الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
Muezza Kesayangan Rasulullah
Setiap kali Rasulullah ﷺ menerima tetamu
di rumah, Baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas paha
Baginda. Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah ﷺ suka ialah
Mueeza selalu mengiaw sewaktu mendengar azan, seolah-olah bunyi suaranya
seperti mengikuti alunan suara azan tersebut.
Pernah berlaku suatu kejadian ketika Rasulullah ﷺ hendak mengambil jubahnya,
ternyata Muezza sedang tidur dengan santai di atas jubah Baginda. Oleh
kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu, Rasulullah ﷺ pun
memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh Mueeza dari supaya tidak membangunkan Muezza.
Ketika Baginda pulang ke rumah,
Muezza terbangun dan menundukkan kepala kepada tuannya. Rasulullah ﷺ
menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.
Nabi menekankan bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Abu Qatadah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan,
dan Anas yang menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ pergi ke Bathhan suatu
daerah di Madinah. Lalu, Baginda berkata, “Ya Anas! Tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Rasulullah ﷺ menuju ke arah bekas tersebut.
Namun, seekor kucing datang dan
menjilat bekas tersebut. Melihat itu, Rasulullah ﷺ berhenti sehingga
kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhuk.
Rasulullah ﷺ ditanya mengenai kejadian tersebut, Baginda menjawab, “Ya Anas! Kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih
At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budak suruhannya memberikan
Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah,
tenyata Aisyah sedang mendirikan solat. Lalu, ia memberikan isyarat
untuk meletakkannya.
Sayangnya, setelah Aisyah
menyelesaikan melakukan solat, ia terlupa pada buburnya. Datanglah
seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat
bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. Lalu membersihkan bahagian
yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah ﷺ bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliaran di rumah.”
Aisyah juga pernah melihat Rasulullah ﷺ berwudhuk dari sisa jilatan
kucing, [Hadis Riwayat alBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik,
Ahmad dan imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang
yang badan, peluh, bekas makanannya adalah suci.
.
Demikianlah kisah tentang kucing Nabi
Muhammad ﷺ Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan
ketahui betapa kasih dan sayangnya Rasulullah ﷺ terhadap haiwan.
Rasulullah ﷺ ada berpesan supaya
menyayangi kucing kesayangan sebagaimana kita menyayangi keluarga
sendiri. Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq, isteri Rasulullah ﷺ juga
amat menyayangi kucing dan berasa amat kehilangan jika ditinggal pergi
oleh kucingnya. Beberapa orang terdekat Nabi turut memelihara kucing.
Abdul Rahman bin Sakhr Al Azdi. diberi gelaran Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya menjaga dan memelihara berbagai jenis kucing jantan dirumahnya.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti
haiwan lucu ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari,
dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan
kucingnya dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri,
Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa
neraka.
Abdullah bin Umar ra. juga meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ. bersabda: “Seorang
wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian
wanita itu masuk neraka kerananya, iaitu kerana ketika mengurungnya dia
tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana dia
tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)