الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
Makna Thaghut dan Bahagian-bahagiannya
Makna Thaghut dan Bahagian-bahagiannya
Syeikh Muhammad
At-Tamimi
Ketahuilah-semoga
Allah سبحانه وتعالي memberi rahmat kepadamu-: sesunggunya
pertama sekali yang diwajibkan Allah سبحانه وتعالي kepada
manusia adalah kufur kepada thaghut dan beriman kepada Allah سبحانه وتعالي. Dalilnya adalah firman Allah سبحانه وتعالي:
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أَمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ
اعْبُدُوا اللهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ
Dan
sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk
menyerukan):"Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu",.... (An-Nahl:36)
Adapun sifat
(bentuk) kafir kepada thaghut iaitu kamu yakini batilnya/sesatnya ibadah kepada
selain
Allah سبحانه وتعالي, meninggalkannya,
membencinya dan mengkafirkan para penganutnya serta memusuhi mereka.
Adapun
pengertian beriman kepada Allah سبحانه وتعالي iaitu kamu yakini bahawa Allah سبحانه وتعالي adalah satu-satunya Ilah yang
disembah, bukan yang lainnya, mengikhlaskan semua jenis ibadah hanya kepada
Allah سبحانه وتعالي, menolak semua yang
disembah selainnya, mencintai orang-orang yang ikhlas dan bersifat baik kepada
mereka, membenci orang-orang musyrik serta memusuhi mereka.
Inilah agama
nabi Ibrahim yang siapa pun yang membencinya adalah orang yang membodohkan
dirinya sendiri. Inilah suri tauladan yang diberitakan Allah سبحانه وتعالي dalam firman-Nya:
قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيمَ
وَالَّذِينَ مَعَهُ إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَءَآؤُا مِنكُمْ وَمِمَّا
تَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ
الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَآءُ أَبَدًا حَتَّى تُؤْمِنُوا بِاللهِ وَحْدَهُ
Sesungguhnya
telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang
bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka:"Sesungguhnya
kami berlepas diri dari kamu dan dari apa yang kamu sembah selain Allah, kami
ingkari (kekafiran)mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan
kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja. (Al-Mumtahanah:4)
Dan pengertian
thaghut secara umum adalah: setiap yang disembah selain Allah سبحانه وتعالي, redha dengan ibadah dari yang disembah
atau diikuti atau ditaati dalam taat selain kepada Allah سبحانه وتعالي dan Rasul-Nya maka ia adalah thaghut.
Thaghut itu
banyak dan yang paling utama ada lima iaitu:
Pertama: Syaitan
yang mengajak beribadah kepada selain Allah سبحانه وتعالي. Dalilnya adalah firman Allah سبحانه وتعالي:
أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَابَنِي ءَادَمَ أَن
لاَّتَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Bukankah Aku
telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan?
Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu", (Yasin: 60)
Kedua:
Pemerintahan zalim yang merubah hukum Allah سبحانه وتعالي.
Dalilnya adalah
firman Allah سبحانه وتعالي:
أَلَمْ تَرَإلِىَ الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ
ءَامَنُوا بِمَآأُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَآأُنزِلَ مِن قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَن
يَتَحاَكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَن يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ
الشَّيْطَانُ أَن يُضِلَّهُمْ ضَلاَلاً بَعِيدًا
Apakah kamu
tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa
yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu Mereka
hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari
thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang
sejauh-jauhnya. (An-Nisa`:60)
Ketiga: Yang
berhukum kepada selain yang diturunkan Allah سبحانه وتعالي.
وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآأَنزَلَ اللهُ فَأُوْلاَئِكَ
هُمُ الْكَافِرُونَ
Barang siapa
yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah
orang-oang yang kafir. (Al-Maidah:44)
Keempat: yang
mengaku mengetahui yang ghaib (yang bersumber) dari Allah سبحانه وتعالي.
Hal ini
berdasarkan firman Allah سبحانه وتعالي:
عَالِمَ الْغَيْبِ فَلاَ يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ
أَحَدًا .إِلاَّمَنِ ارْتَضَى
مِن رَّسُولٍ فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا
(Dia adalah
Rabb) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada
seorangpun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diredhai-Nya, maka
sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di
belakangnya. ( Al-Jin :26-27)
Dan firman
Allah سبحانه وتعالي:
وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لاَيَعْلَمُهَآ إِلاَّ
هُوَ وَيَعْلَمُ مَافِي الْبَرِّوَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِن وَرَقَةٍ يَعْلَمُهَا
وَلاَحَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ اْلأَرْضِ وَلاَرَطْبٍ وَلاَيَابِسٍ إِلاَّ فِي
كِتَابٍ مًّبِينٍ
Dan pada sisi
Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali
Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang ada di daratan dan di lautan, dan
tiada sehelai daunpun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak
jatuh sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau
yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz). (Al-An-'am:59)
Kelima: yang
disembah selain Allah سبحانه وتعالي dan ia redha/senang dengan ibadah tersebut.
Dalilnya firman
Allah سبحانه وتعالي:
وَمَن يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلَهٌ مِّن دُونِهِ
فَذَلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَ كَذَلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ
Dan barangsiapa
diantara mereka mengatakan:"Sesungguhnya aku adalah ilah selain daripada
Allah", maka orang itu Kami beri balasan dengan Jahanam, demikian Kami
memberi balasan kepada orang-oramg zalim. (Al-Anbiya`:29)
Ketahuilah,
sesungguhnya manusia tidak beriman kepada Allah سبحانه
وتعالي kecuali setelah kufur kepada thaghut. Dalilnya firman Allah سبحانه وتعالي:
فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللهِ فَقَدِ
اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لاَ انْفِصَامَ لَهَا وَاللهُ سَمِيعٌ
عَلِيمٌ
Barangsiapa
yang ingkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sesunguhnya ia telah
berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah :256)
Ar-Rusyd:
Agama Nabi
Muhammad صلي الله عليه وسلّم dan al-Ghayy:
agama Abu Jahal. 'Urwah al-Wutsqa: bersaksi bahawa tidak ada Ilah selain
Allah سبحانه وتعالي, dan ia meliputi nafi
(menolak) dan istbat (menetapkan): menolak segala jenis ibadah selain Allah سبحانه وتعالي dan menetapkan segala jenis ibadah
hanya kepada Allah سبحانه وتعالي semata, tidak
ada sekutu baginya.