الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
القرءان : برونتوڠڽ كيت ; باچله
Mukjizat yang paling AGUNG dan tiada
tolok bandingnya bagi orang Islam ialah Al-Quran.Walaupun sebelum ini
Allah telah menurunkan kitab-kitab yang lain seperti Taurat kepada Nabi
Musa, Injil kepada Nabi Isa, Zabur kepada Nabi Daud dan beberapa mashaf
atau lembaran–lembaran panduan dan petunjuk seperti yang diturunkan
kepada Nabi Ibrahim namun ianya tidak selengkap sepertimana Al-Quran.
Kitab-kitab yang terdahulu
hanyalah untuk kaum pada masa nabi dan rasul tersebut sahaja sedangkan
Al-Quran adalah untuk semua manusia dan semua zaman sehingga hari kiamat
dan tidak ada lagi kitab yang akan dirurunkan selepasnya.
Istimewanya Al-Quran ialah
Ia adalah penutup segala kitab. Dengan adanya Al-Quran manusia tidak
perlu lagi merujuk kepada mana-mana kitab yang lain untuk mencari
panduan hidup atau sumber hukum dalam mengendalikan kehidupan.
Al-Quran adalah perlembagaan
hidup bagi setiap orang muslim. Menjadi kewajipan untuk membaca,
memahami makna dan sentiasa beramal dengan segala tuntutannya.
Isi Al-Quran meliputi semua bidang antaranya::
1. Jenis-jenis ibadat kepada Allah dan bagaimana cara menunaikannya
2.
Asal kejadian dan peringkat pembentukan alam termasuk segala pergerakan
bintang, bulan dan matahari dan lain-lain planet sama ada yang sudah
dijumpai atau yang belum dijumpai kewujudannya oleh manusia.
3. Peringkat kejadian dan pembentukan manusia dari sebelum lahir sehingga lahir ke dunia.
4. Sejarah hidup nabi dan rasul dan mukjizat yang diberikan Allah untuk membantu mereka dalam menjalankan dakwah.
5.
Sejarah kehidupan manusia terdahulu dan perbuatan serta akibat dari
perbuatan mereka yang menurut dan juga yang ingkar perintah Allah.
6. Maklumat berkaitan kitab-kitab Allah yang terdahulu yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad SAW.
7. Sumber hukum bagaimana mentadbir dunia, politik dan ekonomi.
8. Sumber hukum berkaitan perbuatan-perbuatan fitnah dan jenayah.
9. Sumber perubatan terhadap penyakit selain kematian.
10.
Keterangan tentang apa akan berlaku selepas mati, di alam kubur dan
bagaimana Allah mengadili manusia di hari pembalasan, menerima azab
siksa atau kebahagiaan dan kesejahteraan.
11. Bagaimana mencari ketenangan jiwa, pengisian kehidupan dan mensyukuri rahmat Allah.
12. Pengurusan hubungan kemanusianan antara sesama Islam dan antara orang Islam dan orang bukan Islam.
13. Bagaimana pengurusan keluarga Islam berkaitan nikah kahwin, perceraian dan yang berkaitan dengannya.
14. Layanan sesama manusia terutama layanan kepada anak-anak yatim dan lain-lain lagi.
Oleh itu semua orang Islam
adalah digalakkan membaca Al-Quran bila sahaja ada kelapangan dan
jadikan ia sebagai amalan bukan sahaja dalam bulan Ramadan, perlu
diteruskan di bulan-bulan yang lain juga..
Beberapa contoh ayat-ayat Al-Quran bagi mengukuhkan keistimewaannya
“Iaitu Al-Quran yang
berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang
terpesong, supaya kamu bertaqwa” Az Zumar 28
“(Al-Quran) ini ialah
penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran
bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.” Ali-Imraan 138
Kumpulan-kumpulan yang mendampingi Al-Quran:
Kumpulan 1. Orang yang
sentiasa membaca Al-Quran seolah-olah sebagai hobi iaitu bila sahaja ada
masa lapang. Walaupun tidak tetap waktu membaca tetapi ia dilakukan
secara berterusan. Apabila khatam akan dimulakan semula bacaan kali yang
lain. Orang-orang seumpama ini, selalunya membaca Al-Quran selepas
solat waktu, boleh jadi sebaris, dua baris, satu mukasurat, satu helai,
satu surah atau sebagainya dan Al-Quran sentiasa ada berhampiran tempat
dia solat..
Pembaca Al-Quran jenis ini,
Insyaallah akan sentiasa tenang dan diberkati Allah, sentiasa
dilindungi Allah walau di mana dia berada. walau pun bacaannya mungkin
tidak berapa merdu seperti orang lain.
Orang dalam kumpulan ini
jika dia istiiqamah atau berterusan membaca walaupun tidak lama setiap
kali membaca, keyakinan dengan Allah sentiasa meningkat. Insyaallah
jiwa akan sentiasa aman dan tidak mudah putus asa.
Kumpulan 2.Membaca Al-Quran
sambil meneliti makna untuk melihat cerita-cerita yng berlaku,
hukum-hukum yang berkaitan atau mengetahui sejarah ayat–ayat ini
diturunkan. Kumpulan ini juga berpeluang mengkaji maksud ayat-ayat
tersebut. Dengan kaedah ini kita akan mendapat banyak keuntungan,
antaranya :
Kita boleh dapat ketenangan
jiwa bila mengetahui janji-janji baik yang Allah beri kepada mereka yang
berbuat baik kerana kita yakin semua janji Allah itu adalah benar
belaka.
Disamping itu, kita akan
berusaha mengelakkan diri dari berbuat kejahatan kerana takut dengan
janji azab yang akan dikenakan kepada orang yang jahat dan ingkar
perintah Allah. Allah mungkin menghukum semasa di dunia lagi malahan
sudah pasti akan menerima balasan di hari kiamat nanti. Semua azab
siksa yang ditimpakan kepada kaum yang ingkar sebelum zaman Nabi
Muhammad SAW ada diceritakan dalam Al-Quran.
Dengan membaca tafsir
Al-Quran, kita juga mengetahui bagaimana menyelesaikan urusan keluarga,
contohnya seperti agihan harta pusaka, siapa yang berhak dan siapa yang
tidak berhak dan sebagainya
Pengkaji-pengkaji telahpun
banyak mendapat sumber ilmu yang tinggi nilai dari semasa ke semasa
dengan berpandukan tafsir ayat-ayat Al-Quran.
Kumpulan 3. Membaca Al-Quran bagi tujuan menghafal untuk menjadi hafiz.
Mereka
dalam kumpulan ini lazimnya berusia muda dan tinggal di tempat yang
sama dan dibimbing oleh seorang atau beberapa orang guru yang hafal
AL-Quran 30 juzuk. Untuk mencepatkan kejayaan, ahli kumpulan ini diasuh
tanpa pencemaran seperti mata, telinga dan percakapan selain dari
Al-Quran dan ditambah dengan lain-lain ibadat yang diredhai Allah,
untuk lebih meyakinkan diri..
Kumpulan 4. Membaca dan
menghafal ayat atau surah-surah pendek atau yang tertentu untuk tujuan
diri sendiri, untuk pengisian masa lapang bagi tujuan menguatkan taqwa
kepada Allah. Menghafal ayat-ayat atau surah yang pendek-pendek juga
memudahkan kita membacanya bila solat bersendirian, atau lebih
mengkhusyukkan solat bila mengikut imam yang membaca ayat-ayat tersebut.
Kumpulan 5. Kumpulan ini
tidak membaca Al-Quran tetapi mendengar sahaja, sama ada dengan
memainkan pita rakaman atau radio atau TV dari saluran tertentu sahaja.
Orang dalam kumpulan ini
kalau diperhatikan, semacam mendapat satu keseronokan bila berpeluang
mendengar bacaan Al-Quran terutama yang diminatinya..
Sesungguhnya ada surah-surah
tertentu yang boleh menimbulkan perasaan menggembirakan jika diiringi
dengan lagu dan kaedah tajwid yang betul manakala ada pula yang akan
mendatangkan ketakutan bila dibaca...
Bila ada kelapangan,
mainkanlah dan dengarlah apa-apa surah sekalipun asalkan jangan sampai
boleh mengganggu orang lain yang tidak bersama kita yang mungkin ada
urusan mereka yang lebih penting.
Kumpulan 6. Membaca
Al-Quran secara tadarus bersama beberapa orang rakan dalam
kumpulan-kumpulan tertentu. Dalam setiap kumpulan tersebut seorang akan
membaca dan yang lain akan mendengar, membuat teguran bagi memperbaiki
sebarang kesalahan bacaan jika ada..
Kaedah yang ke enam ini
selalu diamalkan dalam bulan Ramadan setiap malam di masjid dan surau
selepas solat tarawih atau antara solat maghrib dan Isyak. Melalui
kaedah ini yang kurang mahir membaca boleh memperbaiki diri dengan
mendengar orang mahir membaca. Mereka yang kurang mahir janganlah malu
untuk turut serta kerana ganjarannya cukup besar disisi Allah.
Justeru itu, sempena bulan
Ramadan tahun ini walaupun sudah separuh bulan ianya masih belum
terlewat untuk kita mulakan satu lembaran baru dalam kehidupan kita
kalau belum kita mulakan, atau marilah kita teruskan amalan ini jika
kita telah mulakan sejak awal Ramadan dua minggu yang lalu.
Hadis Rasulullah s.a.w.:
“ Sesungguhnya aku telah
meninggalkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu berpegang teguh
dengannya, kamu tidak akan sekali-kali sesat selepasku iaitu kitab
Allah (yakni Al-Quran). “
Riwayat Muslim
“Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat.”
Sesungguhnya melihat,
memegang, membaca, mendengar, memahami makna dan menyebarkan isi
kandungannya, menghadiahkan kepada yang memerlukan, serta beramal
dengannya adalah ibadat.
Bagi tujuan menguatkan
keimanan kita dan sentiasa berharap kepada limpah kurnia Allah mari kita
lihat beberapa contoh isi Al-Quran yang sentiasa memberi keuntungan dan
keberkatan kepada sesiapa yang membacanya.
1. Al-Quran penuh dengan doa kehadrat Allah Subhanahuwataala.
Contohnya: (Surah Al-Fatihah)
“ Dengan nama Allah yang
Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah,
Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam. Yang Maha Pemurah
lagi Maha Mengasihani. Yang menguasai pemerintahan hari Pembalasan
(Hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan
kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami
jalan yang kurus.
Iaitu jalan orang-orang
yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)
orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang
yang sesat. “
2. Kita sentiasa bersyukur dan memperbaiki Aqidah.
( Contohnya: Surah Al Baqarah 136 )
{Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman) “Kami beriman kepada Allah, dan
kepada
apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang
diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishaq dan Nabi
Ya’qub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada
Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injill),
dan kepada apa yang
diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan
antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu-Yahudi dan
Nasrani-membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam ( berserah
diri, tunduk taat ) kepada Allah semata-mata.”}
3.Sentiasa muhasabah diri dan memohon rahmat dari Allah.
( Contohnya: Surah A-Li Imraan 8-9 ).
(Mereka berdoa dengan
berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah engkau memesongkan hati kami
sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami
limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang
melimpah-limpah pemberianNya,”
Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekelian manusia, untuk
(menerima balasan pada ) suatu hari ( hari kiamat) yang tidak ada syak
padanya” Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya . “
4. Sentiasa ada perasan benci kepada keburukan dan kejahatan dan mohon berlindung daripadanya.
(Contohnya: Surah A-Li Imraan 177).
“Sesungguhnya orang-orang
yang membeli (memilih) kufur dengan meningggalkan iman, tidak
sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah
sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi
sakitnya.”
5. Sentiasa sedar bahawa hidup di dunia ini adalah sementara, akhirat juga yang kekal abadi.
(Contohnya: Surah A-Li Imraan 192-193)
“Wahai Tuhan kami!
Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka
sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim itu
tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan Kami!
Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru
kepada iman, katanya
“ Berimanlah kamu kepada
Tuhan kamu”, maka kami pun beriman; Wahai Tuhan kami, ampunkanlah
dosa-dosa kami, hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan
matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti”
وق
سمهاري