الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    TAZKIYYATUN NAFS : ZIKRULLAH



    Pada hakikatnta terlalu banyak dalil-dalil dan nas-nas mengenainya.
    Salah satunya firman Allah:

      يا أيها الذين أمنوا اذكروا الله ذكرا كثيرا, وسبحوه بكرة وأصيلا

    "Wahai  orang -orang yang beriman! Ingatlah Allah sebanyak-banyaknya dan
    bertasbihlah memuji allah pada waktu pagii dan petang"
     (Surah al-ahzab : 41-42).















    Manakala riwayat dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w berasabda:
    "Barangsiapa yang bertasbih kepada Allah setelah solat sebanyak tiga puluh tiga kali, kemudian bertahmid sebanyak tiga puluh tiga kali dan bertakbir sebanyak
    tiga puluh tiga kali (sehingga kesemuanya berjumlah sembilan puluh sembilan) dan diikuti pula dengan kesempurnaan bilangannya dengan mengucapka    لا اله الا الله وحده لا شريك له وله الحمد وهو على كل شئ قدير


    Maka kesalahan-kesalahannya akan diampunkan walau sebanyak buih di lautan"
    (Riwayat Muslim)‌

    Lantaran itu zikir adalah mengingati Allah dengan hati dan menyebutnya dengan lisan. Zikir merupakan santapan hati. Jika hati tidak mendapatkan santapan dengan Zikrullah, maka tubuh seperti tanah perkuburan dan mati walaupun sebenarnya jasad itu hidup. Ini bermaksud jasad yang kosong seperti
    kubur dan seperti jasad yang telah mati.

    Zikir juga merupakan senjata yang digunakan  sebagai:
    * perlindungan daripada rompakan atau kecurian ketika dalam perjalanan.
    *air yang dapat menghilangkan dahaga
    *sebagai syifa ketika sakit.

    Maka jika seseorang yang tidak berzikir, hati mereka akan mengecut. Zikir merupaka penghubung di antara manusia dan alam ghaib. Zikir juga merupakan pelindung kepada musibah dan bencana. Jika berlaku musibah atau bencana mereka akan kembali kepada zikrullah.

    Zikir juga merupakan pengubat dan penenang hati ketika berduka. Ketika berduka zikir itu menghantar pelakunya kepada Zat di mana sebenarnya kita berzikir kepadaNya.

    Di dalam setiap jasad atau tubuh badan ubudiyah. Zikir merupakan ubudiyah kepada hati dan lisan tanpa mengenal batas dan waktu. Kita diperintahkan Allah agar sentiasa mengingatiNya dengan mendirikan solat dalam apa jua keadaan samada berdiri, duduk, berbaring, hati dan isyarat. Syurga diumpamakan seperti sebuah kebun dan zikir adalah taman-tamannya. Maka hati manusia diumpama sebagai sebuah bangunan atau rumah yang kosong dan zikirlah yang membuatkan bangunan atau rumah itu indah, cantik dan sempurna hiasannya.

    Dengan Zikrullah kita, Allah akan membalasnya dengan perlindungan dari segala sesuatu. Dengan zikir juga pendengaran akan terbuka, lisan tidak akan kelu dan menyingkirkan kegelapan.

    Dengan Zikrullah juga, Allah akan menghiasi lisan-lisan orang yang berzikir. Allah juga menghiasi pandangan orang-orang yang berzikir sehingga boleh
    melihat dengan cahaya. Manakala lisan yang lalai dari berzikir kepada Allah seperti mata yang buta, telinga yang pekak dan tangan yang kudung.

    Zikir itu merupakan pintu Allah yang paling besar dan luas. Terbuka di antara Allah dan hambaNya yang sentiasa mengingatiNya selagi mana pintu itu tidak ditutup oleh hamba itu sendiri dengan kelalaiannya sendiri.

    Zikir juga merupakan roh kepada amalan-amalan soleh hamba Allah. Jika amalan zikir dilalaikan maka seperti jasad yang tidak mempunyai roh iaitu mati dan hati juga mati.




    Rujukan
    Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah
    Kitab Madariju As-Salikin Manazilu Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nasta'in. Juz 1 







    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA