الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    HIKMAH SALAFUSSOLEH

    Wasiat Imam Hasan Al-Banna

    Saudaraku,

    Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat. Allah swt. berfirman,

    "Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu  yang mewarisi (bumi), dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman serta tenteranya apa yang selalu mereka khuatirkan dan mereka itu," (Al-Qashash: 5-6)

    Putaran waktu akan memperhatikan kepada kita peristiwa-peristiwa yang mengejutkan dan memberikan peluang kepada kita untuk berbuat. Dunia akan melihat bahawa dakwah kita adalah hidayah, kemenangan, dan kedamaian, yang dapat menyembuhkan umat dari rasa sakit yang tengah dideritanya. Setelah itu tibalah giliran kita untuk memimpin dunia, kerana bumi tetap akan berputar dan kejayaan itu akan kembali kepada kita. Hanya Allah lah harapan kita satu-satunya. Bersiap dan berbuatlah, jangan menunggu datangnya esok hari, kerana boleh jadi engkau tidak dapat berbuat apa-apa di esok hari.

    Kita memang harus menunggu putaran waktu itu, tetapi kita tidak boleh berhenti. Kita harus terus berbuat dan terus melangkah, kerana kita memang tidak mengenal kata "berhenti" dalam berjihad.

    Allah swt. berfirman,

    "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, sungguh akan.Kami tunjukkan jalan-jalan Kami." (Al-Ankabut: 69)

    Hanya Allah lah zat yang Maha agung, bagi-Nya segala puji.

    Al-Imam Ibnu Katsir رحمه الله mengatakan, 'Allah memberi khabar tentang hinanya dunia dan apa yang ada di dalamnya berupa perhiasan yang hina dan bunga kehidupan yang fana dibandingkan dengan apa yang Allah telah persiapkan bagi para hamba-Nya yang soleh di negeri akhirat berupa kenikmatan yang besar dan kekal, sebagaimana Allah berfirman:

    مَا عِندَكُمْ يَنفَدُ وَمَا عِندَ اللّهِ بَاقٍ

    “Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. (an-Nahl : 96)

    Hasan al-Basri رحمه الله:
    "Carilah kelazatan dalam tiga perkara: di dalam solat, zikir, dan membaca Al-Quran. Jika kalian mendapati ... Jika tidak maka ketahuilah bahawa pintu kelazatan telah tertutup."

    Imam Ibn al-Qayyim رحمه الله:
    "Maha Suci Allah Rabb semesta alam, meninggalkan dosa dan maksiat akan membawa manfaat, menjaga wibawa, menjaga kehormatan, menjaga harta, dicintai manusia, hidup yang aman, badan yang lapang, penyejuk hati, jiwa terasa tenteram, dada yang tidak sempit, aman dari gangguan orang-orang fasik, tidak banyak bersedih, jiwa jadi mulia, menjaga hati tetap berkilau dari noda maksiat, dimudahkan rezekinya dari jalan yang tak disangka-sangka, dimudahkan dalam segala perkara, dimudahkan dalam melaksanakan ketaatan.. ,"



    Imam Ibnul Qayyim

    Hati dapat merasakan sakit sebagaimana anggota tubuh lainnya. Kalau sakitnya badan perkaranya mudah, banyak ubat boleh dicari. Namun kalau hati ini telah sakit, terpenuhi racun kotoran hati maka ubatnya tidak boleh sebarangan, harus benar-benar mujarab. Oleh kerana itu wahai saudaraku, jauhilah racun perosak hati; di antaranya: banyak bergaul, bicara, makan, tidur, dan banyak memandang. Perkara-perkara semacam ini membuat hati sempit, malas, dan bahkan membawa matinya hati.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA