الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Iskandar Zulkarnain

    ISKANDAR ZULKARNAIN: 
    Zul-qarnain ( ‎ذو القرنين‎) - dhū al-Qarnayn, secara
    ‎harfiahnya bermaksud "Dia yang Bertanduk Dua", merupakan satu tokoh yang ‎disebutkan di dalam Qur'an, iaitu kitab suci Islam yang menyatakan beliau sebagai ‎pemerintah yang hebat dan adil yang membina tembok pengantara Yakjuj dan Makjuj ‎dari menyerang orang yang di Barat.

    Bertanduk dua

    ‎ Sesetengah pihak berpendapat gelaran "Zulkarnain" bermaksud "bertanduk dua", yang ‎secara tersiratnya merujuk kepada syiling yang ditempa untuk Iskandar Agung mahupun ‎ukiran dinding Cyrus Agung.‎ Pentafsir al-Quran abad ke-14 memberikan sebab yang berbeza. Dalam Tafsir Ibn Kathir ‎menyatakan, "sesetengah mereka memanggilnya Zulkarnain kerana dia mencapai dua ‎‎"tanduk" (batas) matahari, timur dan barat, tempat ia terbit dan terbenam."‎ Tambahan pula, nama Zulkarnain juga diterjemahkan menjadi "dia yang berketurunan ‎dua", "dia yang hidup hingga dua kurun", "dia yang memiliki dua kerajaan" ataupun ‎‎"pemerintah dua kerajaan". 

    Banyak yang mentafsirkan perkataan tersebut dengan maksud ‎yang berbeza.‎ Terdapat juga pendapat yang mengatakan "bertanduk dua" bermaksud menggabungkan 2 ‎negeri.‎ Mengikut sejarah, Zulkarnain dikatakan sebagai Iskandar Agung (Alexander The Great) ‎tetapi ia hanyalah pendapat paling sekular dan disangkal sendiri oleh Ulama-Ulama dan ‎sarjana Islam yang mengatakan Zulkarnain adalah Cyrus Agung. 

    Gelaran tersebut turut ‎terkenal di kalangan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam yang boleh dikatakan ‎telah digunakan sekurang-kurangnya tiga orang raja yang berbeza. Terdapat juga pendapat yang mengatakan "bertanduk dua" bermaksud menggabungkan 2 ‎negeri. Penaklukan pertama Zulkarnain adalah ke kerajaan Persia yang dipimpin Darius ‎III Codomannus melalui perang Battle of Issus (sekarang Iskenderum, Turki) meskipun ‎dengan kekuatan tentera yang hanya seperempatnya yang dipimpin jeneral Ptolemy ‎dibanding kekuatan Persia. Selanjutnya selama 12 tahun Zulkarnain menguasai pantai ‎Laut Tengah Mesir, kemudian Babylonia hingga ke wilayah Pakistan dan India Utara ‎sekarang. 

    ‎ Cerita tentang Zul ‎Qarnain disebut oleh Allah di dalam al-Qur’an.‎ Dalil dari al-Qur’an:‎ Berikut merupakan petikan tafsir dari surah al-Kahfi yang menceritakan tentang ‎Zulkarnain.‎

    وَيَسْأَلُونَكَ عَن ذِي الْقَرْنَيْنِ ۖ قُلْ سَأَتْلُو عَلَيْكُم مِّنْهُ ذِكْرًا ﴿٨٣﴾
    إِنَّا مَكَّنَّا لَهُ فِي الْأَرْضِ وَآتَيْنَاهُ مِن كُلِّ شَيْءٍ سَبَبًا ﴿٨٤﴾ فَأَتْبَعَ سَبَبًا ﴿٨٥﴾ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَةٍ وَوَجَدَ عِندَهَا قَوْمًا ۗ قُلْنَا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِمَّا أَن تُعَذِّبَ وَإِمَّا أَن تَتَّخِذَ فِيهِمْ حُسْنًا ﴿٨٦﴾ قَالَ أَمَّا مَن ظَلَمَ فَسَوْفَ نُعَذِّبُهُ ثُمَّ يُرَدُّ إِلَىٰ رَبِّهِ فَيُعَذِّبُهُ عَذَابًا نُّكْرًا ﴿٨٧﴾ وَأَمَّا مَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَلَهُ جَزَاءً الْحُسْنَىٰ ۖ وَسَنَقُولُ لَهُ مِنْ أَمْرِنَا يُسْرًا ﴿٨٨﴾ ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَبًا ﴿٨٩﴾ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ مَطْلِعَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَطْلُعُ عَلَىٰ قَوْمٍ لَّمْ نَجْعَل لَّهُم مِّن دُونِهَا سِتْرًا ﴿٩٠﴾ كَذَٰلِكَ وَقَدْ أَحَطْنَا بِمَا لَدَيْهِ خُبْرًا ﴿٩١﴾ ثُمَّ أَتْبَعَ سَبَبًا ﴿٩٢﴾ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ بَيْنَ السَّدَّيْنِ وَجَدَ مِن دُونِهِمَا قَوْمًا لَّا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ قَوْلًا ﴿٩٣﴾ قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَىٰ أَن تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا ﴿٩٤﴾ قَالَ مَا مَكَّنِّي فِيهِ رَبِّي خَيْرٌ فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ أَجْعَلْ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ رَدْمًا ﴿٩٥﴾ آتُونِي زُبَرَ الْحَدِيدِ ۖ حَتَّىٰ إِذَا سَاوَىٰ بَيْنَ الصَّدَفَيْنِ قَالَ انفُخُوا ۖ حَتَّىٰ إِذَا جَعَلَهُ نَارًا قَالَ آتُونِي أُفْرِغْ عَلَيْهِ قِطْرًا ﴿٩٦﴾ فَمَا اسْطَاعُوا أَن يَظْهَرُوهُ وَمَا اسْتَطَاعُوا لَهُ نَقْبًا ﴿٩٧﴾
    قَالَ هَـٰذَا رَحْمَةٌ مِّن رَّبِّي ۖ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ رَبِّي جَعَلَهُ دَكَّاءَ ۖ وَكَانَ وَعْدُ رَبِّي حَقًّا ﴿٩٨﴾

    ‎83. Dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. katakanlah: "Aku akan ‎bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah Yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya":‎ ‎

    84. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri ‎kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu Yang diperlukannya.

    ‎ ‎85. Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).

    ‎ ‎86. Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair ‎Yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisiNya satu
    kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan ‎mengilhamkan kepadanya): "Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada Engkau hendak menyeksa mereka atau ‎Engkau bertindak secara baik terhadap mereka".

    ‎ ‎87. Ia berkata: "Adapun orang Yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka Kami akan ‎menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya Dengan azab seksa ‎Yang seburuk-buruknya.‎ ‎

    88. Adapun orang Yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan Yang sebaik-baiknya; dan ‎Kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah Kami Yang tidak memberati".‎ ‎

    89. Kemudian ia berpatah balik menurut jalan Yang lain.‎ ‎

    90. Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum Yang ‎Kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.‎ ‎

    91. Demikianlah halnya; dan Sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan Segala Yang ada ‎padanya.‎ ‎

    92. Kemudian ia berpatah balik menurut jalan Yang lain.‎ ‎

    93. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisiNya satu kaum Yang hampir-hampir ‎mereka tidak dapat memahami perkataan.

    ‎ ‎94. Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, Sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan ‎kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya Kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil ‎pendapatan kami) Dengan syarat Engkau membina sebuah tembok di antara Kami Dengan mereka?"

    ‎ ‎95. Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) Yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari ‎bayaran kamu); oleh itu bantulah daku Dengan tenaga (kamu beramai-ramai) Aku akan bina antara kamu ‎Dengan mereka sebuah tembok penutup Yang kukuh.‎ ‎

    96. Bawalah kepadaKu ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup ‎lapangan antara dua Gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya Dengan berkata: "Tiuplah ‎Dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: ‎‎"Bawalah tembaga cair supaya Aku tuangkan atasnya".‎ ‎

    97. Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.‎ ‎

    98. (setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; Dalam pada itu, apabila ‎sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".‎

    Sejarah Hidup Zulkarnain Dia dilahirkan di Macedonia. Kepadanya dikurniakan Allah otak yang pintar, fikiran ‎yang panjang dan berbagai-bagai ilmu pengetahuan: Ilmu perang, ilmu politik dan ilmu ‎teknik dan kimia. ‎ Dari semenjak dia masih kecil, hatinya sudah tidak enak melihat perang yang selalu ‎timbul antara Kerajaan di Timur (Kerajaan Farsi) dengan Kerajaan di Barat (Kerajaan ‎Rum). Perang yang tidak henti-hentinya dari tahun ke tahun, malah dari abad ke abad, ‎yang telah mengorbankan ribuan manusia dan merosakkan bumi, menghancurkan banyak ‎harta benda.‎ ‎ ‎ Untuk menghindarkan perang antara Timur dengan Barat yang sudah bertradisi ini, dia ‎ingin mendirikan sebuah kerajaan besar yang meliputi Timur dan Barat. ‎

    Padanya terdapat segala syarat untuk menyampaikan maksud dan tujuan hidupnya yang ‎mempunyai tanggungjawab yang besar itu. Selain dia seorang yang baik, berakhlak yang ‎tinggi, berilmu pengetahuan tentang ketenteraan, tentang pemerintahan dan teknik, akan ‎dapat membawa dia sampai kepada cita-citanya. ‎ Mula-mula sekali dengan tenteranya yang lengkap kuat, dia menuju ke Barat (Maghribi ‎atau Moroco), tempat terbenamnya matahari. Disitu dilihatnya matahari itu terbenam di ‎matair yang bertambah hitam, iaitu Lautan Atlantik sekarang ini. ‎ Disitu didapatinya satu bangsa yang terlalu engkar dan kafir, hebat sekali kerosakan dan ‎kejahatan yang ditimbulkan bangsa itu. Bukan saja merosakkan permukaan bumi dan ‎mengacaukannya, tetapi juga sudah menjadi tabiat mereka suka membunuh orang-orang ‎yang tidak bersalah sekalipun. 

    ‎ Sebelum melakukan tindakan, terlebih dahulu Iskandar Zulkarnain menadahkan ‎tangannya ke langit, memohon petunjuk kepada Allah, tindakan apa sebaiknya yang ‎harus dilakukan terhadap bangsa yang begitu kejam. Apakah bangsa itu akan ‎digempurnya habis-habisan atau akan dibiarkan begitu saja? ‎ Tuhan menyuruh Iskandar Zulkarnain membuat pilihan salah satu diantara dua tindakan: ‎Digempur habis-habisan sebagai balasan atas kekejaman mereka selama ini atau diajar ‎dan dididik dengan propaganda, agar mereka kembali kepada kebenaran dan ‎meninggalkan segala kejahatan. ‎ Akhirnya Iskandar Zulkarnain memutuskan akan menggempur mereka yang derhaka dan ‎jahat sehebat-hebatnya dan membiarkan serta melindungi orang-orang yang baik diantara ‎mereka. Pada bangsa itu, Iskandar Zulkarnain lalu mengucapkan kata-katanya yang ‎ringkas: Siapa yang membuat aniaya, akan kami seksa dan dikembalikan kepada Tuhan ‎agar Tuhan memberi seksa yang lebih hebat lagi. Adapun orang-orang yang soleh dan ‎baik, akan kami lindungi serta diberi ganjaran-ganjaran dan kepadanya kami hanya akan ‎perintahkan kewajipan-kewajipan yang ringan saja. 

    ‎ Tenteranya segera bergerak, menewaskan setiap orang yang kejam, melindungi setiap ‎orang yang baik. Akhirnya negeri itu dapat diamankan dan ditenteramkan, serta diatur ‎sebaik-baiknya, penuh dengan kehidupan bahagia dan makmur.‎ ‎ ‎ Kerana kewajipannya terhadap bangsa dan negeri itu sudah selesai, Iskandar Zulkarnain ‎dengan tenteranya lantas menuju ke arah Timur (India). Dilihatnya matahari terbit atas ‎bangsa yang masih hidup telanjang (Bangsa Hindustan). ‎ Bangsa dan negeri itupun dapat ditaklukkannya, diamankan dan ditenteramkannya, serta ‎diatur sebaik-baiknya sehingga setiap orang dapat merasakan hidup aman dan tenteram, ‎bahagia dan senang pula. Bangsa itu dapat dikeluarkannya dari lembah kesesatan dan ‎kejahilan. ‎ Selesailah sudah kewajipannya terhadap negeri dan bangsa itu. Ia lalu menuju ke utara, ‎ke negeri Armenia melalui Persia (Parsi/Iran) dan Azerbaijan. Dengan kemenangan demi ‎kemenangan yang dicapainya selama dalam perjalanan itu, akhirnya dia sampai ditempat ‎yang ditujui. 

    Didapatinya di situ satu bangsa yang hidup antara dua buah gunung, iaitu ‎Gunung Armani dan Gunung Azerbaijan. Iskandar Zulkarnain tidak mengerti akan ‎bahasa yang diguna bangsa ini. ‎ Bangsa ini didapatinya hidup selalu dalam ketakutan dan kekhuatiran, kerana negeri ‎mereka bersempadan dengan bangsa Yakjuj dan Makjuj yang terkenal kejam dan kuatnya. ‎Bukan sekali-dua kali saja tetapi sering sekali bangsa Yakjuj dan Makjuj itu datang ‎menyerang mereka, menghancurkan apa saja yang didapatinya dan membunuh siapa saja ‎yang dijumpainya. ‎

    Kedatangan Iskandar Zulkarnain ini, mereka sambut dengan segala kehormatan dan ‎kegembiraan, kerana mereka tahu bahawa Iskandar Zulkarnain adalah raja yang terkuat ‎dan raja yang adil di muka bumi ini. ‎ Kepada Iskandar Zulkarnain dimintanya pertolongan, untuk melindungi diri mereka dari ‎serangan Yakjuj dan Makjuj. Mereka memohon agar antara negeri mereka dengan negeri ‎Yakjuj dan Makjuj diadakan dinding raksasa yang tidak dapat ditembusi dan untuk ‎keperluan ini, mereka sanggup membayar upah dan kerugian kepada Iskandar ‎Zulkarnain. ‎ Mendengar permohonan ini, Iskandar Zulkarnain menjawab: Saya tidak mengharapkan ‎upah dari kamu. Nikmat dan pemberian Tuhanku adalah lebih berharga dari upah itu. ‎Hanya kepadamu saya minta kaum pekerja dan alat-alatnya, besi, tembaga, arang batu ‎dan kayu. ‎ Setelah semua itu terkumpul, Iskandar Zulkarnain mulai bekerja dengan pentolongan ‎para pekerja. Mula-mula dinyalakan api dengan kayu dan arang batu, diambilnya besi, ‎lalu dihancurkannya dengan api itu. 

    Hancuran besi itu dituangkannya tembaga, ‎sehingga bersatu dengan besi. Dengan bahan campuran inilah didirikannya dinding ‎raksasa antara negeri itu dengan negeri Yakjuj dan Makjuj, dinding besi raksasa yang ‎tidak dapat ditembus dan dilubangi oleh sesiapa. ‎ Kepada bangsa itu Iskandar Zulkarnain lalu berkata: Dinding ini adalah rahmat dari ‎Tuhan kepadamu, hanya Tuhanlah yang dapat menembus dinding ini, bila ‎dikehendakiNya. ‎ Dengan jalan begitu,
    maka aman dan tenteramlah negeri itu. Setelah Iskandar Zulkarnain ‎dapat menaklukkan negeri-negeri lainnya ditimur, barat, di utara dan di selatan, maka ‎kerajaannya kini meliputi: Moroko, Rom, Yunani, Mesir, Parsi dan India, sehingga ‎menjadi sebuah kerajaan yang amat luas, yang belum pernah terjadi sebelumnya, di ‎mana penduduknya kini hidup dengan aman tenteram dan makmur.

    ‎ Cita-cita Iskandar Zulkarnain telah dapat dicapainya, berkat pertolongan Allah, kerana ‎dia selalu berlindung diri kepadaNya. Tetapi sayang setelah Iskandar Zulkarnain ‎meninggal dunia, kerajaan yang besar dan bahagia itu menjadi berpecah-belah, kerana ‎perebutan kekuasaan para pengikutnya yang ditinggalkannya. ‎ Zulkarnain yang bererti raja Timur dan Barat, telah dapat menyatukan ‎kerajaan Timur dengan kerajaan Barat, menjadi suatu kerajaan yang adil dan makmur, ‎berkat ilmu dan pengetahuannya, serta berkat dasar ketuhanan yang selalu dipegangnya ‎teguh dalam mendirikan kerajaan besar itu. ‎ Kita sedang menunggu berdirinya negera itu, menunggu-nunggu kedatangan Iskandar ‎Zulkarnain abad keduapuluh. ‎ Persoalan tentang Zulkarnain tercatat dalam sirah nabawiyah (sejarah Nabi) dan tertulis ‎dalam sirah Ibnu Ishaq yang menceritakan bahawa musyrikin Makkah meminta bantuan ‎Yahudi Khaibar untuk mencari kelemahan Muhammad S.A.W. Ketika yahudi Bani Nadr ‎mengatakan hal tersebut kepada mereka, mereka mengirim dia dan Uqbah bin Abu Muit ‎kepada rabai/pendita Yahudi di Madinah. 

    Untuk membuktikan kenabian, rabai tersebut akan ‎mengajukan tiga soalan yang sekiranya dijawab dengan betul, maka itu membuktikan ‎akan baginda seorang nabi dan begitu juga sebaliknya. Persoalan yang ditanyakan ialah:‎ ‎

    1. Tentang beberapa anak muda di zaman dahulu yang ceritanya amat pelik dan ‎menakjubkan.‎ ‎

    2. Tentang seorang lelaki yang merupakan pengembara hebat yang telah sampai ke timur ‎dan barat.‎ ‎

    3. Tentang Roh. ‎ Baginda Nabi Muhammad s.a.w. meminta masa untuk menjawabnya dan selepas diturunkan ‎wahyu, semuanya telah terjawab melalui surah al-Kahfi.‎

    Berbagai Pendapat Perbezaan Antara Iskandar Agung dan Zulkarnain Hasil kajian ilmuan dan sarjana Islam seperti Seyyed Ahmad Khan (pentafsir Quran ‎terkenal), Maulana Abulkalam Azad (Menteri Kebudayaan India), Baha'eddin ‎Khomrashahi dan Dr. Muhammad Ebrahim Bastabi Parizi menyangkal bahawa ‎Zulkarnain adalah Iskandar Agung. Mereka lebih mengesyaki yang Zulkarnain adalah ‎Cyrus Agung iaitu raja empayar Parsi Arkaemenia.‎ Mereka memberikan bukti-bukti kukuh termasuk artifak tulisan dan ukiran pada batu ‎istana dan kubur. 

    Berikut merupakan bukti yang dinyatakan:‎ ‎

    1. Ukiran pada batu yang masih dapat dilihat hingga kini yang memaparkan Cyrus ‎dengan mahkotanya yang mempunyai tanduk.‎ ‎

    2. Menurut al-Qur'an, rahmat Tuhan diberikan bersamanya dan dengan itu, Cyrus ‎merupakan raja pertama (beberapa ratus tahun sebelum Iskandar Agung) yang menakluki ‎sebahagian besar Eropah dan Asia.‎ ‎

    3. Cyrus (seperti juga Zulkarnain) menyembah satu Tuhan tetapi Iskandar Agung ‎mempunyai banyak dewa-dewi.‎ ‎

    4. Di dalam al-Qur'an tercatat perjalanan Zulkarnain iaitu bermula ke Barat lalu ke Timur ‎sebelum ke jalan yang lain (iaitu Utara) yang bertepatan dengan ekspedisi Cyrus yang ‎memulakan penaklukan di Barat Parsi hingga ke Lydia di Asia Kecil kemudian berpatah ‎ke timur sehingga Makran dan Sistani (Scythian) sebelum ke Timur Laut menawan ‎Eropah berhampiran Balkan.

    ‎ ‎5. Ekspedisi Cyrus diteruskan dengan penaklukan Lycia, Cilicia dan Phoenicia, dan ‎mereka menggunakan teknik pembinaan tembok yang belum digunakan lagi oleh orang ‎Yunani ketika itu.‎ ‎

    6. Menurut al-Qur'an, pengembaraan Zulkarnain dimudahkan dan kebetulan lagi bagi ‎Cyrus, beliau sempat menamatkan ekspedisinya kali itu pada 542 SM, sebelum pulang ke ‎Parsi manakala Iskandar masih dalam misi menakluknya ketika dia mati.‎ ‎

    7. Keperibadian Iskandar juga dikatakan tidak seperti yang dikatakan mulia apabila ‎Iskandar sendiri sering berpesta arak dan juga mempunyai seorang lelaki, Haphaeston, ‎sebagai kekasihnya.‎

    Selain di Mesir, Zulkarnain dikenali juga sebagai Alexandria, mendirikan/diabadikan di ‎kota-kota berikut: ‎ ‎* Alexandria Asiana, Iran ‎ ‎* Alexandria in Ariana, Afghanistan ‎ ‎* Alexandria of the Caucasus, Afghanistan ‎ ‎* Alexandria on the Oxus, Afghanistan ‎ ‎* Alexandria of the Arachosians, Afghanistan ‎ ‎* Alexandria on the Indus, Pakistan ‎ ‎* Alexandria Eschate, “The furthest”, Tajikistan ‎ Mungkin sudah ditakdirkan wilayah sekitar Mesopotamia (sekarang Iraq) selalu menjadi ‎wilayah peperangan hingga sekarang. Kisah Alexander The Great di atas kini diabadikan ‎oleh sutradara Oliver Stone ke layar lebar dengan judul Alexander.‎
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA