الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    HUDUD : ( حدود )

    HUDUD : ( حدود ) jamak daripada perkataan ( حد ). Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh. Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.



    Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Firman Allah s.w.t.:



    :"…….. dan sesiapa Yang melanggar aturan-aturan hukum Allah,

    maka mereka itulah orang-orang Yang zalim".(Al-Baqarah, 2:229).



    Walau bagaimanapun ijmak ulamak memperincikan hukum hudud tadi dengan mengambil kira kriteria-kriteria tertentu sebelum seseorang yang dituduh melakukan kesalahan hudud dijatuhkan hukumannya. Mereka berpegang dan merujuk kepada banyak hadits-hadits yang telah diambil daripada Rasulullah s.a.w. Jika hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana sebab-sebab tertentu, jenis hukuman yang lain boleh diambil kira, misalnya qisas, diyat dan ta’zir.



    Kesalahan Hudud

    Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:

    a) Zina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara`. Zina pula terbahagi kepada 2 jenis pelakunya, iaitu Zina Muhsan dan Ghairu Muhsan. Muhsan ertinya penzina itu telah berkahwin atau pernah berkahwin dan telah melakukan persetubuhan, manakala Ghairu Muhsan pula lelaki atau perempuan yang belum pernah berkahwin. Kedua-dua jenis penzina ini apabila dilaksanakan hukum hudud ke atas mereka adalah berbeza diantara satu sama lain.



    b) Qazaf, atau Menuduh orang berzina, iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang perempuan yang baik lagi suci samada isteri atau bukan isteri atau menafikan keturunan yang dilahirkan olehnya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.



    c) Khamar, Minum arak atau minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.



    d) Sariqah, Mencuri : iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.



    e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.



    f) Hirabah, Merompak : iaitu keluar seseorang atau sekumpulanyang tertentu dengan tujuan untuk mengambil harta orang lain yang bukan haknya atau membunuh orang tidak bersalah atau menakutkan orang ramai dengan cara kekerasan.



    g) Bughat, Sesuatu kumpulan yang sengaja menentang pemerintah sesebuah negara atau negeri yang melaksanakan Islam. Mereka beranggapan hanya kumpulan mereka yang betul. Mereka ini harus diperangi jika memenuhi beberapa syarat antaranya:

    • Mereka mempunyai kekuatan hingga berani menentang pemerintah yang adil, atau mereka telah menawan sesuatu daerah dalam pencerobohannya.

    • Mereka benar-benar tidak mahu mengaku pemerintah yang adil sebagai pemerintah.

    • Mereka mendakwa mempunyai dasar yang serupa dengan al-qur'an dan hadits dan menganggap mereka boleh keluar dari pemerintah yang sah. Firman Allah s.w.t.:



    "Dan jika dua puak dari orang-orang Yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap Yang lain, maka lawanlah puak Yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya Dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam Segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil". (al-Hujurat : 9)



    Peralatan mendera, bilangan dan bahagian didera.

    Kalau zaman ini hukuman kepada pesalah takzir kebayakkannya dilakukan menggunakan rotan, tetapi pada zaman Rasulullah s.a.w. dilaksanakan dengan beberapa perkara, antaranya sandal dan pelepah tamar.

    Hal ini dibuktikan dari hadits yang diriwayatkan dari Anas r.a. bahawasanya: “Nabi s.a.w. pernah memukul seseorang dengan sandal, pelepah kurma empat puluh kali, kerana orang itu minum khamar”. (Hadits riwayat Muslim).



    Dari Anas bin Malik berkata: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melaksanakan sebatan (dera) pada seseorang dengan pelepah kurma dan dengan sandal. Kemudian Abu Bakar juga melaksanakan sebatan empat puluh kali.

    Dan semenjak Umar bin al-Khattab memerintah, kaum muslimin mendekati masa kemakmuran, tanah-tanah banyak yang subur dan banyak menghasilkan kurma dan anggur. Ketika itu Umar r.a. bertanya: Bagaimana pendapatmu tentang sebatan minum arak (khamar) pada masa sekarang?, jawab Abdul Rahman bin Auf: Saya kira ramai orang yang menganggap ringan tentang hukuman peminum arak itu. Sesudah itu Umar melaksanakan sebatan sampai lapan puluh”. (Hadits riwayat Muslim).

    Pada zaman Rasulullah s.a.w. diperintahkan memukul di bahagian punggung, sebagaimana yang diceritakan di dalam hadits, sabda Rasulullah s.a.w. kepada Syarik Ibnus-Samha’ dalam masalah tuduhan zina ke atas isterinya:

    “Bawa saksi atau (engkau) dihukum (dipukul) pada punggungmu. Hilal lalu berkata: Ya Rasulullah, apabila salah seorang dari kita melihat seorang lelaki dengan isterinya (berbuat curang), apakah dia harus pergi mencari saksi? Maka Nabi s.a.w. tetap berkata; Bawa saksi atau (engkau) dihukum (dipukul) pada punggungmu. Hilal berkata: Demi Allah yang telah mengutus engkau dengan hak, sesungguhnya aku benar. Dan Allah pasti akan menurunkan sesuatu yang dapat membebaskan punggungku dari hukuman (pukulan)”.

    Dengan sebab peristiwa di atas maka turunlah ayat dari surah An-Nur ayat 6 hingga 7, berkenaan syarat-syarat Li'an.

    Khamar : Iaitu sesuatu jenis minuman atau makanan yang boleh memabukkan, dalam pengertian bahasa arab khamar bererti arak, akan tetapi hukuman dera bukan hanya dikenakan kepada peminum arak semata-mata, ini termasuk juga minuman atau makanan yang memabukkan yang lain seperti tuak masam, air daun ketum, susu masam atau samsu, dadah dan ganja, dan sesuatu yang bersifat seumpamanya. Barangsiapa meminum khamar atau arak atau minuman yang memabukkan maka didera 40 kali sebatan, dan boleh sampai 80 sebatan apabila perlu tetapi atas dasar memberi pengajaran, bukan ata dasar memberi hukuman.





    Hukum Minum Arak

    Dalil haram arak di dalam al-Qur'an antaranya:



    "Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah Yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) Yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir". (Al-Baqarah: 219)



    Dari Anas bin Malik berkata: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melaksanakan sebatan (dera) pada seseorang dengan pelepah kurma dan dengan sandal. Kemudian Abu Bakar juga melaksanakan sebatan empat puluh kali. Dan semenjak Umar bin al-Khattab memerintah, kaum muslimin mendekati masa kemakmuran, tanah-tanah banyak yang subur dan banyak menghasilkan kurma dan anggur. Ketika itu Umar r.a. bertanya: Bagaimana pendapatmu tentang sebatan minum arak (khamar) pada masa sekarang?, jawab Abdul Rahman bin Auf: Saya kira ramai orang yang menganggap ringan tentang hukuman peminum arak itu. Sesudah itu Umar melaksanakan sebatan sampai lapan puluh”. (Hadits riwayat Muslim).



    Begitu juga dengan hadits berikut, yang menyatakan dengan jelas bahawa hukuman yang dijatuhkan hanya sebagai pengajaran dan bukan atas dasar melaksanakan hukuman.

    Diriwayatkan oleh Muslim, bahawa : Sesungguhnya Usman r.a. menyuruh supaya Walid bin Uqbah bin Abi Mu’aith didera. Maka Abdullah bin Jabir melaksanakannya. Setelah sampai yang keempat puluh maka Saidina Ali k.w. berkata: cukuplah. Kemudian Ali menambah katanya: Nabi s.a.w. memberi hukuman keatas peminum khamar hanya empat puluh kali, Abu Bakar juga melaksanakan empat puluh kali, tetapi Umar lapan puluh kali. Semuanya itu adalah sunnah, dan yang ini (empat puluh kali) adalah yang kusukai, kerana telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w., beliau sangat berhati-hati dalam melaksanakan hukum Allah”. (Hadits riwayat Muslim).



    Sabit Hukuman



    Hukuman ke atas peminum arak akan dijatuhkan apabila terdapat padanya salah satu daripada perkara berikut;

    1. Kerana ada tanda-tanda bahawa ia minum khamar.



    2. Kerana mengaku bahawa ia telah minum khamar.

    Tetapi seseorang tidak akan disebat kerana muntah khamar atau dari mulut atau hidungnya berbau khamar.



    Apakah jenis minuman yang diharamkan?



    “Rasulullah s.a.w. pernah ditanya tentang minuman yang terbuat dari madu dan minuman yang terbuat dari sya’ir atau gandum? Nabi s.a.w. bertanya: Apakah minuman itu memabukkan?, jawab orang yang bertanya : Benar. Nabi s.a.w. melanjutkan sabdanya: Tiap minuman yang memabukkan itu haram. Sesungguhnya Allah berjanji kepada orang-orang yang suka minum minuman yang memabukkan, akan diberi minuman ‘Thainatul-Khabal’. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah ‘Thainatul-Khabal’ itu?, Jawab Rasulullah s.a.w., iaitu peluh penduduk neraka atau tirai penduduk neraka”. (Hadits riwayat Muslim).



    Apakah kadar minum yang kena hukuman?

    Mengikut apa yang dicatatkan oleh para sahabat minuman yang memabukkan tetap haram walaupun sedikit.



    Jabir r.a. berkata : “Rasulullah s.a.w. bersabda: Apapun yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya pun diharamkan”. (hadits riwayat Abu Daud).



    Apakah Peralatan Sebatan (dera) yang digunakan zaman Rasulullah?



    Kalau zaman ini hukuman kepada pesalah takzir kebayakkannya dilakukan menggunakan rotan, tetapi pada zaman Rasulullah s.a.w. mungkin sukar untuk mendapat rotan. Dan rotan bukanlah perkara sebenar yang difirman Allah dalam al-Qur'an. ( فاجلدوا كل واحد ماءة جلدة ) Jildun bukan bermaksud rotan. Oleh itu di zaman Rasulullah s.a.w. hukumaan sebat dilaksanakan dengan beberapa perkara, antaranya sandal dan pelepah tamar. Hal ini dibuktikan dari hadits yang diriwayatkan dari Anas r.a. bahawasanya:



    “Nabi s.a.w. pernah memukul seseorang dengan sandal (selipar/sepatu), pelepah kurma empat puluh kali, kerana orang itu minum khamar (arak)”. (Hadits riwayat Muslim).

    Apakah Sebatan 40 atau 80

    Dari Anas bin Malik berkata: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melaksanakan sebatan (dera) pada seseorang dengan pelepah kurma dan dengan sandal. Kemudian Abu Bakar juga melaksanakan sebatan empat puluh kali. Dan semenjak Umar bin al-Khattab memerintah, kaum muslimin mendekati masa kemakmuran, tanah-tanah banyak yang subur dan banyak menghasilkan kurma dan anggur. Ketika itu Umar r.a. bertanya: Bagaimana pendapatmu tentang sebatan minum arak (khamar) pada masa sekarang?, jawab Abdul Rahman bin Auf: Saya kira ramai orang yang menganggap ringan tentang hukuman peminum arak itu. Sesudah itu Umar melaksanakan sebatan sampai lapan puluh”. (Hadits riwayat Muslim).



    MENCURI : ertinya mengambil barang orang lain dengan cara sembunyi-sembunyi yang telah disimpan di tempat yang sesuai tanpa izin tuannya.



    Hukumannya.

    Harus dipotong tangannya jika memenuhi syarat-syarat berikut;



    1. Pencuri sudah baligh dan berakal sihat.



    2. Pencuri yang mencuri dengan rasa bangga atas perbuatannya atau kerana tamak atau dengki, bukan kerana lapar atau dharurat.



    3. Barang yang dicuri nilainya melebihi satu nisab atau seperempat dinar. Sekiranya barangan yang dicuri tidak sampai seperempat dinar tidak harus dipotong tangannya, walaupun sabit kesalahan. Dari Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak dipotong tangan pecuri, kecuali kalau telah mencuri seperempat dinar”. (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)



    4. Barang yang dicuri bukan milik sendiri atau bukan serupa dengan milik sendiri.



    5. Barangan yang dicuri telah disimpan ditempat yang selayaknya dan dijaga rapi.



    Dari Abdullah bin Umar bin Al-‘As r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. pernah ditanya tentang buah kurma yang tergantung (di pohon). Nabi s.a.w. menjawab:”Barangsiapa yang memerlukan mengambil secukupnya, tidak dengan kain sarungnya, maka tidak jadi apa. Dan barang siapa yang keluar (dari kebun) dengan membawa sebahagian (buah kurma), maka wajib baginya mengganti dua kali ganda dan mendapat pengajaran (hukuman). Tetapi barangsiapa yang mengambil kurma itu setelah disimpan dalam tempat simpanannya, sebanyak harga perisai (seperempat dinar), maka wajib dipotong tangannya”. (Hadits riwayat Abu Daud dan lain-lain).



    Jika memenuhi syarat-syarat di atas maka hendaklah dilaksanakan hukuman hudud. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t.:



    “Dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (QS Al-Maidah : 38)



    Cara Pelaksanaan Hukuman

    Jika sabit kesalah seperti syarat-syarat di atas maka wajib dihukum hudud.



    1. Mecuri kali pertama kali dipotong tangan kanannya dari sendi pergelangan;

    2. Mencuri kali kedua dipotong kaki kirinya dari sendi pergelangan;

    3. Mencuri kali ketiga dipotong tangan kirinya dari sendi pergelangan;

    4. Mencuri lagi kali keempat dipotong kaki kanannya dari sendi pergelangan.



    Jika masih mencuri walaupun kaki dan tangan telah dipotong maka hendaklah dijatuhkan hukuman ta’zir (ditentukan oleh hakim atau qadhi). Menurut sebahagian pendapat pencuri itu dihukum bunuh. Hukuman ini berdasarkan firman Allah menurut bacaan Ibnu Mas’ud “maka potonglah tangan kanannya”.



    Diriwayatkan oleh at-tabrani bahawasanya Nabi s.a.w. pernah dibawa kehadapannya seorang pencuri, kemudian baginda memerintahkan supaya dipotong tangan kanannya”. (Mughni-Muhtaj, ayat 177/4)



    Diriwayat dari Ali k.w. ia berkata: “Apabila pencuri telah mencuri, maka harus dipotong tangan kanannya, apabila mencuri lagi, maka harus dipotong kaki kirinya” (Hadits riwayat Daraqutni)



    Abu Hurairah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Apabila seseorang mencuri, maka potonglah tangannya, kemudian apabila mencuri lagi potonglah kakinya, dan bila mencuri lagi potonglah tangannya. Bila diulangi lagi potonglah kakinya”. (Mughni Muhtaj, 178/4, al-Um 138/6)



    MURTAD : Ertinya keluar dari Islam, menjadi kafir. Barangsiapa yang murtad, maka hukuman pertamanya harus diingatkan bahkan diperintah agar bertaubat. Peringatan ini dilakukan hingga tiga kali. Jika ia bertaubat maka ianya diterima. Jika tidak mahu bertaubat setelah tiga kali diberi peringatan harus dibunuh dan tidak boleh dimandikan atau disolatkan malah tidak boleh (haram) dikuburkan di tanah perkuburan orang-orang Islam.

    “…… dan sesiapa di antara kamu Yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang Yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)”

    .(al-Baqarah: 217)





    Harus diperingatkan supaya bertaubat



    Berdasarkan hadits: Dari Jabir r.a. berkata: Ada seorang perempuan bernama Ummu Rauman telah murtad, maka nabi s.a.w. memerintahkan orang menyuruh perempuan itu kembali kepada Islam. Bila (dia) mahu bertaubat, biarkanlah. Tetapi apabila tidak mahu bertaubat, bunuhlah”. (Hadits riwayat daruqutni).



    Menurut sebahagian pendapat, sesudah diperingatkan, harus ditangguhkan (ditahan) sehingga tiga hari;



    Umar r.a. berkata: Apakah tidak kamu tahan lebih dahulu tiga hari, setiap harinya kamu kamu beri ia makan roti dan kamu perintahkan bertaubat, mungkin dia mahu bertaubat dan kembali kepada ajaran Allah?. Kemudian Umar r.a. berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku tidak hadir, aku tidak memerintahkan dan tidak rela apabila sampai padaku”. (al-Muwatto’: 737/2)



    Akan tetapi pelaksanaan hukuman bunuh bagi orang islam yang murtad bukan tiga hari, tetapi diperingatkan tiga kali, kemudian jika masih enggan ia harus dibunuh. Ini adalah menurut pendapat yang rajih. Sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam hadits mereka. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Ketika majlis pelantikan Abu Musa al-Asy’ari r.a. sebagai Gabenor Yaman yang diikuti oleh Mu’adz bin Jabal. Setelah ia datang di sini, maka dipersilakan ia duduk di majlis, tiba-tiba berhampiran tempat duduknya ada seorang tawanan lelaki, lalu ia bertanya: Apakah ini?, lalu dijawab oleh salah seorang sahabat: Orang ini asalnya orang Yahudi, kemudian masuk Islam, tetapi keluar (murtad) semula dan menjadi Yahudi lagi. Abu Musa tidak mahu duduk, jawabnya: “Saya tidak akan duduk kecuali kalau orang ini telah dibunuh. Hukum Allah dan RasulNya harus disegerakan”. Maka diperintah membunuh tawanan murtad itu.



    Perompak : Hukuman hudud ke atas perompak atau penyamun dapat dibahagikan kepada empat keadaan jika sabit kesalahan.



    1. Perompak yang hanya membunuh dan tidak mengambil harta rompakan maka harus dibunuh dan digantung.



    2. Perompak yang mengambil harta dan membunuh maka harus dibunuh dan digantung.



    3. Perompak yang mengambil harta dan tidak membunuh maka harus dipotong tangan dan kakinya secara bersilang (tangan kanan dan kaki kiri).



    4. Jika hanya menakut-nakut orang yang lalu lintas, tetapi tidak pula merompak atau membunuh, maka ditawan dan dibuang negeri.



    Apabila perompak itu orang Islam, maka sesudah dibunuh harus dimandikan, dikafankan dan disolatkan. Sesudah itu disalibkan dipapan selama tiga hari jika tidak busuk atau reput. Ini adalah sebagai peringatan dan pengajaran kepada orang yang melihatnya. Hukuman ini adalah sebagaimana disebut di dalam al-Qur’an, firman Allah:

    Maksudnya:"Hanyasanya balasan orang-orang Yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah Dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja Dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). hukuman Yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa Yang amat besar. (al-Maidah : 33)





    Penzina : terbahagi kepada 2 jenis pelakunya, iaitu Muhsan dan Ghairu Muhsan.

    Muhsan ertinya lelaki atau perempuan itu telah berkahwin atau pernah berkahwin dengan akad yang sah dan telah melakukan persetubuhan, manakala Ghairu Muhsan pula lelaki atau perempuan yang belum pernah berkahwin. Kedua-dua jenis penzina ini apabila dilaksanakan hukum hudud ke atas mereka adalah berbeza diantara satu sama lain.



    Muhsan terdiri di antaranya, suami, duda, janda atau isteri. Jika yang berzina itu Muhsan, jika sabit kesalahan maka hukumannya direjam (dengan batu) sampai mati.



    Ghairu Muhsan terdiri daripada mereka yang dikenali sebagai jejaka, teruna, gadis atau dara. Hukuman dera ke atas ghairu Muhsan 100 rotan dan dibuang daerah selama satu tahun.



    Dalil daripada hadits Nabi s.a.w.:

    “Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Ada seorang lelaki (Maiz bin Malik Al Aslam) datang kepada Nabi s.a.w. ketika baginda sedang di masjid, katanya: Ya Rasulullah, saya berzina. Mendengar ucapan itu Rasulullah berpaling darinya. Tetapi orang itu mengulang-ulang perkataannya, bahkan bersumpah pula. Maka Nabi s.a.w. memanggilnya dan bertanya: Apakah engkau berzina Muhsan?, jawabnya: Benar. Nabi s.a.w. bersabda: Bawalah orang ini dan rejamlah!”



    Jika yang berzina itu Ghairu Muhsan, jika sabit kesalahan maka hukumannya 100 sebatan dan dibuang negeri (sejauh perjalanan solat qasar atau melebihi 2 marhalah) selama satu tahun. Firman Allah s.w.t.:

    “Perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman”. (An Nur : 2)



    Dalil dibuang satu tahun berdasarkan sabda nabi s.a.w.:

    “Zaid bin Kholid r.a. berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya orang yang zina ghairu muhsan, didera seratus kali dan dibuang satu tahun …..”. (Hadits riwayat Bukhari)



    Ibnu Syihab berkata : Pernah aku diberitahu oleh Urwah bin Azzabair, bahawa Umar bin al-Khattab membuang orang berzina. Sesudah itu turunlah sunnah Rasulullah yang demikian.



    “Ubbadah bin Askshomit r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Jejaka berzina dengan gadis, hukumannya seratus kali dan dibuang selama satu tahun”.



    Pembuangan harus dilakukan paling dekat jarak sah solat qasar atau lebih jauh jika perlu. Hal ini tidak ada beza di antara lelaki dan perempuan. Tetapi pembuangan untuk wanita harus disertai dengan mahramnya.



    Penzina Hamba Sahaya



    Hukuman bagi hamba sahaya adalah separuh daripada hukuman orang merdeka. Mengikut jumhur ulamak hamba baik yang muhsan atau ghairu muhsan hukumannha 50 kali dera dan dibuang setengah tahun. Hal ini kerana rejam tidak dapat dibahagi dua. Ini berdasarkan firman Allah:

    "…... kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa Yang ditetapkan ke atas perempuan-perempuan Yang merdeka. (Hukum perkahwinan) Yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin Dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-orang Yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan sabarnya kamu (tidak berkahwin Dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (An-Nisa’ : 25).



    Syarat-syarat zina Muhsan

    Syarat-syarat zina Muhsan empat perkara : baligh, berakal, merdeka dan pernah bersetubuh dalam akad nikah yang sah.



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA