الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    SOLAT : HIKMAH PERGERAKAN

    Takbiratul Ihram

    Takbiratul Ihram adalah salah satu rukun dan pergerakan pertama dalam solat; ia
    mengisytiharkan Allahu Akbar pada permulaan solat.
    Kenapa Allahu Akbar? Kenapa tidak Alhamdulillah, atau La Ilaha Illallah? Kerana Allahu Akbar bermaksud Allah itu besar dan hebat dan lagi penting daripada segala apa yang anda fikirkan tentang dunia. “Allahu Akbar” ada dalam semua pernyataan; apabila kita solat, azan, apabila melontar di jamrah, semasa hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Allah berfirman dalam Qur’an pada ayat terakhir mengenai Ramadhan:
    “…hendaklah kamu besarkan Allah, kerana petunjukNya kepadamu; dan mudah-mudahan kamu bersyukur kepadaNya.” (Qur’an, 2:185)

    Apabila anda menyebut Allahu Akbar, anda sedang memulakan pertemuan dengan Tuhan. Anda menyebut, “Allah lebih hebat” daripada segala kebimbangan kerja, atau makanan yang anda rancang untuk masak atau perjalanan yang anda rancang dengan rakan-rakan. Allah lebih hebat daripada segala apa di hati anda kecuali Dia. Itulah sebabnya, setiap pertukaran pergerakan, anda menyebut Allahu Akbar – mengingatkan anda daripada mula lalai, bahawa Allah lebih hebat daripada segala apa di dalam fikiran anda. Hanya ada satu bahagian anda tidak menyebut Allahu Akbar iaitu apabila bangun dari rukuk. Ini akan dibincangkan kemudian InsyaAllah.

    Mengangkat tangan

    Apabila kita takbiratul ihram, kita mengangkat tangan. Ada 3 cara Rasulullah yang dilaporkan:
    1.     Mengangkat tangan sebelum menyebut Allahu Akbar; anda angkat takbir, meletakkan tangan ke perut untuk qiam dan menyebut Allahu Akbar.
    2.     Mengangkat tangan semasa menyebut Allahu Akbar; anda angkat takbir berserentak dengan menyebut Allahu Akbar
    3.     Mengangkat tangan selepas menyebut Allahu Akbar: anda sebut Allahu Akbar, kemudian angkat takbir, dan qiam.
    Semua cara ini boleh dilakukan untuk mengangkat takbir. Dan di mana tangan perlu diangkat? Separas bahu atau telinga – kedua-duanya boleh.
    Mishary Al-Kharaz, da’iya, mencadangkan bertukar-tukar cara tersebut, supaya solat kita tidak menjadi mekanikal, supaya kita melakukannya dengan sengaja dan berhati-hati. Anda juga memastikan sunnah yang berbeza tidak ditinggalkan. Rasulullah ﷺ bersabda:
    من أحيا سنة من سنتي فعمل بها الناس كان له مثل أجر من عمل بها لا ينقص من أجورهم شيئا
    “Sesiapa yang mengamalkan sunnahku (yang dilupakan selepas kewafatanku), dia akan diberi ganjaran yang sama dengan orang yang mengikutnya, tanpa ada berkurang sedikit pun.” (Ibn Majah) 
    Apa maksud sebenar Allahu Akbar?
    Sesetengah orang mula bersolat dengan menipu. Sesetengah orang menyebut Allahu Akbar dan memaksudkannya; yang lain menipu kerana menyebut Allahu Akbar tetapi di hati mereka dunia lebih besar. Mereka tidak merasa intipati sebutan mereka.
    ‘Allah’ adalah nama unik tuhan kita, tiada yang lain boleh dipanggil Allah, dan ia bermaksud yang disembah. Nama-nama Tuhan yang lain digunakan untuk menyifatkan orang, contohnya, dalam Surah Hud dikatakan orang kepada Nabi Shuaib a.s.:
    انَّكَ لَأَنتَ ٱلْحَلِيمُ ٱلرَّشِيدُ
    “Sesungguhnya engkau al-Halim al-Rashid (penyantun lagi cerdik) (Qur’an, 11:87)
    Tapi 2 nama yang tidak boleh digunakan untuk manusia adalah “Allah” dan “Ar-Rahman” (Maha Pemurah) – khas untuk Allah.
    “Akbar” asalnya daripada takbir, yang bermaksud membesarkan. Allah berfirman:
    وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا
    “… besarkanlah Dia sebesar-besarnya” (Qur’an, 17:111)

    Allah terlalu hebat sehingga kita tidak mampu memahami semua sifat dan kehebatanNya, namun kita masih boleh faham sedikit dengan menyaksikan ciptaanNya. Dari gunung ke laut sehingga kepada pokok-pokok, haiwan dan manusia, semua ini menghebahkan Allahu Akbar! Semua ini jelas untuk disaksikan.

    Ya, tapi kenapa angkat tangan?
    Anda angkat tangan sebagai tanda penyerahan kepada Allah, meninggalkan dunia di belakang anda. Jika anda menyerah kepada seseorang, anda mengangkat tangan mengatakan, “saya menyerah.” Di sini anda dengan rela menyerah dan dengan cinta, harap dan kagum, di hadapan Pencipta.
    Signifikan untuk rohani
    Apabila anda angkat takbir dengan Allahu Akbar, dosa anda mula naik ke kepala dan bahu. Rasulullah ﷺ bersabda:
    إن العبد إذا قام يصلي أُتي بذنوبه كلها فوضعت على رأسه وعاتقيه فكلما ركع أو سجد تساقطت عنه
    “Apabila seorang hamba mula berdiri dan solat, semua dosanya naik ke kepala dan bahu. Setiap kali dia rukuk atau sujud, sebahagiannya gugur dari tempatnya.” (Bayhaqi, Saheeh al-Jami’)
    Hebatnya! Apalagi yang berlaku apabila kita mulakan solat? Allah memandang kita. Rasulullah ﷺ bersabda:
    لا يَزَالُ اللَّهُ مُقْبِلا عَلَى الْعَبْدِ مَا لَمْ يَلْتَفِتْ
    “Allah menghadap hambaNya yang bersolat selagi dia tidak berpaling.” (Abu Dawud)
    Banyak perkara yang berlaku bermula dari pergerakan semudah mengangkat takbir. Syaitan yang tugas khususnya mengganggu solat akan mula datang. Anda tidak bercakap, anda berhenti gelisah. Malah pandangan anda – anda tidak melihat ke atas. Anda sekarang di tempat keramat, sedang berbicara asyik dengan Allah. Rasulullah ﷺ berkata:
    مفتاح الصلاة الطهور وتحريمها التكبير وتحليلها التسليم
    “Kunci solat adalah penyucian, pembukanya adalah menyebut Allahu akbar dan penutupnya adalah menyebut assalamu `alaykum.” (Abu Dawud)

    Malah bukan sekadar pergerakan.

    Nikmat

    Sekarang ini kita bersetuju bahawa kita mestilah datang bersolat dengan perasaan, dan solat yang tidak disertai dengan perasaan itu adalah kisah lama. Ini kerana solat kita bukan sekadar pergerakan; solat kita bermaksud kita berdiri di hadapan Allah, bercakap dengan Dia. Ada satu isi terakhir yang perlu kita bincangkan kenapa kita cintakan Allah – dan itu adalah nikmat dan rahmatNya. Ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Allah berfirman dalam Al-Qur’an:
    وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا
    “[...] dan jika kamu hitung nikmat Allah, tiadalah sanggup kamu menghitungnya,” (14:34).
    Apabila kita mendengar ayat ini, ia membuatkan kita berhenti dan fikir tentang apa yang kita ada: dari iman kepada keluarga kita, kesihatan, pendidikan; juga perkara-perkara yang kita lupa untuk hargai seperti boleh bercakap, berjalan, melihat dan sebagainya. Mungkin cara lain untuk betul-betul merasa nikmat ini adalah cuma fikir tentang suatu rahmat yang kita benar-benar kita hargai, kenang kembali bagaimana ia telah mmemanfaatkan kita, dan bayangkan hidup kita tanpanya. Hidup tanpa rahmat itu sendiri amat susah – bayangkan kesemua rahmat yang telah Allah kurniakan kepada kita.

    Di sini kita akan memperkatakan tentang dua rahmat ini: iman dan aman.

    Iman ايمان

    Kita beruntung, kerana kita tahu siapa Tuhan kita, dan Tuhan kita adalah Satu. Ramai orang mencari Tuhan dalam ciptaan-ciptaan yang lain; sama ada binatang, orang, harta benda, atau sekadar mengagumi diri sendiri. Sedangkan ketika kita bersolat, kita tahu kita akan menghadap Allah. Allah berfirman,

    إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
    Sesungguhnya Akulah Allah. Tidak ada Tuhan  kecuali Aku, sebab itu sembahlah aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingatKu” (20:14)

    Aman امان

    Kita akan membicarakan tentang dua jenis keselamatan: dalaman dan luaran. Sebahagian contoh keselamatan dalaman adalah sistem pertahanan imun kita. Sementara kita melakukan tugasan harian kita, jarang kita sedar apa sebenarnya yang berlaku di dalam badan kita. Sel darah putih kita telah dilatih untuk menyerang penyakit-penyakit merbahaya yang cuba memasuki sistem badan kita.

    Haya'  حياء

    Sekarang kita akan beralih kepada perasaan yang lain – haya, atau malu – kerana kekurangan perkataan alih bahasa yang lebih sesuai. Apabila kita bersolat, kita perlu ada perasaan ini. Sesetengah orang akan bertanya, mengapa saya perlu malu kepada Tuhan? Jawapannya kerana Allah Maha Penyabar dengan kita. Tak ada sesiapa yang lebih sabar dengan kita, walau apa yang telah kita lakukan, melainkan Allah. Dia telah memberikan kita kemudahan, tapi kita masih melakukan dosa dengannya, Dia kemudiannya melindungi kita supaya orang lain tidak tahu tentang dosa kita, dan tidak terus menghukum kita. Dengan semua ini, Dia masih menerima taubat kita; dan bukan itu sahaja, Dia malu jika dia tidak mengabulkan permintaan manusia, apabila mereka mengangkat tangan meminta sesuatu daripada Allah, seperti dalam sabda Rasulullah ﷺ menurut Ahmad. 

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA