الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
Hari Raya Bersama Rasulullah s.a.w (Bahagian 2)
Hukum Mendirikan Solat Sunat Dua Ied
Berkata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah :
"Kami menguatkan pendapat bahawa solat Ied hukumnya wajib bagi setiap individu (fardhu 'ain), sebagaimana disebutkan oleh Imam Abu Hanifah ("Hasyiyah Ibnu Abidin 2/166) dan selainnya. Hal ini juga
merupakan salah satu dari pendapatnya Imam Syafi'i dan salah satu dari dua pendapat dalam mazhab Imam Ahmad.
Adapun pendapat orang yang menyatakan bahawa solat Ied tidak wajib, ini sangat jauh dari kebenaran. Kerana solat Ied termasuk syi'ar Islam yang sangat agung. Manusia berkumpul pada ketika itu lebih banyak dari pada berkumpulnya mereka untuk solat Jumaat, serta disyari'atkan pula bertakbir, bertasbih dan bertahmid di dalamnya.
Sedangkan pendapat yang menyatakan bahawa solat Ied hukumnya fardhu kifayah adalah pendapat yang tidak jelas. [Majmu Fatawa 23/161]
Berkata Al-Allamah Asy Syaukani dalam "Sailul Jarar" (1/315) (Hasan Khan dalam "Al-Mau'idhah Al-Hasanah" 42-43). "Ketahuilah bahawasanya Nabi s.a.w terus menerus mengerjakan dua solat Ied ini dan tidak pernah meninggalkan satu kalipun. Dan beliau memerintahkan manusia untuk keluar mengerjakannya, hingga menyuruh wanita-wanita yang merdeka, gadis-gadis dan wanita haid.
Beliau menyuruh wanita-wanita yang haid agar menjauhi pingitan dan menyaksikan kebaikan serta dakwah kaum muslimin. Bahkan beliau menyuruh wanita yang tidak memiliki jilbab agar dipinjamkan oleh saudaranya (Telah tsabit semua ini dalam hadis Ummu Athiyah yang dikeluarkan oleh Bukhari (324), (352), (971), (974), (980), (981) dan (1652). Muslim (890), Tirmidzi (539), An-Nasaa'i (3/180) Ibnu Majah (1307) dan Ahmad (5/84 dan 85).).
Semua ini menunjukkan bahawa pingitan Ied hukumnya wajib dengan kewajiban yang ditekankan atas setiap individu bukan fardhu kifayah. Perintah untuk keluar (pada dua Ied) mengharuskan perintah umbagi orang yang tidak memiliki uzur. Inilah sebenarnya inti dari ucapan Rasul, kerana keluar ke tanah lapang merupakan perantara terlaksananya perintah . Maka wajibnya perantara mengharuskan wajibnya tujuan dan dalam hal ini kaum pria tentunya lebih diutamakan daripada wanita".
Kemudian beliau Rahimahullah berkata :
"Diantara dalil yang menunjukkan wajibnya solat Ied adalah : solat Ied dapat menggugurkan kewajiban solat Jumaat apabila bertetapan waktunya (yakni hari Ied jatuh pada hari Jumaat) (Sebagaimana dalam hadis Abu Hurairah -tatkala bertemu hari Ied dengan hai Jumaat- Rasulullah s.a.w bersabda : “Telah berkumpul pada hari kalian ini dua hari raya. Barangsiapa yang ingin (melaksanakan solat Ied) maka dia telah tercukupi dari solat Jumaat ...." [Diriwayatkan Abu Daud (1073) dan Ibnu Majah (1311) dan sanadnya hasan. Lihat "Al-Mughni" (2/358) dan "Majmu Al-Fatawa" (24/212)). Sesuatu yang tidak wajib tidak mungkin dapat menggugurkan sesuatu yang wajib. Dan sungguh telah jelas bahawa Nabi s.a.w terus menerus melaksanakannya secara berjamaah sejak disyari'atkannya sampai beliau wafat. Dan beliau menggandingkan kelaziman ini dengan perintah beliau kepada manusia agar mereka keluar ke tanah lapang untuk melaksanakan solat Ied" ( "Nailul Authar" (3/382-383) dan "Ar-Raudlah An-Nadiyah" (1/142).)
Berkata Syeikh kami Al-Albani dalam "Tamamul Minnah" setelah menyebutkan hadis Ummu Athiyah :
"Maka perintah yang disebutkan menunjukkan wajib. Jika diwajibkan keluar (ke tanah lapang) bererti diwajibkan solat lebih utama sebagaimana hal ini jelas, tidak tersembunyi. Maka yang benar hukumnya wajib tidak sekadar sunnah ......"
Waktu Solat Dua Ied
Abdullah bin Busr sahabat Nabi s.a.w pernah keluar bersama manusia pada hari Idul Fitri atau Idul Adha, maka ia mengingkari lambatnya imam dan ia berkata : "Sesungguhnya kita telah kehilangan waktu kita ini, dan yang demikian itu tatkala tasbih"( Yakni waktu solat sunnah, ketika telah lewat waktu diharamkannya solat . Fathul Bari 2/457 dan An-Nihayah 2/331).
Ini riwayat yang paling sahih (Bukhari menyebutkan hadis ini secara muallaq dalam shahihnya 2/456 dan Abu Daud meriwayatkan secara bersambung 1135, Ibnu Majah 1317, Al-Hakim 1/295 dan Al-Baihaqi 3/282 dan sanadnya Shahih) dalam bab ini, diriwayatkan juga dari selainnya akan tetapi tidak tsabit dari sisi isnadnya.
Berkata Ibnul Qayyim :
"Rasulullah s.a.w mengakhirkan solat Idul Fitri dan menyegerakan solat Idul Adha. Dan adalah Ibnu Umar dengan kuatnya upaya dia untuk mengikuti sunnah Nabi s.a.w tidak keluar hingga matahari terbit" [Zadul Ma'ad 1/442]
Shiddiq Hasan Khan menyatakan :
"Waktu solat Idul Fitri dan Idul Adha adalah setelah tingginya matahari seukuran satu tombak sampai tergelincir. Dan terjadi ijma '(kesepatakan) atas apa yang diambil faedah dari hadis-hadis, sekalipun tidak tegak hujjah dengan semisalnya. Adapun akhir waktunya adalah saat tergelincir matahari" [Al-Mau'idhah Al-Hasanah 43,44]
Berkata Syeikh Abu Bakar Al-Jazairi :
Waktu solat Idul Fitri dan Idul Adha adalah dimulai dari naiknya matahari setinggi satu tombak sampai tergelincir. Yang paling utama, solat Idul Adha dilakukan di awal waktu agar manusia dapat menyembelih haiwan-haiwan korban mereka, sedangkan solat Idul Fitri diakhirkan agar manusia dapat mengeluarkan zakat fitrah mereka" [Minhajul Muslim 278]
Abu Daud 1157, An-Nasa'i 3/180 dan Ibnu Majah 1653 telah meriwayatkan dengan sanad yang sahih dari Abu Umair bin Anas, dari bapa-bapa saudaranya yang termasuk sahabat Nabi s.a.w : "Mereka bersaksi bahawa mereka melihat hilal (anak bulan) kelmarin, maka Nabi memerintahkan mereka untuk berbuka dan pergi ke musolla mereka keesokan paginya".
Sunat Mandi Sebelum Solat
Dari Nafi' berkata :
"Abdullah bin Umar biasa mandi pada hari idul Fitri sebelum pergi ke musolla tempat berkumpul manusia untuk solat, di lapangan bila tidak hujan)" (Diriwayatkan Malik 1/177, Asy-Syafi'i 73 dan Abdurrazzaq 5754 dan sanadnya Sahih).
Imam Said Ibnul Musayyib berkata :
“Sunnah Idul Fitri itu ada tiga : berjalan kaki menuju ke musolla, makan sebelum keluar ke musolla dan mandi" [Diriwayatkan Al-Firyabi 127/1 dan 2, dengan isnad yang sahih, sebagaimana dalam 'Irwaul Ghalil' 2/104]
Aku katakan : Mungkin yang beliau maksudkan adalah sunnahnya para sahabat, yakni jalan mereka dan petunjuk mereka, jika tidak, maka tidak ada sunnah yang sahih dari Nabi s.a.w dalam hal demikian.
Berkata Imam Ibnu Qudamah :
"Disunnahkan untuk bersuci dengan mandi pada hari raya. Ibnu Umar biasa mandi pada hari Idul Fitri dan diriwayatkan yang demikian dari Ali r.a. Dengan inilah Alqamah berpendapat, juga Urwah, 'Atha', An-Nakha'i, Asy-Sya'bi, Qatadah, Abuz Zinad, Malik, Asy-Syafi'i dan Ibnul Mundzir" [Al-Mughni 2/370]
Adapun yang diriwayatkan dari Rasulullah s.aw tentang mandi ini maka hadisnya dhaif (lemah) (Ini diriwayatkan dalam 'Sunan Ibnu Majah' 1315 dan dalam isnadnya ada rawi bernama Jubarah Ibnul Mughallas dan gurunya, keduanya merupakan rawi yang lemah. Diriwayatkan juga dalam 1316 dan dalam sanadnya ada rawi bernama Yusuf bin Khalid As-Samti, lebih dari satu orang ahli hadis yang menganggapnya dusta (kadzab).