الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    سُوۡرَةُ الزّلزَلة

    Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr bahawa ada sessorang berkata:
    "Wahai Rasulullah bacakan kepadaku sebuah surah yang ringkas, tapi mempunyai makna yang dalam." Baginda s.a.w membacakan surah Al-Zalzalah. Selesai Baginda s.a.w membacanya, orang itu berkata :"Sungguh, aku tidak akan menambah lebih dari itu selamanya." Rasulullah s.a.w menjawab:" Orang ini telah beruntung. Orang ini telah beruntung."
    (Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud dan Nasa'i)

    بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
    إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا ﴿١﴾ وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا ﴿٢﴾ وَقَالَ الْإِنسَانُ مَا لَهَا ﴿٣﴾ يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا ﴿٤﴾ بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَىٰ لَهَا ﴿٥﴾ يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ ﴿٦﴾ فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ ﴿٧﴾ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ ﴿٨﴾


    1. Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat), 

    2. dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya, 

    3. dan manusia bertanya: “Mengapa bumi (jadi begini)?”, 

    4. pada hari itu bumi menceritakan beritanya, 

    5. kerana sesungguhnya Rabbmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya. 

    6. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka.

    7. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. 

    8. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula. 


     Terdiri atas 8 ayat, termasuk golongan surat-surat Madaniyyah diturunkan sesudah surat An Nisaa’. Nama Al Zalzalah diambil dari kata: Zilzaal yang terdapat pada ayat pertama surat ini yang bererti goncangan. Terdapat sebahagian riwayat, surah ini diturunkan di Madinah, tetapi di dalam riwayat-
    riwayat yang lain surah ini diturunkan di Makkah. Sayyid Qutb di dalam Tafsir Fi Zilal-nya mentarjihkan riwayat yang mengatakan surah ini diturunkan di Makkah kerana pokok persoalan dan gaya pengungkapannya menguatkan riwayat ini. Ibn Kathir juga menyatakan ia adalah surah Makiyyah.

    Secara umumnya, corak ayat Madaniyyah jarang menceritakan khusus tentang akhirat sahaja. Selalunya ia akan menghubung kaitkan dengan kehidupan masyarakat Islam. Contohnya di dalam surah an-Nur, permulaan surah menceritakan kes tuduhan berzina. Maka Allah swt menurunkan ayat bagaimana untuk menyelesaikan masalah dan bagaimana sepatutnya sikap orang-orang Islam apabila menghadapi situasi sebegini. Kemudian Allah swt akan mengaitkan dengan perihal akhirat. Manakala corak ayat Makiyyah pula hanya menceritakan tentang akhirat secara khusus tanpa mengaitkan dengan kehidupan masyarat Islam dan hukum-hukum dalam Islam.

    Al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul meriwayatkan daripada Abdullah ibn `Amr ibn al-`As katanya:


    أنـزلت: ( إِذَا زُلْزِلَتِ الأرْضُ زِلْزَالَهَا ) وأبو بكر الصدّيق قاعد، فبكى حين أنـزلت، فقال له رسول الله : " ما يُبْكِيكَ يا أبا بَكْرٍ؟" قال: يُبكِيْنِي هذه السورةُ، فقال له رسول الله : " لَوْلا أنَّكُمْ تُخْطِئونَ وَتُذْنِبُونَ فَيَغْفِرُ اللهُ لَكُمْ لَخَلَقَ اللهُ أُمَّةً يُخْطِئُونَ وَيُذْنِبُونَ فَيَغْفرُ لَهُمْ".
     “Surah Idha Zulzilat diturunkan ketika Abu Bakar sedang duduk lalu dia menangis. Rasulullah saw bertanya: Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Abu Bakar. Jawabnya: Surah ini menyebabkan aku menangis. Sabda Nabi saw: Jika kamu tidak bersalah dan melakukan dosa, lulu Allah mengampunkan dosa kamu, nescaya Dia menciptakan satu umat yang bersalah dan berbuat dosa, lalu Dia mengampunkan dosa-dosa mereka”

    Dalam riwayat Anas juga menyebut nama ini, iaitu:

    إذَا زُلْزِلَت تَعدِلُ نِصفَ القُرْآَنِ

    Terjemahan: “Surah Idha Zulzilat menyamai separuh al-Qur`an”

    Perbezaan pendapat di kalangan mufasairin dalam menentukan menentukan surah ini sama ada Madaniyyah atau Makkiyyah, namun uslub dan pengungkapannya mencerminkan nuzulnya di Makkah. Sayyid Qutb lebih cenderung kepada pendapat kedua ini

    Daripada riwayat Abu Sa`id al-Khudri ra ia diturunkan di Madinah. Kata Abu Sa`id:

    لَمَّا أُنْزِلَتْ " فَمَنْ يَعْمَل مِثْقَال ذَرَّة خَيْرًا يَرَهُ وَمَنْ يَعْمَل مِثْقَال ذَرَّة شَرًّا يَرَهُ " قُلْت يَا رَسُول اللَّه إِنِّي لَرَاءٍ عَمَلِي ؟ قَالَ " نَعَمْ " قُلْتُ تِلْكَ الْكِبَار الْكِبَار ؟ قَالَ " نَعَمْ " قُلْت الصِّغَار الصِّغَار ؟ قَالَ " نَعَمْ" قُلْت وَاثُكْلَ أُمِّي
     “.. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan melihat (pahalanya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan melihat balasannya!” Aku (Abu Sa`id al-Khudri) bertanya: Bolehkah aku melihat (pahala) amalan-amalanku? Sabda Nabi saw: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah aku dapat melihat balasan dosa-dosaku yang besar? Sabda Nabi saw: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah aku dapat melihat balasan dosa-dosaku yang Kecil? Sabda Nabi: Ya. Aku berkata: Oh, malangnya nasibku.

    Riwayat ini menjadi hujah kerana Abu Sa`id al-Khudri memeluk Islam sepuluh tahun sebelum Hijrah. Ini bermakna beliau belum baligh pada ketika surah ini diturunkan. Al-Maududi lebih cenderung kepada pendapat pertama.

    Tafsir:

    1. Allah Subhaanahu wa Ta'aala memberitahukan tentang hal yang akan terjadi
    pada hari Kiamat, iaitu bahawa bumi akan digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat sehingga bangunan-bangunan di atasnya ranap. Demikian pula gunung-ganang dan bukit-bukau akan diratakan sehingga menjadi dataran sama sekali.

    2. Iaitu perbendaharaannya dan orang-orang yang telah mati yang di dalam kuburnya. Semua itu akan dimuntahkan ke atasnya.

    3. Iaitu orang yang kafir kepada kebangkitan.

    4. Yakni memberitakan apa yang dikerjakan di atasnya; kebaikan atau keburukan. Syaikh As Sa’diy berkata, “Bumi akan menjadi saksi terhadap orang-orang yang beramal tentang apa yang mereka kerjakan di atasnya, baik atau buruk, kerana bumi termasuk para saksi terhadap hamba tentang amal yang mereka kerjakan.” oleh itu, kerana Allah Subhaanahu wa Ta'ala
    memerintahkan bumi untuk memberitahukan apa yang dikerjakan di atasnya, maka ia tidak menderhakai perintah-Nya.

    5. Maksudnya, pada hari itu manusia tampil di padang mahsyar ketika Allah Subhaanahu wa Ta'aala memberikan keputusan di antara mereka dengan keadaan yang berbeza-beza; ada yang berbahagia (putih) dan ada yang celaka (hitam) dan berbagai rupa lagi. Ada yang yang diperintahkan ke syurga dan ada yang diperintahkan ke neraka. 

    6. Yakni seperti semut yang kecil. Jika amal ukuran itu saja diperlihatkan, lalu bagaimana dengan amal yang lebih besar dari itu? Tentu lebih diperlihatkan lagi. Allah Subhaanahu wa Ta'ala berfirman, “Pada hari ketika setiap diri mendapatkan segala kebajikan dihadapkan kepadanya, begitu (pula) kejahatan yang telah dikerjakannya; ia ingin kalau kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh; dan Allah memperingatkan kamu terhadap siksa-Nya. dan Allah sangat Penyayang kepada hamba-hamba-Nya.”
     ( Ali Imran: 30)

    7. Dalam ayat di atas terdapat targhib (dorongan) untuk mengerjakan kebaikan meskipun kecil, dan tarhib  tehadap perbuatan buruk meskipun ringan.

    Kelebihan:

    Hadis riwayat Abdullah Ibn `amr Ibn al-`As ra, katanya:

    أَتَى رَجُل إِلَى رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَقْرِئْنِي يَا رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ: "اِقْرَأْ ثَلَاثًا مِنْ ذَوَات الر" فَقَالَ لَهُ الرَّجُل:كَبُرَ سِنِّي وَاشْتَدَّ قَلْبِي وَغَلُظَ لِسَانِي . قَالَ " فَاقْرَأْ مِنْ ذَوَات حم" فَقَالَ مِثْل مَقَالَتِه الْأُولَى فَقَالَ " اِقْرَأْ ثَلَاثًا مِنْ الْمُسَبِّحَات" فَقَالَ مِثْل مَقَالَته فَقَالَ الرَّجُل وَلَكِنْ أَقْرِئْنِي يَا رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُورَة جَامِعَة فَأَقْرَأَهُ" إِذَا زُلْزِلَتْ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا " حَتَّى إِذَا فَرَغَ مِنْهَا قَالَ الرَّجُل وَاَلَّذِي بَعَثَك بِالْحَقِّ نَبِيًّا لَا أَزِيد عَلَيْهَا أبَدًا ثُمَّ أَدْبَرَ الرَّجُلُ فَقَالَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " أَفْلَحَ الرُّوَيْجِل أَفْلَحَ الرُّوَيْجِل

    "Seorang lelaki datang kepada Nabi saw lalu berkata: Sila ajarkan baca kepadaku. Sabda Nabi saw: Bacalah surah-surah dari kumpulan alif, lam, ra`. berkata lelaki itu: Sesungguhnya usiaku telah lanjut, hatiku telah tumpul, lidahku telah keras. Sabda Nabi: (Kalau begitu) bacalah surah-surah daripada kumpulan ha, mim., lelaki itu menjawa seperti alas an terdahulu. Sabda Nabi lagi: Bacalah tiga surah dari kumpulan musabbihat, lelaki itu tetap juga memberi alasan seperti yang pertama, tetapi meminta dibacakan kepadanya satu surah yang meliputi. Lalu Nabi saw membaca: Idha zulzilat al-ard zilzalaha. Apabila selesai dibaca kepadanya, lelaki itu berkata: Demi Allah yang membangkitkanmu sebagai Nabi, aku tidak ingin menambahkan lagi di atas apa yang engkau ajar, lalu dia beredar. Nabi saw bersabda: “Berbahagia orang itu, berbahagia orang itu!"

    Hadis riwayat Anas Ibn Malik ra.
     ‏
    أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ لِرَجُلٍ مِنْ أَصْحَابِهِ ‏ ‏ هَلْ تَزَوَّجْتَ يَا فُلَانُ قَالَ لَا وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا عِنْدِي مَا أَتَزَوَّجُ بِهِ قَالَ أَلَيْسَ مَعَكَ ‏ ‏قُلْ هُوَاللَّهُ أَحَدٌ ‏ ‏قَالَ بَلَى قَالَ ثُلُثُ الْقُرْآنِ قَالَ أَلَيْسَ مَعَكَ ‏ ‏إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ ‏ ‏قَالَ بَلَى قَالَ رُبُعُ الْقُرْآنِ قَالَ أَلَيْسَ مَعَكَ ‏ ‏قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ ‏ ‏قَالَ بَلَى قَالَ رُبُعُ الْقُرْآنِ قَالَ أَلَيْسَ مَعَكَ ‏ ‏إِذَا زُلْزِلَتْ الْأَرْضُ ‏ ‏قَالَ بَلَى قَالَ رُبُعُ الْقُرْآنِ قَالَ تَزَوَّجْ

    "Rasulullah saw bertanya seorang sahabatnya: “ Sudah engkau berkahwin wahai fulan? Jawabnya wahai Rasulullah saya belum berkahwin dan saya tidak mempunya sesuatu untuk dijadikan maskahwin. Sabdan Nabi: “Tidakah ada padamu قُلْ هُوَاللَّهُ أَحَدٌ J awabnya ada. Sabda Nabi: Itu satu pertiga al-Qur`an. Nabi bertanya lagi: Tidakah ada padamu ‏إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ ? Jawabnya: Ada. Sabda Nabi: itu satu perempat al-Quran. Sabda Nabi lagi: Tidakkah ada padamu ‏ ‏قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ jawabnya ada . Sabda Nabi: itu satu perempat al-Quran. Nabi bertanya lagi: tidakkah ada padamu إِذَا زُلْزِلَتْ الْأَرْضُ . Jawabnya: ada. Sabda Nabi itu satu perempat al-Quran. Oleh itu kahwinlah."

    والله اعلم

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA