الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    BERPESAN-PESAN


    1. Berjihad

    عن أنس رضي الله عنه ، أن النبي صل الله عليه وسلّم قال
    جاهدوا المشركين بأموالكم ، وأنفسكم ، وألسنكم .
    (رواه احمد و النسائي وصححّة الحاكيم )

     “Daripada Anas r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “Birjihadlah kamu melawan orang-orang musyrik samada dengan harta, jiwa mahupun lisan kamu.””
    (Riwayat Ahmad dan An-Nasa’i : dinilai sahih oleh Imam Al-Hakim dan sahih menurut Syeikh Al-Albani)


    2.  Solat di kenderaan

    Amir Ibnu Rabi’ah berkata :
    “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w solat di atas unta kenderaannya dengan menghadap ke arah manapun yang ditempuh oleh unta kenderaannya.”
    (Riwayat Bukharin dan Muslim)

    Imam Bukhari dalam riwayatnya menambah : “Baginda Rasulullah s.a.w hanya berisyarat dengan kepalanya namun solat yang dilakukan itu bukanlah solat fardhu.”

    (Sahih menurut Syeikh Al-Albani)


    3. Ketaatan kepada Rasul

    Rasulullah s.a.w bersabda :
    “Semua umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan.”
    Sahabat bertanya :”Siapakah mereka yang enggan itu wahai Rasulullah?”
    Rasulullah s.a.w menjawab : “Seiapa yang taat kepadaku dia pasti akan masuk syurga dan sesiapa yang menderhakaiku maka bererti dia enggan.”
    (Riwayat Bukhari)

    “Taat kepada Rasul bererti taat kepada Allah. Maksiat kepada Rasul bererti maksiat kepada Allah. Sesungguhnya jalan selamat dan benteng daripada kesesatan adalah berpegang teguh kepada Al-Quran.”
    (Manhaj Salafus Soleh)


    4.  Ketinggian ilmu perubatan

    “Aku tidak pernah melihat ilmu yang mulia selepas ilmu syar’i lebih daripada ilmu perubatan.”
    “Ilmu itu ada dua :
    1. Ilmu syari’at untuk akhirat dan
    2. Ilmu perubatan untuk anggota badan.”
    (Imam As-Syafi’i)



    5.  Persahabatan

    “Janganlah kalian bersahabat dengan mereka yang tidak mampu mempamerkan kebaikan akhlak rohaniah mereka dan mereka yang tidak mampu menegur dengan lidahnya supaya kita mengingati Allah.”
    (Al-Imam Sayyidi Ibn Ata’ilah)


    6. Pertanyaan

    Rasulullah s.a.w bersabda :
    “Tidak bergeser kaki seorang hamba sehingga ia akan ditanya tentang empat perkara :
    1. Tentang umurnya. Untuk apa ia habiskan.
    2. Tentang ilmunya. Untuk apa ia amalkan.
    3. Tentang hartanya. Dari mana ia perolehi dan ke mana ia belanjakan.
    4. Tentang badannya. Untuk apa ia gunakan.”
    (Sunan At-Tarmizi)


    7. Syaitan dan hantu

    Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan bahawa :
    “Sesungguhnya hantu pernah mereka sebutkan di sisi Sayidina Umar Al-Khattab. Maka beliau berkata : “Bahawasanya tidak ada yang mampu untuk merubah bentuk aslinya sebagaimana diciptakan Allah pada mulanya. Namun mereka mempunyai tukang sihir sebagaimana tukang sihir yang berada di antara kamu. Apabila kamu melihat perkara itu, maka ucapkanlah azan kepada mereka.”
    (Ibnu Hajar Al-Asqalani : Fathul Barri)

    “Tidak ada kemampuan bagi syaitan untuk mengubah penciptaan mereka dan berubah bentuk. Namun Allah boleh sahaja mengajarkan kepada mereka beberapa kalimah dan perbuatan. Jika mereka mengucapkan kalimah-kalimah tersebut atau melakukan perbuatan-perbuatan tersebut, Allah akan mengubahnya dari satu bentuk ke bentuk yang lain.”
    Dikatakan : Syaitan mampu untuk mengubah bentuk dan membuat khayalan dengan maksud bahawa ia mampu untuk satu perkataan yang jika ia mengatakannya atau melakukannya, maka Allah akan mengubahnya daripada satu bentuk kepada bentuk yang baru sesuai dengan kebiasaan yang berlaku. Adapun jika ia mengubah dirinya sendiri, maka hal itu adalah msutahil kerana berubah dirinya dari satu bentuk kepada bentuk yang lain akan menguraikan struktur dan merombak bahagian-bahagiannya. Apabila hal itu terjadi, maka musnahlah kehidupan.
    (Al-Qadhi Abu Ya’la Muhammad bin Al-Husain bin Al-Fara’ : Aakam Al-Marjan)


    8.  Iman

    Abul Qasim Al-Hakim ketika ditanyakan pertanyaan apakah dosa yang menyebabkan tercabutnya iman?
    Dia menjawab : “ Ya, ada tiga dosa yang memungkinkan tercabutnya iman :
    1. Jika tidak bersyukur kepada Allah atas nikmat iman,
    2. Jika tidak khuatur (takut) akan tecabutnya iman, maka kemungkinan imannya tercabut,
    3. Jika berlaku zalim terhadap orang-orang islam.”


    “Ya Allah, sesungguhnya yang sangat menggembirakan aku aialah kerana Engkau memberiku iman, tetapi aku takut kalau-kalau iman itu Engkau cabut daripadaku, maka selama perasaan takut ini ada padaku, aku mengharapkan janganlah Engkau mencabut iman itu daripadaku.”
    (Doa Yahya bin Mu’adz Ar-Razi)

    Hasan Al-Basri berkata :
    “Akan ada seorang yang diseksa dalam neraka selama seribu tahun kemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam syurga. “Aduhai sekiranya akulah orang itu”.
    Ia berkata sedemikian kerana ia khuatir dari su’ul khatimah.








    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA