الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Hari Raya Bersama Rasulullah s.a.w (Bahagian 3)

    Tidak Ada Solat Sunat Sebelum dan Selepas Solat Dua Ied

    Dari Ibnu Abbas r.a, ia berkata :, “ Rasulillah s.a.w solat dua raka'at pada hari Idul Fitri, beliau tidak solat sebelumnya dan tidak pula sesudahnya...." [Hadis Riwayat Bukhari 989, At-Tirmidzi 537, An-Nasa'i 3/193 dan Ibnu Majah 1291]
    Berkata Ibnul Qayyim Rahimahullah :
    "Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya tidak pernah melakukan solat (sunah) ketika tiba di tanah lapang
    sebelum solat Ied dan tidak pula sesudahnya"

    Al-Hafidh Ibnu Hajar menyatakan (Fathul Bari 2/478) :
    "Jadi, kesimpulannya bahawa untuk solat Ied tidak ada solat sunnah sebelumnya dan tidak pula sesudahnya. Berbeza dengan orang yang mengqiyaskannya (menyamakannya) dengan solat Jumaat" [Syarhus Sunnah 4/316. 317]


    Azan an Iqomah

    Dari Jabir bin Samurah r.a ia berkata :, “ Aku pernah solat dua hari raya bersama Rasulullah s.a.w lebih dari sekali dua kali, tanpa dikumandangkan azan dan tanpa iqomah" [Riwayat Muslim 887, Abu Daud 1148 dan Tirmidzi 532].
    Ibnu Abbas dan Jabir r.a berkata, “Tidak pernah dikumandangkan azan (untuk solat Ied) pada hari Idul Fitri dan Idul Adha" [Riwayat Muslim 887, Abu Daud 1148 dan Tirmidzi 532]
    Berkata Ibnul Qayyim :
    "Rasulullah s.a.w apabila tiba di musolla (tanah lapang), beliau memulai solat tanpa azan dan tanpa iqomah, dan tidak pula ucapan "Ash-Shalatu Jami'ah". Yang sunnah semua itu tidak dilakukan. [Zaadul Ma'ad 1/442]

    Imam As-Shan'ani berkata dalam memberi komentar terhadap atsar-atsar dalam bab ini :
    "Ini merupakan dalil tidak disyariatkannya azan dan iqkmah dalam solat Ied, kerana (mengumandangkan) azan dan iqomah dalam solat Ied adalah bid'ah" [Zaadul Ma'ad 1/442]
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA