الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Hari Raya Bersama Rasulullah s.a.w (Bahagian 4)

    Bertakbir Pada Dua Ied

    Allah  berfirman, “ Dan hendaklah kalian mencukupkan bilangannya dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian, mudah-mudahan kalian mahu bersyukur".

    Telah terdapat riwayat, “Nabi saw pernah keluar pada hari raya Idul Fitri, beliau bertakbir, ketika mendatangi musolla sampai selesainya solat, apabila solat telah selesai, maka beliau menghentikan takbirnya.”
    (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam al Mushannaf, al Muhamili dalam Shalatul ‘Idain dengan sanad sahih tetapi mursal. Riwayat tersebut memiliki syahid/penguat yang menguatkan riwayat tersebut. Lihat Silsilah al Ahadis ash Sohihah (170). Takbir pada Idul Fitri dimulai pada waktu keluar menunaikan solat Ied].

    Berkata  Syeikh Al Albani : "Dalam hadis ini ada dalil disyari'atkannya melakukan takbir dengan suara jahr (keras) di jalanan ketika menuju musolla sebagaimana yang biasa dilakukan kaum muslimin. Meskipun banyak dari mereka mulai menganggap remeh sunnah ini hingga hampir-hampir sunnah ini sekedar menjadi berita.

    Termasuk yang baik untuk disebutkan dalam kesempatan ini adalah bahawa mengeraskan takbir disini tidak disyari'atkan berkumpul atas satu suara (menyuarakan takbir secara serempak dengan dipimpin seseorang ) sebagaimana dilakukan oleh sebagian orang.. Demikian pula setiap zikir yang disyariatkan untuk mengeraskan suara ketika membacanya atau tidak disyariatkan mengeraskan suara, maka tidak dibenarkan berkumpul atas satu suara seperti yang telah disebutkan . Hendaknya kita hati-hati dari perbuatan tersebut , dan hendaklah kita selalu meletakkan di hadapan mata kita bahawa sebaik-baik petunjuk adalah petunjuknya Muhammad saw".

    Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah ditanya tentang waktu takbir pada dua hari raya (bila kaum muslimin diperintahkan takbir di kedua hari raya ), maka beliau  menjawab : "Segala puji bagi Allah, pendapat yang paling benar tentang takbir ini yang jumhur salaf dan para ahli fiqih dari kalangan sahabat serta imam berpegang dengannya adalah : Hendaklah takbir dilakukan mulai dari waktu fajar hari Arafah sampai akhir hari Tasyriq, dilakukan setiap selesai mengerjakan solat , dan disyariatkan bagi setiap orang untuk mengeraskan suara dalam bertakbir ketika keluar untuk solat Ied. Ini merupakan kesepakatan para imam yang empat". [Majmu Al -Fatawa 24/220 dan lihat 'Subulus Salam' 2/71-72]

    Ibnu Umar dahulu apabila pergi keluar pada hari raya Idul Fitri dan Idul Adha, beliau mengeraskan ucapan takbirnya sampai ke musolla, kemudian bertakbir sehingga imam datang. (HR Ad Daraquthni dan Ibnu Abi Syaibah dan selain mereka dengan sanad yang shahih. Lihat Irwa ‘ul Ghalil 650).

    Aku katakan : Ucapan beliau  : '(dilakukan) setelah selesai solat ' - secara khusus tidaklah dilandasi dalil. Yang benar, takbir dilakukan pada setiap waktu tanpa pengkhususan. Yang menunjukkan demikian adalah ucapan Imam Bukhari dalam kitab 'Iedain dari "Shahih Bukhari" 2/416 : "Bab Takbir pada hari-hari Mina, dan pada keesokan paginya menuju Arafah".

    Umar Radliallahu 'anhu pernah bertakbir di kubahnya di Mina. Maka orang-orang yang berada di masjid mendengarnya lalu mereka bertakbir dan bertakbir pula orang-orang yang berada di pasar hingga kota Mina gemuruh dengan suara takbir.

    Ibnu Umar pernah bertakbir di Mina pada hari-hari itu dan setelah solat (lima waktu), di tempat tidurnya, di khemah, di majlis dan di tempat berjalannya pada hari- hari itu seluruhnya.

    Maimunnah pernah bertakbir pada hari korban, dan para wanita bertakbir di belakang Aban bin Uthman dan Umar bin Abdul Aziz pada malam-malam hari Tasyriq bersama para lelaki di masjid".

    Pada pagi hari Idul Fitri dan Idul Adha, Ibnu Umar mengeraskan takbir hingga ia tiba di musolla, kemudian ia tetap bertakbir hingga datang imam. [Diriwayatkan oleh Ad-Daraquthni, Ibnu Abi Syaibah dan selainnya dengan isnad yang shahih. Lihat "Irwaul Ghalil' 650]

    Sepanjang yang aku ketahui, tidak ada hadis nabawi yang sahih tentang tata cara takbir. Yang ada hanyalah tata cara takbir yang di riwayatkan dari sebahagian sahabat, semoga Allah meredhai mereka semuanya.

    Seperti Ibnu Mas'ud, ia mengucapkan takbir dengan lafaz:

    اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهٌ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

    “Allah Maha Besar Allah Maha Besar, Tidak ada sesembahan yang benar kecuali Allah, Allah Maha Besar Allah Maha Besar dan untuk Allah segala pujian". [Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah 2/168 dengan isnad yang shahih]

    Sedangkan Ibnu Abbas bertakbir dengan lafaz:

    اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا اللهُ أَكْبَرُ وَأَجَلَّ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

    “Allah Maha Besar Allah Maha Besar Allah Maha Besar dan bagi Allah lah segala pujian, Allah Maha Besar dan Maha Mulia, Allah Maha Besar atas petunjuk yang diberikannya pada kita". [Diriwayatkan oleh Al Baihaqi 3/315 dan sanadnya sahih]

    Abdurrazzaq -dan dari jalannya Al-Baihaqi dalam "As Sunanul Kubra" (3/316)- meriwayatkan dengan sanad yang shahih dari Salman Al- Khair r.a, ia berkata, “Agungkanlah Allah dengan mengucapkan:


    اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ  كَبِيْرًا

    Banyak orang awam yang menyelisihi zikir yang diriwayatkan dari salaf ini dengan zikir-zikir lain dan dengan tambahan yang dibuat-buat tanpa ada asalnya. Sehingga Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata dalam "Fathul Bari (2/536) : "Pada masa ini telah diada-adakan suatu tambahan dalam zikir itu, yang sebenarnya tidak ada asalnya".



    Tatacara Solat Dua Ied Seperti Rasulullah s.a.w


    Pertama : Jumlah rakaat solat Ied ada dua berdasaran riwayat Umar r.a. “ Shalat safar itu ada dua rakaat, solat Idul Adha dua rakaat dan solat Idul Fitri dua rakaat. dikerjakan dengan sempurna tanpa qashar berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w" [Dikeluarkan oleh Ahmad 1/370, An- Nasa'i 3/183, At-Thahawi dalam Syarhu Ma'anil Al Atsar 1/421 dan Al-Baihaqi 3/200 dan sanadnya Sahih]

    Kedua : Rakaat pertama, seperti halnya semua solat , dimulai dengan takbiratul ihram, selanjutnya bertakbir sebanyak tujuh kali. Sedangkan pada rakaat kedua bertakbir sebanyak lima kali, tidak termasuk takbir intiqal (takbir perpindahan dari satu gerakan ke gerakan lain dalam solat )

    Dari Aisyah Radhiyallahu 'anha, ia berkata, “ Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bertakbir dalam solat Idul Fith
    ri dan Idul Adha, pada rakaat pertama sebanyak tujuh kali dan rakaat kedua lima kali, selain dua takbir ruku" [Riwayat Abu Dawud 1150, Ibnu Majah 1280, Ahmad 6/70 dan Al-Baihaqi 3/287 dan sanadnya Sahih]

    Peringatan : Termasuk sunnah, takbir dilakukan sebelum membaca (Al-Fatihah). sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan Abu Daud 1152, Ibnu Majah 1278 dan Ahmad 2/180 dari Amr bin Syu'aib dari ayahnya dari datuknya, datuknya berkata : "Rasulullah s.a.w bertakbir dalam solat Ied tujuh kali pada rakaat pertama kemudian beliau membaca surat, lalu bertakbir dan ruku' , kemudian beliau sujud, lalu berdiri dan bertakbir lima kali, kemudian beliau membaca surat, takbir lalu ruku', kemudian sujud". [Hadis ini hasan dengan pendukung-pendukungnya. Lihat Irwaul Ghalil 3/108-112. Yang menyelisihi ini tidaklah benar, sebagaimana diterangkan oleh Al-Alamah Ibnul Qayyim dalam Zadul Ma'ad (1/443,444)]

    Berkata Imam Al-Baghawi : "Ini merupakan perkataan majoriti ahli ilmu dari kalangan sahabat dan orang setelah mereka, bahawa Rasulullah s.a.w bertakbir pada rakaat pertama solat Ied sebanyak tujuh kali selain takbir pembukaan, dan pada rakaat kedua sebanyak lima kali selain takbir ketika berdiri sebelum membaca (Al-Fatihah). Diriwayatkan yang demikian dari Abu Bakar, Umar, Ali, dan selainnya" [Ia menukilkan nama-nama yang berpendapat demikian, sebagaimana dalam " Syarhus Sunnah 4/309. Lihat 'Majmu' Fatawa Syeikhul Islam' (24/220,221)]

    Ketiga : Tidak ada yang sahih satu riwayatpun dari Nabi s.a.w bahawa beliau mengangkat kedua tangannya bersamaan dengan mengucapkan takbir-takbir solat Ied [ Irwaul Ghalil 3/112-114]. Akan tetapi Ibnul Qayyim berkata : "Ibnu Umar dengan semangat ittiba'nya kepada Rasul mengangkat kedua tangannya ketika mengucapkan setiap takbir" [Zaadul Ma'ad 1/4410]

    Aku katakan : Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi s.a.w.

    Berkata Syeikh kami Al-Albani dalam "Tamamul Minnah"  :
    "Mengangkat tangan ketika bertakbir dalam solat Ied diriwayatkan dari Umar dan puteranya -Radhiyallahu anhuma-, tidaklah riwayat ini dapat dijadikan sebagai sunnah. Terlebih lagi riwayat Umar dan putranya di sini tidak sahih.

    Adapun dari Umar, Al-Baihaqi meriwayatkannya dengan sanad yang daif (lemah). Sedangkan riwayat dari putranya, belum aku dapatkan sekarang"

    Dalam 'Ahkmul Janaiz' , berkata Syeikh kami : "Siapa yang menganggap bahawasanya Ibnu Umar tidak mengerjakan hal itu kecuali dengan tauqif dari Nabi s.a.w, maka silakan ia untuk mengangkat tangan ketika bertakbir".

    Keempat : Tidak sahih dari Nabi s.a.w satu zikir tertentu yang diucapkan di antara takbir-takbir Ied. Akan tetapi ada atsar dari Ibnu Mas'ud r.a tentang hal ini. Ibnu Mas'ud berkata :, “ Di antara tiap dua takbir diucapkan pujian dan sanjungan kepada Allah Azza wa Jalla" [Diriwayatkan Al- Baihaqi 3/291 dengan sanad yang jayyid]

    Berkata Ibnul Qoyyim Rahimahullah : "(Nabi s.a.w) diam sejenak di antara dua takbir, namun tidak dihafaz dari beliau zikir tertentu yang dibaca di antara takbir-takbir tersebut". [Zadul Ma'ad 1/443]

    Aku katakan : Apa yang telah aku katakan dalam masalah mengangkat kedua tangan bersama takbir, juga akan kukatakan dalam masalah ini.

    Kelima : Apabila telah sempurna takbir, mulai membaca surah Al-Fatihah. Setelah itu membaca surah Qaf pada salah satu rakaat dan pada rakaat lain membaca surah Al- Qamar [Diriwayatkan oleh Muslim 891, An-Nasa'i 8413, At-Tirmidzi 534 Ibnu Majah 1282 dari Abi Waqid Al-Laitsi radhiyallahu 'anhu]

    Terkadang dalam dua rakaat itu beliau membaca surah Al-A'la dan surat Al- Ghasyiyah [Diriwayatkan oleh Muslim 878, At-Tirmidzi 533 An-Nasa'i 3/184 Ibnu Majah 1281 dari Nu'man bin Basyir Radhiyallahu 'anhu]

    Berkata Ibnul Qoyyim Rahimahullah : "Telah sahih dari beliau bacaan surah - surah ini, dan tidak sahih dari beliau selain itu" [Zadul Ma'ad 1/443, lihat Majalah Al-Azhar 7/193. Sebahagian ahli ilmu telah berbicara tentang sisi hikmah dibacanya surah - surah ini, lihat ucapan mereka dalam 'Syarhu Muslim" 6/182 dan Nailul Authar 3/297.]

    Keenam : (Setelah melakukan hal di atas) selebihnya sama seperti solat-solat biasa, tidak berbeza sedikitpun. [Untuk mengetahui hal itu disertai dalil-dalilnya lihat tulisan ustaz kami Al-Albani dalam kitabnya 'Shifat Shalatun Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. Kitab ini dicetak berkali-kali. Dan lihat risalahku 'At-Tadzkirah fi shifat Wudhu wa Shalatin Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, risalah ringkas.]

    Ketujuh : Siapa yang luput darinya (tidak mendapatkan) solat Ied berjama'ah, maka hendaklah ia solat dua raka'at.

    Dalam hal ini berkata Imam Bukhari Rahimahullah dalam "Sahihnya", pada "Bab : Apabila seseorang luput dari solat Ied hendaklah ia solat dua rakaat" [Sh
    ahih Bukhari].

    Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam "Fathul Bari" 2/550 berkata setelah menyebutkan tarjumah ini (judul bab yang diberi oleh Imam Bukhari di atas).

    Dalam tarjumah ini ada dua hukum :
    1. Disyariatkan menyusul solat Ied jika luput mengerjakan secara berjamaah, sama saja apakah dengan terpaksa atau pilihan.
    2. Solat Ied yang luput dikerjakan diganti dengan solat dua rakaat

    Berkata Atha' : "Apabila seseorang kehilangan solat Ied hendaknya ia solat dua rakaat" [sama dengan di atas]

    Al-Allamah Waliullah Ad-Dahlawi menyatakan : "Ini adalah mazhab Syafi'i, iaitu jika seseorang tidak mendapati solat Ied bersama imam, maka hendaklah ia solat dua rakat, sehingga ia mendapatkan keutamaan solat Ied sekalipun luput darinya keutamaan solat berjamaah dengan imam".

    Adapun menurut mazhab Hanafi, tidak ada qadha untuk solat Ied. Kalau kehilangan sopat bersama imam, maka telah hilang sama sekali"[Syarhu Taraji Abwab al Bukhari 80 dan lihat kitab Al-Majmu 5/27-29]

    Berkata Imam Malik dalam 'Al-Muwatha' [dengan riwayat Abi Mush'ab] : "Setiap yang sopat dua hari raya sendiri, smada laki-laki ataupu. perempuan, maka aku berpendapat agar ia bertakbir pada rakaat pertama tujuh kali sebelum membaca (Al-Fatihah) dan lima kali pada rakaat kedua sebelum membaca (Al- Fatihah)"

    Orang yang terlambat dari solat Ied, hendaklah ia melakukan solat yang tata caranya seperti solat Ied. sebagaimana solat-sopat lain [Al-Mughni 2/212]

    Kelapan : Takbir (solat Ied) hukumnya sunnah, tidak batal solat dengan meninggalkannya secara sengaja atau kerana lupa tanpa ada perselisihan [Al –Mughni 2/244 oleh Ibnu Qudamah] Namun orang yang meninggalkannya -tanpa diragukan lagi bererti menyelisihi sunnah Nabi saw.


    (Ahkaamu Al' Iidaini Fii Al-Sunnah Al-Muthahharah, Syeikh Ali bin Hasan bin Ali Abdul Hamid Al-Halabi Al-Atsari dan Syeikh Salim Al Hilali, edisi Tuntunan Ibadah Ramadhan dan Hari Raya)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA