الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    ROTAN DAN DIDIKAN

    Rasulullah s.a.w ada menyebut tentang rotan ini dalam hadis-hadis baginda, misalnya :

    رَحِمَ اللهُ عَبداً عَلَّقَ في بيتِهِ سَوطاً يُؤَدِّبُ أَهْلَهُ (رواية الأمام السيوطي)


    (Rahmat Allah kepada seseorang hamba yang menggantungkan di dalam
    rumahnya rotan, dengan tujuan mengajar adab dengannya akan keluarganya)

    Dalam hadis baginda yang lain ada dinyatakan :


    لَأَنْ يُؤَدِّبُ أحَدُكُم ولَدَهُ بسَوطٍ خيرٌ لهُ من أن يتصدَّقَ عنه صاعٍ ابن حجر في تحرير المقال


    (Bahawa mengajar adab seseorang terhadap anaknya dengan memukulnya dengan rotan, terlebih baik dari berbuat sedekah dengan satu gantang zakat fitrah) Manakala hadis yang selalu kita dengar dibaca orang ialah :


    مُروا الصبِيَّ بالصلوات إذا بلغَ سَبْعَ سنين وإذا بلغَ عشرَ سنين فاضرِبوا عليها رواه أبو داود والطبراني في الكبير

    (Suruh olehmu anak-anakmu dengan sembahyang ketika umur mereka 7 tahun, dan apabila telah sampai umurnya 10 tahun, maka pukul olehmu jika ia meninggalkan sembahyang) Berdasarkan 3 hadis di atas, anak-anak yang agak degil dengan solat ini perlu serba sedikit diadabkan dengan rotan, agar mereka sedar bahawa meninggalkan solat itu amat besar dosanya.

    Rasulullah menyuruh kita mengajar adab dan akhlak dengan pemantauan secara berotan, jika kelihatan anak-anak itu dari kalangan manusia yang patuh dan taat, maka rotan tidak perlu digunakan. Namun menggantungkan rotan di rumah masih-masing adalah tanda untuk memperingatkan anak-anak agar sentiasa ingatkan solat serta berakhlak tinggi. Maka kesannya, sudah tentu anak-anak dapat diajar sejak dari kecil dan diadabkan dengan cara yang benar-benar mengikut aturan agama.

    Namun, rotan yang dianjurkan Islam sebenarnya bukanlah rotan yang boleh mendatangkan luka atau parah. Ia adalah rotan yang bertujuan mendidik. Pakar-pakar motivasi perlu melihat dalam ruangan yang amat positif, agar kaedah rotan ini menjadi salah satu cara terbaik yang mampu mengadabkan anak-anak.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA