الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Syiah : Kenali Dan Fahami

    1. Apakah Syiah?. Siapakah Mereka?

    (Syi'aṯ) ialah mazhab kedua terbesar dalam Islam selain daripada Sunni. Muslim Syi'ah mengikuti Islam berbeza dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya kerana menolak hadis yang berlawanan dengan kepercayaan mereka. Syi'ah menolak kepemimpinan dari tiga Khalifah Sunni pertama malah sebahagian mereka menghina para Khulafa'Ar-Rasyidin yang merupakan sahabat Rasulullah S.A.W ini seperti juga Sunni menolak Imam Syi'ah. Bentuk tunggal dari Syi'ah adalah Shī`ī (Bahasa Arab: شيعي.) menunjuk kepada pengikut dari Ahlul Bait dan Imam Ali. Tetapi Ali bin Abi Talib dan para Ahlul Bait sendiri telah menolak kepercayaan Syi'ah dan menyatakan mereka sebagai kafir.[perlu rujukan] Kebanyakan Sunni Islam mengatakan bahawa Mahzab Syiah merupakan satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam kerana fahaman ini mendakwa bahawa Ali iaitu sepupu Rasulullah sepatutnya menjadi khalifah selepas kewafatan Baginda, dan bukannya Abu Bakar.
    Puak Sunni kumpulan orang Islam yang memang berpegang pada sunnah Rasul walaupun mazhab ini diasaskan secara lengkap setelah 200 tahun wafatnya Rasullah.

    kajian dan penyelidikan yang natural sedakan syeikh al-Azhar, Syaikh Mahmud Syaltut. Dia telah mengeluarkan fatwanya yang disiarkan pada tahun 1959M, di majalah Risalatu al-Islam yang diterbitkan oleh Darul al-Taqrib baina al-Madhahib al-Islamiyyah atau Lembaga Pendekatan antara Mazhab-mazhab dalam Islam, yang berpusat di Kaherah, Mesir, nombor 3 tahun 11 halaman 227 sebagai berikut:

    "Agama Islam tidak mewajibkan suatu mazhab tertentu atas siapapun di antara pengikutnya. Setiap muslim berhak sepenuhnya untuk mengikuti salah satu mazhab yang mana jua yang telah sampai kepadanya dengan cara yang benar dan menyakinkan. Dan hukum-hukum yang berlaku di dalamnya telah dicatat dengan teliti dan sempurna dalam kitab-kitab mazhab yang bersangkutan, yang memang dikhususkan untuknya. Begitu pula, setiap orang yang telah mengikuti salah satu di antara mazhab-mazhab itu, diperbolehkan pula untuk berpindah ke mazhab yang lain - yang manapun juga - dan dia tidak berdosa sedikitpun dalam perbuatannya itu....."

    Kemudian dia berkata lagi:"Sesungguhnya mazhab Ja'fariyyah yang dikenali dengan sebutan mazhab Syi'ah Imamiyyah Ithna Asy'ariyah adalah satu mazhab yang setiap orang boleh beribadah dengan berpegang kepada aturan-aturannya seperti juga mazhab-mazhab yang lain...." "Kaum Muslimin sayugia mengerti tentang hal ini, dan berusaha melepaskan diri dari kongkongan 'Asabiyyah (fanatik) dalam membela sesuatu mazhab tertentu tanpa berasaskan kebenaran...."

    Dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang kukuh dan terang seperti matahari di waktu siang tanpa dilindungi awan, telah menyakinkan bahawa mazhab Ahlu l-Bait AS adalah mazhab yang benar yang telah diambil oleh Syi'ah daripada para imam Ahlu l-Bait AS dan daripada datuk mereka Rasulullah S.A.W daripada Jibrail AS daripada Allah SWT. Mereka tidak akan menukarkannya dengan yang lain sehingga mereka berjumpa dengan Allah SWT.

    Wahyu telah diturunkan di rumah mereka dan Ahlul l-Bait (isi rumah) lebih mengetahui dengan apa yang ada dalam rumah daripada orang lain. Lantaran itu orang yang berfikiran waras tidak akan meninggalkan dalil-dalil dari Ahlu l-Bait AS dengan mengambil dalil-dalil dari orang-orang asing (di luar rumah).

    Banyak hadith-hadith yang sahih daripada Nabi S.A.W yang menunjukkan kebenaran Ahlu l-Bait AS di dalam buku-buku Ahlus Sunnah dan Syi'ah. Sila lihat buku Syi'ah Wa Hujjahtu-hum al-Tasyayyu' (Syi'ah dan hujah mereka tentang Tasyayyu') dan juga buku al-Muruja'at (Dialog Sunnah - Syi'ah) khususnya dialog keempat. Ia akan memuaskan hati anda jika anda orang yang insaf. Jika tidak, keuzuran anda adalah disebabkan kejahilan anda sendiri.
    Mengikut Pandangan Mazhab Sunni, perkara-perkara yang diamalkan oleh Mazhab Syiah yang bertentangan dengan mereka;
    Khalifah diwasiatkan secara nas
    Imam adalah maksum berdasarkan firman Allah
    Saidina Ali adalah Pemimpin umat Islam setelah wafat Rasulullah
    Mencela para sahabat nabi dan ummahatul mukminin
    Menghalalkan nikah Muta'h yang diharamkan oleh Islam Sunni
    Menolak beberapa Ijmak ulama yang tidak bertanggungjawab
    Menolak Qias
    Menerima hadith yang diriwayatkan sebahagian Ahli Sunnah Wal-Jamaah walaupun mengatakan para sahabat yang merawikan hadis itu kafir[
    Mengharuskan Jamak sembahyang dalam semua keadaan
    Mengikut pandangan Syiah, bahawa;
    Khalifah/Imamah adalah berdasarkan nas al-Quran dan hadith Nabi S.A.W.
    Menerima sahabat yang baik dan menolak perlakuan sahabat yang bertentangan dengan al-Quran dan hadith Nabi S.A.W.

    Sumber perundangan Islam adalah al-Quran, Hadith dan Aqal, qias ditolak sebagaimana hukum wanita yang berada dalam keadaan haidh diharamkan melakukan solat tetapi tidak qadha solatnya tidak boleh diqiaskan dalam hukum puasa dimana wajib qadha puasanya yang tertinggal ketika haidh. Dalam al-Quran Iblis laknatullah alaihi melakukan qias asal kejadian adam dari tanah manakala Iblis dari api (mengikut Iblis) sepatutnya dia lebih mulia dari Adam tetapi mengapa Allah SWT memerintahkan Iblis sujud kepada Adam. Dalam hal ini qias bukan kaedah yang benar dan tepat menentukan hukum.

    Nikah Mut'ah adalah halal mengikut nas al-Qur'an dan Hadith Nabi S.A.W dan diamalkan pada zaman Nabi S.A.W dan zaman khalifah Abu Bakar- sepertimana pengakuan sahabat Jabir bin Abdullah dalam riwayat Sohih Muslim, " Kami para sahabat di zaman Nabi SAW dan di zaman Abu Bakar melakukan muta ah dengan segenggam korma dan tepung sebagai maharnya, kemudian Umar mengharamkannya kerana kes Amr bin khuraits."

    Menerima hadith yang sesuai dengan Kitabullah dan menolak riwayat yang bertentangan dengan Kitabullah kerana tidak mungkin hadith Nabi S.A.W bertentangan dengan Kitabullah.

    Solat jamak harus dalam semua keadaan berdasarkan riwayat contohnya dalam Sahih Muslim daripada Ibn Abbas dalam bab solat jamak. Rasulullah S.A.W menjamak antara Zuhur dan Asr serta antara Maghrib dan Isya tanpa ada sebab, sama ada takut, uzur (sakit) atau berpergian (musafir).


    2. Bagaimana Mengenalinya?

    Dalam istilah Syiah, hal itu disebut “Taqiyah”. Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:

    1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.

    2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya.

    3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.

    4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.

    5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain.

    6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.

    7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah.

    Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum.

    9) Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.

    10) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid’ah.

    11) Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.


    12) Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur’an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.


    13) Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.


    14) Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut’ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.


    15) Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut’ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut’ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut’ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.


    3. Dalil-dalil dari hadis-hadis Rasulullah SAW.

    Dalil-dalil dari Hadis Nabi pasal Syiah...

    1. Diriwayatkan dari Ibn Abbas katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam tetapi mendakwa Islam. Bunuhlah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun.” (Ibn Qutaibah, Takwilu Mukhtalifi Al-Hadith, halaman 56)

    2. Diriwayatkan daripada Zaid bin Ali Zainal Abidin iaitu cucunda kepada Sayyidina Husain dan bapa saudara Ja’far as-Sadiq, bahawa ketika Syi’ah mengemukakan kepadanya syarat sokongan mereka terhadap beliau, iaitu “Jika engkau berlepas diri daripada Abu Bakar dan Umar maka kami akan menyokong engkau tetapi jika engkau tidak berlepas diri daripadanya maka kami akan menolak engkau.” Mendengar syarat mereka itu, Imam Zaid lantas berkata: “Allahu Akbar! Ayahku telah menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada Ali r.a.: “Sesungguhnya akan muncul satu golongan yang mendakwa cinta kepada kami. Mereka akan mempunyai gelaran-gelaran yang dapat dikenali melaluinya. Apabila kamu menemui mereka, bunuhlah mereka kerana mereka itu sebenarnya musyrikun.” Kemudian Imam Zaid berkata: “Pergilah kamu, kamu golongan Rafidhah (golongan yang dimaksudkan oleh Nabi kepada Sayyidina Ali dalam sabdanya itu).” (Nasywan al-Himyari, Al-Huuru Al-‘Ain, halaman 185)

    3. Ali bin Abi Talib berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Akan muncul satu golongan di akhir zaman yang dipanggil Rafidhah. Mereka menolak Islam.” (Ahmad, Al-Musnad, jilid 1, halaman 103)

    4. Imam Az-Zahabi telah mengemukakan satu riwayat daripada Sayyidina Ali sebagaimana dinukilkan oleh Ibn Hajar al-Haithami bahawa Sayyidina Ali berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Akan muncul di dalam ummatku di akhir zaman nanti satu golongan yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam.” Imam ad-Daraqutni mengemukakan hadits ini dengan sedikit tambahan iaitu Rasulullah SAW berkata kepada Ali: “Sekiranya kamu menemui mereka hendaklah kamu bunuh mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun.” Ali berkata: “Aku bertanya Rasulullah SAW : “Apakah tanda yang ada pada mereka?” Baginda bersabda: “Mereka terlalu memuji-muji engkau dengan sesuatu yang tidak ada pada engkau dan mereka memburukkan-burukkan para sahabat.” (Imam Ibn Hajar al-Haithami, As-Sawa’iqu Al-Muhriqah, halaman 102)

    5. Imam al-Bukhari juga mengemukakan hadith ini di dalam kitabnya yang bernama At-Tarikhu Al-Kabir di bawah biografi Ibrahim bin Hasan dengan lafaz “Akan muncul satu golongan, gelaran mereka ialah Rafidhah. Mereka menolak agama.” (Al-Bukhari, At-Tarikhu Al-Kabir, jilid 1, halaman 279-280) Syeikh Ahmad Muhammad Syakir membuat komentar selepas mengemukakan riwayat yang disebutkan oleh Bukhari tadi begini; “Agaknya Bukhari tidak memandang hadith ini dhaif kerana beliau tidak mencacatkan seorangpun dari perawi-perawinya.”

    6. Diriwayatkan dari Ali bahawa Nabi SAW bersabda: “Kiranya engkau ingin menjadi ahli syurga maka nanti akan muncul satu golongan yang mendakwa cintakan engkau, mereka membaca al-Qur’an tetapi pembacaannya tidak melampaui halkum mereka (tidak meresap ke dalam hati), mereka dikenali sebagai Rafidhah. Sekiranya engkau sempat menemui mereka, perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun.” (Ali al-Muttaqi, Kanzu Al-Ummal jilid 11, halaman 324) Selain dari hadith ini Ali al-Muttaqi telah mengemukakan 13 hadith yang lain berhubung dengan Rafidhah di dalam kitab beliau yang tersebut, di bawah tajuk Ar-Rafidhah Qabbahahum Allah (Golongan Rafidhah - Semoga Mereka Dimurkai Allah).

    7. Diriwayatkan daripada Ibn Abbas katanya: “Pernah aku berada di samping Nabi SAW, bersamanya ada Ali. Nabi SAW bersabda (kepada Ali): “Wahai Ali! Nanti akan muncul di dalam ummatku satu golongan yang mendakwa cintakan Ahlul Bait. Mereka digelar Rafidhah. Perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun.” (Hafiz Nuruddin Ali bin Abi Bakr al-Haithami, Majma’u Az-Zawa’id Wa Manba’u Al-Fawa’id, jilid 10, halaman 22)

    8. Hafiz Ibn Hajar dalam Ta’jilu Al-Manfa’ah (halaman 14) juga mengemukakan hadits di atas dan beliau tidak menyebutkan sebarang kecacatan di dalam sanad hadith tersebut. (Lihat Ta’liq dan Syarah Al-Musnad oleh Syeikh Ahmad Muhammad Syakir, jilid 2, halaman 806)

    9. Imam ad-Daraqutni, Ibn Hajar al-Haithami dan Imam Ibn Taimiyyah juga telah mengemukakan hadith di atas dengan sedikit perbezaan pada lafaznya. Untuk itu lihat As- Sawaa’iqu Al-Muhriqah (halaman 102) dan As-Sharimu Al-Maslul (halaman 582-583).
     


    4. Keputusan Fartwa Kebangsaan

    Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 30 Mei 1995 telah membincangkan fatwa mengenai golongan ajaran Syiah. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:
     
    (1) Bersetuju dengan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan  yang diadakan pada 3 Mei 1996 supaya  keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas bil.2/8/84, perkara 4.2(2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut:
     
    Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Zaidiah dan Ja’fariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia). ( dibatalkan )
    .
     
    (2). Menetapkan bahawa umat Islam di Kelantan hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Ini adalah kerana ajaran Syiah jelas menyeleweng dari segi akidah, syariah dan akhlak.
     
    (3) Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi persekutuan dan negeri –negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan peganganAhli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.
     
    (4) Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang negeri yang berhubungan dengan hukum syarak bagi menyelaraskan takrif (hukum syarak) atau (undang-undang Islam) seperti berikut:
     
    (Hukum syarak) atau ( undang-undang Islam) ertinya undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.
     
    (5) Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan ahli-ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.
     
    (6) Menetapkan bahawa semua umat Islam di negeri ini adalah tertakluk kepada undang-undang Islam dan hukum syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
     
    (7) Menetapkan bahawa penerbitan, penyebaran dan penyiaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain yang berkaitan dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.
    Keterangan/Hujah: 
     
     
    1. Penyelewengan akidah.
     
    (I )  Muhamad bin Ya’akob Al kulini meriwayatkan dalam Usul Kafi dari Abi Abdullah kata beliau, ))sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkannya dimana dikehendakinya dan memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya. Ini adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya (Al Kafi, jilid1, halaman 409) bab dunia ini semuanya kepunyaan Imam, sedangkan Allah berfirman di dalam Al Quran:
     
      ( إن الارض لله يورثها من يشاء من عباده, الاعراف, اية 128)
     
    Yang bermaksud: Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya dari hamba-hambanya.
     
    Allah berfirman:
     
    ( الحديد, اية 2)   له ملك السموات والارض
    Yang bermaksud: (kepunyaannyalah kerajaan langit dan bumi).
     
    (ب) Imam adalah pangkat tertinggi bahkan menjadi salah satu rukun  iman;
     
    (ج) Imam adalah maksum tidak melakukan sebarang dosa-dosa baik  dosa kecil atau dosa besar.
     
    ( د ) Imam masih mendapat wahyu dari Tuhan dan mewarisi pangkat nabi;
     
    ( ه ) Mempertikaikan kesempurnaan al-Quran.
     
     
    (ii)        Penyelewengan Syariah
     
    (ا)   Golongan Syiah juga tidak memandang berat terhadap sembahyang, zakat dan haji kerana mereka ada meriwayatkan daripada Jaafar as-Sodik bahawa beliau berkata,(( Sesungguhnya Allah menghindarkan azab dan kebinasaan daripada orang yang tidak bersembahyang dari kalangan kita dengan orang yang bersembahyang daripada Syiah kita. Dan sesungguhnya Allah menghindarkan (azab dan seksaan) daripada Syiah yang tidak mengeluarkan zakat dengan Syiah kita yang mengeluarkan zakat, dan sesungguhnya Allah menolak azab dan seksaan daripada syiah kita yang tidak mengerjakannya.  (Tafsir  القمي, jilid satu halaman 83,84, tafsir العياشي, jilid 1, halaman 135). Mereka tidak memandang berat terhadap sembahyang, zakat dan haji kerana dengan adanya segolongan daripada orang yang mengerjakan sembahyang dan menunaikan haji dianggap sudah mencukupi.
     
     (ب)Menghalalkan perkahwinan mutaah. Untuk menggalakkan amalan tersebut, golongan Syiah mereka hadis-hadis palsu yang disandarkan kepada Imam dua belas mereka.  Antara hadis tersebut, Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa keluar dari dunia ini dalam keadaan tidak pernah melakukan kahwin mutaah dia akan datang pada hari akhirat dalam keadaan rompong.  Dalam kitab Tahzib al-Ahkam, jilid 7, halaman 254 ada menyebut bahawa kahwin mutaah tidak memerlukan saksi,wali dan perisytiharan.
     
    (iii)            Penyelewengan Akhlak
     
    Golongan Syiah dan orang-orang yang diracuni fikirannya oleh fahaman Syiah bersifat biadab terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul dengan berpegang kepada riwayat daripada  ملا باقرالمجلسي dalam kitabnya Baharul Anwar (secara dusta) daripada nabi (SAW) bahawa nabi berkata kepada Ali (Wahai Ali, Engkau memiliki apa yang tidak dimiliki olehku.  Fatimah isterimu, sedangkan aku tidak mempunyai isteri seumpamanya, sedangkan aku tmempunyai isteri yang seumpamanya, daripadanya engkau memperolehi dua orang anak lelaki yang mana tidak ada bagiku dua orang anak lelaki seumpamanya.  Khadijah pula ibu mertuamu sedangkan aku tidak mempunyai ibu mertua yang penyayang seumpamanya.  Aku sendiri bapa mertuamu sedangkan aku sendiri tidak mempunyai bapa mertua yang penyayang seperti bapa mertuamu.Jaafar adalah saudaramu sedangkan aku tidak mempunyai saudara seumpama Jaafar.  Fatimah al-Hashimah adalah ibumu dimana aku tidak mendapat ibu seumpamanya.)) Kitab Bihar al-Anwar, kitab al-Syahadah jilid 5, halaman 511).
     
    الكليني  menyebutkan bahawa darjah Imamah adalah lebih tinggi dari darjah kenabian, kerasulan dan khilatullah (خلة الله).  Untuk maksud ini dia الكليني)) telah berdusta atas nama Jaafar al-Sodik bahawa beliau berkata sesungguhnya Allah menjadikan Ibrahim sebagai hamba sebelum menjadikannya sebagai rasul, dan sesungguhnya Allah telah menjadikannya rasul sebelum menjadikan khalil dan sesungguhnya Allah menjadikannya sebagai khalil sebelum menjadikannya sebagai Imam.(Kitab al-Hujjah Minal Khafi, jilid 1 halaman 175)


     
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA