat dan petunjuk dari solat serta bergelumang dalam kemaksiatan. Kelak, mereka akan menerima balasan kesesatan mereka di dunia dan akhirat.
Manakala Imam Jalalain pula mentafsirkannya dengan :
(Maka datanglah sesudah mereka pengganti yang jelek yang mensia-siakan dan melalaikan solat) dengan cara meninggalkannya seperti orang-orang Yahudi dan Nasrani (dan memperturutkan hawa nafsunya) gemar melakukan perbuatan-perbuatan maksiat (maka mereka kelak akan menemui kesesatan) ghayya adalah nama sebuah lembah di neraka Jahanam, mereka akan dijerumuskan ke dalamnya.
Maka marilah kita merenung dan menjaga diri dan ahli keluarga dnganmendirikan solat, kerana solatlah penentu hidup kita di dunia dan di akhirat. Fiman allah dalam surah At-Tahrim ayat 6 :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّـهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
الصلاة هي عماد الدين وأول ما يحاسب المؤمن يوم القيامة ولذلك إمتدح الله المصلين الخاشعين فقال: {الذين هم في صلاتهم خاشعون} وقال أيضاً {والذين هم على صلواتهم يحافظون} وما ذلك إلا دلالة على مكانة الصلاة في حياة المسلم وأيضاً في حياة المجتمع ولكن الملاحظ في أيامنا هذه ان الصلاة عند كثير من المسلمين قد فقدت دورها الإجتماعي والتربوي وانحصرت فقط في حركات تؤدى دون ان يكون لها أي مفاعيل في المجتمع. فما الذي تسبب في حدوث هذا الإنفصال بين المصلين وبين آداب الصلاة.
وكيف وصل المسلمون إلى هذا الحد من البعد السلوكي الذي وقع بينهم وبين آثار الصلاة، فإن المجتمع المسلم والذي من المفترض أن يكون مجتمعاً موصولاً بالدين مباشرة للأسف غرق في مادية الحياة حتى وقع التناقض بين تبعات الصلاة والبعد الإجتماعي لها وبين
واقع الحياة في المجتمع الإسلامي.
وبالتالي وجدنا صلوات الجماعة غير صلاة الجمعة لا يكتمل فيها في كثير من الأحيان صف أو صفان ورأينا أيضاً أخلاق المصلين لا ترتبط بالصلاة ولذا طرح السؤال بقوة هل علمنا فعلاً حقيقة ودور الصلاة في حياتنا كأفراد مسلمين وكمجتمع.
أبو مرعي
{ الشيخ علي أبو مرعي قال تعليقاً على هذا الموضوع ان الصلاة في الإسلام ليست مجرد صلة بين العبد وربه وإنما هي أيضاً نظام إسلامي يجعل من حياة الإنسان رسالة سامية تنظم حياته وتنعكس أدباً وخلقاً وسلوكاً محموداً على كل أمور حياته، ففي الصلاة تبرز المساواة بين الغني والفقير الذين يقفون صفاً واحداً بين يدي الله، وهذه المساواة لا يكتمل تحقيقها إلا إذا رأيناها تنعكس في كل أمور الحياة وفي الصلاة أيضاً ينتظم المسلمون صفاً واحداً وأيضاً لا يكتمل هذا الإنتظام إلاّ إذا كانوا صفاً واحداً في مواجهة الباطل ونصرة الحق في المجتمع.
ويتابع الشيخ أبو مرعي في الصلاة تتبلور معاني الأخوة الإيمانة ولكن لكي تكتمل لا بد أن نراها في المجتمع تضامناً وتراحماً وتعاطفاً - صحيح أن الصلاة صلة بين الله والعبد ولكن آثارها الروحية والسلوكية تمثل منهجاً متكاملاً ينعكس تقدماً ويقيناً على المجتمع المسلم وإذا لم يتحقق هذا المنهج فهذا يعني أننا لم نفهم حقيقة معنى الصلاة، فنحن حين نتدبر حياة النبي نرى أن أول ما أسسه بعد الهجرة كان المسجد النبوي الذي مثل جامعاً للعبادة ومدرسة للعلم وبرلماناً للتفاهم واجتماعاً للتشاور، لذلك نقول على المجتمع بأفراده أن يترجم صلاته سلوكاً راقياً يدرك الجميع من خلاله ان هذا السلوك هو سلوك المصلين الخاشعين.
البابا
{ أما الشيخ أحمد البابا رئيس مركز الفاروق الإسلامي فقال صحيح أن الصلاة تأمر بالمعروف وتنهي عن المنكر وتجعل صاحبها يرتدع عن الفحشاء ولكن لهذا التصرف ينبغي للمسلم أن يحسن معرفة الصلاة وكيفية ادائها وما يتطلبه الدين بعد ذلك فالواجب على المصلي ان يحسن اداء صلاته وان يتم خشوعها وركوعها وسجودها وبعد ذلك عليه واجبات كثيرة بعد صلاته فالإنسان إذا أراد أن يجد اثر الصلاة في حياته الدنيوية فعليه ان يستشعر عظمة الله تعالى ويقيم فرائض الولاء للمولى (عزّ وجلْ) بأن يكون حاضراً مع الله غير غافل، فالصلاة صلة برب العالمين تفتح لصاحبها الطريق وعليه بعد الصلاة ان يعبّد هذا الطريق بالصدق والإخلاص ودوام
الإقبال على الله والاستقامة كما أمر الله، فإذا كان الإنسان يجد هذه الفجوة في حياته فلم يستشعر بصلاته فهذا لديه علة فإن الصلاة تعزز الصلة برب العالمين وترسخ خشية الله في القلوب فعلى المصلين بعد ذلك ان يتابعوا طريق الخشية بإقبال صادق على الله تعالى بإقامة فرائضه والإمتثال لأوامره وترك نواهيه فعندما يفلح المسلم في إقامة صلاته ويجد لصلاته إنساً لله تعالى ثم بعد الصلاة يبقى في قلبه صدق الإقبال على الله تعالى فعندها لا يمكن ان يرتكب معصية أو يتجرأ على خطيئة أو يسوء خلقه مع أحد فهذه هي الصلاة الكاملة والنموذجية التي يجب أن يكون عليها كل مصل فعندها يربح الصلاة ويغنم الطاعة وتترسخ أخلاق الصلاة في سلوكه وأقواله وأفعاله.
إن القارئ المتدبر لسورة العنكبوت يرى في قوله تعالى: {إِنَّ الصَّلاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ} [45]، دلالة واضحة على أن للصلاة دورا في النَّهي عن المنكرات والمعاصي، ولكن كيف يمكن الجمع بين هذا المعنى، وما نراه من حال بعض من يصلي ويرتكب المنكرات والفواحش؟
يقول أهل العلم: إذا أردت أن تعرف ما إذا كنت قد أدّيت صلاتك كاملةً أو لا فانظر إلى مقدار مخالفتك لأمر الله، فبقدر ما تقع في معصية الله، يُنقص لك في صلاتك، وبقدر ما تؤدي الصلاة كاملةَ الأركان والواجبات والسنن والخشوع، بقدر ما تنهاك عن المعاصي والفحشاء والمنكرات، فالصلاة الكاملة لا بدَّ من أن تنهى عن الفحشاء والمنكر، فمقدار النقص في الصلاة، هو مقدار فعل المنكر.
والنّقص إنما يكون في خشوعها خاصّةً، فأنت تجد اثنين في صفِّ الصلاة بجوار بعضهما يصليان، هذا خاشع متذلِّل لربِّه، والآخر ساهٍ في صلاته، ولذلك يُكتبُ للمرء من صلاته ما عقل منها، بعضُهم تُكتب له كلُّها، وبعضهم نصفُها، وبعضهم ربعها، وبعضهم تُلفُّ كالثوب الخلق ثم تُرمى بوجه صاحبها.
ولنتأمّل فيمن يصلون صلاة العشاء، ثم ينطلقون بعدها لمشاهدة ما حرَّم الله في القنوات الفضائية، فهؤلاء لم يصلوا صلاة كاملة، لأنهم لو صلوا صلاة كاملة لنهتهم الصلاة عن الوقوع في هذا المنكر، قال ابن عباس : ليس لك من صلاتك إلا ما عقلت منها، وقد قال النبي صلى الله عليه وسلم: «إن العبد لينصرف من صلاته ولم يكتب له منها إلا نصفها، إلا ثلثها، إلا ربعها، حتى قال : إلا عشرها»، فإن الصلاة إذا أتى بها كما أمر نهته عن الفحشاء والمنكر، وإذا لم تنهه دل على تضييعه لحقوقها.
يُروى أن عمر بن عبد العزيز رحمه الله استعمل رجلاً على أمرٍ ما، فقال له الرجل: لِم وليتني؟ قال له: لأني رأيتك وأنت تحسن صلاتك، ورأيتك خاشعاً فيها، وما دمت أديت حقَّ الله عليك وأحسنت أداءه، فمن باب أولى أن تؤدي الحقوق والواجبات الأخرى.
إذن .. الصلاة لها دور عظيم في استقامة المسلم على أوامر الله تعالى، ولذا قال القرطبي في تفسيره: ثم أخبر حكما منه بأن الصلاة تنهى صاحبها وممتثلها عن الفحشاء والمنكر وذلك لما فيها من تلاوة القرآن المشتمل على الموعظة والصلاة تشغل كل بدن المصلي فإذا دخل المصلي في محرابه وخشع وأخبت لربه وتذكر أنه واقف بين يديه وأنه مطلع عليه ويراه صلحت لذلك نفسه وتذللت وخامرها ارتقاب الله تعالى وظهرت على جوارحه هيبتها ولم يكد يفتر من ذلك حتى تظله صلاة أخرى يرجع بها إلى أفضل حالة.