aadah, yang ertinya : “kerana mereka membiasakannya.” Dan bentuk jamaknya : a’yaad.
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
Hari Raya Bersama Rasulullah s.a.w (Bahagian 1)
Hari Raya Bersama Rasulullah s.a.w :
Hari Raya ialah semua hari yang di dalamnya terdapat sekumpulan orang. Adapun)u, yang memiliki erti : “seakan-akan mereka kembali kepadanya”. Dan ada yang mengatakan, bahawa pecahan katanya dari : al ‘
aadah, yang ertinya : “kerana mereka membiasakannya.” Dan bentuk jamaknya : a’yaad.
aadah, yang ertinya : “kerana mereka membiasakannya.” Dan bentuk jamaknya : a’yaad.
Dikatakan : ‘ayyadal muslimun, ertinya : “mereka menghadiri hari raya mereka.”
Ibnu Arabi berkata,”Dikatakan al-‘Id itu, ‘Id (hari raya) kerana kegiatan itu berulang setiap tahunnya dengan kegembiraan yang baru.” (Lisanul ‘Arab 3/319)
Berkata ‘al Allamah Ibnu ‘Abidin, “Dinamakannya ‘Id (hari raya) itu, kerana pada diri Allah memiliki berbagai bentuk kebaikan atau aneka ragam kebaikan yang kembali kepada hamba-hamba Nya di setiap harinya. Di antaranya : berbuka setelah dicegah dari makan, sedekah/zakat fitrah, menyempurnakan ibadah haji dengan Thawaf, ziarah, daging sembelihan dan yang lainnya, kerana kebiasaan yang ada di dalamnya terdapat keceriaan dan kegembiraan serta semangat.
Hasyiyah Ibnu ‘Abidin (2/165), ketahuilah wahai saudaraku sesama muslim – semoga ALLAH memberi taufik kepadaku dan kepadamu untuk selalu mentaatiNya – bahawa perayaan hari Raya yang disyariatkan Allah untuk hamba Nya merupakan perkara yang telah diketahui/maklum dan ini adalah topik kitab yang ada di hadapan anda.
Dari Anas r.a ia berkata : "Rasulullah s.a.w datang ke Madinah sedang penduduknya memiliki dua hari raya dimana mereka bersenang- senang di dalamnya di masa jahiliyah . Maka baginda bersabda :
“Aku datang pada kalian sedang kalian memiliki dua hari yang kalian bersenang- senang di dalamnya pada masa jahiliyah. Sungguh Allah telah menggantikan untuk kalian yang lebih baik dari dua hari itu iaitu : hari Raya Korban dan hari Idul Fitri".
(Hadis Sahih, dikeluarkan oleh Ahmad , Abu Daud , An- Nasa'i dan Al-Baghawi).
Syeikh Ahmad Abdurrahman Al-Banna :
"Keranahari Idul Fitri dan hari raya Korban ditetapkan dengan syariat Allah , merupakan pilihan Allah untuk mahluk Nya dan Dari Anas Radliallahu 'anhu ia berkata : "Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam datang ke Madinah sedang penduduknya memiliki dua hari raya dimana mereka bersenang- senang di dalamnya di masa jahiliyah. Maka beliau bersabda : “Aku datang pada kalian sedang kalian memiliki dua hari yang kalian besenang- senang di dalamnya pada masa jahiliyah. Sungguh Allah telah menggantikan untuk kalian yang lebih baik dari dua hari itu yaitu : hari Raya Kurban dan hari Idul Fithri". (Hadits Shahih, dikeluarkan oleh Ahmad (3/103,178,235), Abu Daud (1134), An- Nasa'i (3/179) dan Al-Baghawi (1098).
Syeikh Ahmad Abdurrahman Al-Banna :
"Kerana hari Idul Fihtri dan hari raya Korban ditetapkan dengan syariat Allah , merupakan pilihan Allah untuk mahluk Nya dan kerana keduanya mengikuti pelaksanaan dua rukun Islam yang agung iaitu Haji dan Puasa, serta di dalamnya Allah mengampuni orang-orang yang melaksanakan ibadah haji dan orang-orang yang berpuasa, dan Dia menebarkan rahmat Nya kepada seluruh mahluk Nya yang taat. Adapun hari Nairuz dan Mahrajan merupakan pilihan para pembesar pada masa itu. Penyebab ditentukannya hari itu sebagai hari raya buat mereka adalah kerana pada kedua hari itukeadaan semasa, suhu udara dan selainnya dari keistimewaan yang akan sirna. Perbezaan antara dua keistimewaan antara Idul Fitri dan Idul Adha dengan hari Nairuz dan Mahrajan sangat jelas bagi siapa yang mahu memperhatikannya". [Fathur Rabbani 6/119].
Kebolehan Dalam Syariat Allah Ketika Berhari Raya
Diriwayatkan dari Aisyah Radhiallahu'anha, ia berkata, “ Rasulullah s.a.w
masuk menemuiku sedangkan di sisiku ada dua anak perempuan kecil yang sedang bernyanyi dengan nyanyian Bu'ats . Lalu Baginda s.a.w berbaring (bersandar di atas lengannya) di tempat tidur dan memalingkan wajahnya ke arah lain. Masuklah Abu Bakar, lalu dia mengherdikku dan berkata :
‘Suara syaitan di sisi Nabi s.a.w !?' Rasulullah s.a.w kemudian menghadap ke Abu Bakar seraya berkata
:'Biarkan kedua anak perempuan itu'. Ketika ia telah lalai, aku memberi isyarat dengan mata kepada dua anak itu maka merekapun keluar".
Dalam riwayat lain : Rasulullah s.a.w bersabda, “Wahai Abu Bakar,
setiap kaum memiliki hari raya, dan ini adalah hari raya kita". [Kedua hadis
ini diriwayatkan oleh Bukhari . Diriwayatkan juga oleh Muslim. Ahmad dan Ibnu Majah ].
Al-Hafiz Ibnu Hajar
berkata : "Dalam hadits ini ada beberapa faedah : Disyariatkan untuk memberikan kelapangan kepada keluarga pada hari-hari raya untuk melakukan berbagai hal yang dapat menyampaikan mereka pada kesenangan jiwa dan istirahatnya tubuh dari beban ibadah. Dan sesungguhnya berpaling dari hal itu lebih utama. Dalam hadis ini juga menunjukkan baahwa menampakkan kegembiraan pada hari-hari raya merupakan syi'ar agama.
Berhias Diri di Hari Raya
Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a ia berkata : Umar mengambil sebuah jubah dari sutera tebal yang dijual di pasar, lalu ia datang kepada Rasulullah dan berkata : "Ya Rasulullah, belilah jubah ini agar engkau dapat berdandan dengannya pada hari raya dan saat menerima utusan yang menghadap engkau. Rasulullah s.a.w bersabda kepada Umar :'Ini adalah pakaiannya orang yang tidak memiliki keimanan / pakaian orang-orang kafir'. Setelah itu Umar tidak menampakkan diri beberapa hari yang dikehendaki Allah. Kemudian Rasulullah s.a.w mengirimkan kepadanya jubah sutera. Umar menerimanya lalu mendatangi Rasulullah s.a.w. Ia berkata : 'Ya Rasulullah, engkau pernah mengatakan : 'Ini adalah pakaiannya orang kafir dan engkau telah mengirimkan padaku jubah ini'. Rasulullah s.a.w bersabda kepada Umar :'Juallah jubah ini atau engkau penuhi keperluanmu dengannya". [Hadis Riwayat Bukhari. Muslim , Abu Daud . An-Nasaa'i . Ahmad ]
Berkata Al-Allamah As-Sindi : "Dari hadis ini diketahui bahawa berdandan (memperelokkan penampilan) pada hari raya merupakan kebiasaan yang ditetapkan di antara mereka, dan Nabi s.a.w tidak mengingkarinya, maka diketahui tetapnya kebiasaan ini". [Hasyiyah As Sindi 'alan Nasa'i 3/181].
Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata : "Ibnu Abi Dunya dan Al-Baihaqi telah meriwayatkan dengan isnad yang sahih yang sampai kepada Ibnu Umar bahawa ia biasa memakai pakaiannya yang paling bagus pada hari Idul Fitri dan Idul Adha".[Fathul Bari 2/439]
Beliau juga menyatakan : "Sisi pendalilan dengan hadis ini adalah takrirnya (penetapan) Nabi s.a.w kepada Umar berdasarkan asal memperelok penampilan itu adalah untuk hari Jumaat. Yang beliau ingkari hanyalah pemakaian perhiasan seperti itu kerana ia diperbuat dari sutera". [Fathul Bari 2/434].
Dalam 'Al-Mughni' (2/228) Ibnu Qudamah menyatakan : "Ini menunjukkan bahawa memperelokkan penampilan di kalangan mereka pada waktu itu adalah masyhur".
Malik berkata : "Aku mendengar ulama menganggap sunnah untuk memakai wangi- wangian dan perhiasan pada setiap hari raya".
Berkata Ibnul Qayyim dalam "Zadul Ma'ad" (1/441) : "Nabi memakai pakaiannya yang paling bagus untuk keluar (melaksanakan solat) pada hari Idul Fitri dan Idul Adha. Beliau memiliki perhiasan yang biasa dipakai pada dua hari raya itu dan pada hari Jumaat. Sekali waktu beliau memakai dua burdah (kain bergaris yang diselimutkan pada badan) yang berwarna hijau, dan terkadang mengenakan burdah berwarna merah, namun bukan merah murni sebagaimana yang
disangka sebahagian manusia, kerana jika demikian bukan lagi namanya burdah. Tapi yang beliau kenakan adalah kain yang ada garis-garis merah seperti kain bergaris dari Yaman.
Tuntutan Melakukan Solat Ied Di Tanah Lapang
Diriwayatkan dari Abu Said Al Khudri r.a, ia berkata, “ Dahulu Rasulullah s.a.w biasa keluar menuju musolla (tanah lapang – bukan masjid kecil pada hari Idul Fitri dan Idul Adha, maka pertama kali yang beliau lakukan adalah shalat ..." [Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan An-Nasaa'i ]
Berkata Al-Alamah Ibnul Hajj Al Maliki : "Sunnah yang telah berlangsung dalam pelaksanaan solat Idul Fitri dan Idul Adha adalah di musolla (tanah lapang), kerana Nabi s.a.w bersabda, “Solat di masjidku ini (masjid Nabawi ) lebih utama dari seribu solat yang dilaksanakan di masjid lainnya kecuali masjid Al-Haram". [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim ]
Namun, walau ada keutamaan yang sangat agung ini, Baginda s.a.w tetap keluar ke musolla (tanah lapang) dan meninggalkan masjidnya. [Al- Madkhal ] (yakni melaksanakan solat Ied di luar masjid Nabawi ).
Imam Ibnu Qudamah Al-Maqdisi menyatakan, [Al-Mughni] : "Sunnah untuk melaksanakan solat Id di tanah lapang, Ali r.a memerintahkan yang demikian dan dianggap baik oleh Al-Auza'i dan pengikut ra'yu. Inilah ucapan Ibnul Mundzir."
Siapa yang tidak mampu untuk keluar ke tanah lapang kerana sakit atau tua, boleh solat di masjid dan tidak ada dosa baginya Insya Allah. [Al-Mughni 2/229- 230].
Di sini harus diberikan peringatan bahawa tujuan dari pelaksanaan Shalat Id di tanah lapang adalah agar terkumpul kaum muslimin dalam jumlah yang besar di satu tempat.
Namun yang kita lihat pada hari ini di banyak negeri berbilangannya musolla (tanah lapang yang digunakan untuk solat) meski tidak ada keperluan. Ini merupakan perkara makruh yang telah diperingatkan oleh ulama. [ Nihayah Al Muhtaj 2/375 oleh Ar-Ramli].
Bahkan sebagian musolla telah menjadi mimbar-mimbar hizbiyyah untuk memecah belah persatuan kaum muslimin.Tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Allah.
Sunnah Makan Di Hari Ied
Dari Anas r.a, ia berkata :
“Rasulullah s.a.w tidak pergi (ke tanah lapang) pada hari Idul Fitri hingga beliau makan beberapa biji kurma". [Hadis Riwayat Bukhari , Tirmidzi , Ibnu Majah dan Ahmad ]
Berkata Imam Al Muhallab :
"Hikmah makan sebelum solat (Idul Fitri) adalah agar orang tidak menyangka masih diharuskan puasa hingga dilaksankan solat , seolah-olah beliau ingin menutup jalan menuju ke sana" [Fathul Bari 2/447, lihat di dalam kitab tersebut ucapan penulis tentang hikmah disunahkannya makan kurma]
Dari Buraidah r.a ia berkata :
“Nabi s..w tidak keluar pada hari Idul Fitri hingga beliau makan, sedangkan pada hari Raya Kurban beliau tidak makan hingga kembali (dari musolla) lalu beliau makan dari sembelihannya" [Diriwayatkan Tirmidzi , Ibnu Majah , Ad-Darimi dan Ahmad dan isnadnya hasan]
Al-Allamah Ibnul Qoyyim berkata :
"Adapun dalam Idul Adha, beliau tidak makan hingga kembali dari Musolla, lalu beliau makan dari haiwan korbannya" [Zadul Ma'ad ]
Al-Alamah Asy Syaukani menyatakan [Dalam Nailul Authar 3/357] :
"Hikmah mengakhirkan makan pada Idul Adha adalah kerana hari itu disyari'atkan menyembelih korban dan makan dari korban tersebut, maka bagi orang yang berkorban disyariatkan agar berbukanya (makan) dengan sesuatu dari korban tersebut. Ini dikatakan oleh Ibnu Qudamah" [Lihat Al-Mughni 2/371]
Berkata Az-Zain Ibnul Munayyir [ Fathul Bari 2/448] : "Makanya beliau s.a.w pada masing-masing (Idul Fitri dan Idul Adha) terjadi pada waktu disyariatkan untuk mengeluarkan sedekah khusus dari dua hari raya tersebut, iaitu mengeluarkan zakat fitrah sebelum datang ke musolla dan mengeluarkan zakat korban setelah menyembelihnya".
(Ahkaamu Al' Iidaini Fii Al-Sunnah Al-Muthahharah, oleh Syaikh Ali bin Hasan bin Ali Abdul Hamid Al-Halabi Al- Atsari)