الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
Beberapa Pelajaran Penting Untuk Umat Islam
BEBERAPA PELAJARAN PENTING BUAT UMAT ISLAM:
SYEIKH ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH BIN BAZ
PERTAMA :
Mempelajari surah Al-Fatihah dan sedapat mungkin dari surah-surah pendek, dari surah Az-Zalzalah hingga surah An-Naas, dengan cara talaqqi (mengikuti bacaan
guru), memperbaiki bacaan dan hafazannya serta menjelaskan hal-hal yang wajib difahami.
KEDUA :
Makna dan Syarat La Maha lila Allah.
Penjelasan tentang erti persaksian "La Ilaha Illallah, Muhammad Rasulullah".
La Ilaha: Tidak ada Ilah, bererti meniadakan seluruh sembahan selain Allah.
Illa Allah: Selain Allah, bererti menetapkan ibadah hanya untuk Allah semata-mata dan tidak menjadikan sekutu bagi-Nya.
Syarat-syarat (sahnya persaksian) La Ilaha Illa Allah sebagai berikut:
1. Ilmu yang tidak dicampuri dengan kejahilan.
2. Keyakinan yang tidak dicampuri dengan keraguan.
3. Ikhlas yang tidak dicampuri dengan syirik.
4. Kejujuran yang tidak dicampuri dengan dusta.
5. Cinta yang tidak dicampuri dengan kebencian.
6. Ketaatan yang tidak dicampuri dengan pembangkangan.
7. Penerimaan yang tidak dicampuri dengan penolakan.
8. Pengingkaran terhadap seluruh yang disembah selain Allah.
Syarat-syarat di atas terhimpun pada dua bait syair berikut ini:
Ilmu, keyakinan dan Ikhlas serta kejujuran bersama
Cinta dan taat serta menerimanya.
Ditambah (syarat) yang kedelapan (adalah pengingkaran)
terhadap seluruh yang disembah selain Allah
KETIGA :
Rukun Iman
Rukun Iman ada enam:
1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada para Malaikat-Nya
3. Beriman kepada Kitab-kitab Nya
4. Beriman kepada para Rasul-Nya
5. Beriman kepada Hari Akhirat
6. Beriman kepada Qada’ / Qadar (ketentuan Allah, baik dan buruknya).
KEEMPAT :
Pembagian Tauhid dan Syirik.
Tauhid itu terbahagi tiga bahagian, iaitu:
1. Tauhid Rububiyah.
2. Tauhid Uluhiyah.
3. Tauhid Asma' dan Sifat.
Syirik pula terbahagi tiga bahagian, iaitu:
1. Syirik Akbar (besar).
2. Syirik Ashghar (kecil).
3. Syirik Khafiy (tersembunyi).
Syirik Akbar akibat dari runtuhnya seluruh amal perbuatan dan kekal di Neraka, bagi orang yang mati dalam keadaan syirik.
Sebagaimana firman Allah سبحانه و تعالي:
وَلَوْ أَشْرَكُواْ لَحَبِطَ عَنْهُم مَّا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
Seandainya mereka mempersekutukan Allah, nescaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan. (Surah Al-An'am: 88).
مَا كَانَ لِلْمُشْرِكِينَ أَن يَعْمُرُواْ مَسَاجِدَ الله شَاهِدِينَ عَلَى أَنفُسِهِمْ بِالْكُفْرِ أُوْلَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ وَفِي النَّارِ هُمْ خَالِدُونَ
Tidaklah pantas orang-orang musyrik itu memakmurkan masjid-masjid Allah, sedang mereka mengakui bahawa mereka sendiri kafir. Itulah orang-orang yang sia-sia pekerjaannya dan mereka kekal didalam Neraka. (Surah At-Taubah: 17 ).
Orang yang mati (sedang ia masih melakukan syirik akbar ini), ia tidak akan diampuni, haram baginya Syurga. Sebagaimana firman Allah عزّوجلّ:
إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْماً عَظِيماً
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia berbuat dosa yang besar. (Surah An-Nisa: 48).
إِنَّهُ مَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللّهُ عَلَيهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ
Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya Syurga dan tempatnya di neraka, tidak ada bagi orang-orang zalim seorang penolongpun. (Surah Al-Ma'idah: 72).
Diantara bentuk-bentuk (Syirik Akbar ini) ialah: Berdoa kepada orang mati, kepada berhala-berhala, memohon pertolongan dari mereka, bernazar untuk mereka, menyembelih untuk mereka dan sebagainya.
Syirik Ashghar ialah: (Perbuatan) yang penamaan-nya ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah sebagai syirik, akan tetapi tidak termasuk jenis syirik akbar; seperti : Riya' dalam beberapa perbuatan, bersumpah dengan selain Allah, ucapan "Masya Allah wa sya'a Fulan" (Apa yang dikehendaki Allah dan dikehendaki Fulan) dan sebagainya.
Berdasarkan sabda Rasulullah صلي الله عليه وسلم:
أَخْوَفُ مَا أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الأَصْغَرُ،فَسُئِلَ عَنْهُ؟ فَقَالَ: الرِّيَاءُ
Sesuatu yang paling aku takutkan (menimpa) kamu adalah Syirik Ashghar. Lalu beliau صلي الله عليه وسلم ditanya tentang (Syirik Ashghar), beliau menjawab: (Ia adalah) Riya'". (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan At-Thabrani serta Al-Baihaqi, dari Mahmud bin Lubaid Al-Anshari رضي الله عنه, dengan sanad yang baik. Diriwayatkan pula oleh At-Thabrani dengan beberapa sanad yang baik dari Mahmud bin Lubaid, dari Rafi' bin Khudaij, dari Nabi صلي الله عليه وسلم.)
منْ حَلَفَ بِشَيْءٍ دُونَ اللَّهِ ، فَقدْ أَشْرَكَ
Barang siapa yang bersumpah dengan sesuatu selain Allah, maka ia telah berbuat syirik. (Diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad yang sahih, dari Umar bin Khattab رضي الله عنه)
Dan diriwayatkan oleh Abu Dawud dan At-Tirmidzi dengan sanad yang sahih dari hadis Ibnu Umar r.a dari Nabi صلي الله عليه وسلم, bahwa beliau bersabda:
منْ حَلَفَ بِغَيْرِ اللَّهِ ، فَقدْ كَفَرَ أَوْ أَشْرَكَ
"Barangsiapa yang bersumpah dengan selain Allah, maka sungguh ia telah kafir atau berbuat syirik".
Dan sabda beliau:
لاَ تَقُولُوا : مَاشَاءَ اللَّه وَشَاءَ فُلانٌ ، وَلَكِنْ قُولُوا : مَا شَاءَ اللَّه ، ثُمَّ شَاءَ فُلانٌ
Janganlah kamu mengatakan "Jika dikehendaki Allah dan dikehendaki Fulan", akan tetapi katakanlah "Jika dikehendaki Allah, kemudian dikehendaki Fulan. (Dikeluarkan oleh Abu Dawud dengan sanad yang sahih, dari Hudzaifah bin Al-Yaman رضي الله عنه)
(Syirik Ashghar) ini tidak berakibat riddah (keluar dari agama Islam), tidak pula berakibat kekal di Neraka, akan tetapi ia (Syirik Ashghar) tidak sesuai dengan kesempurnaan Tauhid yang diwajibkan.
Syirik Khafiy: Dalilnya adalah sabda Nabi صلي الله عليه وسلم:
أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِمَا هُوَ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ عِنْدِيْ مِنَ المَسِيْحِ الدَّجَّالَ؟ قَالُوا: بَلَيْ يَارَسُولُ الله. قَالَ: الشِّرْكُ الْخَفَيُّ، يَقُومُ الرَّجُلُ فَيُصَلِّيْ فَيُزَيِّنُ صَلاَتَهُ لِمَايَرَي مِنْ نَظَرِ الرَّجُلِ إِلَيْهِ
"Mahukah kamu aku beritahukan apa yang paling aku takutkan (menimpa) kamu lebih dari (takutku atasmu) terhadap Al-Masih Ad-Dajjal? Mereka (para sahabat) menjawab: Mahu, wahai Rasulullah. Beliau bersabda: (ia itu adalah) syirik khafiy (syirik yang tersembunyi), bahawa seseorang berdiri, lalu solat, kemudian ia membaguskan solatnya, kerana ia melihat ada orang yang sedang memperhatikannya". (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam kitabnya Al-Musnad, dari Abi Sa'id Al-Khudriy رضي الله عنه)
Syirik dapat juga dibahagi dua: Syirik Akbar dan Syirik Ashghar.
Sedang Syirik Khafiy dapat masuk pada kedua syirik tersebut. Syirik Khafiy dapat masuk pada Syirik Akbar, seperti Syirik orang-orang munafik, kerana mereka menyembunyikan akidah mereka yang batil; dan menampakkan ke-Islaman mereka, atas dasar riya' dan takut atas kepentingan diri mereka.
Sedang Syirik Ashghar, seperti riya', sebagaimana (yang telah dijelaskan) dalam hadis Mahmud bin Lubaid Al-Anshari yang telah lalu; dan hadits Abu Sa'id diatas.
KELIMA :
Rukun Islam
Rukun Islam ada lima:
1. Persaksian bahawa tidak ada Ilah (sembahan yang haq) selain Allah dan Muhammad utusan Allah
2. Menegakkan Solat
3. Menunaikan Zakat
4. Berpuasa pada bulan Ramadhan
5. Menunaikan Haji ke Baitullah Al-Haram bagi orang yang mampu
KEENAM :
Syarat-syarat Shalat.
1. Islam
2. Akal (berakal)
3. Tamyiz (Mampu membezakan antara baik dan buruk)
4. Tidak berhadas
5. Menghilangkan najis
6. Menutup aurat
7. Tiba waktu solat
8. Menghadap Kiblat
9. Niat
KETUJUH :
Rukun-rukun Solat
Rukun-rukun Solat ada empat belas, iaitu:
1. Berdiri, jika mampu
2. Takbiratul-Ihram
3. Membaca surah Al-Fatihah
4. Ruku'
5. I'tidal setelah ruku'
6. Sujud atas tujuh anggota tubuh
7. Bangkit dari sujud
8. Duduk antara dua sujud.
9. Thoma'ninah (tenang) pada seluruh gerakan
10. Tertib pada (pelaksanaan) rukun-rukun (Solat)
11. Tasyahud Akhir.
12. Duduk (pada Tasyahud Akhir)
13. Bersalawat untuk Nabi صلي الله عليه وسلم.
14. Dua kali salam.
KELAPAN :
Kewajiban-kewajiban Shalat
Hal-hal yang wajib dalam solat ada lapan :
1. Seluruh ucapan takbir, selain Takbiratul-Ihram
2. Ucapan سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ (Allah Maha Mendengar orang yang memuji-Nya) bagi imam dan munfarid (orang yang solat sendiri)
3. Ucapan رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ (Ya Rabb kami, hanya untuk Mu segala puji)
4. Ucapan سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْم (Maha suci Allah Yang Maha Agung) dikala ruku'
5. Ucapan سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَيْ (Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi) dikala sujud
6. Ucapan رَبِّ اغْفِرْلِيْ (Ya Allah, ampunilah aku), dikala duduk antara dua sujud
7. Tasyahud Awal
8. Duduk pada Tasyahud Awal.
KESEMBILAN :
Akhlak Mulia.
Berakhlak dengan akhlak yang disyari'atkan bagi setiap muslim, seperti:
1. Jujur
2. Bertanggung jawab
3. Menjaga kesucian
4. Malu
5. Berani
6. Dermawan
7. Menepati janji
8. Menjauhi seluruh yang diharamkan Allah
9. Berlaku baik dengan para tatangga
10. Membantu orang-orang yang memerlukan bantuan, sesuai kemampuan.
Dan akhlak-akhlak lainnya yang dijelaskan dalam Al-Quran dan As-Sunnah sebagai akhlak yang disyariatkan
KESEPULUH :
Adab-adab Islamiyah.
Beradab dengan adab-adab Islamiyah antara lain:
1. Mengucapkan salam.
2. Berseri-seri.
3. Makan dan minum dengan tangan kanan.
4. Membaca Basmalah (بِسْمِ اللهِ) ketika memulakan (makan).
5. Membaca Hamdalah (الْحَمْدُ للّهِ) ketika selesai makan.
6. Mengucapkan الْحَمْدُ للّهِ setelah bersin.
7. Menjawab orang bersin, jika ia mengucapkan الْحَمْدُ للّهِ , (dengan mengucapkan padanya يَرْ حَمُكَ الله Semoga Allah merahmatimu).
8. Memperhatikan adab-adab yang disyari'atkan pada ketika:
· Masuk masjid.
· Keluar masjid.
· Keluar masuk rumah.
· Bemusafir / dalam perjalanan.
· Dengan kedua orang tua.
· Dengan para kerabat dan para tetangga.
· Dengan orang-orang yang lebih tua.
· Dengan orang-orang yang lebih muda.
· Mengucapkan Tahniah kepada orang yang mendapat kelahiran anak.
· Mengucapkan selamat, mendoakan agar mendapat berkah kepada orang yang menikah.
· Mengucapkan Takziyah (ucapan dukacita) terhadap orang yang mendapat musibah.
· Ketika berpakaian, membuka pakaian dan dalam beralas kaki.
KESEBELAS :Waspada Terhadap Syirik Dan Maksiat.
Diantara bentuk-bentuk maksiat yang harus diwaspadai adalah:
1. Tujuh macam yang membinasakan, iaitu:
· Berbuat syirik.
· Melakukan sihir.
· Membunuh jiwa yang diharamkan Allah, kecuali dengan kebenaran.
· Memakan riba.
· Memakan harta anak yatim.
· Lari dari medan perang
· Menuduh (berbuat zina) wanita mk'minah yang suci.
2. Derhaka terhadap kedua orang tua.
3. Memutuskan hubungan silaturrahmi dengan para kerabat.
4. Menjadi saksi palsu.
5. Mengucapkan sumpah dusta.
6. Mengganggu / menyakiti tetangga.
7. Berbuat zalim terhadap sesama manusia, dalam hal darah, harta dan kehormatan / nama baik mereka.
8. Minum-minuman yang memabukkan.
9. Berjudi.
10. Ghibah / menyebutkan aib orang lain sedang ia tidak hadir.
11. Mengadu domba (menyebarkan permusuhan).
12. Dan dosa-dosa lainnya yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya صلي الله عليه وسلم.