الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    JENIS-JENIS HADITS

    HADITS: Menurut bahasa ialah,



    Pertama: Yang baru;

    Kedua: Perkhabaran;

    Ketiga: Yang dekat atau yang belum lama.



    Menurut istilah ahli hadits pula: Hadits ialah segala ucapan Nabi (S.A.W.), segala perbuatan dan segala keadaannya. Segala keadaan bererti segala yang diriwayatkan dalam buku sejarah seperti hal keputeraannya, tempatnya dan segala yang bertalian dengannya. Pengertian ini sama dengan pengertian sunnah mengikut ahli hadits, tetapi berlainan pendapatnya mengikut pengertian ahli usul.



    HADITS AHAD ‎ ‎: Menurut Istilah ahli hadits, tarif Hadits Ahad ‎ ‎antara laian adalah:‎


    Iaitu suatu hadits (khabar) yang jumlah pemberitaannya tidak ‎mencapai jumlah pemberita hadits mutawatir; baik pemberita itu ‎seorang. dua orang, tiga orang, empat orang, lima orang dan seterusnya, ‎tetapi jumlah tersebut tidak memberi pengertian bahawa hadits tersebut ‎masuk ke dalam Hadits Mutawatir. ‎



    Ada juga yang memberikan tarif sebagai berikut:‎ "Suatu hadits yang padanya tidak terkumpul syara-syarat ‎mutawatir." ‎



    FAEDAH HADITS AHAD ‎.‎



    Para ulama sependapat bahawa Hadits Ahad ‎ tidak Qat'i, sebagaimana Hadits Mutawatir. Hadits Ahad ‎ hanya memebei faedah secara zan, oleh ‎kerana itu masih perlu diadakan penyelidikan sehingga dapat diketahui ‎maqbul dan mardudnya. Dan kalau temyata telah diketahui bahawa, ‎hadits tersebut tidak tertolak, dalam erti maqbul, maka mereka sepakat ‎bahawa hadits tersebut wajib untuk diamalkan sebagaimana hadits ‎mutawatir. ‎



    Neraca yang harus kita pergunakan dalam berhujjah dengan mana-mana ‎hadits, ialah memeriksa "Apakah hadits tersebut maqbul (diterima) atau ‎mardud (ditolak)". Kalau maqbul, boleh kita berhujjah dengannya. Kalau ‎mardud, kita tidak dapat iktiqatkan dan tidak dapat pula kita ‎mengamalkannya.‎



    Kemudian apabila telah nyata bahawa hadits itu (sahih, atau hasan), ‎hendaklah kita periksa apakah ada muaridnya yang berlawanan dengan ‎maknanya. Jika terlepas dari perlawanan maka hadits itu kita sebut ‎muhkam. Jika ada, kita kumpulkan antara keduanya, atau kita takwilkan ‎salah satunya supaya tidak bertentangan lagi maknanya. Kalau tak ‎mungkin dikumpulkan, tapi diketahui mana yang terkemudian, maka ‎yang terdahulu kita tinggalkan, kita letakkan sebagai hadits mansukh, ‎yang terkemudian kita ambil, kita anggap sebagai nasikh.‎



    Jika kita tidak mengetahui sejarahnya, kita usahakan mentarjihkan salah ‎satunya. Kita ambil yang rajih, kita tinggalkan yang marjuh. Jika tak ‎dapat ditarjihkan salah satunya, tawaqquflah ( tunggu) dahulu.‎



    Walhasil, barulah dapat kita dapat berhujjah dengan suatu hadits, ‎sesudah nyata sahih atau hasannya, baik ia muhkam, atau mukhtakif ‎adalah jika dia tidak marjuh dan tidak mansukh. ‎



    KUALITI SANAD DAN MATAN HADITS ‎



    Penentuan tinggi rendahnya tingkatan sesuatu hadits bergantung kepada ‎tiga hal, iaitu jumlah rawi, keadaan (kualiti) rawi, dan keadaan matan. ‎Ketiga-tiga hal tersebut menentukan tinggi-rendahnya suatu hadits. Bila ‎dua buah hadits menentukan keadaan rawi dan keadaan matan yang ‎sama, maka hadits yang diriwayatkan oleh dua orang rawi lebih tinggi ‎tingkatannya dari hadits yang diriwayatkan oleh satu orang rawi; dan ‎hadits yang diriwayatkan oleh tiga orang rawi lebih tinggi tingkatannya ‎daripada hadits yang diriwayatkan oleh dua orang rawi.‎



    Jika dua buah hadits memiliki keadaan matan jumlah rawi (sanad) yang ‎sama, maka hadits yang diriwayatkan oleh rawi yang kuat ingatannya, ‎lebih tinggi tingkatannya daripada hadits yang diriwayatkan oleh rawi ‎yang lemah tingkatannya, dan hadits yang diriwayatkan oleh rawi yang ‎jujur lebih tinggi tingkatannya daripada hadits yang diriwayatkan oleh ‎rawi pendusta. Sebagaimana mereka membuat penialain terhadap ayat ‎al-Qur’an:‎


    Ertinya: "Dan Musa memilih tujuh puluh orang dari kaumnya untuk ‎‎(memohon tobat kepada kami) pada waktu yang telah kami tentukan." ‎‎(QS. Al-A’raf : 155) ‎



    Pendapat lain membatasi jumlah mereka empat pulu orang, bahkan ada ‎yang membatasi cukup dengan empat orang pertimbangan bahawa saksi ‎zina itu ada empat orang.‎

    Kata-kata ‎ ‎(dari sejumlah rawi yang seumpamanya dan ‎seterusnya sampai akhir sanad) mengecualikan Hadits Ahad ‎ yang pada ‎sebahagian tingkatannya terkadang diriwayatkan oleh sejumlah rawi ‎mutawatir.‎

    Ertinya :"Sesungguhnya amal-perbuatan itu tergantung pada niatnya." ‎



    Awal hadits tersebut adalah ahad, namun pada pertengahan sanadnya ‎menjadi mutawatir. Maka hadits yang demikian bukan termsuk hadits ‎mutawatir.‎

    Kata-kata ‎ ‎ (dan sandaran mereka adalah ‎pancaindera) seperti sikap dan perkataan beliau yang dapat dilihat atau ‎didengar sabdanya. Misalnya para sahabat menyatakan; "kami melihat ‎Nabi SAW berbuat begini". Dengan demikian mengecualikan masalah-‎masalah keyakinan yang disandarkan pada akal, seperti pernyataan ‎tentang keesaan firman Allah dan mengecualikan pernyataan-pernyataan ‎rasional murni, seperti pernyataan bahawa satu itu separuhnya dua. Hal ‎ini berlaku kerana yang menjadi pertimbangan adalah akal bukan berita.‎



    Bila dua hadits memiliki rawi yang sama keadaan dan jumlahnya, maka ‎hadits yang matannya seiring atau tidak bertentangan dengan ayat-ayat ‎Al-Quran, lebih tinggi tingkatannya dari hadits yang matannya buruk atau ‎bertentangan dengan ayat-ayat Al-quran. ‎



    Tingkatan (martabat) hadits ialah taraf kepastian atau taraf dugaan ‎tentang benar atau palsunya hadits berasal dari Rasulullah s.a.w..‎



    Hadits yang tinggi tingkatannya bererti hadits yang tinggi taraf ‎kepastiannya atau tinggi taraf dugaan tentang benarnya hadits itu berasal ‎Rasulullah SAW. Hadits yang rendah tingkatannya bererti hadits yang ‎rendah taraf kepastiannya atau taraf dugaan tentang benarnya ia berasal ‎dari Rasulullah SAW. ‎



    Tinggi rendahnya tingkatan suatu hadits menentukan tinggi rendahnya ‎kedudukan hadits sebagai sumber hukum atau sumber Islam.‎



    BAHAGIAN HADITS AHAD



    Para ulama membahagi Hadits Ahad ‎ kepada tiga tingkatan, iaitu Hadits ‎Sahih, Hadits Hasan, dan Hadits Daif. Pada umumnya para ulama tidak ‎mengemukakan; jumlah rawi, keadaan rawi, dan keadaan matan dalam ‎menentukan pembahagian hadits-hadits tersebut menjadi Hadits Sahih, ‎Hadits Hasan, atau Hadits Daif. ‎



    HADITS DHAIF : Dhaif bererti lemah. Hadits Dhaif menurut bahasa bererti hadits yang ‎lemah, yakni para ulama memiliki dugaan yang lemah (kecil atau rendah) ‎tentang benarnya hadits itu berasal dari Rasulullah SAW.‎



    Para ulama memberi batasan bagi Hadits Dhaif :‎ "Hadits Dhaif adalah hadits yang tidak menghimpun sifat-sifat ‎Hadits Sahih, dan juga tidak menghimpun sifat-sifat Hadits Hasan." ‎



    Jadi Hadits Dhaif itu bukan saja tidak memenuhi syarat-syarat Hadits ‎Sahih, melainkan juga tidak memenuhi syarat-syarat Hadits Hasan. Pada ‎Hadits Dhaif itu terdapat hal-hal yang menyebabkan lebih besarnya ‎dugaan untuk menetapkan hadits tersebut bukan berasal dari Rasulullah ‎SAW. ‎



    HUKUM BERAMAL DENGAN HADITS DHAIF



    Para ulama berpesepakat dalam menentukan hukum pemakaian Hadits ‎Dhaif adalah harus. Jika dalam sesuatu hadits menceritakan tentang ‎amalan sunnah yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w, tetapi bila diteliti ianya ‎dari hadits yang dhaif maka tetap boleh beramal dengannya atau ‎meninggalkannya.‎



    HADITS HASAN : Menurut bahasa, hasan bererti bagus atau baik. Menurut Imam Tarmizi ‎hadits hasan adalah : "yang kami sebut hadits hasan dalam kitab kami ‎adalah hadits yang sannadnya baik menurut kami, iaitu setiap hadits yang ‎diriwayatkan melalui sanad di dalamnya tidak terdapat rawi yang dicurigai ‎berdusta, matan haditsnya, tidak janggal diriwayatkan melalui sanad ‎yang lain pula yang sedarjat. Hadits yang demikian kami sebut hadits ‎hasan." ‎



    HADITS MAQBUL: Maqbul menurut bahasa bererti yang diambil, yang diterima, yang ‎dibenarkan. Sedangkan menurut urf Muhaditsin hadits Maqbul ialah:‎



    Ertinya: "Hadits yang menunjuki suatu keterangan bahawa Nabi ‎Muhammad SAW menyabdakannya." ‎



    Jumhur ulama berpendapat bahawa hadits maqbul ini wajib diterima. ‎Sedangkan yang temasuk dalam kategori hadits maqbul adalah:‎

    ‎* Hadits sahih, baik yang lizatihi maupun yang ligairihi.‎

    ‎* Hadits hasan baik yang lizatihi maupun yang ligairihi.‎



    Kedua jenis hadits tersebut di atas adalah hadits-hadits maqbul yang ‎wajib diterima, namun demikian para muhaddisin dan juga ulama yang ‎lain sependapat bahawa tidak semua hadits yang maqbul itu harus ‎diamalkan, kerana terdapat hadits-hadits yang telah dihapuskan ‎hukumnya disebabkan datangnya hukum atau ketentuan baru yang juga ‎ditetapkan oleh hadits Rasulullah SAW.


    Adapun hadits maqbul yang datang kemudian (yang menghapuskan) ‎disebut dengan hadits nasikh, sedangkan yang datang terdahulu (yang ‎dihapus) disebut dengan hadits mansukh. Disamping itu, terdapat pula ‎hadits-hadits maqbul yang maknanya berlawanan antara satu dengan ‎yang lainnya yang lebih rajih (lebih kuat periwayatannya). Dalam hal ini ‎hadits yang kuat disebut dengan hadits rajih, sedangkan yang lemah ‎disebut dengan hadits marjuh.‎



    Apabila ditinjau dari segi kemakmurannya, maka hadits maqbul dapat ‎dibahagi menjadi 2(dua) yakni hadits ma’mulun bihi (diterima ‎dengannya) dan hadits gairu ma'mulin bihi (tidak boleh beramal ‎dengannya).‎


    1. Hadits ma’mulun bihi : adalah hadits yang dapat diamalkan apabila ‎yang termasuk hadits ini ialah:‎

    a. Hadits muhkam, iaitu hadits yang tidak mempunyai perlawanan

    b. Hadits mukhtalif, iaitu dua hadits yang pada zahirya saling ‎berlawanan tetapi mungkin dapat dikompromikan dengan mudah

    c. Hadits nasih ‎

    d. Hadits rajih.


    ‎2. Hadits gaira makmulinbihi : Hadits gairu makmulinbihi ialah hadits ‎maqbul yang tidak dapat diamalkan. Di antara hadits-hadits maqbul yang ‎tidak dapat diamalkan ialah:‎

    a. Hadits mutawaqaf, iaitu hadits muthalif yang tidak dapat ‎dikompromikan, tidak dapat ditansihkan dan tidak pula dapat ‎ditarjihkan

    b. Hadits mansuh

    c. Hadits marjuh.



    HADITS MARDUD : Mardud menurut bahasa bererti yang ditolak; yang ‎tidak diterima. Sedangkan menurut urf Muhaddisin, Hadits Mardud ialah :‎



    ‎"Hadits yang tidak menunjuki keterangan yang kuat akan adanya dan ‎tidak menunjuki keterangan yang kuat atas ketidakadaannya, tetapi ‎adanya dengan ketidakadaannya bersamaan." ‎



    Ada juga yang menarifkan Hadits Mardud adalah:‎ ‎"Hadits yang tidak terdapat di dalamnya sifat hadits Maqbul." ‎



    HUKUM MEMAKAI HADITS MARDUD



    Bahawa jumhur ulama ‎mewajibkan untuk menerima hadits-hadits maqbul, maka sebaliknya ‎setiap hadits yang mardud tidak boleh diterima dan tidak boleh diamalkan ‎‎(harus ditolak).‎



    Jadi, Hadits Mardud adalah semua hadits yang telah dihukumi daif. ‎



    HADITS MAUDHU' : Adalah hadits yang direka-reka oleh seseorang yang berkepentingan tertentu. Ungkapannya disandarkan kepada perkataan, perbuatan atau keizinan Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam terhadap sesuatu perkara, perbuatan atau hukum. Padahal ianya tidak ada kaitan lanngsung dengan Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam.



    Dalam sejarah ilmu hadits, ramai pemalsu hadits memang gemar membuat hadits-hadits palsu yang berkaitan dengan fadilat-fadilat. Ini seperti mereka mengada-adakan fadilat-fadilat bulan tertentu, surah tertentu dan seumpamanya. Mereka akan mengaitkannya pula dengan amalan tertentu seperti solat khusus, doa khusus, puasa khusus pada hari atau bulan yang dikaitkan dengan fadilat itu. Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) menyebut:

    “Ada beberapa golongan yang membuat hadits palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”.( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadis, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir).

    3. Antara hadits palsu yang direka mengenai bulan-bulan:

    “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadits palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).

    Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadits palsu mengenai solat Raghaib iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab( lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5/173, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

    Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):

    “Hadits-hadits mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam. Begitu juga semua hadits mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi sollallaahu alaihi wasallam. Demikian juga hadits-hadits mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).

    4. Namun tidak boleh dinafikan bahawa di sana juga terdapat hadits-hadits yang sahih mengenai kelebihan Bulan Sya’ban. Antaranya apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi sollallaahu alaihi wasallam mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi sollallaahu alaihi wasallam menjawab:

    “Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522).

    Aisyah r.aha juga menyebut:

    “Aku tidak pernah melihat Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    5. Hadits-hadits yang disebut di atas dan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan kita amat digalakkan berpuasa sunat pada Bulan Syaaban. Perbuatan berpuasa pada Bulan Syaaban adalah sunnah yang sabit daripada Nabi s.a.w. Amalan sebahagian masyarakat yang suka berpuasa pada Bulan Syaaban adalah amalan soleh.



    6. Adapun Nisfu Syaaban, atau pertengahan Syaaban (15 haribulan), terdapat hadits yang sahih tentang kelebihannya di samping banyak hadis palsu mengenainya. Juga tidak terdapat hadis yang sabit mengenai amalan khusus seperti solat khas pada malam tersebut. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:

    “Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bidah lagi mungkar yang jelek. Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr).





    HADITS MUNQATI’‎ : Kata Al-Inqita' (terputus) berasal dari kata Al-Qat (pemotongan) ‎yang ‎menurut bahasa bererti memisahkan sesuatu dari yang lain. ‎Dan kata ‎inqita' merupakan akibatnya, yakni terputus. Kata inqita' ‎adalah lawan ‎kata ittisal (bersambung) dan Al-Wasl. Yang ‎dimaksud di sini adalah ‎gugurnya sebahagian rawi pada ‎rangkaian sanad. Para ulama berbeza ‎pendapat dalam memahami ‎istilah ini dengan perbezaan yang ketara. ‎Menurut kami, hal ini ‎kerana berkembangnya pemakaian istilah tersebut ‎dari masa ‎ulama mutaqaddimin sampai masa ulama mutaakhirin.‎



    Definisi Munqati' yang paling utama adalah definisi yang ‎dikemukakan ‎oleh Al-Hafizh Ibnu Abdil Barr, yakni: ‎



    ‎"Hadits Munqati adalah setiap hadits yang tidak bersambung ‎sanadnya, ‎baik yang disandarkan kepada Nabi SAW, mahupun ‎disandarkan kepada ‎yang lain." ‎



    Hadits yang tidak bersambung sanadnya adalah hadits yang pada ‎‎sanadnya gugur seorang atau beberapa orang rawi pada ‎tingkatan ‎‎(tabaqat) mana pun. Sehubungan dengan itu, penyusun ‎Al-Manzhumah ‎Al-Baiquniyyah mengatakan:‎



    ‎”Setiap hadits yang tidak bersambung sanadnya bagaimanapun ‎‎keadaannya adalah termasuk Hadits Munqati' (terputus) ‎‎persambungannya." ‎



    Demikianlah para ulama Mutaqaddimin mengklasifikasikan hadits. ‎Imam ‎An-Nawawi berkata, ‎





    ‎"Klasifikasi tersebut adalah sahih dan dipilih oleh para fuqaha, Al-‎Khatib, ‎Ibnu Abdil Barr, dan Muhaddits lainnya". Dengan ‎demikian, hadits ‎munqati' merupakan suatu judul yang umum ‎yang mencakupi segala ‎macam hadits yang terputus sanadnya.‎



    Adapun ahli hadits Mutaakhirin menjadikan istilah tersebut ‎sebagai ‎berikut:‎



    ‎"Hadits Munqati adalah hadits yang gugur salah seorang ‎perawinya ‎sebelum sahabat di satu tempat atau beberapa tempat, ‎dengan catatan ‎bahawa rawi yang gugur pada setiap tempat tidak ‎lebih dari seorang dan ‎tidak terjadi pada awal sanad." ‎

    Definisi ini menjadikan hadits munqati' berbeza dengan hadits-‎hadits ‎yang terputus sanadnya yang lain. Dengan ketentuan ‎‎"Salah seorang ‎rawinya" defnisi ini tidak mencakupi hadits ‎mu'dal; dengan kata-kata, ‎‎"Sebelum sahabat" definisi ini tidak ‎mencakup hadits mursal; dan dengan ‎penjelasan kata-kata "Tidak ‎pada awal sanad" definisi ini tidak mencakup ‎hadits muallaq.‎



    HADITS MUTAWATIR: Kata mutawatir Menurut bahasa arab ialah mutatabi yang bererti beriring-‎iringan atau berturut-turut antara satu dengan yang lain.‎



    Sedangkan menurut istilah ialah:‎ ‎"Suatu hasil hadits tanggapan pancaindera, yang diriwayatkan oleh ‎sejumlah besar perawi, yang menurut kebiasaan mustahil mereka ‎berkumpul dan bersepakat untuk berdusta."‎


    Ertinya: "Hadits Mutawatir ialah suatu (hadits) yang diriwayatkan ‎sejumlah rawi yang menurut adat mustahil mereka bersepakat berbuat ‎dusta, hal tersebut seimbang dari permulaan sanad hingga akhirnya, ‎tidak terdapat kejanggalan jumlah pada setiap tingkatan."‎



    Tidak dapat dikategorikan dalam Hadits Mutawatir, iaitu segala berita ‎yang diriwayatkan dengan tidak bersandar pada pancaindera, seperti ‎meriwayatkan tentang sifat-sifat manusia, baik yang terpuji maupun yang ‎tercela, juga segala berita yang diriwayatkan oleh orang ramai, tetapi ‎mereka berkumpul untuk bersepakat mengadakan berita-berita secara ‎dusta.‎



    Hadits yang dapat dijadikan pegangan dasar hukum suatu perbuatan ‎haruslah diyakini kebenarannya. Kerana kita tidak mendengar hadits itu ‎langsung dari Nabi Muhammad SAW, maka jalan penyampaian hadits itu ‎atau orang-orang yang menyampaikan hadits itu harus dapat ‎memberikan keyakinan tentang kebenaran hadits tersebut. ‎



    Dalam sejarah para perawi diketahui bagaimana cara perawi menerima ‎dan menyampaikan hadits. Ada yang melihat atau mendengar, ada pula ‎yang dengan tidak melalui perantaraan pancaindera, misalnya dengan ‎lafaz diberitakan dan sebagainya. Disamping itu, dapat diketahui pula ‎banyak atau sedikitnya orang yang meriwayatkan hadits itu.‎

    Apabila jumlah yang meriwayatkan demikian banyak, yang secara mudah ‎dapat diketahui bahawa semua perawi itu tidak mungkin bersepakat ‎untuk berdusta, maka penyampaian itu adalah secara mutawatir.‎



    SYARAT-SYARAT HADITS MUTAWATIR



    Suatu hadits dapat dikatakan mutawatir apabila telah memenuhi ‎persyaratan berikut :‎


    1. Hadits (khabar) yang diberitakan oleh rawi-rawi tersebut harus ‎berdasarkan tanggapan (daya tangkap) pancaindera. Ertinya bahawa ‎berita yang disampaikan itu benar-benar merupakan hasil pemikiran ‎semata atau rangkuman dari peristiwa-peristiwa yang lain dan yang ‎seumpamanya, dalam erti tidak merupakan hasil tanggapan pancaindera ‎‎(tidak didengar atau dilihat) sendiri oleh pemberitanya, maka tidak dapat ‎disebut Hadits Mutawatir walaupun rawi yang memberikan itu mencapai ‎jumlah yang banyak.‎


    2. Bilangan para perawi mencapai suatu jumlah yang menurut adat ‎mustahil mereka untuk berdusta. Dalam hal ini para ulama berbeza ‎pendapat tentang batasan jumlah untuk tidak memungkinkan bersepakat ‎dusta.‎



    a. Abu Thayib menentukan sekurang-kurangnya 4 orang. Hal ‎tersebut dikiaskan dengan jumlah saksi yang diperlukan oleh hakim.‎



    b. Ashabus Syafi'e menentukan minimal 5 orang. Hal tersebut ‎dikiaskan dengan jumlah para Nabi yang mendapatkan gelaran Ulul Azmi.‎



    c. Sebahagian ulama menetapkan sekurang-kurangnya 20 orang. ‎Hal tersebut berdasarkan ketentuan yang telah difirmankan Allah tentang ‎orang-orang mukmin yang tahan uji, yang dapat mengalahkan orang-‎orang kafir sejumlah 200 orang (lihat surat Al-Anfal ayat 65).‎



    d. Ulama yang lain menetapkan jumlah tersebut sekurang-‎kurangnya 40 orang. Hal tersebut dikiaskan dengan firman Allah:‎



    Maksudnya: "Wahai nabi cukuplah Allah dan orang-orang yang ‎mengikutimu (menjadi penolongmu)." (QS. Al-Anfal: 64).‎



    ‎3. Seimbang jumlah para perawi, sejak dalam thabaqat ‎‎(lapisan/tingkatan) pertama maupun thabaqat berikutnya. Hadits ‎Mutawatir yang memenuhi syarat-syarat seperti ini tidak banyak ‎jumlahnya, bahkan Ibnu Hibban dan Al-Hazimi menyatakan bahawa ‎Hadits Mutawatir tidak mungkin terdapat kerana persyaratan yang ‎demikian ketatnya.Sedangkan Ibnu Solah berpendapat bahawa ‎mutawatir itu memang ada, tetapi jumlahnya hanya sedikit.‎



    Ibnu Hajar Al-Asqalani berpendapat bahawa pendapat tersebut di atas ‎tidak benar. Ibnu Hajar mengemukakan bahawa mereka kurang ‎menelaah jalan-jalan hadits, kelakuan dan sifat-sifat perawi yang dapat ‎memustahilkan Hadits Mutawatir itu banyak jumlahnya sebagaimana ‎dikemukakan dalam kitab-kitab yang masyhur bahkan ada beberapa kitab ‎yang khusus menghimpun hadits-Hadits Mutawatir, seperti Al-Azharu al-‎Mutanatsirah fi al-Akhabri al-Mutawatirah, susunan Imam As-Suyuti (911 ‎H), Nadmu al-Mutasir Mina al-Haditsi al-Mutawatir, susunan Muhammad ‎Abdullah bin Jafar Al-Khattani (1345 H).‎



    FAEDAH DARI HADITS MUTAWATIR



    Hadits Mutawatir memberikan faedah ilmu dharuri, yakni keharusan ‎untuk menerimanya secara bulat sesuatu yang diberitahukan mutawatir ‎kerana ia membawa keyakinan yang qath'i (pasti), dengan seyakin-‎yakinnya bahawa Nabi Muhammad SAW benar-benar berkata, bercerita ‎atau mengerjakan sesuatu seperti yang diriwayatkan oleh rawi-rawi ‎mutawatir.‎



    Dengan demikian, dapatlah dikatakan bahawa penelitian terhadap rawi-‎rawi Hadits Mutawatir tentang keadilan dan kedhabitannya tidak ‎diperlukan lagi, kerana kuantiti rawi-rawinya mencapai ketentuan yang ‎dapat menjamin untuk tidak bersepakat berbuat dusta. Oleh kerananya ‎wajiblah bagi setiap muslim menerima dan mengamalkan semua Hadits ‎Mutawatir. Umat Islam telah sepakat tentang faedah Hadits Mutawatir ‎seperti yang tersebut di atas dan bahkan orang yang mengingkari hasil ‎ilmu dharuri dari Hadits Mutawatir sama halnya dengan mengingkari hasil ‎ilmu dharuri yang berdasarkan musyahadah (penglibatan pancaindera). ‎



    PEMBAHAGIAN HADITS MUTAWATIR



    Para ulama membahagi Hadits Mutawatir menjadi 3 (tiga) macam :‎


    1. Hadits Mutawatir Lafzi : Muhadditsin memberi pengertian Hadits ‎Mutawatir Lafzi (dari segi lafaz) antara lain :‎"Suatu (hadits) yang sama (mufakat) bunyi lafaz menurut para rawi dan ‎demikian juga pada hukum dan maknanya." ‎



    Pengertian lain Hadits Mutawatir Lafzi adalah :‎ ‎"Suatu yang diriwayatkan dengan bunyi lafaznya oleh sejumlah rawi dari ‎sejumlah rawi dari sejumlah rawi." ‎



    ‎"Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang sengaja berdusta atas ‎namaku, maka hendaklah ia bersedia menduduki tempat duduk di ‎neraka." ‎

    Silsilah/urutan rawi hadits di atas ialah sebagai berikut :‎



    Menurut Abu Bakar Al-Bazzar, hadits tersebut diatas diriwayatkan oleh 40 ‎orang sahabat, kemudian Imam Nawawi dalam kita Minhaju al-‎Muhadditsin menyatakan bahawa hadits itu diterima 200 sahabat.‎



    ‎2. Hadits Mutawatir maknawi : Hadits Mutawatir Maknawi adalah :‎



    Ertinya :"Hadits yang berlainan bunyi lafaz dan maknanya, tetapi dapat ‎diambil dari kesimpulannya atau satu makna yang umum." ‎



    Ertinya: "Hadits yang disepakati penulisannya atas maknanya tanpa ‎menghiraukan perbedaan pada lafaz." ‎



    Jadi Hadits Mutawatir maknawi adalah Hadits Mutawatir yang para ‎perawinya berbeza dalam menyusun redaksi hadits tersebut, namun ‎terdapat kesesuaian atau kesamaan dalam maknanya.‎



     :"Rasulullah SAW tidak mengangkat kedua tangan beliau dalam ‎doa-doanya selain dalam doa salat istiqa' dan beliau mengangkat ‎tangannya, sehingga nampak putih-putih kedua ketiaknya." (HR. Bukhari ‎Muslim) ‎



    Hadits yang semakna dengan hadits tersebut di atas ada banyak, iaitu ‎tidak kurang dari 30 buah dengan redaksi yang berbeza-beza. Antara lain ‎hadits-hadits yang ditakrijkan oleh Imam ahmad, Al-Hakim dan Abu Daud ‎yang berbunyi :‎



    Ertinya : "Rasulullah SAW mengangkat tangan sejajar dengan kedua ‎pundak beliau." ‎


    3. Hadits Mutawatir Amali : Hadits Mutawatir Amali adalah :‎



    Ertinya :"Sesuatu yang mudah dapat diketahui bahawa hal itu berasal ‎dari agama dan telah mutawatir di antara kaum muslimin bahawa Nabi ‎melakukannya atau memerintahkan untuk melakukannya atau serupa ‎dengan itu." ‎



    Kita melihat dimana saja bahawa solat Zuhur dilakukan dengan jumlah ‎rakaat sebanyak 4(empat) rakaat dan kita tahu bahawa hal itu adalah ‎perbuatan yang diperintahkan oleh Islam dan kita mempunyai sangkaan ‎kuat (harapan) bahawa Nabi Muhammad SAW melakukannya atau ‎memerintahkannya demikian.‎



    Di samping pembahagian Hadits Mutawatir sebagimana tersebut di atas, ‎juga ulama yang membahagi Hadits Mutawatir menjadi 2 (dua) macam ‎saja. Mereka memasukkan Hadits Mutawatir amali ke dalam mutawatir ‎maknawi. Oleh kerananya Hadits Mutawatir hanya dibahagi menjadi ‎mutawatir lafzi dan mutawatir maknawi.‎



    HADITS MUTTASIL : Hadits muttasil disebut juga Hadits ‎Mausul.‎



    ‎"Hadits muttasil adalah hadits yang didengar oleh masing-masing rawinya ‎dari rawi yang di atasnya sampai kepada hujung sanadnya, baik hadits ‎marfu' maupun hadits mauquf." ‎



    Kata-kata "hadits yang didengar olehnya" mencakupi hadits-hadits yang ‎diriwayatkan melalui cara lain yang telah diakui, seperti Al-Arz, Al-‎Mukatabah, dan Al-Ijasah, Al-Sahihah. Dalam definisi di atas digunakan ‎kata-kata "yang didengar" kerana cara penerimaan demikian ialah cara ‎periwayatan yang paling banyak ditempuhi. ‎



    Mereka menjelaskan, sehubungan dengan hadits Mu 'an 'an, bahawa para ‎ulama Mutaakhirin menggunakan kata 'an dalam menyampaikan hadits ‎yang diterima melalui Al-Ijasah dan yang demikian tidaklah menafikan ‎hadits yang bersangkutan dari batas Hadits Muttasil.‎



    Contoh Hadits Muttasil Marfu' adalah hadits yang diriwayatkan oleh Malik; ‎dari Nafi' dari Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda:‎



    الذى تفوته صلاة العصر كأنما وتر اهله وماله



    Ertinya: "Orang yang tidak mengerjakan solat Asar seakan-akan ‎menimpakan bencana kepada keluarga dan hartanya" ‎



    Contoh hadits mutasil maukuf adalah hadits yang diriwayatkan oleh Malik ‎dari Nafi' bahawa ia mendengar Abdullah bin Umar berkata:‎



    من اسلف سلفا فلا يشترط الا قضاءه



    Ertinya: "Barang siapa yang memberi hutang kepada orang lain maka ‎tidak boleh menentukan syarat lain kecuali keharusan membayarnya." ‎



    Masing-masing hadits di atas adalah muttasil atau mausul, kerana ‎masing-masing rawinya mendengarnya dari periwayat di atasnya, dari ‎awal sampai akhir.‎



    Adapun hadits Maqtu yakni hadits yang disandarkan kepada tabi'in, bila ‎sanadnya bersambung. Tidak diperselisihkan bahawa hadits maqtu ‎termasuk jenis Hadits muttasil; tetapi jumhur mudaddisin berkata, ‎‎"Hadits maqtu tidak dapat disebut hadits mausul atau muttasil secara ‎mutlak, melainkan hendaklah disertai kata-kata yang membezakannya ‎dengan Hadits mausul sebelumnya. Oleh kerana itu, mestinya dikatakan ‎‎"Hadits ini bersambung sampai kepada Sayid bin Al-Musayyab dan ‎sebagainya ". ‎



    Sebahagian ulama membolehkan penyebutan hadits maqtu sebagai ‎hadits mausul atau muttasil secara mutlak tanpa batasan, diikutkan ‎kepada kedua hadits mausul di atas. Seakan-akan pendapat yang ‎dikemukakan jumhur, iaitu hadits yang berpangkal pada tabi'in ‎dinamakan hadits maqtu. Secara etimologis hadits maqtu' adalah lawan ‎Hadits mausul. Oleh kerana itu, mereka membezakannya dengan ‎menyadarkannya kepada tabi'in.‎



    HADITS MAUDHU' : Adalah hadits yang direka-reka oleh seseorang yang berkepentingan tertentu. Ungkapannya disandarkan kepada perkataan, perbuatan atau keizinan Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam terhadap sesuatu perkara, perbuatan atau hukum. Padahal ianya tidak ada kaitan lanngsung dengan Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam.



    Dalam sejarah ilmu hadits, ramai pemalsu hadits memang gemar membuat hadits-hadits palsu yang berkaitan dengan fadilat-fadilat. Ini seperti mereka mengada-adakan fadilat-fadilat bulan tertentu, surah tertentu dan seumpamanya. Mereka akan mengaitkannya pula dengan amalan tertentu seperti solat khusus, doa khusus, puasa khusus pada hari atau bulan yang dikaitkan dengan fadilat itu. Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) menyebut:

    “Ada beberapa golongan yang membuat hadits palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah”.( Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadis, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir).

    3. Antara hadits palsu yang direka mengenai bulan-bulan:

    “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Ini adalah hadits palsu yang direka oleh Ibn Jahdam (meninggal 414H) (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Halab: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah).

    Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadits palsu mengenai solat Raghaib iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab( lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5/173, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

    Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):

    “Hadits-hadits mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam. Begitu juga semua hadits mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi sollallaahu alaihi wasallam. Demikian juga hadits-hadits mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam”. (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).

    4. Namun tidak boleh dinafikan bahawa di sana juga terdapat hadits-hadits yang sahih mengenai kelebihan Bulan Sya’ban. Antaranya apabila bertanya Usamah bin Zaid Nabi sollallaahu alaihi wasallam mengapa baginda banyak berpuasa pada Bulan Syaaban, Nabi sollallaahu alaihi wasallam menjawab:

    “Syaaban antara Rejab dan Ramadan, manusia lalai mengenainya. Padanya (Bulan Syaaban) diangkat amalan hamba-hamba Allah. Aku suka tidak diangkat amalanku, melainkan aku dalam keadaan berpuasa” (Riwayat al-Nasai, dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah 4/522).

    Aisyah r.aha juga menyebut:

    “Aku tidak pernah melihat Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam berpuasa dalam bulan lain lebih daripada puasa Syaaban. Baginda pernah berpuasa Syaaban sepenuhnya, kecuali hanya beberapa hari (tidak puasa)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    5. Hadits-hadits yang disebut di atas dan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan kita amat digalakkan berpuasa sunat pada Bulan Syaaban. Perbuatan berpuasa pada Bulan Syaaban adalah sunnah yang sabit daripada Nabi s.a.w. Amalan sebahagian masyarakat yang suka berpuasa pada Bulan Syaaban adalah amalan soleh.



    6. Adapun Nisfu Syaaban, atau pertengahan Syaaban (15 haribulan), terdapat hadits yang sahih tentang kelebihannya di samping banyak hadis palsu mengenainya. Juga tidak terdapat hadis yang sabit mengenai amalan khusus seperti solat khas pada malam tersebut. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:

    “Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib iaitu dua belas rakaat ditunaikan antara Maghrib dan Isyak pada Jumaat pertama Bulan Rejab, juga Solat Malam Nisfu Syaaban sebanyak seratus rakaat; kedua-dua solat ini bidah lagi mungkar yang jelek. Jangan kamu terpengaruh disebabkan keduanya disebut dalam Kitab Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din. Jangan juga terpengaruh dengan hadis yang disebut dalam dua kitab berkenaan kerana kesemuanya palsu. Jangan kamu terpengaruh dengan sesetengah imam yang keliru mengenai kedudukan hadis-hadis kedua solat berkenaan” (4/56. Beirut: Dar al-Fikr).



    HADITS QUDSI : Perkataan Nabi yang disebut dengan mengatakan Allah berfirman. Di sandarkan perkataan itu kepada Allah (S.W.T.) dan diriwayatkan daripadanya. Hadits Qudsi dinamakan juga dengan Hadits Ilahi atau Hadits Rabbani.



    Oleh itu Hadits Qudsi ialah firman Allah (S.W.T.) yang disampaikan kepada Nabi di dalam mimpi atau dengan jalan ilham, lalu nabi menerangkan apa yang disampaikan itu kepada umatnya dengan ibarat atau susunan perkataannya sendiri serta menyandarkan kepada Allah (S.W.T.); sedang hadits-hadits yang lain tidak demikian. Hadits Qudsi dinamakan juga dengan Hadits Ilahi atau Hadits Rabbani.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA