الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
Al-Hikmah : Malik Bin Anas Bin Malik Amir Al-Harith
Ilmu itu adalah agama. Oleh itu, hendaklah
kamu perhatikan daripada siapa kamu pelajari ilmu itu.
Ilmu itu cahaya. Ia tidak akan jinak kecuali hanya kepada hati yang bertaqwa dan khusyuk.
Apabila seseorang itu zuhud, Allah akan beri nikmat padanya.
Sebaik-baik perkara adalah yang jelas dan nyata. Sekiranya kamu syak antara dua perkara, ambillah yang mana lebih meyakinkan.
Siapa mahu menjawab sesuatu masalah, dia perlu bentangkan dirinya dahulu ke dalam syurga dan neraka dan berusaha bagaimana dia akan selamat darinya.
Perumpamaan orang munafik yang berada dalam masjid itu seperti burung yang
berada di dalam sangkar. Apabila sangkar terbuka, maka mereka berebut-rebut keluar.
Menurut apa yang diketahui bahawa ulama akan ditanya di akhirat kelak seperti apa yang ditanya pada nabi.
Apabila seseorang itu memuji dirinya, maka hilanglah kebijaksanaannya.
Orang yang menuntut ilmu agama pastilah warak, bersikap tenang dan bertaqwa.
Seorang yang alim tidak patut bercakap berkenaan ilmu kepada mereka yang tidak layak mendengarnya dan mereka yang membencinya kerana dia hanya menjadikan ilmu itu hina.
Apabila kamu ditanya sesuatu perkara, kamu perlu perhalusi dan teliti pendapat kamu dengan pelbagai pendapat orang lain kerana penelitian itu menghapuskan fikiran sempit seperti api menghilangkan kotoran emas.
Allah tidak kasih kepada hambaNya yang diberi nikmat melainkan hamba itu
melahirkan kesan nikmat Allah itu. Lebih-lebih lagi orang berilmu.
Sesiapa yang tahu bahawa percakapannya hanya menunjuk-nunjuk kadar amalannya, maka kurangkanlah bercakap.
Apabila seseorang manusia itu tidak berbuat baik pada dirinya sendiri, maka dia pun tidak baik di sisi manusia.
Tidak ada kebaikan bagi sesiapa yang melihat dirinya arif dalam sesuatu perkara sedangkan orang lain tidak melihatnya sebagai ahli dalam perkara itu.