نزول القرءان : سواتو نعمت دان
ڤڠحياتن...ڤرتاڽان دان جواڤن....بتاڤ برونتوڠڽ كيت كران دبريكن كتاب دان
بوكنڽ صحف اتاو ريساله سڤرتي نبي-نبي سبلومڽ....
إِنَّ الْحَمْدَ لله نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ
وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بلله مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ
سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ الله فَلَا مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ
يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إلهَ إلا الله وَحْدَهُ
لَا شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللهم صَل عَلَى مُحَمدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلمْ
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ
وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ
الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ
فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا
يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا
اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di
dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia
dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang
hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di
negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada
bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia
berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang
ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki
kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah
kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas
petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
Al-Baqarah : 185
Dari
segi bahasa, perkataan “Nuzul” bermaksud turun, atau menetap di suatu
tempat. Dari segi Istilah pula, “Nuzul” bermaksud penurunan Al-Quran
kepada Nabi Muhammad dengan cara-cara tertentu. Peristiwa Nuzul
Al-Quran, atau Penurunan Al-Quran merupakan peristiwa yang penting dalam
sejarah Islam. Hal ini kerana ia menandakan bahawa bermulanya tugas
Nabi Muhammad sebagai rahmat kepada seluruh alam, sebagai penyampai
wahyu daripada Allah, iaitu Rasul Akhir Zaman.
Peristiwa Penurunan Al-Quran berlaku?
Terdapat
dua pendapat yang menyatakan Al-Quran diturunkan pada malam Isnin
tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum Hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat
kedua pula menyatakan ianya berlaku pada 24 Ramadhan malam Isnin (13
Ogos 610 M). Namun, kelaziman terletak pada pendapat pertama iaitu pada
17 Ramadhan, seperti yang disambut di Malaysia ini. Pada ketika ini,
Nabi Muhammad yang berusia kira-kira 40 tahun mengasingkan diri daripada
perbuatan jahiliyah masyarakah Jahiliyah Mekah dengan beribadah di Gua
Hira’ dan akhirnya didatangi Malaikat Jibrail a.s dengan membawa wahyu
pertama, menandakan kerasulan baginda, pembawa rahmat kepada alam,
penyampai wahyu kepada umat baginda.
Peristiwa penurunan Al-Quran dengan wahyu pertama berlaku di Gua Hira' di atas Jabal Nur
di sekitar Mekah, tempat tinggal baginda ketika itu. Baginda memilih
untuk mengasingkan diri di gua tersebut agar dapat mencari ketenangan
dan beribadah kepada Allah.
Malaikat
Jibrail a.s. datang kepada Nabi Muhammad ketika baginda di Gua Hira’.
Jibrail a.s. kemudiannya berkata :“Bacalah!”. Rasulullah saw. menjawab,
“Aku tidak dapat membaca.” Beliau mengatakan, lalu malaikat itu memegang
dan mendekap baginda sampai merasa lelah. Kemudian ia melepaskan
baginda dan mengatakan, “Bacalah!” Rasulullah menjawab, “Aku tidak dapat
membaca!’ Malaikat itu mengulanginya untuk yang ketiga sambil
mengatakan, “Iqra’ bismi rabbikal ladzii khalaq; bacalah, dengann
menyebut nama Rabbmu yang menciptakan.” (Al-’Alaq: 1)
Setelah itu. Wahyu atau ayat-ayat Al-Quran telah turun dengan beberapa cara sepanjang hidup baginda s.a.w:
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ
اقْرَأْ وَرَبُّكَ
الْأَكْرَمُ
الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ
عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
Cara Wahyu Turun:
1. Melalui Mimpi.
Wahyu
Allah ta’ala turun kepada Nabi saw melalui mimpi. Yakni, mimpi yang
benar (ru’ya shadiqah). Secara tiba-tiba dalam tidur Nabi saw, baginda
bermimpi secara tiba-tiba. Mengenai wahyu disampaikan melalui mimpi.
Pernah juga dialami oleh Nabi Ibrahim as. Ketika Nabi Ibrahim as
menerima perintah untuk menyembelih Nabi Isma`il as. Biasanya wahyu yang
turun melalui mimpi mengandungi perintah (amar).
2. Langsung Masuk Ke Dalam Hati.
Wahyu
Allah swt secara langsung masuk ke dalam hati Nabi saw. Nabi saw
bersabda, “Ruh kudus [malaikat Jibril] memasukkan pengertian ke dalam
lubuk hatiku. Bahwa, seorang manusia tidak akan mati sebelum ia menerima
semua yang telah ditetapkan baginya. Kerana itu hendaklah kalian
bertakwa kepada Allah, dan carilah rizeki dengan jalan yang baik.
Janganlah sekali-kali sebab lambat datang rezeki membuat kalian
mencarinya dengan jalan maksiat [derhaka terhadap Allah]. Apa yang ada
pada Allah hanya dapat diperoleh dengan cara berbakti dan taat
kepada-Nya.” (Siratul Musthafa Shallallahu ‘alaihi wa sallama, 2008).
3. Malaikat datang kepada Nabi saw sebagai seorang pemuda
Malaikat
yang menyampaikan wahyu Allah ta’ala ini menyerupai seorang pemuda.
Rupa malaikat dalam bentuk manusia tidak ada bezanya dengan seorang
manusia sebenar. Sangat tampan lagi rupawan.
4. Bunyi Lonceng.
Jika
wahyu Allah ta’ala turun kepada Nabi saw dalam bentuk suara lonceng,
Nabi saw benar-benar merasakan adanya sesuatu yang sangat berat.
Keringat beliau mencucur deras dari kening beliau walaupun udara dalam
keadaan dingin. Apabila Nabi saw sedang naik tunggangan beliau, unta
atau beghal, sektika haiwan tunggangan Nabi saw secara tiba-tiba akan
bersimpuh. Yang lazim dikatakan menderum. Iaitu, melikat kaki depan lalu
kaki belakang. Malah sahabat Zaid bin Tsabit r.a. pernah berdampingan
dengan Nabi saw di saat Nabi saw menerima wahyu. Maka, kaki sahabat Zaid
yang tertindihi kaki dia rasakan hendak hancur kerana beratnya
penderitaan Nabi saw, jika wahyu diturunkan ke dalam bentuk bunyi
lonceng.
5. Malaikat dalam bentuk asal.
Nabi
saw pernah melihat malaikat Jibril as dalam bentuk aslinya. Seperti
saat diufuk depan Gua Hira’ dan ketika di Sidratul Muntaha.
6. Melalui Isra` dan Mi’raj.
Wahyu
langsung disampaikan oleh Allah ta’ala kepada Nabi saw. Iaitu, saat
Nabi saw diperintahkan menunaikan isra` dan mi’raj. Tidak melalui mimpi.
Tidak melalui perantara. Walaubagaimanapun, Nabi s.a.w. belum pernah
selama hidupnya berjumpa secara langsung dengan-Nya.
7. Dengan Perintah Langsung.
Memang
mirip dengan cara yang ke-6. Ini terjadi tidak dalam keadaan tertidur.
Melainkan dalam keadaan terjaga. Tempatnya adalah bumi. Ini yang
membezakan penerimaan wahyu Allah ta’ala kepada Nabi saw, selain ada
yang diterima di Sidratul Muntaha ada yang diterima langsung di bumi.
Natijah atau iktibar dari perisitiwa penurunan al-Quran?
ALLAH SWT memuliakan Ramadan melebihi bulan lain dengan memilih satu
malam penuh keberkatan daripada malam Ramadan sebagai masa paling sesuai
untuk diturunkan kitab suci al-Quran. Selain al-Quran, Allah menurunkan
beberapa kitab suci lain pada bulan mulia ini seperti suhuf Nabi
Ibrahim diturunkan pada permulaan Ramadan, Taurat hari keenam dan Injil
pada hari ketiga Ramadan.
Berdasarkan
peristiwa penurunan kitab suci (al-Samawi) pada bulan Ramadan, jelaslah
betapa agung dan mulianya bulan ini. Sesungguhnya, penurunan (nuzul)
al-Quran adalah peristiwa besar dan agung. Ia cukup hebat jika
dibandingkan dengan peristiwa lain pernah berlaku di alam ini. Justeru,
setiap umat Islam seharusnya mengingati dan merenungi peristiwa nuzul
al-Quran ini kerana ia menjadi asas keimanan terhadap al-Quran bahawa ia
adalah kalam Allah.
Selain
itu, ia adalah asas utama dalam pengakuan umat Islam terhadap kerasulan
Nabi Muhammad serta keyakinan bahawa Islam itu adalah agama benar,
malah satu-satunya agama diredai Allah. Sebelum al-Quran diturunkan
manusia hidup dalam kesesatan bertuhankan hawa nafsu dan menyekutukan
Allah. Selepas al-Quran diturunkan, kesesatan disinari kebenaran dan
hidup bertuhankan hawa nafsu berubah kepada hidup bertuhankan Allah.
Dalam erti kata lain, penurunan al-Quran membawa rahmat perubahan kepada
kehidupan dan ketamadunan manusia.Firman Allah bermaksud, “Ramadan,
bulan yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi umat
manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang
hak dan batil).” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ
وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ
الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ
فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا
يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا
اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Berdasarkan
ayat di atas, wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara langsung
mengangkat martabat Baginda sebagai rasul Allah dan menjadi rahmat bagi
sekalian alam. Petunjuk (al-Quran) dibawa Baginda SAW ini membawa
perubahan besar kepada kehidupan umat manusia, khususnya masyarakat Arab
jahiliah dan perubahan itu mencakupi pelbagai bidang dan aspek:
Agama
Bangsa Arab Jahiliah menyembah patung dan batu berhala serta
menyembelih binatang ternakan di hadapan patung itu sebagai korban untuk
memuliakannya. Apabila datang agama Islam (al-Quran) membawa petunjuk
dan pedoman daripada Allah, maka kehidupan jahiliah terus lenyap kerana
al-Quran mengatur kehidupan seperti percaya kepada keesaan Allah, hari
akhirat, syurga, neraka, mengenai ibadat seperti solat, puasa, zakat dan
haji. Jelaslah, ajaran al-Quran melarang keras amalan penyembahan
patung, berhala, matahari, bulan atau makhluk lain selain Allah.
Sebaliknya mereka diajar bahawa yang berhak disembah hanyalah Allah.
Kemasyarakatan
Bangsa
Arab sebelum Islam tidak berdisiplin dan tidak taat kepada pemimpin
tetapi diturunkan al-Quran, keadaan itu berubah. Islam menyedarkan
mereka erti dan pentingnya disiplin serta ketaatan dalam kehidupan. Bagi
membentuk sebuah masyarakat yang aman dan harmoni, al-Quran memberi
petunjuk dan garis pemisah mengenai kriteria antara akhlak terpuji
dengan akhlak tercela. Selain itu banyak lagi dasar umum masyarakat
dibawa oleh Islam seperti hubungan antara individu dengan individu,
antara individu dengan masyarakat, antara suatu kelompok masyarakat
dengan kelompok lainnya, undang-undang kekeluargaan sehinggalah kepada
soal kenegaraan. Islamlah juga yang mula mengangkat kedudukan kaum
wanita dengan memberikan hak kepada mereka sesuai dengan kewanitaannya.
Di samping itu, Islam menegakkan pula ajaran persamaan antara manusia
dan membanteras perhambaan.
Siasah (politik)
Bangsa
Arab sebelum Islam berada dalam keadaan berpecah-belah, ‘asabiyyah
(kesukuan), berpuak dan kabilah yang sempit. Yang wujud ketika itu kaum
Arab, Parsi, Tauran dan kaum lain. Keadaan itu berubah apabila turunnya
al-Quran membawa ajaran sebenar. Semua umat manusia diseru supaya
meninggalkan segala bentuk ikatan jahiliah yang sempit, sebaliknya
disaran supaya bersatu membentuk satu ummah. Firman Allah yang
bermaksud:Sesungguhnya (agama Islam) ini adalah agama kamu semua; agama
yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.†(Surah
al-Anbiya’, ayat 92).
Begitulah
Islam berjaya mengatasi sikap taksub bangsa dan warna kulit, malah
menyeru semua bangsa supaya bersatu menjadi satu ummah bersaudara dan
tidak lagi mengenal kelebihan kecuali berdasarkan kekuatan iman serta
takwa kepada Allah.
Ekonomi
Al-Quran
memberikan batasan pemilikan bagi individu, masyarakat dan negara.
Telah ditentukan perkara yang boleh dimiliki oleh individu dan dilarang.
Peraturan yang terdapat dalam al-Quran memberikan petunjuk pelaksanaan
mengenai jaminan pemenuhan keperluan asas setiap individu menurut kadar
dan dalam keadaan seadil-adilnya.
اَللّـهُمَّ صَلِّ عَلى مُحَمَّد وَآلِ
مُحَمَّد، شَجَرَةِ النُّبُوَّةِ، وَمَوْضِعِ الرِّسالَةِ، وَمُخْتَلَفِ
الْمَلائِكَةِ، وَمَعْدِنِ الْعِلْمِ، وَاَهْلِ بَيْتِ الْوَحْىِ، اَللّـهُمَّ
صَلِّ عَلى مُحَمَّد وَآلِ مُحَمَّد الْفُلْكِ الْجارِيَةِ فِي اللُّجَجِ
الْغامِرَةِ، يَأْمَنُ مَنْ رَكِبَها، وَيَغْرَقُ مَنْ تَرَكَهَا،
الْمُتَقَدِّمُ لَهُمْ مارِقٌ، وَالْمُتَاَخِّرُ عَنْهُمْ زاهِقٌ،
وَاللاّزِمُ لَهُمْ لاحِقٌ، اَللّـهُمَّ صَلِّ عَلى مُحَمَّد وَآلِ
مُحَمَّد، الْكَهْفِ الْحَصينِ، وَغِياثِ الْمُضْطَرِّ الْمُسْتَكينِ،
وَمَلْجَأِ الْهارِبينَ، وَعِصْمَةِ الْمُعْتَصِمينَ، اَللّـهُمَّ صَلِّ
عَلى مُحَمَّد وَآلِ مُحَمَّد صَلاةً كَثيرَةً، تَكُونُ لَهُمْ رِضاً
وَلِحَقِّ مُحَمَّد وَآلِ مُحَمَّد اَداءً وَقَضاءً، بِحَوْل مِنْكَ
وَقُوَّة يا رَبَّ الْعالَمينَ، اَللّـهُمَّ صَلِّ عَلى مُحَمَّد وَآلِ
مُحَمَّد، الطَّيِّبينَ الاَْبْرارِ الاَْخْيارِ، الَّذينَ اَوْجَبْتَ
حُقُوقَهُمْ، وَفَرَضْتَ طاعَتَهُمْ وَوِلايَتَهُمْ، اَللّـهُمَّ صَلِّ
عَلى مُحَمَّد وَآلِ مُحَمَّد، وَاعْمُرْ قَلْبي بِطاعَتِكَ، وَلا تُخْزِني
بِمَعْصِيَتِكَ، وَارْزُقْني مُواساةَ مَنْ قَتَّرْتَ عَلَيْهِ مِنْ
رِزْقِكَ بِما وَسَّعْتَ عَلَيَّ مِنْ فَضْلِكَ، وَنَشَرْتَ عَلَيَّ مِنْ
عَدْلِكَ، وَاَحْيَيْتَني تَحْتَ ظِلِّكَ، وَهذا شَهْرُ نَبِيِّكَ سَيِّدِ
رُسُلِكَ، شَعْبانُ الَّذي حَفَفْتَهُ مِنْكَ بِالرَّحْمَةِ وَالرِّضْوانِ،
الَّذي كانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِه وَسَلَّمَ
يَدْاَبُ في صِيامِه وَقِيامِه في لَياليهِ وَاَيّامِه بُخُوعاً لَكَ في
اِكْرامِه وَاِعْظامِه اِلى مَحَلِّ حِمامِهِ، اَللّـهُمَّ فَاَعِنّا عَلَى
الاْسْتِنانِ بِسُنَّتِه فيهِ، وَنَيْلِ الشَّفاعَةِ لَدَيْهِ،
اَللّـهُمَّ وَاجْعَلْهُ لي شَفيعاً مُشَفَّعاً وَطَريقاً اِلَيْكَ
مَهيعاً، وَاجْعَلْني لَهُ مُتَّبِعاً حَتّى اَلْقاكَ يَوْمَ الْقِيامَةِ
عَنّي راضِياً، وَ عَنْ ذُنُوبي غاضِياً، قَدْ اَوْجَبْتَ لي مِنْكَ
الرَّحْمَةَ وَالرِّضْوانَ، وَاَنْزَلْتَني دارَ الْقَرارِ وَمَحَلَّ
الاَْخْيارِ
بَارَكَ الله لِيْ وَلَكُمْ فِي الْقُرْآنِ
الْكَرِيْمِ، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الْآيَاتِ
وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هذا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ لِيْ
وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ،
فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ
وق سم