الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
ANTARA TAUHID DENGAN SYIRIK
Perang antara tauhid dengan syirik telah terjadi sejak lama. Sejak
zaman Nabi Nuh a.s ketika
menyeru kaumnya untuk beribadah hanya kepada Allah
semata dan meninggalkan ibadah kepada berhala-berhala.
Nabi Nuh berada di tengah kaumnya selama sembilan ratus lima puluh
tahun. Beliau menyeru kaumnya kepada tauhid, tetapi penerimaan mereka sungguh
di luar harapan. Secara jelas Al-Quran menggambarkan penolakan mereka, dalam
firman Allah:
وَقَالُوا لَا تَذَرُنَّ آلِهَتَكُمْ وَلَا تَذَرُنَّ
وَدًّا وَلَا سُوَاعًا وَلَا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا
وَقَدْ أَضَلُّوا كَثِيرًا وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ
إِلَّا ضَلَالًا
"Dan mereka berkata, 'Jangan sekali-kali kamu meninggalkan
(penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan
(penyembahan) wadd, dan jangan pula suwaa', yaghust, ya'uq dan nasr." Dan
sesudahnya mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia)." (Nuh: 23-24)
Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas , dia berkata:
Ini adalah nama-nama orang-orang soleh dari kaum Nabi Nuh. Ketika
mereka meninggal dunia,
syaitan membisikkan kepada kaumnya agar mereka membuat
patung orang-orang soleh tersebut di tempat-tempat duduk mereka, dan agar
memberinya nama sesuai dengan nama-nama mereka. Maka mereka pun melakukan
perintah syaitan tersebut. Pada awalnya, patung-patung itu tidak disembah.
Tetapi ketika mereka semua sudah binasa dan ilmu telah diangkat, maka mulalah
patung-patung itu disembah.
Datanglah para rasul sesudah Nabi Nuh a.s. Mereka menyeru kaumnya
agar beribadah hanya kepada Allah semata, dan agar meninggalkan apa yang mereka
sembah selain Allah, sebab mereka tidak berhak untuk disembah. Al-Quranul Karim
yang menceritakan tentang keadaan mereka dalam firman Allah :
وَإِلَى عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًا قَالَ يَا قَوْمِ
اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ أَفَلَا تَتَّقُونَ
"Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum 'Aad saudara mereka,
Hud. Ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan
bagimu selainNya. Maka mengapa kamu tidak bertakwa kepada Nya?." (Al-A'aaf:
65)
وَإِلَى ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا قَالَ يَا قَوْمِ
اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ هُوَ أَنْشَأَكُمْ مِنَ
الْأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا فَاسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ
إِنَّ رَبِّي قَرِيبٌ مُجِيبٌ
"Dan kepada Thamud (Kami utus) saudara mereka Soleh. Soleh
berkata, "Hai kaumku, sembahlah Allah sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan
selain Dia." (Hud: 61)
وَإِلَى مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًا قَالَ يَا قَوْمِ
اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ وَلَا تَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ
وَالْمِيزَانَ إِنِّي أَرَاكُمْ بِخَيْرٍ وَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ
يَوْمٍ مُحِيطٍ
"Dan kepada (penduduk) Madyan (Kami utus) saudara mereka,
Syu'aib. Ia berkata, "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada Tuhan
bagimu selain Dia." (Huud: 84)
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ
إِنَّنِي بَرَاءٌ مِمَّا تَعْبُدُونَ
إِلَّا الَّذِي فَطَرَنِي فَإِنَّهُ سَيَهْدِينِ
"Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapanya dan
kaumnya: "Sesungguhnya aku tidak bertanggungjawab terhadap apa yang kamu
sembah, tetapi (aku menyembah) Tuhan yang menjadikanku; kerana sesungguhnya Dia
akan memberi hidayah kepadaku." (Az-Zukhruf: 26-27)
Terhadap dakwah para nabi tersebut, kaum musyrikin memberikan
penentangan dan pengingkaran terhadap apa yang mereka bawa. Orang-orang musyrik
itu memerangi para rasul dengan segala kemampuan yang mereka miliki.
Sepertimana Rasulullah s.a.w, sebelum diutus sebagai rasul, beliau
terkenal di kalangan orang-orang Arab dengan jolokan "ash-shaa-diqul
amiin" (yang jujur dan dapat dipercaya). Tetapi ketika beliau mengajak
kaumnya menyembah kepada Allah dan mengesakan Nya, serta menyeru agar
meninggalkan apa yang disembah oleh nenek moyang mereka, serta merta mereka
lupa dengan sifat jujur dan amanah beliau. Lalu mereka menghujaninya dengan
berbagai jolokan buruk. Di antaranya ada yang menjuluki beliau dengan "ahli
sihir lagi pendusta". Al-Quran mengisahkan penolakan mereka terhadap
dakwah tauhid dalam firman Allah:
وَعَجِبُوا أَنْ جَاءَهُمْ مُنْذِرٌ مِنْهُمْ وَقَالَ
الْكَافِرُونَ هَذَا سَاحِرٌ كَذَّابٌ
أَجَعَلَ الْآلِهَةَ إِلَهًا وَاحِدًا إِنَّ هَذَا
لَشَيْءٌ عُجَابٌ
"Dan mereka hairan kerana mereka kedatangan seorang pemberi
peringatan (rasul) dari kalangan mereka; dan orang-orang kafir berkata, 'Ini
adalah seorang ahli sihir yang banyak dusta. Mengapa ia menjadikan tuhan-tuhan
itu Tuhan Yang Satu saja? Sesungguhnya ini benar-benar suatu hal yang sangat
menghairankan." (Shod: 4-5)
كَذَلِكَ مَا أَتَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ مِنْ
رَسُولٍ إِلَّا قَالُوا سَاحِرٌ أَوْ مَجْنُونٌ
أَتَوَاصَوْا بِهِ بَلْ هُمْ قَوْمٌ طَاغُونَ
"Demikianlah tidak ada seorang rasul pun yang datang kepada
orang-orang yang sebelum mereka, melainkan mereka mengatakan. "Ia adalah
seorang tukang sihir atau orang gila. Apakah mereka saling berpesan tentang apa
yang dikatakan itu. Sebenar-nya mereka adalah kaum yang melampaui batas."
(Adz-Dzaariyaat: 52-53)
Demikianlah itulah sikap segenap rasul dalam dakwahnya kepada
tauhid. Dan sebagaimana gambaran ayat-ayat di atas itulah sikap kaum mereka
yang pendusta lagi mengada-mengada.
Pada zaman kita ini, jika seorang muslim mengajak sesama saudara
muslim lainnya kepada akhlak, kejujuran dan amanah, ia tidak akan menemukan
orang yang menentangnya.
Berbeza jika ia mengajak mereka kepada tauhid yang kepadanya para
rasul menyeru iaitu berdoa (memohon) hanya semata-mata kepada Allah dan tidak
memohon kepada selain Nya, baik kepada para nabi atau wali, kerana sesungguhnya
mereka hanyalah hamba Allah, nescaya orang-orang segera menentangnya dan
menuduhnya dengan berbagai tuduhan dusta. Mungkin mereka akan dituduh wahabi,
dengan maksud untuk membendung manusia dari dakwah kepada tauhid.
Jika seorang da'ie mengetengahkan ayat yang di dalamnya terdapat ajakan
kepada tauhid, mereka tidak berasa segan menuduh dengan mengatakan, "Ini
ayat wahabi". Manakala da'ie membawakan hadis sebagaimana sabda Rasulullah
s.a.w:
“Jika kamu meminta maka mintalah kepada Allah dan jika kamu mohon
pertolongan maka mohonlah pertolongan kepada Allah." (Riwayat Ahmad dan
At-Tirmizi)
Para du'at kepada tauhid hendaknya sabar dan meneladani Rasulullah s.a.w,
yang kepadanya Allah berfirman:
وَاصْبِرْ عَلَى مَا يَقُولُونَ وَاهْجُرْهُمْ هَجْرًا
جَمِيلًا
"Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah
mereka dengan cara yang baik." (Al-Muzammil: 10)
فَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ وَلَا تُطِعْ مِنْهُمْ
آثِمًا أَوْ كَفُورًا
"Maka bersabarlah kamu untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu,
janganlah kamu ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara
mereka." (Al-Insaan: 24)
Setiap orang Islam hendaknya menerima dakwah kepada tauhid, serta
mencintai pada da'ienya. Sesungguhnya tauhid adalah dakwah para rasul secara
keseluruhan, juga dakwah Rasul kita Muhammad s.a.w. Maka barangsiapa mencintai
Rasul s.a.w, niscaya dia akan mencintai dakwah kepada tauhid dan barangsiapa
membenci kepada dakwah tauhid, maka bererti ia telah membenci Rasulullah s.a.w.
(AL FIRQOTUN NAAJIYAH)