الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    SERINGKASNYA YAKJUJ DAN MAKJUJ


    Yakjuj dan Makjuj ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernama Yafis. Dari segi fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia
    dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.

    Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka? 
    Yakjuj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu: 

    Al-Kahfi [97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya. 
    Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah: 

    Al-kahfi [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar. 

    Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;- 

    Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.” 

    Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiap-tiap tempat yang tinggi.” 
    Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan). 

    Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus. 

    Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah, 
    Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca). 

    Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. 

    Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim) 

    Cerita pengeringan Tasik Tiberias [ Tasik Galilee ] ini disebut juga dalam hadis tentang Yakjuj Makjuj, namun Yakjuj Makjuj datang selepas kemunculan Al-Mahdi dan Nabi Isa as.
    “…Mereka (Yakjuj Makjuj) melalui Tasik Tibriah yang mana barisan pertamanya menghabiskan kesemua air yang ada di tasik tersebut…”

    Dari ringkasan hadis diatas..menerangkan tentang Yakjuj Makjuj dari barisan pertama [golongan induk] yang akan menghabiskan kesemua air di tasik itu, kemudian datang pula barisan Yakjuj Makjuj yang seterusnya mengatakan dulu di sini ada air.
    Ini menunjukan fakta Yakjuj Makjuj ini sudah lama bebas dan tembok yang menghalangnya sudah lama runtuh.. bangsa Yahudi Zionis yang ada kat Israel sekarang adalah barisan pertama yang akan mengeringkan Tasik Galilee ini dengan sebab-sebab seperti yang saya ceritakan di atas..

    YAHUDI ZIONIS yang memerintah Israel sekarang ini bukan dari keturunan Bani Isreal        [ NABI ISHAQ ] .  Mereka menipu seluruh penduduk dunia dengan mengaku sebagai Bani Israel padahal mereka ialah bangsa Khazars yang ganas dan bengis dari selatan Russia, induk Yakjuj dan Makjuj yang telah dilepaskan dari tembok Zulkarnain seperti yang dijanjikan di dalam alQuran.. Misteri ini kian terbongkar. 
                                                                                                                                                                                                                                                                                           
    Fakta lain yang menyokong dakwaan tembok Yakjuj & Makjuj telah lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:
    “…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97
    Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu apabila Allah swt mengizinkan Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.

    Sebaliknya telah disebutkan dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim bahwa Nabi saw bersabda: “Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Yakjuj dan Makjuj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk.
    (HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).
    Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 Surah Al-Kahfi yang menyatakan Yakjuj & Makjuj “tidak dapat menebuknya”?  Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk !

    Untuk penerangan alternatif lebih munasabah ialah berdasarkan tafsiran melalui buku An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World dan rujukan dan pemahaman tambahan boleh diperolehi daripada buku Sūrah al-Kahf and the Modern Age dari tulisan Maulana Imran Hosein

    MUNCULNYA DAJJAL DARI KHURASAN
    Saya percaya bandar Dubai di tanah Arab di sana merupakan tempat di mana Al-Masih bakal muncul.., di situlah segala-galanya berkumpul. Sama seperti kes mengenai Tasik Galilee, iaitu satu tempat diberi banyak nama oleh banyak kaum dan bahasa, namun tempat itu kekal tempat yang sama,..begitu juga tempat yang bernama Khurasan.

    Teori Dajjal telah muncul dari Khurasan adalah berdasarkan dari hadith Nabi yang berbunyi;
    “Dajjal akan keluar dari negeri sebelah timur yang bernama Khurasan.” (Riwayat Tirmizi dan Hakim)

    Untuk mengukuhkan lagi fakta berkaitan daerah Khurasan ini, saya cuba bertanyakan beberapa soalan kepada seorang penulis buku “Membongkar Misteri Dajjal
    Penulis buku itu menjelaskan kepada saya dan mengiyakan pandangan bahawa Dubai juga berada dalam daerah Khurasan. Baca hadis biasa dan masyhur tentang akhir zaman dalam hadis 40 kitab Imam Nawawi, pada topik hadis Iman, Islam dan Ehsan..Berikut adalah petikan akhir hadis tersebut..

    Beritahukan aku tentang hari kiamat (bilakah kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlumba-lumba meninggikan bangunannya…”

    Menurut pendapat beliau hadis ini (lokasi Dubai) adalah menepati hadis ini. Bukankah kaum yang tinggal di jarizah Arab termasuk di Dubai pada asalnya hanyalah pengembala kambing di gurun-gurun panas. Kini Dubai bangga dengan al Burj dan bangunan tinggi terus dibina dan kini Riyadh mahu menandingi al Burj. Semua ini menepati kalam nabi dari hadis di atas.

    Nabi Muhammad saw melabelkan Khurasan sebagai tempat di mana Al-Masih Dajjal sanggup menunjukkan mukanya. Tidakkah kita terfikir, mana mungkin ada tempat yang namanya seakan Khurasan akan mudah dikesan oleh mana-mana manusia, kalau begitu kanak-kanak juga mampu mengesan di mana Khurasan yang dimaksudkan…Ingin saya berkongsikan, terdapat 1 berhala besar sedang dibangunkan dekat-dekat dengan Dubai, dan yang membangunkan itu “sedang kena” dengan 1 fakta hadis sahih tentang tanda sebelum kemunculan Al-Masih.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA