الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    SEDIKIT TAZKIRAH : PELBAGAI

    Pidato Rasulullah s.a.w

    Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya:

    Pernah Rasulullah s.a.w apabila berpidato merah menyala matanya, lantang suaranya dan bersangatan marahnya, sehingga seolah-olah Baginda seorang
    pemberi amaran yang menyatakan kepada angkatan tentera (tentang kedatangan musuh) dengan katanya: Bahawa musuh akan datang menyerang kamu pada pagi-pagi hari dan (mungkin) pada waktu petang!; serta Baginda bersabda: "(Masa) aku diutuskan dan masa berlakunya qiamat seperti dua jari ini," lalu Baginda menyatukan kedua jari tangannya - jari telunjuk dan jari tengah, serta baginda bersabda lagi: "(Ketahuilah) selain dari itu, maka sebenar-benar perkataan ialah kitab Allah dan sebaik-baik jalan pimpinan ialah jalan pimpinan Muhammad (s.a.w) dan (sebaliknya) sejahat-jahat perkara ialah perkara-perkara baharu (yang) diada-adakan dalam agama), sedang tiap-tiap perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama) itu adalah bid'ah dan tiap-tiap bid'ah itu sesat". Kemudian Baginda bersabda lagi: "Aku adalah berhak menolong tiap-tiap seorang mukmin lebih daripada ia menolong dirinya sendiri, - sesiapa yang meninggalkan harta benda maka itu adalah untuk waris-warisnya dan sesiapa yang meninggalkan hutang atau orang yang kehilangan tempat bergantung maka terserahlah kepadaku menjaganya atau akulah yang menanggung hutangnya".

    (Muslim dan Lain-lainnya).







    MANUSIA AKHIR ZAMAN

    Ibnu Abbas memberitahu, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

    "Pada akhir zaman nanti akan muncul golongan-golongan manusia yang berwajah manusia berhati syaitan. Mereka diibaratkan seperti serigala buas, hati mereka tidak mempunyai sedikit pun belas kasihan. Mereka tidak suka menjauhi segala yang buruk dan mereka lebih suka melakukan pertumpahan darah. Kalau engkau ikut mereka, mereka akan mendekati kamu, kalau engkau jauhi mereka, maka mereka akan mengumpat kamu. Kalau engkau memberi amanat kepada mereka, mereka akan melakukan khianat padamu".

    "Kalau meminta sesuatu dari mereka adalah kemiskinan. Hukum di kalangan mereka adalah bid"ah dan bid"ah di kalangan mereka adalah sunnah dan tatkala itu orang menganggap sunnahku sudah usang dan memperbaharui bid"ah. Maka barangsiapa mengikut sunnahku pada waktu itu, dia akan menjadi asing dan tinggal seorang diri dan barangsiapa mengikut bid"ah, dia akan mendapat lima puluh orang teman atau lebih".

    Para sahabat bertanya, "Apakah mereka melihatmu Jawab Nabi, "Tidak"

    Para sahabat bertanya lagi, "Apakah turun wahyu kepada mereka?" Nabi menjawab, "Tidak"

    Para sahabat bertanya lagi, "Bagaimana keadaan mereka?" Jawab Nabi, "Seperti ulat dalam cuka".

    Para sahabat bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimana mereka menjaga agama?"

    Jawab Nabi, "Seperti bara api di tangan. Kalau diletak dia akan padam dan kalau diambil dengan tangan dia akan terbakar".







    Mutiara nasihat:

    NASIHAT IMAM MALIK
    Wahai Amirul Mukminin! Anggaplah jiwa anda sekarang berada di pintu kematian dan sakaratul maut. Anggaplah anda sedang menghadapi kepedihan rasa sakit yang dialami setiap orang yang hendak meninggal dunia….

    Wahai Amirul Mukminin! Persiapkanlah segala bentuk amal shalih yang mampu anda kerjakan, agar kelak anda selamat dari kecemasan dan rasa takut pada Hari Kiamat….

    Wahai Amirul Mukminin! Perintahkanlah kepada seluruh manusia untuk taat kepada Allah dan senang akan ketaatan. Cegahlah mereka dari segala bentuk kemaksiatan. Buatlah mereka selalu membenci kemaksiatan.


    NASIHAT AS-SYAFIE
    Imam Syafie pernah berkata: Aku tak pernah merasa kenyang semenjak enam belas tahun lalu kerana ia :

    1-menambah berat badan
    2-mengeraskan hati
    3-menghilangkan kecerdikan
    4-menyebabkan rasa ngantuk dan tidur
    5-dan menyebabkan tuan punya badan lemah untuk bangun beribadah

    (Dipetik kata-kata ini dalam kitab Arraudul Faiq fi Al Mawaaiz wa Raqaiq)


    PESANAN UMAR AL-KHATTAB
    'Apabila engkau melihat sseorang yg berilmu mencintai dunia maka curigailah ia mengenai agamanya kerana setiap orang yang mencintai sesuatu akan menyibukkan diri dgn apa yg dicintainya itu'...cintailah ilmu dan sibukkanlah diri untuk mendapatkanya..

    MUTIARA HADIS
    Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. 
    (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani )


    HASSAN AL-BANNA
    ''Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah."






    Tafakur

    Berkata Abu Laith Samarkhandi: 
    Jika seseorang ingin mencapai fadilat tafakur, maka hendaklah berfikir dengan 5 cara:

    1. Memikirkan ayat-ayat yang membuktikan kebesaran dan kekuasaan Allah

    2. Memikirkan nikmat pemberian Allah

    3. Memikirkan pahala yang dijanjikan oleh Allah

    4. Memikirkan seksaan hukuman Allah

    5. Memikirkan apa yanv diredhai dan dimurkai oleh Allah

    Firman Allah swt:

    وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِلْمُوقِنِينَ

    Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

    وَفِي أَنْفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

    Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

    [Surah az-Zariyat ayat 20-21]



    Harga Syurga?


    Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seraya seorang lelaki menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”

    Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya. Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”

    Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?





    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA