الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
RIYADUS SHALIHIN IMAM NAWAWI : Memaafkan Dan Tidak Menghiraukan Orang-orang Yang Bodoh
Memaafkan Dan Tidak Menghiraukan Orang-orang Yang Bodoh
Allah Ta'ala berfirman:
"Berilah
pengampunan, perintahlah kebaikan dan janganlah engkau menghiraukan kepada
tindakan orang-orang yang bodoh." (al-A'raf: 199)
Allah Ta'ala berfirman
pula:
"Berilah orang-orang
itu maaf yang baik." (al-Hijr:
85) Allah Ta'ala berfirman lagi:
"Hendaklah mereka
memberikan pengampunan dan kelapangan dada. Tidakkah engkau semua senang
jikalau Allah memberikan pengampunan pula kepadamu?" (an-Nur: 22)
Allah Ta'ala juga
berfirman:
"Dan orang-orang
yang suka memaafkan kepada orang banyak dan Allah itu mencintai orang-orang
yang berbuat kebaikan." (ali-lmran: 134)
Allah Ta'ala berfirman
lagi:
"Dan nescayalah
orang yang berhati sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang sedemikian
itu adalah termasuk pekerjaan-pekerjaan yang dilakukan dengan keteguhan
hati." (as-Syura: 43)
Ayat-ayat dalam bab ini
banyak sekali dan dapat dimaklumi.
641. Dari Aisyah
radhiallahu 'anha, bahawasanya ia berkata kepada Nabi s.a.w.: "Adakah
pernah datang pada Tuan suatu hari yang lebih sukar penderitaannya daripada
hari peperangan Uhud?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ya, saya benar-benar
pernah menemui peristiwa gawat itu dari kaummu. Sesuatu yang saya hadapi yang
terberat penderitaannya dari mereka itu ialah pada hari 'Aqabah. Pada suatu
ketika saya menawarkan diriku kepada Ibnu Abdi Jalil bin Aban Kulal - salah
seorang terkemuka di daerah Thaif dan kedatangan Nabi s.a.w. ke situ adalah
untuk meminta bantuan. Tetapi ia tidak mengabulkan apa-apa yang saya kehendaki.
Selanjutnya saya pun berangkatlah - kembali - dan saya dalam keadaan dukacita,
nampak di wajahku. Saya tidak sedar dari keadaan sedemikian itu melainkan
setelah saya berada di Qarnuts Tsa'alib - nama suatu tempat. Kemudian saya
mengangkat kepalaku, tiba-tiba nampaklah suatu awan yang menaungi diriku. Saya
melihat ke atas dan sekonyong-konyong di situ ada Jibril Alaihis-salam. Ia
mengundang saya, lalu berkata: "Sesungguhnya Allah Ta'ala telah mendengar
perihal pembicaraan kaum Tuan kepada Tuan dan bagaimana cara penolakan mereka
atas permintaan Tuan itu. Allah kini mengutus untuk Tuan malaikat penjaga
gunung-gunung supaya Tuan dapat menyuruhnya tentang apa saja yang Tuan
inginkan." Seterusnya malaikat penjaga gunung-gunung itu mengundang saya,
lalu memberi salam terus berkata: "Hai Muhammad, sesungguhnya Allah telah
mendengar apa yang dikatakan oleh kaum Tuan kepada Tuan dan saya adalah
malaikat penjaga gunung-gunung. Tuhanku mengutus saya untuk Tuan agar Tuan
menyuruh saya dengan mematuhi perintah Tuan. Maka apakah kiranya Tuan suka,
sekiranya Tuan menginginkan, jikalau umpamanya saya tutupkan saja atas kaum
Tuan itu dua buah gunung ini?" Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Bahkan
saya mengharapkan agar Allah mengeluarkan dari tulang rusuk kaumku itu orang
yang suka menyembah kepada Allah yang Maha Esa serta tidak menyekutukan sesuatu
denganNya." Jadi tawaran malaikat penjaga gunung itu tidak diterima,
bahkan mendoakan semoga di antara kaumnya itu ada yang menjadi orang mu'min dan
Muslim. (Muttafaq 'alaih)
Al-akhsyaban ialah dua gunung yang mengelilingi kota Makkah,
sedang al-akhsyab ertinya ialah gunung besar.
642. Dari Aisyah
radhiallahu 'anha pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. itu sama sekali tidak
pernah memukul dengan tangannya, baik terhadap seseorang wanita ataupun
pelayan, melainkan di waktu beliau s.a.w. sedang berjihad fi-sabilillah - yakni
di medan pertempuran melawan kaum kafir. Tidak pernah pula beliau s.a.w. itu
terkena sesuatu yang menyakiti, lalu memberikan pembalasan kepada orang yang
berbuat terhadap beliau itu, kecuali jikalau ada sesuatu dari larangan-larangan
Allah dilanggar, maka beliau memberikan pembalasan kerana mengharapkan
keredhaan Allah Ta'ala." (Riwayat Muslim)
643. Dari Anas r.a.,
katanya: "Saya berjalan bersama Rasulullah s.a.w. dan beliau mengenakan
baju buatan negeri Najran yang kasar tepinya, kemudian beliau disusul oleh
seorang A'rab - penduduk negeri Arab bahagian pedalaman, lalu ditariklah
selendang beliau itu dengan tarikan yang keras sekali. Saya - Anas - melihat
pada tepi leher Nabi s.a.w. dan amat membekas sekali tepi pakaian tadi kerana
amat sangat ditariknya. Selanjutnya orang A'rab itu berkata: "Ya Muhammad,
perintahkanlah untuk memberikan padaku sesuatu dari harta Allah yang ada di
sisi Tuan." Nabi s.a.w. lalu menoleh pada orang itu terus ketawa dan
selanjutnya menyuruh supaya orang tadi diberi sesuatu pemberian sedekah."
(Muttafaq 'alaih)
644. Dari Ibnu Mas'ud
r.a., katanya: "Seolah-olah - sekarang -saya masih dapat melihat kepada
Rasulullah s.a.w. ketika beliau menceriterakan seseorang Nabi dari para
Nabi-nabi shalawatullah wasalamuhu'alaihim, iaitu ketika Nabi tadi dipukul oleh
kaumnya, sehingga mereka menyebabkan keluar darahnya dan Nabi itu mengusap
darah tersebut dari wajahnya sambil berdoa: "Ya Allah, ampunilah kaumku,
kerana sesungguhnya mereka itu tidak mengerti." (Muttafaq 'alaih)
645. Dari Abu Hurairah
r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Bukannya
orang yang keras - yang terpuji menurut syara' - itu orang yang menang dalam
perkelahian, tetapi yang dinamakan orang keras ialah orang yang dapat
memiliki-menguasai -dirinya di waktu marah." (Muttafaq 'alaih)