الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    An-Nuur 31 : Satu Penjelasan dan Hukum


     إِنَّ الْحَمْدَ لله نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بلله مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ الله فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إلهَ إلا الله وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
    اللهم صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ، وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ. اللهم بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ، وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ .


    ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ الشيطان ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ

    وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ



    Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

    Islam adalah al Din yang kamil dan syamil. Ia lengkap dan sempurna. Firman Allah yang mafhumnya:
    "Pada hari ini Aku sempurnakan bagi kamu Din kamu dan Aku sempurnakan atas kamu ni'mat Ku, dan Aku reda bagi kamu Islam sebagai al Din."  (Al-Ma' idah: 3)
    Kesyumulan inilah yang merupakan sifat asli Islam yang sekali kali tidak dapat dipisahkan dari Islam. Islam mengatur semua sudut kehidupan dan perbuatan manusia. Sifat ini menjadi ciri khusus Islam sehingga menjadikannya berbeza dengan sistem sistem atau agama agama lain yang hanya mengatur sebahagian atau sesuatu sudut tertentu sahaja di dalam kehidupan manusia.
    Kesyumulan Islam merangkumi seluruh kegiatan utama dalam kehidupan manusia sehingga tiada sesuatu pun dalam kehidupan manusia yang terbiar tanpa mendapat petunjuk dan bimbingan daripada Islam.
    Firman Allah yang mafhumnya:
    "Dan Kami turunkan ke atas kamu al-Qur'an sebagai keterangan dan penjelasan bagi segala sesuatu."  (An-Nahl: 89)
    Tidak sesuatupun yang diabaikan di bawah kesyumulan peraturanperaturan Islam. Firman Allah yang mafhumnya:
    "Tidak Kami abaikan sesuatupun dalam al Kitab (al Qur an )."  (Al An'am: 38)
    Dengan kata kata 'ulama', kesyumulan Islam diungkapkan sebagai:
    "Islam adalah risalah yang panjangnya meliputi semua zaman, lebarnya mengatur segenap sudut hidup manusia dan dalamnya merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat."
    Islam meliputi semua zaman kerana is diturunkan pada kemuncak tertingai pembangunan asas asas tamaddun kemanusiaan. Di mana pada kemuncak kemajuan ini Allah telah mengutuskan Rasulullah s.a.w sebagai penutup segala nabi dan sebagai rahmat kepada seluruh 'alam. Dengan berakhirnya kenabian bererti manusia telah mencapai peringkat tertinggi dalam asas asas perkembangannya ke arah kemantapan dan kematangan. Kemantapan dan kematangan ini adalah batu asas bagi pertumbuhan tamaddun tamaddun manusia yang seterusnya. Ini bererti sesuatu asas atau ajaran yang telah boleh menghidupkan serta mengembangkan tamaddun manusia di peringkat kematangannya pada satu zaman dan di satu tempat tertentu sudah pasti dapat mengembangkannya pada zaman zaman dan tempat tempat yang lain. Islam telah menghidupkan serta mengembangkan asas tamaddun kemanusiaan pada masa kemantapannya empat belas abad yang silam. Oleh kerana pertumbuhan tamadun kemanusian adalah berlandaskan kepada batu asas tersebut, maka sudah pasti Islam akan tetap mampu dan berupaya untuk mengatur kehidupan manusia di mana mana zaman sekalipun.
    Firman Allah yang mafhumnya:
    "Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."  (Saba: 28)
    "Katakanlah: Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua."  (Al A'raf: 158)
    Islam mampu mengatur segenap sudut kehidupan manusia kerana ruang lingkup ajarannya mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali, mulai dari sekecil kecil urusan sampailah kepada sebesar besarnya. Mulai dari urusan peribadi. keluarga, masyarakat. negara dan hubungan antarabangsa. Demikian juga dalam bidang 'aqidah, akhlaq, mu'amalah, jinayah, ekonomi dan lainnya.
    Islam pula merangkumi setiap persoalan dunia dan akhirat kerana ia berteraskan kepada dasar dasar rabbani yang jelas dan sepadu, tidak membahagikan kehidupan manusia kepada juzu' juzu yang terpisah pisah, tidak menolak pentingnya daya keyakinan hati yang dikuatkan dengan kemampuan 'aqal, dan Islam sentiasa mewujudkan keseimbangan di dalam kehidupan manusia bagi kebaikan mereka di dunia dan di akhirat.
    Kesyumulan Islam merangkumi empat bidang utama:
    1. Kesyumulan dalam 'Aqidah
    2. Kesyumulan dalam 'Ibadah
    3. Kesyumulan dalam Syari'at
    4. Kesyumulan dalam Akhlaq 

       PENJELASAN KEPADA AYAT 31 SURAH ANNUUR

      Mereka hendaklah menghindarkan diri daripada memuaskan nafsu syahwat secara haram dan juga daripada membuka aurat mereka di hadapan orang lain. Walaupun perintah kepada lelaki adalah sama dengan wanita dalam hal ini, tetapi sempadan aurat untuk wanita adalah berbeza dari yang diperintahkan kepada lelaki. Lagipun, aurat wanita terhadap lelaki adalah berbeza dengan yang diperintahkan terhadap wanita sendiri.
      Aurat seorang wanita terhadap lelaki ialah keseluruhan tubuh badannya kecuali tangan dan muka. Ia tidak boleh dibuka di hadapan lelaki lain. Wanita tidak dibenarkan memakai pakaian yang nipis atau yang ketat yang mengikut bentuk badan dan yang boleh menampakkan kulit. Menurut satu hadith dari A'ishah, pernah kakaknya Asma' datang menemui Rasulullah s.a.w. dengan pakaian yang nipis. Rasulullah s.a.w. dengan segera memalingkan mukanya dan berkata:
      "Wahai Asma', apabila seorang wanita telah baligh, dilarang membuka bahagian badannya kecuali muka dan tangan"  (Abu Dawud)
      Ibnu Jarir telah meriwayatkan peristiwa yang sama daripada kata kata A'ishah bahawa satu ketika anak perempuan Abdullah bin Tufail. datang menziarahinya. Apabila Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumah, baginda nampak perempuan itu tetapi memalingkan mukanya ke arah lain.
      A'ishah berkata:
      "Ya RasululLah, dia itu anak saudaraku". Lalu Rasuiullah s. a. w. pun berkata: Apabila wanfta itu sudah baligh haram baginya menampakkan badannya kecuali tangan dan muka". Kemudian baginda menunjukkan maksud tangan itu dengan menggenggam tangannya sendiri daripada pergetangan tangan supaya tidak ada bahagian lebar yang tertinggat antara pergelangannya dan tapak tangannya"
      Kelonggaran ini hanyalah untuk saudara mara yang rapat, seperti saudara lelaki, bapa dan lain lain, kerana keadaan yang memerlukan seperti membuat kerja kerja rumah. Contohnya dia boleh menggulung lengan bajunya semasa mengaul tepung atau melipat seluarnya semasa mencuci lantai.
      Sempadan aurat wanita terhadap wanita, sama seperti sempadan aurat lelaki terhadap lelaki, iaitu daripada pusat hingga ke lutut. Ini tidak bermakna bahawa wanita boleh berkeadaan separuh telanjang di hadapan wanita lain. Ia hanyalah bererti yang bahagian dari pusat ke lutut mestilah sentiasa ditutup dan tidak pula bahagian lain.
      Jika diperhatikan, tuntutan undang undang Allah yang diberikan terhadap wanita bukan hanya tuntutan yang dibuat terhadap lelaki, iaitu menahan pandangan dan memelihara kemaluan, tetapi ia juga menuntut beberapa perkara lain daripada wanita yang tidak dituntut dari kaum lelaki. Ini menunjukkan bahawa wanita dan lelaki berbeza dalam hal ini.
      "Perhiasan" termasuklah baju baju yang menarik, barang barang perhiasaan dan lain lain perhiasaan kepala, muka, tangan, kaki dan lain lain yang selalunya digunakan oleh wanita yang disebut dengan perkataan moden 'alat solek'. Perintah melarang menunjukkan 'alat solek' ini akan diperbincangkan secara terperinci dalam nota berikutnya.
      Berbagai bagai terjemahan yang diberikan oleh berbagai bagai mufassirin tentang ayat ini dan telah mengelirukan pengertiannya yang sebenar. Maksudnya yang jelas kelihatan ialah "Wanita dilarang menampakkan persolekan dan perhiasan mereka kecuali yang nampak dengan sendiri" dan yang melebihi had kawalan mereka. Ini jelas bermaksud bahawa wanita dilarang dengan sengaja menampakkan alat solek mereka. Tetapi tiada dosa jika alat soleknya ternampak kerana tidak sengaja dan tanpa ditiup angin dan menampakkan perhiasannya atau baju luar itu sendiri yang tidak dapat disembunyikan lagi walaupun is boleh menjadi satu tarikan kerana ia adalah sebahagian daripada pakaian wanita. (Talfsiran ini yang telah diberikan pada ayat ini ialah daripada Abdullah bin Mas'ud, Hassan Basri, Ibnu Sirin dan Ibrahim Nakhai.)
      Berlainan dengan ini, pihak mufassirin lain pula berpendapat bahawa ayat ini bermaksud "semua bahagian badan yang setaIunya nampak dan terbuka" dan mereka maksudkan juga tangan dan muka dan segala perhiasannya. (lnilah pendapat Ibnu Abbas dan pengikut pengikutnya dan segolongan ulama Hanafi)
      Oleh itu, menurut mereka, wanita dibenarkan keluar dengan bebas dengan. muka yang terbuka yang telah disolek perhiasan perhiasana di tangan.
      Walaupun begitu, kami (Sayyid Abul Ala al Mawdudi) tidak dapat menyetujui pendapat ini. Terdapat perbezaan yang besar antara "menampakkan sesuatu" dan "yang menjadi nampak dengan sendirinya". Yang pertama bererti "sengaja" dan yang kedua bererti "terpaksa atau dalam keadaan tiada berupaya". Lagipun tafsiran seperti itu menyalahi hadith hadith yang menyatakan bahawa wanita dilarang keluar dengan muka yang terbuka pada zaman Rasulullah s.a.w. dan selepas perintah purdah ditununkan. Perintah perintah ini juga bererti menutup muka menjadi sebahagian daripada pakaian wanita kecuali semasa haji di mana seseorang itu mesti berkeadaan ihram dan membuka mukanya. Satu lagi' hujah yang diberikan untuk menyokong pendapat ini ialah tangan dan muka tidak termasuk aurat wanita, padahal aurat dan purdah adalah dua perkara yang berbeza. Kesucian aurat tidak boleh dicabuli walaupun di hadapan muhrim lelaki seperti bapa. saudara lelaki dan lain lain. Purdah pula melebih aurat yang bererti mengasingkan wanita daripada lelaki bukan muhrim; perbincangan di sini hanyalah berhubung dengan perintah purdah dan bukan satar.
      Semasa zaman jahiliyyah sebelum Islam, wanita wanita selalu menggunakan sejenis ikat kepala yang diikat dan disimpulkan di belakang kepala. Belahan bajunya di hadapan dibiarkan terbuka separuh dan menampakkan leher dan sebahagian atas dada. Tiada lain yang menutupi dada dan buah dada kecuali hanya baju itu dan rambutnya pula didandan dengan dua atau tiga jalinan dan diikat di belakang seperti ekor.
      Pada masa ayat ini diturunkan. tudung kepala pun diperkenalkan kepada wanita Islam yang digunakan untuk menutup kepala, buah dada dan bahagian belakang sepenuhnya. Bagaimana wanita Islam menyahut perintah ini telah diceritakan oleh A'ishah dengan jelas sekali. Dia menyatakan bahawa apabila surah al Nur diturunkan dan orang orang Islam pun mempelajarinya daripada Rasulullah s.a.w, mereka pun segera balik ke rumah masing masing dan membacanya kepada isteri isteri, anak anak perempuan dan saudara saudara perempuan mereka. Merekamereka ini menyahut dengan serta merta. Wanita Ansar, seorang demi seorang dan kesemuanya bangun serta merta untuk membuat tudung itu daripada apa saja kain yang ada di tangan mereka. Keesokan paginya, kesemua wanita yang datang bersembahyang di Masjid Nabi berpakaian yang berbungkus. Dalam satu hadith lain, A'ishah berkata bahawa kain kain yang nipis dibuang dan semua wanita itu memilih kain yang kasar untuk bertudung.
      Kain penutupan yang diperintahkan itu hendaklah bukan dibuat daripada kain yang halus dan nipis. Wanita Ansar memahami tujuan sebenar perintah ini dan mengetahui kain jenis apakah yang patut digunakan. Allah sendiri telah menjelaskannya dan tidak membiarkan perintah Nya difahami sendiri oleh manusia.
      Dihya Kalbi menyatakan yang mafhumnya:
      "Satu ketika, Rasulullah s. a. w. dihadiahkan dengan sekeping kain kasa yang halus. Baginda berikan sedikit daripada kepadaku dan berkata: "Gunakan sebahagian daripadanya untuk baju kamu dan selebihnya berikan kepada isterimu untuk dibuat tudung tetapi dia hendaklah jahitkan sekeping kain lain di dalamnya supaya badannya tidak kelihatan menerusinya"  (Abu Daud)
      Ayat ini menceritakan batas kawasan yang dibenarkan. untuk wanita berjalan dengan bebas dengan segala persolekan dan perhiasan mereka. Luar dari lengkongan ini is tidak dibenarkan keluar dengan alat solek di hadapan orang lain, saudara mara ataupun orang yang tidak dikenali. Maksud perintah ini ialah wanita tidak boleh menampakkan perhiasannya di luar lengkongan ini dengan sengaja atau kerana kecuaiannya. Walaupun begitu apa yang ternampak dengan tidak sengaja setelah diberi perhatian dan jagaan atau apa apa yang adak boleh disembunyikan, adalah dimaafkan Allah.
      'Bapa' termasuk juga datuk dan bapa datuk (moyang) daripada pihak bapa dan juga pihak ibu. Wanita juga boleh menampakkan dirinya di hadapan datuk suaminya seperti dia berhadapan dengan bapanya sendiri atau bapa mertuanya.
      'Anak lelaki' termasuk juga cucu lelaki dan anak cucu lelaki (cicit) daripada anak lelaki atau anak perempuan. Tiada bezanya antara anak sendiri dan anak tiri.
      'Saudara lelaki' termasuk juga saudara kandung dan saudara tiri.
      Anak lelaki saudara lelaki dan saudara perempuan termasuk juga anak lelaki, cucu lelaki dan cicit lelaki daripada ketiga tiga jenis saudara lelaki dan saudara perempuan.
      Selepas saudara masa, orang lain pula disebut. Tetapi sebelum kita teruskan, adalah lebih baik jika difahami tiga perkara ini untuk menghindarkan kekeliruan.
    5. Sesetengah 'ulama' berpendapat bahawa kebebasan untuk bergerak dan menunjukkan perhiasan wanita hanyalah dihadkan dalam lingkungan keluarga yang telah disebutkan di dalam ayat ini. Yang lain, seperti bapa saudara daripada pihak ibu dan bapa dikecualikan daripada senarai ini dan kerana mereka tidak disebut dalam al guran. Ini bukanlah satu pendapat yang betul. Rasulullah s.a.w melarang A'ishah memakai purdah di hadapan bapa saudara kandungnya dan juga bapa saudara angkatnya.
    Satu hadith dari A'ishah yang mengatakan pada satu ketika Aflah, abang Abul Qu'ais, datang menemui A'ishah dan memohon kebenaran untuk masuk ke rumah. Oleh kerana perintah purdah telah pun diturunkan A'ishah enggan memberikan kebenaran. Dengan ini Aflah pun mengirim pesan iaitu:
    "Adakah engkau berhijab depanku sedangkan aku bapa saudaramu." (Sihah Sitta dan Musnad Ahmad)
    Tetapi A'ishah masih ragu ragu sama ada is boleh keluar tanpa menutup muka di hadapan saudara yang seperti itu. Sementara itu Rasulullah s.a.w pun balik dan dia membenarkan Aflah melihat A'ishah. Ini menunjukkan Rasulullah s.a.w. sendiri tidak menafsirkan ayat ini seperti yang dibuat oleh para ulama yang mengatakan kebenaran keluar tanpa purdah hanyalah di hadapan saudara mara yang disebut di dalam ayat ini sahaja dan bukan kepada orang lain. Baginda mentafsirkan bahawa tidak perlu memakai purdah di hadapan saudara mara yang mana perkahwinan dengan mereka dilarang, seperti bapa saudara pihak ibu dan bapa, menantu lelaki dan saudara saudara angkat.
    1. Terdapat masalah tentang saudara mara yang dilarang berkahwin hanya buat sementara waktu sahaja; mereka ini tidak masuk dalam kumpulan mahram (di mana wanita bebas menampakkan diri mereka dan perhiasan mereka) ataupun dalam kumpulan orang yang asing yang langsung (di mana wanita dikehendaki memakai purdah di hadapan mereka). Dalam hal ini keputusan yang mutlak tidak ditenukan oleh syari'ah kerana tidak mungkin hal ini ditentukan. Memakai purdah atau tidak dalam keskes tersebut akan bergantung kepada perhubungan antara satu sama lain, umur wanita dan lelaki, ikatan keluarga dan perhubungan mereka dan lain lain keadaan (contohnya: penghuni sebuah rumah atau rumah rumah yang berasingan) Rasulullah s.a.w. sendiri telah memberi contoh dalam perkara ini sebagai panduan kepada kita. Banyak hadith telah menetapkan bahawa Asma', anak perempuan Abu Bakar, iaitu kakak ipar Rasulullah s.a.w menampakkan dirt di hadapan baginda tanpa menutup muka dan tangan (sehingga pergelangan tangan). Keadaan ini berjalan seterusnya hinggalah Haji Perpisahan yang berlaku beberapa bulan sebelum wafat Rasulullah s.a.w  (Abu Daud)
    Ummu Hani, anak Abu Talib dan sepupu Rasulullah s.a.w. juga tidak pernah menutup muka dan tangannya di hadapan Rasulullah s.a.w daripada mula hingga ke akhir hayatnya. Dia sendiri telah meriwayatkan ssatu peristiwa tentang penaklukan Mekah yang mengesahkan bahawa dia tidak memakai purdah di hadapan Rasulullah s.a.w.
    Berbeza dengan ini, Abbas pernah menghantar anak lelakinya Fadal, dan Rabi'ah bin Harith bin Abdul Muttalib, sepupu Rasulullah s.a.w, pula menghantar anaknya Abdul Muttalib kepada Rasulullah s.a.w untuk memohon pekerjaan supaya mereka boleh berkahwin setelah mereka boleh mencari pendapatan sendiri. Mereka berdua berjumpa Rasulullah s.a.w di rumah isterinya Zainab, iaitu sepupu Fadal dan sepupu dengan bapa Abdul Muttalib bin Rabi'ah. Tetapi Zainab tidak keluar menemui mereka tetapi hanya bercakap di belakang tabir dengan kehadiran Rasullulah s.a.w. Dengan kedua dua peristiwa tadi maka dapatlah kita buat keputusan seperti yang telah disebutkan di atas.
    1. Dalam kes di mana perhubungan itu sendiri masih ragu-ragu maka purdah hendaklah digunakan walau pun di hadapan saudara yang mahram. Bukhari, Muslim dan Abu Daud meriwayatkan kes Saudah, isteri Rasulullah s.a.w yang mempunyai saudara lelaki daripada hamba wanita. Utbah, bapa Saudah dan bapa budak lelaki itu, meninggalkan wasiat menyuruh abangnya, Saad bin Abi Waqqas memelihara budak lelaki itu sebagai anak saudara kerana di adalah daripada zuriatnya. Bila kes itu diketahui Rasulullah s.a.w baginda menolak tuntutan Sa'd, dan berkata:
    "Budak lelaki ini adalah hak dia yang mengeluarkan benihnya dan untuk penzina, biarlah batu menjadi nasibnya."  (Muslim dan Abu Daud)
    Tetapi dalam masa yang sama dia menyuruh Saudah memakai purdah di hadapan budak lelaki itu kerana ragu ragu itu adik lelakinya.
    Perkataan 'Arab nisa-i-hinna bererti "wanita di kalangan mereka". Sebelum kita membincangkan apakah yang dimaksudkan dengan wanita, adalah lebih baik jika diperhatikan bahawa perkataan yang digunakan bukanlah al Nisa', yang hanya bermaksud "wanita" tetapi nisa-i-hinna yang bermaksud "wanita di kalangan mereka". Dalam kes yang terdahulu, wanita Islam dibenarkan membuka purdahnya di hadapan semua jenis wanita dan menampakkan perhiasannya. Walaupun begitu, perkataan nisa-i-hinna telah menghadkan kebebasan ini dalam lingkungan yang terhad. Para ulama mempunyai pelbagai pendapat mengenai apa yang dimaksudkan dengan lingkungan yang terhad ini.
    Menurut satu kumpulan, "wanita di kalangan mereka", ialah wanita Islam sahaja: wanita bukan Islam, zimmi ataupun yang lain dikecualikan dan purdah hendaklah digunakan di hadapan mereka ini seperti juga di hadapan lelaki. Ibnu Abbas, Mujahid dan Ibn Juraij berpendapat demikian dan menyebut satu peristiwa untuk menguatkan pendapat mereka: Khalifah Umar menulis surat kepada Ubaidah:
    "Aku mendengar setengah wanita Islam sudah mula pergi ke tempat mandi umum bersama sama dengan wanita yang bukan Islam. Dilarang wanita Islam yang beriman kepada Allah dan akhirat menampakkan badannya di depan wanita lain selain daripada golongannya." Apabila mendapat surat ini, Abu Ubaidah menjadi amat sedih dan berkata "Semoga muka wanita yang pergi ke tempat mandian itu yang inginkan putih dijadikan hitam di hari akhirat nanti"! (Ibn Jarir, Baihaqi)
    Sekumpulan lain, termasuk Imam Razi berpendapat bahwa "Wanita di kalangan kamu" ialah kesemua wanita tanpa pengecualian. Tetapi tidak mungkin pendapat ini boleh diterima kerana jika demikian, perkataan al-nisa sahaja sudah memadai dan tidak perlu lagi dengan perkataan nisa-i-hinna.
    Pendapat yang ketiga adalah lebih munasabah dan lebih hampir dengan ayat al Quran, iaitu "wanita dari kalangan mereka" bererti wanita yang biasa dan kenal kepada mereka yang selalu mereka temui dalam kehidupan harian mereka dan wanita yang bersama sama mengerjakan kerja kerja rumah dan kerja-kerja lain, baik yang Islam ataupun yang bukan Islam. Tujuan sebenarnya di sini ialah untuk mengasingkan wanita asing dari lingkungan mereka yang mempunyai latarbelakang kebudayaan dan akhlak yang tidak diketahui ataupun wanita yang perangainya sebelum itu diragukan dan sukar dipercayai.
    Pendapat ini juga di sokong oleh beberapa hadith sahih yang menyebut bahawa wanita zimmi pernah melawat isteri isteri Rasulullah s.a.w Perkara sebenar yang menjadi faktor penentu berhubung dengan ini ialah akhlak dan bukan kepercayaan agama. Wanita Islam boleh bertemu dan membuat perhubungan sosial yang baik dengan wanita wanita yang mulia, baik dan suci yang datang dari keluarga yang dikenali dan dipercayai walaupun mereka itu bukan Islam. Tetapi mereka mesti memakai purdah di hadapan wanita yang jahat, buruk akhlak dan keji walaupun mereka itu "Islam". Pergaulan mereka daripada segi akhlak adalah merbahaya sama seperti pergaulan dengan lelaki lain. Perhubungan dengan wanita yang tidak biasa dan tidak dikenali hendaklah dianggap seperti saudara bukan muhrim. Seseorang wanita boleh membuka mukanya dan tangannya di hadapan mereka tetapi hendaklah menutup badannya yang lain dan menyembunyikan perhiasannya.
    Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama tentang makna yang betul berkenaan perintah ini. Sekumpulan mereka berpendapat ia hanya ditujukan kepada hamba wanita yang dipunyai oleh seorang perempuan. Mereka mentafsirkan perintah Allah ini dengan maksud bahawa seorang wanita Islam boleh menampakkan perhiasannya di hadapan seorang hamba perempuan walaupun hamba itu seorang Musyrik atau Yahudi atau Nasrani. Tetapi ia tidak boleh keluar di hadapan seorang hamba lelaki walaupun hamba itu adalah hak miliknya yang sah kerana menurut perintah purdah, hamba lelaki hendaklah dianggap seperti seorang lelaki asing. (Inilah pendapat Abdullah bin Mas'ud. Mujahid. Hassan Basri. Ibn Sirin. Sa'id bin Musayyab, Ta'us dan Imam Abu Hanifah dan terdapat satu kenyataan dari Imam Shafi'i yang juga menyokong pendapat ini.)
    Hujah mereka ialah hamba bukanlah mahram tuannya; jika ia dibebaskan, dia boleh berkahwin dengan tuannya dahulu. Oleh kerana ia seorang hamba tidak bererti ia berhak dianggap sebagai mahram dan membenarkan tuan wanitanya menampakkan diri dengan bebas di hadapannya.
    Satu pertanyaan timbul iaitu kenapa perkataan "budak yang mereka milik" hanya dihadkan kepada hamba wanita padahal ianya satu istilah yang umum dan boleh digunakan untuk kedua dua hamba lelaki dan juga wanita. Menurut ulama walaupun rangkai kata "budak yang mereka miliki" disebut selepas "Wanita di kalangan mereka" dalam ayat ini dapatlah difahamkan ianya ditujukan kepada saudara mara dan rakan rakan wanita ini boleh memberi salah faham yang hamba wanita tidak termasuk dalam kumpulan ini. Oleh itu perkataan "budak yang mereka miliki" digunakan untuk menjelaskan bahawa seorang wanita boleh mempamerkan perhiasannya di hadapan hamba wanita seperti di hadapan wanita di kalangan mereka.
    Sekumpulan lain pula berpendapat bahawa perkataan "budak yang mereka miliki" termasuk hamba lelaki dan wanita. (Ini adalah pendapat A'ishah. Umm Salamah dan ulama‑ulama lain daripada keluarga Rasulullah s.a.w. dan dari Imam Shafi.)
    Hujah mereka bukan hanya atas dasar maksud am perkataan ini. tetapi mereka juga mengambil beberapa peristiwa daripada peristiwa daripada sunnah untuk menguatkan hujah mereka. Contohnya ialah peristiwa di mana Rasulullah s.a.w. pergi ke rumah anaknya, Fatimah bersama dengan hambanya Abdullah bin Musa'dah al Fazari. Pada masa itu Fatimah sedang memakai sekeping kain yang jika cukup menutupi kepalanya akan menampakkan kakinya dan akan menampakkan kepalanya jika ia cuba menutup kakinya. Rasulullah s.a.w sedar akan keadaan yang memalukannya dan berkata:
    "Tiada salahnya: hanya ayahmu dan hambamu"  (Abu Daud, Ahmad. Baihaqi dari Abas bin Malik)
    Ibn Asakir menyebut bahawa Rasulullah s.a.w telah memberikan hamba itu kepada Fatimah dan dipeliharanya sehingga besar dan kemudian dibebaskan tetapi lelaki itu tidak berterima kasih. Dalam peperangan Siffin, dia menjadi musuh ketat kepada Ali dan penyokong kuat kepada Amir Muawiyah. Mereka juga menyebut kata kata ini daripada Rasulullah s.a.w. untuk menguatkan pendirian mereka iaitu:
    "Bila salah seorang dari kamu bersetuju untuk membebaskan hambanya dan hamba itu pula mempunyai apa apa yang diperlukan untuk membeli kebebasannya, maka tuan wanitanya hendaklah memakai purdah di hadapannya."  (Abu Daud. Tarmizi. Ibnu 'vIajah dari Ummu Salamah)
    Terjemahan dalam erti kata yang sebenarnya ialah: "pelayan pelayan Ielaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)". Maksudnya yang paling ketara selain lelaki mahram ialah lelaki yang memenuhi syarat ini yang membolehkan wanita menampakkan perhiasannya:
    Dia hendaklah bebas dari kehendak nafsu syahwat kerana sudah tua ataupun mati pucuk atau lemah akal atau papa dan rendah kedudukan sosialnya serta tidak berdaya menaikkan nafsunya ataupun yang boleh memikirkan perkara perkara yang keji terhadap isterinya, anak perempuan, kakak atau ibu tuannya. Sesiapa yang mempelajari perintah ini dalam semangat yang benar dengan tujuan untuk mentaatinya dan bukan untuk mencari jalan dan helah untuk lari darinya atau melanggar nya, adab menghargai bahwa pembawa surat, tukang masak, tukang pandu kerata tuannya dan lain lain pembantu rumah yang diambil bekerja tidak termasuk dalam kumpulan ini.
    Penjelasan yang berikut diberikan oleh beberapa mufasirin dan ulama tentang perkara ini yang menunjukkan lelaki manakah yang dimaksudkan oleh ayat ini :
    Ibn Abbas: Maksud ayat ini ialah seorang lelaki yang lurus dan dada minat terhadap wanita.
    Qatadah: Lelaki yang miskin vang hanya membuat hubungan denganmu kerana memerlukan sara hidupnya.
    Mujahid: Seorang yang bodoh yang hanva memerlukan makanan dan tiada keinginan terhadap wanita.
    Al Sha'bi: Seorang yang rendah pangkatnya dan mengharap sepenuh kepada tuannya dan tidak berani memandang dengan pandangan yang jahat kepada wanita wanita di dalam rumah tuannya.
    Ibnu Zaid: Seseorang yang tinggal lama dengan satu keluarga sehinggakan ia dianggap sebagai ahli keluarga itu dan telah diperbesarkan di dalam rumah itu dan tidak mempunyai keinginan terhadap wanita-wanita dalam rumah itu. Dia berada di situ hanyalah kerana perlukan sara hidup daripada keluarga itu.
    Ta'us dan al Zuhri: Seorang yang bodoh yang tidak berkemahuan kepada wanita ataupun berdaya untuk melakukannva.
    Penjelasan yang paling baik berhubung dengan ini ialah satu peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. yang telah disebut dalam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasa'i dan Ahmad daripada A'ishah dan Ummu Salamah. Terdapat seorang lelaki yang telah dikembiri di Madinah dan telah dibenarkan bertemu isteri Rasulullah s.a.w. dengan bebas dan juga wanita-wanita llain di bandar itu kerana ketidakupayaannya melakukan hubungan jenis. Satu hari, Rasulullah s.a.w. pergi ke rumah isterinya Ummu Salamah iaitu Abdullah bin Abi Umayyah. Dia memberitahu Abdullah jika Taif dapat ditawan keesokan harinya, dia akan cuba mendapatkan Badia, anak perempuan Ghailan Thaqafi. Kemudian dia mula memuji kecantikan Badia dan juga keghairahan tubuh badannya dan sampai menceritakan tentang auratnya. Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar perbualan ini, beliau pun berkata yang mafhumnya:
    "Wahai musuh Allah, kamu seolah olah telah melihatnya betul-betul." 
    Kemudian baginda memerintahkan wanita berpurdah di hadapannya dan dia dilarang bebas masuk ke dalam rumah rumah mereka lagi.
    Selepas ini baginda menghalaunya keluar dan melarang lelaki kembiri yang lain memasuki rumah rumah kerana wanita wanita tidak melarang kehadiran mereka tetapi dalam masa yang sama lelaki lelaki itu akan menceritakan hal wanita wanita dari sebuah rumah kepada lelaki di rumah yang lain. Ini menunjukkan bahawa perkataan "tiada nafsu syahwat" tidak hanya bererti tidak boleh melakukan hubungan jenis sahaja. Sesiapa yang cacat anggota tetapi masih melayan kehendak nafsunya dan berminat terhadap wanita juga boleh menjadi punca kejahatan.
    Aurat Wanita Iaitu kanak kanak yang belum mempunyai nafsu syahwat yang biasanya dalam umur paling tinggi, 11 hingga 12 tahun. Budak lelaki yang lebih tua mungkin sudah mempunyai perasaan syahwat walaupun mereka masih belum dewasa.
    Rasulullah s.a.w. tidak membataskan perintah ini hanya dengan bunyi perhiasan itu tetapi baginda telah menetapkan satu prinsip darinya. Selain dari menenung segala yang menaikkan perasaan adalah bercanggah dengan tujuan Allah melarang wanita menampakkan perhiasannya. Oleh itu baginda melarang wanita keluar dengan memakai bau bauan. Menurut Abu Hurairah, Rasulullah berkata yang mafhumnva:
    "Janganlah melarang wanitamu datang ke masjid, tetapi janganlah mereka datang berbau wangi wangian."  (Abu Daud, Ahmad)
    Menurut satu hadith lain, Abu Hurairah lalu di sebelah seorang wanita yang baru keluar dari masjid dan berasa yang wanita iaitu ada memakai wangi wangian. Dia menahannya dan berkata:
    "Wahai hamba Allah, adakah kamu datang dari masjid?" Apabila wanita itu mengiakannya, dia berkata lagi. 'Aku telah mendengar orang yang aku kasihi Abul Qasim berkata sembahyang seseorang wanita yang datang ke masjid dengan bau bauan yang harum tidak akan diterima sehingga dia membersihkan dirinya dengan mandi yang sempurna seperti mandi setelah mengadakan hubungan jenis".  (Abu Daud. Ibnu Majah, Ahmad. Nasa'i)
    Abu Musa Ash'ari berkata bahawa Rasulullah s.a.w. berkata:
    “Seseorang wanita yang lalu di jalan dengan memakai bau bauan harum supaya orang lain dapat menikmati keharuman itu adalah ini dan ini: (iaitu penzina).”  (Tarmidhi, Abu Daud, Nasa'i)
    Tetapi Rasulullah memerintahkan supaya wanita memakai bau bauan yang terang warnanya tetapi nipis baunya.  (Abu Daud)
    Rasulullah s.a.w. juga melarang suara wanita didengari lelaki jika tidak perlu. Dalam kes yang memaksa al Quran sendiri membenarkan wanita bercakap dengan lelaki dan isteri Rasulullah s.a.w. sendiri mengajar orang lain dalam hal hal keagamaan. Tetapi bila tiada keperluan atau ada tujuan agama dan kebaikan, wanita tidak digalakkan memperdengarkan suaranya kepada lelaki. Oleh itu, jika imam tersalah dalam sembahyang berjemaah dia hendaklah diberi amaran oleh lelaki dengan berkata "SubhanAllah" (Maha Suci Allah) dan wanita pula hendaklah menepuk tangan mereka sahaja. (Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Abu Daud, Nasa'I, Ibnu Majah)
    Adalah berfaedah juga jika kita memberikan satu ringkasan tentang perkara perkara kebaikan yang lain yang diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w kepada masyarakat Islam setelah turunnya perintah perintah ini.
    1. Dia melarang lelaki lain (walaupun saudara mara) berjumpa dengan seorang wanita sendirian atau duduk bersamanya tanpa kehadiran saudara muhrim wanita itu. Jabir bin Abdullah meriwayatkan kata kata Rasulullah s.a.w iaitu yang mafhumnya:
    "Janganlah menziarah wanita yang suaminya tiada di rumah kerana syaitan itu berada di dalam dirimu seperti darah.”  (Tarmidhi)
    Menurut satu hadith lain dari Jabir, Rasulullah s.a.w berkata yang mafhumnya:
    "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhhirat, jangan sekali kali berjumpa seorang wanita sendirian kecuali bersama seorang mahramnya kerana orang yang ketiga ialah syaitan".  (Ahmad)
    Imam Ahmad telah menyebut satu hadith dari 'Amir bin Rabi'ah yang sama bunyinya. Rasulullah sendiri sangat berhati hati dalam soal ini. Satu ketika, baginda ditemani oleh isterinya Safiyyah untuk ke rumahnya pada waktu malam. Dua lelaki Ansar lalu di situ. Rasulullah s.a.w. memberhentikan mereka dan berkata yang mafhumnya:
    "Wanita yang bersamaku ialah isteriku, Safiyyah." Mereka berkata: " Maha Suci Altah. Ya Rasulullah, bolehkah kami berasa syak terhadapmu?. Rasulullah s.a.w, menjawab: "Syaitan bergerak seperti darah di dalam badan: aku khuatir syaitan akan mendatangkan sesuatu yang tidak baik ke dalam fikiranmu."   (Abu Daud)
    1. Rasulullah s.a.w. tidak membenarkan tangan lelaki menyentuh badan wanita yang bukan mahramnya. Sebab itulah semasa berbai'ah, baginda hanya memegang tangan lelaki tetapi tidak pernah berbuat demikian terhadap wanita. A'ishah berkata bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah menyentuh badan wanita lain. Baginda akan mengambil bai'ah mereka hanya dengan kata kata; setelah bai'ah dijalankan, baginda akan berkata yang mafhumnya:
    "Kamu boleh pergi sekarang, bai'ah sudah sernpurna"  (Abu Daud)
    1. Baginda melarang keras seseorang wanita bepergian seorang diri tanpa seorang mahram atau ditemani oleh seorang bukan mahram. Satu hadith dari Ibnu Abbas yang disebut dalam Bukhari dan Muslim menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. memberi khutbah dan berkata yang mafhumnya:
    "Jangan seorang lelaki pun menziarah seorang wanita lain yang sedang bersendirian kecuali seorang mahram berada di sisinya. Janganlah seorang wanita pun berjalan seorang diri kecuali ditemani oleh seorang mahram." Seorang lelaki bangun dan berkata: "Isteriku hendak pergi mernbuat haji dan aku pula di bawah arahan untuk mengikuti satu peperangan." Rasulullah s.a.w. berkata: "Kamu boleh pergi haji bersarna isterimu."  (Bukhari dan Muslim)
    Beberapa hadith yang lain daripada Ibnu Umar, Abu Said Khudri dan Abu Hurairah tentang hal ini yang terdapat dalam buku buku hadith sahih juga menyebut larangan wanita Islam yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat bepergian tanpa seorang muhrim.
    Walaupun begitu. terdapat perbezaan tentang jangka masa dan jauhnya perjalanan itu. Sesetengah hadith menyatakan batas yang minima ialah 12 batu dan setengah pula berpendapat satu hari, sehari semalam, dua hari ataupun tiga hari.
    Perbezaan ini tidak membuatkan hadith itu tidak sahih ataupun kita memilih satu pendapat sahaja untuk dijadikan undang undang daripada pendapat pendapat yang lain. Penjelasan yang munabasah tentang perbezaan pendapat ini ialah mungkin Rasulullah s.a.w telah memberi arahan yang berbeza menurut dan keperluan sesuatu keadaan. Contohnya, seorang wanita yang hendak keluar selama tiga hari tanpa mahram dilarang sementara wanita lain yang hendak keluar sehari perjalanan juga mungkin dilarang. Perkara yang sebenarnya di sini ialah bukan arahan yang berbeza beza untuk orang yang berbeza beza dalam keadaan yang berbeza beza, tetapi prinsipnya ialah wanita tidak boleh bepergian tanpa seorang mahram seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas dari Ibnu 'Abbas.
    1. Baginda bukan hanya mengambil langkah langkah praktikal untuk melarang pergaulan bebas antara lelaki dan wanita tetapi juga melalui kata kata: Setiap orang tahu betapa pentingnya sembahyang jemaah dan sembahyang Jumaat dalam Islam. Sembahyang Juma'at telah diwajibkan oleh Allah sendiri. Kepentingan sembahyang berjemaah juga boleh dinilai dari hadith Rasulullah s. a.w. iaitu yang mafhumnya:
    "Jika seseorang tidak hadir di masjid tanpa alasan yang boleh diterima dan bersembahyang di rumah, ia tidak akan diterima Allah." (Abu Daud, Ibnu Majah, Daraqutni, Hakim daripada Ibnu Abbas)
    Walaupun begitu Rasulullah s.a.w telah mengecualikan wanita daripada sembahyang Jumaat di masjid. (Abu Daud, Daraqutni, Baihaqi)
    Bagi sembahyang sembahvang jemaah yang lain, kedatangan mereka tidak dipaksa. Baginda berkata: "Jangan menghalang mereka jika mereka hendak datang ke masjid." Kemudian. dalam masa yang sama baginda menjelaskan bahawa sembahyang mereka di rumah mereka adalah lebih baik daripada di masjid. Menurut Ibnu Umar dan Abu Hurairah. Rasulullah s.a.w berkata yang mafhumnya:
    “Jangan menghalang hamba Allah dari datang ke masjid Allah”. (Abu Daud, hadith‑hadith lain daripada Ibnu Umar)
    "Benarkan wanita hadir di masjid pada waktu malam." (Bukhari. Muslim. Tarmidhi, Nasa'i. Abu Daud)
    "Jangan melarang kaum wanitarnu daripada datang ke masjid walaupun rumah mereka adalah lebih baik untuk meraka dari masjid."  (Ahmad. Abu Daud)
    Umm Humaid Sai'idiyyah berkata bahawa dia pernah berkata kepada Rasulullah s.a.w. "Ya Rasulullah, aku tersangat ingin sembahyang di belakangmu." Jawab baginda yang mafhumnya: "Sembahyangmu di bilikmu lebih baik daripada sembahyang di serambi dan sembahyangmu di dalam rumahmu lebih baik daripada di dalarn masjid yang berhampiran dan sembahyangmu di masjid besar di bandar."  (Ahmad, Tabarani)
    Satu hadith yang sama diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud dalam Abu Daud. Menurut Umm Salamah, Rasulullah s.a.w. berkata: "Masjid yang paling baik untuk wanita ialah bahagian yang paling dalam sekali di dalam rumahnya.”  (Ahmad, Tabarani)
    Tetapi bila A'ishah melihat keadaan semasa zaman Umayyah, dia berkata:
    "Jika Rasulullah dapat menyaksikan kegiatan wanita, tentu dia akan melarang wanita masuk ke masjid seperti larangan terhadap wanita Israel."  (Bukhari, Muslim, Abu Daud)
    Rasulullah s.a.w. juga telah mengarahkan satu pintu masuk masjid dikhaskan untuk wanita dan semasa Umar memerintah, dia melarang keras lelaki menggunakan pintu itu. (Abu Daud)
    Dalam sembahyang jemaah, wanita disuruh berdiri di belakang dan diasingkan dari lelaki; apabila sembahyang telah tamat, Rasulullah s.a.w dan sahabatnya duduk sebentar supaya wanita boleh meninggalkan masjid sebelum lelaki beredar.  (Ahmad, Bukhari)
    Rasulullah s.a.w berkata yang mafhumnya:
    "Barisan yang paling baik bagi lelaki ialah yang paling hadapan sekali dan barisan yang paling tidak baik ialah yang di penghabisan (paling dekat dengan barisan wanita) dan barisan yang paling baik bagi wanita ialah yang paling belakang dan yang sebaliknya ialah yang hadapan (yang hampir belakang lelaki)."  (Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasa'I, Ahmad)
    Wanita juga turut sama bersembahyang jamaah hari raya tetapi mereka mempunyai kawasan tertutup yang berasingan dari lelaki. Selepas khutbah, Rasulullah s.a.w. selalunya memberi taklimat yang berasingan kepada meraka.  (Abu Daud, Bukhari, Muslim)
    Satu ketika Rasulullah s.a.w. ternampak lelaki dan wanita berjalan sebelah menyebelah di khalayak ramai di luar masjid. Baginda memberhentikan para wanita itu dan berkata kepada meraka yang mafhumnya:
    "Tidak sopan bagi kamu berjalan di tengah tengah jalan; berjalanlah di tepi."
    Apabila mendengarnya. wanita wanita itu pun mula berjalan di tepi tembok.  (Abu Daud)
    Kesemua perintah ini jelas menunjukkan perhimpunan yang bercampur gaul di antara lelaki dan wanita memang tidak dapat diterima Islam. Tidak mungkin undang undang Allah yang melarang lelaki dan wanita berdiri sebelah menyebelah untuk bersembahyang di dalam rumah rumah suci Allah membenarkan mereka bergaul bebas di kolej kolej, pejabatpejabat, kelab kelab dan lain lain perhimpunan.
    1. Baginda membenarkan wanita menggunakan alat solek dengan sederhana malah menyuruh mereka berlaku demikian tetapi melarang keras jika berlebih lebihan. Dari beberapa jenis persolekan dan perhiasan yang banyak digunakan oleh wanita .Arab zaman dahulu ada beberapa jenis yang diisytiharkan oleh baginda sebagai sesuatu yang terkutuk dan merosakkan masyarakat, iaitu:
    5.1     Menambah rambut palsu kepada rambut sendiri supaya rambut kelihatan lebih panjang dan lebat
    5.2     Mencacah (tattoo) kulit badan dan membuat tahi lalat palsu
    5.3     Mencabut bulu kening untuk membentuknya atau mencabut bulu roma di muka supaya muka kelihatan lebih bersih
    5.4     Mengasah gigi supaya lebih taj am atau melubangkannya dengan sengaja
    5.5     Menyapu muka dengan kunyit (atau warna kuning) atau lain lain alat solek untuk menjadikan air muka yang lain daripada asal.
    Kesemua perintah ini diriwayatkan dari A'ishah, Asma' binti Abu Bakar. Abdullah bin Mas'ud, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas dan Amir Muawiyah melalui perawi perawi yang boleh dipercayai.
    Setelah memahami perintah perintah Allah dan Rasul Nya yang jelas ini, seseorang Islam itu hanya mempunyai dua pilihan. Satu, dia hendaklah mengamalkan semua perintah perintah ini dalam kehidupannya dan mensucikan dirinya, keluarganya dan masyarakat keseluruhannya daripada keruntuhan akhlak. Untuk menghapuskan nilai nilai buruk ini, Allah dan Rasul Nya telah memberi hukum hukum secara terperinci. Pilihan kedua pula, seseorang Islam yang mempunyai beberapa kelemahan, akan melanggar satu atau dua daripada perintah perintah ini. Sepatutnva dia hendaklah sedar bahawa dia telah melakukan dosa dan menghindarkan diri daripada salah faham dengan menganggap perbuatannya sebagai satu perbuatan yang baik.
    Selain dari dua pilihan ini, mereka yang mengambil cara hidup barat yang bercanggah dengan perintah al Quran dan sunnah serta cuba sedaya upaya mereka untuk membuktikan yang ianya Islam dan cuba membuktikan tiada purdah dalam Islam, bukan hanya melakukan dosa kerana ingkar tetapi juga menunjukkan kejahilan, kedegilan dan kepura puraan. Sikap yang begitu tidak sepatutnya dipunyai oleh seseorang yang berfikiran baik di dunia ini ataupun yang akan mendapat kebaikan dari Allah di Akhirat nanti. Tetapi di kalangan orang orang Islam, terdapat segolongan masyarakat moden yang berpura pura dan oleh kerana terlalu jauh kepura puraan mereka sehingga sanggup menolak suruhan suruhan Allah dan memalsukannya pula dan mempercayai cara cara hidup barat yang mereka pinjam daripada masyarakt bukan Islam itu betul dan berasaskan kepada kebenaran.
    Orang orang seperti ini tidak dikatakan Islam langsung dan jika mereka masih dianggap Islam. maka perkataan perkataan 'Islam' dan 'tidak Islam' hilang ertinya dan kepentingannya sama sekali. Jika mereka menukarkan nama Islam mereka dan mengumumkan di khalayak ramai bahawa mereka sudah meninggalkan Islam, maka sekurang kurangnya kita telah yakin akan keberanian mereka. Tetapi, di sebalik sikap mereka yang jahil itu, mereka masih menunjukkan yang mereka Islam. Mungkin tidak terdapat golongan manusia yang lebih hina daripada mereka di dunia ini. Manusia yang bersifat dan berakhlak demikian mesti bergelumang dalam kepalsuan, kekecohan, kecurangan dan penipuan. 


    ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ الشيطان ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ


    يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
    الاحزاب: 59


    "Wahai Nabi! Katakanlah kpd isteri-isteri kamu dan (latakanlah kpd) anak-anak perempuan kamu dan (katakanlah kpd) wanita-wanita iman supaya menurunkan (atau merendahkan) dari tudungnya; dgn demikian lebih dekat bahawasanya (mudah) dikenali (oleh orang yg melihatnya), maka (kerana itu) tidak disakiti mereka (oleh orang yg berniat jahat terhadap mereka).; dan adapun Allah (a.w) itu adalah Zat yg Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


    ayat ini diperintahkan supaya wanita itu melabuhkan tudungnya supaya tertutup kepala dan rambutnya serta lehernya dan bahagian dadanya. Ayat itu menyebutkan pula apabila berpakaian seorang wanita iman itu mengikut ketetapan ayat ini, tidaklah mudah dilihat kecantikan tubuh badannya, terutama bahagian dadanya, pinggangnya, peha dan betisnya, maka dia mudah dikenali sebagai orang Islam dan iman dan tidaklah dia, kerana pakaiannya itu, menjadi tarikan kpd kaum lelaki yg bukan makhramnya. Maka lebih selamat dia dari godaan lelaki yg berniat serong atau jahat terhadapnya! Apabila pakaian wanita spt yg ditetapkan di dalam ayat itu - tubuh badannya tertutup kesemuanya, khususnya bahagian kepala, leher dan dadanya itu - maka dia telah memenuhi syarat pertama dan kedua mengenai pakaian wanita Islam itu.
    Hadith berikut adalah satu lagi dalil tentang syarat pertama dan kedua tehadap pakaian wanita Islam itu (i.e. menutupi seluruh tubuh badan, kecuali yg boleh ternampak oleh orang bukan makhramnya adalah bahagian muka, kedua telapak tangan dan kulit jari-jarinya dan tidak ada perhiasan pada pakaian tersebut). Selian itu, wanita Islam itu tidak wajar keluar rumah, kerana apakala keluar rumah dia maka syaitah akan menghiasi dirinya kelihatan menarik dan mengancam kpd lelaki lain:
    Diriwayatkan hadith dari Abdullah hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Wanita itu adalah 'aurat', maka ketika keluar dia dari rumahnya, maka memperhiasi syaitan akan dirinya nampak mulia (yakni, cantik dan menarik pada manusia yg melihatnya).' [Hadith at-Termidzi]
    Hadith ini memberitahu kita bahawa wanita itu seluruhnya adalah 'aurat', yakni tidak boleh dilihat oleh lelaki yg bukan mukhrimnya kecualilah yg dibenarkan dalam al-Quran dan as-Sunnah (i.e. muka, kedua telapak tangannya dan cincin, termasuk belakang jari-jarinya). Kemudian apabila wanita itu keluar rumah, orang suka melihatnya kerana sememangnya resmi kaum lelaki itu sukakan wanita, dan sudah menjadi naluri wanita suka kalau orang melihat kecantikannya. Maka apabila dia berada di luar rumahnya, maka syaitan menghiasi dirinya supaya kelihatan lebih cantik, menarik dan menawan pada lelaki. Maka, mudah terbuka 'auratnya'. Maka dgn itulah wanita Islam itu tidak digalakkan keluar atau meninggalkan rumahnya kecuali dgn diiringi oleh lelaki makhramnya, supaya lebih selamat dia dan lebih mudah menjaga 'aurat'nya.
    Saudara, hadith berikut menjelaskan lagi tentang kelabuhan pakaian wanita Islam itu:
    Diriwayatkan hadith dari Safiah bt Abi 'Ubaidin sesungguhnya dia diceritakan kpdnya oleh Nafi' bahawasanya Ummu Salamah, isteri Nabi (s.a.w), berkata (yakni, bertanya) kpd Rasulallah (s.a.w) ketika menyebutkan pada pakaian lelaki iman (iaitu kelabuhan pakaian bawah lelaki itu adalah setakat separuh betis mereka): 'Wahai Rasulallah (s.a.w)! Bagaimana pakaian bawah wanita?' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Menurunkanlah kamu sejengkal ke bawah (yakni, ke bawah separuh betis lelaki).' Berkata Ummu Salamah: '(Jika menurunkan sekadar sejengkal sahaja dari paras separuh betis) Akan terbukalah pakaian dari wanita!' Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Maka (turunkanlah) satu hasta.Dan tidak menambah lebih dari itu (yakni, jangan dilabuhkan lagi).' [Hadith Abu Daud, Kitab Pakaian]
    Hadith ini menyebutkan bahawa bagi lelaki Islam itu pakaian bawahnya - kaki seluar atau jubah atau kain - hendaklah tidak melebihi separuh betisnya, dan dibolehkan labuh lagi sehingga ke paras bahagian atas buku lali mereka. Lelaki Islam yg memakai pakaian bawah yg melebihi dua buku lali kaki mereka adalah dilaknat dan dikira sebagai orang yg sombong dan menyombongkan diri, maka dihukum tidak masuk syurga di akhirat kelak. Maka dgn itu apakala ditanya oleh Ummu Salamah tentang pakaian bawah wanita pula, Rasulallah (s.a.w) memberitahu hendaklah dilabuhkan sejengkal lagi ke bawah separuh betis, maksudnya sampai ke bahagian buku lali kaki wanita itu. Tetapi, apabila Ummu Salamah menyebutkan jika begitu akan juga mendedahkan sebahagian anggota kaki wanita, maka Rasulallah (s.a.w) menyebutkan supaya dilabuhkan setakat tidak melebihi satu hasta ke bawah separuh betis. Maksudnya dilabuhkan sampai menutupi buku lali dan kaki serta jari-jari kaki. Tidak boleh dilabuhkan lagi kerana nanti akan menyulitkan wanita berjalan kerana terlalu labuh akan terpijak kainnya. 
    بَارَكَ الله لِيْ وَلَكُمْ فِي الْقُرْآنِ الْكَرِيْمِ، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الْآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هذا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.
    واوق سم 

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA