الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
Khulu'
Khulu' : Khulu' atau khuluk bermaksud perceraian antara suami dan isteri atas permintaan isteri dengan memulangkan bayaran Mahar (maskahwin) atau bayaran gantirugi kepada suami, dengan menggunakan kuasa qadhi. Cara ini juga dipanggil TEBUS TALAK.
Bagi pasangan suami isteri yang bercerai secara tebus talak atau khulu', suami tidak boleh merujuk kembali bekas isterinya. Jika suami ingin kembali kepada isteri atau sebaliknya mereka perlu bernikah semula dengan akad yang baru.
Bayaran khulu' tidak ditentukan nilainya. Suami tidak sewajarnya mengambil kesempatan untuk mendapatkan bayaran yang terlalu tinggi daripada isteri. Sebagaimana firman Allah di dalam al-Qur’an :
Surah Al-Baqarah 229: "Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) Dengan cara Yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) Dengan cara Yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa Yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri Yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. oleh itu kalau kamu khuatir Bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) Yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa Yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim".
Ini adalah kerana isteri telah melakukan banyak pengorbanan ketika masih bersama suami isteri. Oleh itu memadailah jika suami hanya meminta sekadar nilai bayaran mahar yang dibayar kepada isteri ketika awal pernikahan dahulu sahaja.
Rukun Khulu'
1. Suami
2. Isteri
3. Bayaran yang dipersetujui
4. Lafaz
Cara Khulu' (tebus talak).
1. Bayaran tebus talak bergantung kepada persetujuan suami isteri yang hendak berpisah.
2. Contoh lafaz khuluk suami: “Aku ceraikan engkau dengan bayaran sebanyak RM2000, isteri terus menjawab, “Saya terima”.
3. Contoh lafaz khulu' isteri: “Ceraikan aku dengan bayaran RM2000,” jawab suami, “Saya ceraikan engkau dengan bayaran tersebut”.
4. Bayaran khulu' boleh dibuat dengan mata wang atau barang-barang lain yang halal, suci, dan berharga seperti rumah, sawah, kebun atau lain-lain yang bermanfaat dan berharga.
5. Tebus talak tidak boleh dipaksa oleh orang lain. Jika pihak suami berkeras hati tidak mahu melakukan khulu', pihak qadhi hendaklah bertindak mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh syarak.
6. Khulu' tidak mengurangi bilangan tiga talak kepunyaan suami terhadap isteri itu.
7. Khulu' boleh dijatuhkan pada bila-bila masa sama ada ketika suci ataupun tidak kerana ia adalah atas kehendak isteri tersebut.
Hikmah Khulu'.
1. Mengelakkan isteri nusyuz kepada suami.
2. Penghormatan kepada kaum perempuan kerana mereka mempunyai hak untuk
bertindak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak.
3. Memberi keinsafan kepada suami supaya menyedari kesilapan dan kesalahannya
terhadap isteri demi kebaikan masa depan.