Firman Allah :
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ
لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي
بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ
الْبَصِيرُ
“Maha
Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba Nya pada suatu malam dari Masjidil
Haram ke Masjidil Aqsha yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami
perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.”
(Al-Isra’ : 1 )
Nabi Ibrahim a.s menyatakan
sepertimana di dalam surah As-Shoffat ayat 99 :
وَقَالَ إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَى رَبِّي سَيَهْدِينِ
“Dan Ibrahim berkata:"Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada
Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku.”
Nabi
Ibrahim mengetahui hal ini dengan wahyu dari Allah kepadanya bahawa Syam
(Palestina, Yordania, Syiria dan Lebanon) merupakan negeri tempat di mana turunnya
rahmat. Kebanyakan wahyu turun di Syam, demikian juga para nabi kebanyakan di
sana. Palestina (daerah Syam) juga tidak berada di bawah kekuasaan Namrud
sehingga beliau dapat beribadah kepada Allah di sana tanpa diganggu atau
disakiti, maka beliau berpindah dari negerinya (Iraq) menuju ke Palestina.
Kemudian setelah beberapa waktu beliau meninggalkan Surriyyah (budak perempuan yang digauli tuannya)-nya,
Hajar
dan anaknya Ismail berada di Makkah. Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah agar penduduk Makkah dikurniai rezeki berupa
buah-buahan dan Allah mengabulkan doanya. Oleh sebab Makkah merupakan tanah
gurun yang tidak ada tanaman, maka Allah memerintahkan Malaikat Jibril untuk
memindahkan gunung Tha'if dari daratan Syam menuju Makkah dan malaikat Jibril pun
memindahkan dan meletakkan gunung tersebut di sana. Di gunung ini tumbuh buah
anggur dari jenis yang terbaik demikian juga buah delima dan lainlain, udaranya
sangat sejuk sehingga penduduk makkah memilihnya menjadi Mushthaf (lokasi perjalanan di musim panas).
(Al-Azraqi
: Akhbar Makkah)
Firman Allah :
"Agar Kami (Allah) perlihatkan
kepadanya (Muhammad) pada malam tersebut berbagai keajaiban dan tanda yang
menunjukkan akan kekuasaan Kami (Allah)".
Perjalanan Isra' Rasulullah
s.a.w bermula di Masjidil Haram yang mana dada baginda dibelah dan dicuci
hatinya untuk dipenuhi dengan hikmah dan keimanan,
agar baginda bersedia untuk menyaksikan keajaiban-keajaiban ciptaan Allah
dengan hati yang kuat. Pada saat itu baginda berada di Makkah, Jibril datang
pada malam hari dengan membuka atap rumah tanpa menjatuhkan debu, batu atau
yang lainnya. Ketika itu baginda sedang tidur antara bapa saudaranya, Hamzah
dan sepupunya Ja'far bin Abu Talib. Mereka semua sedang berada di rumah puteri
Abu Talib, Ummu Hani' binti Abu Talib, saudara perempuan Ali bin Abu Talib di
suatu perkampungan yang bernama Ajyad.
Jibril
membangunkan Nabi s.a.w kemudian pergi bersamanya menuju Masjidil Haram. Bersama Malaikat Jibril beliau berangkat dengan Buraq;
seekor binatang syurga yang bentuknya lebih besar dari keledai dan lebih kecil
dari kuda yang mampu melompat sejauh pandangannya.
Dalam
riqayat Al-Baihaqi , ketika ii pertengahan perjalanan Isra' ini
Rasulullah s.a.w melewati beberapa tempat dan kota bersejarah, seperti kota Yathrib (Madinah), kota Madyan (kota Nabi
Syu'aib a.s), bukit Thur Sina' (tempat Nabi
Musa a.s mendapat wahyu dari Allah), dan Baitul Lahm
(tempat Nabi Isa a.s dilahirkan). Di tiap-tiap tempat ini Jibril selalu meminta
Rasulullah s.a.w untuk turun dan melakukan solat dua rakaat.
Ini merupakan salah satu dari banyaknya dalil-dalil
tentang dibolehkannya "tabarruk"
(meminta berkah dari Allah) dengan lantaran atsar
(peninggalan) para nabi. Setelah Rasulullah s.a.w tiba di Baitul Maqdis (Masjid Al-Aqsha), Rasulullah bersama para nabi dari Nabi Adam a.s sehinggalah Nabi
Isa a.s melakukan solat berjamaah dan baginda s.a.w mengimamkan solat. Allah mempertemukan baginda
dengan para nabi adalah sebagai penghormatan kepada baginda. Allah
membangkitkan semua nabi yang telah wafat kecuali Nabi Isa a.s kerana beliau
masih hidup di langit hingga sekarang. Kemudian Allah menambahkan kemuliaan untuk Nabi Nya Muhammad
s.a.w dengan mengangkat lapan nabi iaitu Nabi Adam a.s, Nabi Isa a.s, Nabi Yahya
a.s, Nabi Idris a.s, Nabi Harun a.s, Nabi Musa a.s, dan Nabi Ibrahim a.s ke
langit dan mereka menyambut Rasulullah s.a.w di sana.
Tujuan utama Rasulullah di Isra’ dan Mi’raj
kan
Tujuan dan hikmah yang sebenarnya dari Isra' dan Mi'raj adalah
memuliakan Rasulullah s.a.w dan memperlihatkan kepadanya beberapa keajaiban
ciptaan Allah sepertimana firman Allah :
لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا
" agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian
dari tanda-tanda (kebesaran) Kami ".
(Al-Isra’ : 1)
Juga
untuk mengagungkan baginda s.a.w sebagai Nabi yang akhir dan sebaik-baik nabi
di antara para nabi, sekaligus sebagai penguat hati baginda dalam menghadapi tentangan
dan cubaan yang dilontarkan oleh orang kafir Quraisy terlebih setelah ditinggal
kematian bapa saudaranya Abu Talib dan isteri beliau Khadijah.
Maka dapat diambil kesimpulan bahawa tujuan dari Isra' dan
Mi'raj
bukanlah bahawa Allah ada di
arah atas, lalu Nabi s.a.w naik ke atas untuk
bertemu dengan Nya. Kerana Allah ada tanpa tempat dan arah, dan tempat adalah makhluk sedangkan Allah tidak memerlukan
kepada makhluk Nya. Allah berfirman :
فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
“sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari
semesta alam”
(Ali-Imran : 97)
Allah
tidak bersifat dengan salah satu sifat makhluk Nya seperti berada di tempat,
arah atas, di bawah dan lain-lain. Imam At-Thahawi mengatakan :
"Allah tidak diliputi oleh salah satu arah penjuru mahupun enam arah
penjuru (atas, bawah, kanan, kiri, hadapan, belakang), tidak seperti makhluk Nya
yang diliputi oleh enam arah penjuru tersebut"
(Al- 'Aqidah At-Thahawiyyah :
Imam Abu Ja'far At-Thahawi)
Ini adalah merupakan ijma' ulama Islam, maka barangsiapa yang
berkeyakinan bahwa Allah bertempat dan berarah di atas atau semua arah maka ia
telah jatuh pada kekufuran.
Wahyu yang diterima Rasulullah s.a.w ketika Isra' dan Mi'raj
Dalam hadis sahih riwayat Imam Muslim,
Rasulullah menjelaskan mengenai peristiwa Isra' dan
Mi'raj.
Dalam hadis tersebut diriwayatkan bahawa ketika Nabi s.a.w berada di Sidratul Muntaha beliau mendengar kalam Allah di antaranya berisi kewajiban solat lima
puluh kali sehari semalam bagi umatnya. Kemudian terjadilah dialog dengan Nabi
Musa a.s yang
menganjurkan agar Nabi meminta keringanan kepada Allah dan akhirnya diwajibkan
bagi umat Islam hanya solat lima kali sehari semalam. Namun nilai sekali solat
tersebut sebanding dengan sepuluh kali solat sehingga lima kali solat sebanding
dengan lima puluh kali solat.
Adapun proses penerimaan
wahyu tersebut adalah bahawa Nabi
s.a.w mendengar kalam Allah yang Dzati,
bukan berupa huruf, suara dan bahasa sebab kalam Nya azali (ada tanpa
permulaan). Pada malam yang mulia dan penuh berkah itu Allah membuka hijab
dari Rasulullah s.a.w ( perkara yang dapat menghalanginya dari mendengar kalam
Allah yang azali. ) Allah memperdengarkan kalam Nya dengan Qudrah Nya pada masa Rasulullah
s.a.w berada di suatu tempat di atas Sidratul Muntaha (suatu
tempat yang tidak pernah dikotori dengan perbuatan maksiat dan bukan tempat di
mana Allah berada seperti kenyataan sebahagian orang sebab Allah ada tanpa
tempat.)
Isra' Bukanlah Mimpi
Rasulullah s.a.w
Telah
menjadi ijma'
para ulama salaf, khalaf, ahli hadis, ahli kalam, ahli tafsir dan ahli fiqh bahawa
Rasulullah s.a.w di Isra' kan dengan jasad dan ruhnya serta dalam keadaan sedar
(bukan mimpi). Ini merupakan pendapat yang benar menurut Ahlussunnah Wal
Jama'ah, sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Abbas, Jabir, Anas bin Malik, Umar bin
Al-Khattab, Huzaifah, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam At-Thabari dan yang
lainnya. Andaikata peristiwa Isra'
tersebut hanyalah sekadar mimpi, maka orang-orang kafir Quraisy tidak akan
menentangnya dan peristiwa Isra' tersebut tidak
akan menjadi salah satu mukjizat Rasulullah s.a.w yang terbesar.
Keajaiban-keajaiban Isra' Rasulullah s.a.w
Di
antara keajaiban ciptaan Allah yang disaksikan Rasulullah s.a.w ketika Isra' adalah
:
1. Dunia,
Rasulullah
s.a.w melihatnya dalam bentuk seorang
wanita tua yang bongkok. Ini menggambarkan bahawa dunia dengan segala bentuk
dan isinya yang menggairahkan akan lenyap dan fana, sebagaimana seorang wanita
yang ketika mudanya sangat cantik dan menawan, akan hilang kecantikannya ketika
telah tua.
2. Iblis,
Rasulullah
s.a.w melihat seseorang yang berada di pinggir jalan, dialah Iblis yang pada
mulanya beriman kepada Allah kemudian dia kafir kerana menentang Nya. Dia
termasuk dari golongan Jin, bukan malaikat
sepertimana dalam firman Allah :
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا
لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ
رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ
عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا
“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat:
"Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah
dari golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu
mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang
mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah)
bagi orang-orang yang zalim.”
Iblis
tidak berani berbicara kepada Rasulullah s.a.w atau berbuat jelek terhadapnya keran
kemuliaan dan keagungan baginda.
3. Para Mujahid di jalan Allah,
Rasulullah
s.a.w melihat sekelompok kaum yang menanam dan menuai hasilnya dalam tempoh dua
hari. Jibril berkata kepada Rasulullah s.a.w : "Merekalah orang-orang yang berjuang
di jalan Allah".
4. Para penceramah pembawa fitnah,
Rasulullah
s.a.w melihat mereka memotong lidah dan
bibir mereka dengan gunting dari api.
Dalam sahih muslim menyebutkan :
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ
أُسْرِيَ بِي لَقِيتُ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَام فَنَعَتَهُ النَّبِيُّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا رَجُلٌ حَسِبْتُهُ قَالَ مُضْطَرِبٌ رَجِلُ
الرَّأْسِ كَأَنَّهُ مِنْ رِجَالِ شَنُوءَةَ قَالَ وَلَقِيتُ عِيسَى فَنَعَتَهُ
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا رَبْعَةٌ أَحْمَرُ
كَأَنَّمَا خَرَجَ مِنْ دِيمَاسٍ يَعْنِي حَمَّامًا قَالَ وَرَأَيْتُ إِبْرَاهِيمَ
صَلَوَاتُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَأَنَا أَشْبَهُ وَلَدِهِ بِهِ قَالَ فَأُتِيتُ
بِإِنَاءَيْنِ فِي أَحَدِهِمَا لَبَنٌ وَفِي الْآخَرِ خَمْرٌ فَقِيلَ لِي خُذْ أَيَّهُمَا
شِئْتَ فَأَخَذْتُ اللَّبَنَ فَشَرِبْتُهُ فَقَالَ هُدِيتَ الْفِطْرَةَ أَوْ
أَصَبْتَ الْفِطْرَةَ أَمَّا إِنَّكَ لَوْ أَخَذْتَ الْخَمْرَ غَوَتْ أُمَّتُكَ
Dari Abu Hurairah r.a, dia berkata, Rasulullah s.a.w
bersabda, "Ketika aku diisra'kan, aku bertemu Musa a.s. " Beliau
menyebutkan ciri-cirinya, "Musa adalah seorang satria, rambutnya
bergelombang, seperti dia berasal dari
bani Syanuah." Rasulullah s.a.w bersabda, "Aku juga bertemu Isa a.s".
Beliau menyebutkan ciri-cirinya. "Dia berperawakan sedang dan rambutnya
keperang-perangan, seperti dia berasal
dari Dimas (yakni Hammam)." Rasulullah s.a.w bersabda, "Aku juga
bertemu Ibrahim a.s dan aku adalah anak (cucu) yang paling mirip
dengannya." Rasulullah s.a.w bersabda, "Kemudian aku diberi dua
gelas, yang satu berisi susu dan yang lainnya berisi Khamar, lalu dikatakan
kepadaku, "Ambillah mana yang kamu suka," maka aku mengambil gelas
yang berisi susu dan meminumnya. Maka Jibril berkata kepadaku, "Engkau
telah memilih kesucian diri. Sungguh seandainya bila engkau mengambil khamar
maka umatmu akan tersesat."
Mi'raj
Rasulullah s.a.w
Kemukjizatan Mi'raj telah dibuktikan secara jelas dalam hadis-hadis sahih, seperti yang diriwayatkan
Imam Muslim.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ أُتِيتُ بِالْبُرَاقِ وَهُوَ دَابَّةٌ أَبْيَضُ طَوِيلٌ فَوْقَ
الْحِمَارِ وَدُونَ الْبَغْلِ يَضَعُ حَافِرَهُ عِنْدَ مُنْتَهَى طَرْفِهِ قَالَ
فَرَكِبْتُهُ حَتَّى أَتَيْتُ بَيْتَ الْمَقْدِسِ قَالَ فَرَبَطْتُهُ
بِالْحَلْقَةِ الَّتِي يَرْبِطُ بِهِ الْأَنْبِيَاءُ قَالَ ثُمَّ دَخَلْتُ
الْمَسْجِدَ فَصَلَّيْتُ فِيهِ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ خَرَجْتُ فَجَاءَنِي جِبْرِيلُ
عَلَيْهِ السَّلَام بِإِنَاءٍ مِنْ خَمْرٍ وَإِنَاءٍ مِنْ لَبَنٍ فَاخْتَرْتُ
اللَّبَنَ فَقَالَ جِبْرِيلُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اخْتَرْتَ
الْفِطْرَةَ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ
مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ
بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِآدَمَ
فَرَحَّبَ بِي وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ
الثَّانِيَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ
قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ
إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِابْنَيْ
الْخَالَةِ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَيَحْيَى بْنِ زَكَرِيَّاءَ صَلَوَاتُ اللَّهِ
عَلَيْهِمَا فَرَحَّبَا وَدَعَوَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِي إِلَى السَّمَاءِ
الثَّالِثَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ أَنْتَ قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ
وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِيلَ وَقَدْ
بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا
بِيُوسُفَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا هُوَ قَدْ أُعْطِيَ شَطْرَ الْحُسْنِ
فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الرَّابِعَةِ
فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ
قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قَالَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ
بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِإِدْرِيسَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي
بِخَيْرٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَرَفَعْنَاهُ مَكَانًا عَلِيًّا ثُمَّ
عَرَجَ بِنَا إِلَى السَّمَاءِ الْخَامِسَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ قِيلَ مَنْ
هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ
إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا بِهَارُونَ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ عَرَجَ
بِنَا إِلَى السَّمَاءِ السَّادِسَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام
قِيلَ مَنْ هَذَا قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ قِيلَ
وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ لَنَا فَإِذَا أَنَا
بِمُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَحَّبَ وَدَعَا لِي بِخَيْرٍ ثُمَّ
عَرَجَ إِلَى السَّمَاءِ السَّابِعَةِ فَاسْتَفْتَحَ جِبْرِيلُ فَقِيلَ مَنْ هَذَا
قَالَ جِبْرِيلُ قِيلَ وَمَنْ مَعَكَ قَالَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قِيلَ وَقَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ قَالَ قَدْ بُعِثَ إِلَيْهِ فَفُتِحَ
لَنَا فَإِذَا أَنَا بِإِبْرَاهِيمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُسْنِدًا
ظَهْرَهُ إِلَى الْبَيْتِ الْمَعْمُورِ وَإِذَا هُوَ يَدْخُلُهُ كُلَّ يَوْمٍ
سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ لَا يَعُودُونَ إِلَيْهِ ثُمَّ ذَهَبَ بِي إِلَى
السِّدْرَةِ الْمُنْتَهَى وَإِذَا وَرَقُهَا كَآذَانِ الْفِيَلَةِ وَإِذَا
ثَمَرُهَا كَالْقِلَالِ قَالَ فَلَمَّا غَشِيَهَا مِنْ أَمْرِ اللَّهِ مَا غَشِيَ
تَغَيَّرَتْ فَمَا أَحَدٌ مِنْ خَلْقِ اللَّهِ يَسْتَطِيعُ أَنْ يَنْعَتَهَا مِنْ
حُسْنِهَا فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيَّ مَا أَوْحَى فَفَرَضَ عَلَيَّ خَمْسِينَ
صَلَاةً فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ فَنَزَلْتُ إِلَى مُوسَى صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مَا فَرَضَ رَبُّكَ عَلَى أُمَّتِكَ قُلْتُ خَمْسِينَ
صَلَاةً قَالَ ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ فَإِنَّ أُمَّتَكَ
لَا يُطِيقُونَ ذَلِكَ فَإِنِّي قَدْ بَلَوْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَخَبَرْتُهُمْ
قَالَ فَرَجَعْتُ إِلَى رَبِّي فَقُلْتُ يَا رَبِّ خَفِّفْ عَلَى أُمَّتِي فَحَطَّ
عَنِّي خَمْسًا فَرَجَعْتُ إِلَى مُوسَى فَقُلْتُ حَطَّ عَنِّي خَمْسًا قَالَ
إِنَّ أُمَّتَكَ لَا يُطِيقُونَ ذَلِكَ فَارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ
التَّخْفِيفَ قَالَ فَلَمْ أَزَلْ أَرْجِعُ بَيْنَ رَبِّي تَبَارَكَ وَتَعَالَى
وَبَيْنَ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَام حَتَّى قَالَ يَا مُحَمَّدُ إِنَّهُنَّ خَمْسُ
صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ لِكُلِّ صَلَاةٍ عَشْرٌ فَذَلِكَ خَمْسُونَ
صَلَاةً وَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كُتِبَتْ لَهُ حَسَنَةً
فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ لَهُ عَشْرًا وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ
يَعْمَلْهَا لَمْ تُكْتَبْ شَيْئًا فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ سَيِّئَةً وَاحِدَةً
قَالَ فَنَزَلْتُ حَتَّى انْتَهَيْتُ إِلَى مُوسَى صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ ارْجِعْ إِلَى رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ التَّخْفِيفَ
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ قَدْ
رَجَعْتُ إِلَى رَبِّي حَتَّى اسْتَحْيَيْتُ مِنْهُ
Dari
Anas bin Malik r.abahwasanya Rasullullah s.a.w telah bersabda, "Telah
didatangkan kepadaku Buraq (oleh Jibril) iaitu haiwan putih tinggi, yang lebih
tinggi dari keldai dan lebih pendek dari kuda, yang dapat meletakkan kakinya
sejauh pandangannya." Beliau berkata, "Maka aku menaikinya hingga aku
sampai di Baitul Maqdis, lalu aku turun mengikatnya dengan tali yang biasa
dipakai oleh para nabi." Beliau berkata, "Kemudian aku masuk ke masjid
Al-Aqsha lalu aku solat dua rakaat di situ, kemudian aku keluar. Kemudian
Jibril membawakanku satu wadah khamer dan satu gelas susu, maka aku memilih
susu, lalu Jibril berkata kepadaku, "Engkau telah memilih kesucian"
Kata beliau, "Kemudian Buraq tersebut bersamaku naik ke langit, maka
Jibril meminta agar dibukakan pintu langit lalu ia ditanya, "Siapa kamu?
" Jibril menjawab, "Jibril. " Ia ditanya lagi, "Siapa yang
bersamamu? " Ia menjawab, "Muhammad. " Ia ditanya lagi,
"Apakah dia telah diutus?" Ia menjawab, "Dia telah diutus."
Kamipun dibukakan pintu lalu aku bertemu Adam. Ia menyambutku dan mendoakan
kebaikan untukku." Kemudian buraq tersebut naik bersama kami ke langit
kedua, maka Jibril mohon dibukakan pintu, lalu ditanya, "Siapa kamu?"
Dia menjawab, "Jibril" Dia ditanya lagi, "Siapa yang
bersamamu?" Dia menjawab, "Muhammad" Dia ditanya lagi,
"Apakah dia telah diutus kepada-Nya? " Dia menjawab, "Dia telah
diutus. " Kata Nabi, Maka kami dibukakan pintu lalu aku bertemu dengan dua
orang sepupuku, iaitu Isa bin Maryam dan Yahya bin Zakaria 'alaihissalam, maka
keduanya menyambutku dan mendoakan kebaikan untukku. " Kemudian
Buraq tersebut naik bersama kami ke langit tiga, maka Jibril mohon dibukakan pintu, lalu ia ditanya,
"Siapa kamu!" Dia menjawab, "Jibril" Dia ditanya lagi,
"Siapa yang bersamamu? " Dia menjawab, "Muhammad. " Dia
ditanya lagi, "Apakah dia telah diutus kepada Nya? " Dia menjawab,
" Dia telah diutus kepadaNya . " Kata Nabi, "Maka kami dibukakan
pintu, lalu aku bertemu Nabi Yusuf a.s, yang telah dianugerahkan setengah dari
ketampanan manusia sejagat. " Kata Nabi, "Maka Yusuf menyambutku dan
mendoakan kebaikan untukku. " Kemudian Buraq tersebut
naik bersama kami ke langit yang ke empat, maka Jibril mohon dibukakan pintu,
lalu ia ditanya, "Siapa kamu!" Dia menjawab, "Jibril. " Dia
ditanya lagi, "Siapa yang bersamamu?." Dia menjawab,
"Muhammad." Dia ditanya lagi, "Apakah dia telah diutus kepada Nya?"
Dia menjawab, "Dia telah diutus kepada Nya. " Kata Nabi, "Maka
kami dibukakan pintu, lalu aku bertemu Idris a.s, dia menyambutku dan mendoakan
kebaikan untukku. " Allah Azza wa Jalla telah berfirman (untuknya),
"Dan kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi. " Kemudian Buraq
tersebut naik bersama kami ke langit kelima, maka Jibril mohon dibukakan pintu, lalu ia ditanya,
"Siapa kamu!" Dia menjawab, "Jibril. " Dia ditanya lagi,
"Siapa yang bersamamu? " Dia menjawab, "Muhammad. " Dia
ditanya lagi, "Apakah dia telah diutus kepada Nya " Dia menjawab,
"Dia telah diutus kepada Nya." Nabi s.a.w berkata, "'Maka kami
dibukakan pintu, lalu aku bertemu dengan Harun a.s, dia menyambutku dan
mendoakan kebaikan untukku." Kemudian Buraq tersebut naik bersama kami ke
langit keenam, maka Jibril mohon
dibukakan pintu, lalu ia ditanya, "Siapa kamu!" Dia menjawab,
"Jibril. " Dia ditanya lagi, "Siapa yang bersamamu? " Dia
menjawab, "Muhammad. " Dia ditanya lagi, "Apakah dia telah
diutus kepada Nya? " Dia menjawab, "Dia telah diutus kepada Nya.
" Kata Nabi, "Maka kami dibukakan pintu, lalu aku bertemu dengan
Musa, lalu dia menyambutku dan mendoakan kebaikan untukku." Kemudian Buraq
tersebut naik bersama kami ke langit yang ketujuh, maka Jibril mohon dibukakan
pintu, lalu ia ditanya, "Siapa kamu'." Dia menjawab, "Jibril.
" Dia ditanya lagi, "Siapa yang bersamamu? " Dia
menjawab,
"Muhammad. " Dia ditanya lagi, "Apakah dia telah diutus kepada Nya?
" Dia menjawab, "Dia telah diutus kepada Nya. " Kata Nabi,
"Maka kami dibukakan pintu, lalu aku bertemu dengan Ibrahim a.s yang
sedang menyandarkan punggungnya di Baitul Makmur, yang mana setiap harinya dimasuki
oleh 70.000 malaikat dan mereka tidak masuk lagi sesudahnya (yakni 70.000
malaikat yang masuk Baitul Ma 'mur setiap harinya selalu pendatang baru)."
Kemudian Buraq tersebut pergi bersamaku ke Sidratul-Muntaha yang (lebar)
dedaunannya seperti telinga gajah dan (besar) buah-buahnya seperti tempayan
besar Kata Nabi s.a.w, "Tatkala perintah Allah memenuhi Sidratul Muntaha,
maka Sidratul Muntaha berubah dan tidak ada seorangpun dari makhluk Allah yang mampu
menjelaskan sifat-sifat Sidratul Muntaha kerana keindahannya. Maka Allah
memberiku wahyu dan mewajibkan kepadaku solat lima puluh kali dalam sehari
semalam. Kemudian aku turun dan bertemu Musa a.s, lalu ia bertanya, "Apa
yang diwajibkan Tuhanmu terhadap umatmu?" Aku menjawab, "Solat Lima
puluh kali. " Dia berkata, "Kembalilah
kepada Tuhanmu dan mintalah keringanan, kerana sesungguhnya umatmu tidak akan mampu melakukan itu. Sesungguh aku telah menguji
Bani Israil dan aku telah mengetahui bagaimana kenyataan mereka. " Kata Nabi, "Aku akan kembali kepada Tuhanku lalu aku
memohon, 'Ya Tuhan! Berilah keringanan kepada umatku!' Maka aku diberi
keringanan lima Solat. Lalu aku kembali kepada Musa a.s kemudian aku berkata
padanya, "Allah telah memberiku keringanan (hanya) lima kali." Musa
mengatakan, "Sesungguhnya umatmu tidak akan mampu melakukan itu, maka
kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah keringanan. " Rasulullah s.a.w
berkata, "Aku terus mundar-mandir antara Tuhanku dengan Musa a.s sehingga
Tuhanku mengatakan, "Hai Muhammad! Sesungguhnya kewajiban solat itu lima
kali dalam sehari semalam, tiap solat mendapat pahala sepuluh kali ganda, maka
lima kali solat sama dengan lima puluh kali solat. Barang siapa berniat
melakukan satu kebaikan, lalu ia tidak melaksanakannya maka dicatat untuknya
satu kebaikan, dan kalau ia melaksanakannya maka dicatat untuknya sepuluh
kebaikan. Barang siapa berniat melakukan satu keburukan namun ia tidak
melaksanakannya, maka kejelekan tersebut tidak dicatat sama sekali, dan jika ia
melaksanakannya maka hanya dicatat satu keburukan. " Kata Rasulullah s.a.w,
"Kemudian aku turun hingga bertemu Musa a.s, lalu aku beritahukan
kepadanya, maka dia mengatakan, 'Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah
keringanan lagi.' Rasulullah s.a.w berkata, "Lalu aku menjawab, 'Aku telah
berulang kali kembali kepada tuhanku sehingga aku merasa malu
kepada-Nya.'"
Adapun
di dalam Al-Quran tidak ada nas yang menyebutkan lafaz "Mi'raj". Namun ada ayat yang menjelaskan kejadian tersebut. Firman Allah:
وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى
عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى
“Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu (dalam rupanya
yang asli) pada waktu yang lain, (iaitu) di Sidratil Muntaha.”
(An-Najm : 12
dan 13)
Mi'raj adalah perjalanan dari Masjidil Aqsha hingga ke langit ke tujuh
dengan menaiki tangga yang terpaut di antara langit dan bumi, dengan anak
tangga yang terbuat dari emas dan perak. Kisah Mi'raj ini secara terperinci diriwayatkan dalam hadis yang sahih riwayat
Imam Muslim. Disebutkan dalam hadis tersebut bahawa ketika Rasulullah s.a.w bersama
Jibril hingga pada langit yang pertama, dibukalah pintu langit tersebut setelah
terjadi percakapan antara Jibril dan penjaga pintu. Ini terjadi setiap kali
Rasulullah s.a.w dan Jibril hendak memasuki tiap-tiap langit yang tujuh. Di
langit pertama, Rasulullah s.a.w bertemu dengan Nabi Adam, di langit kedua
bertemu dengan Nabi Isa, di langit ketiga bertemu dengan Nabi Yusuf, di langit
keempat bertemu dengan Nabi Idris, di langit kelima bertemu dengan Nabi Harun,
di langit keenam bertemu dengan Nabi Musa, di langit ketujuh bertemu dengan
Nabi Ibrahim.
Keajaiban Mi'raj Rasulullahs.a.w
Ketika
Rasulullah s.a.w berada di suatu tempat yang berada di atas (suatu tempat yang
lebih tinggi dari langit ke tujuh), beliau diperlihatkan oleh Allah beberapa
keajaiban ciptaan Nya. Antaranya ialah :
1. Baitul Ma'mur,
iaitu
rumah yang dimuliakan, yang berada di langit ke tujuh. Setiap hari 70.000
malaikat masuk ke dalamnya lalu keluar dan tidak akan pernah kembali lagi dan
seterusnya.
2. Sidratul Muntaha,
iaitu
sebuah pohon yang amat besar dan indah, tidak seorangpun dari makhluk yang
dapat menyifatinya.
3. Syurga,
iaitu
tempat kenikmatan yang disediakan oleh Allah bagi hamba-hamba Nya yang beriman.
Syurga berada di atas langit yang ke tujuh dan sekarang sudah ada. Firman
Allah:
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ
وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga
yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang
bertakwa.”
(Ali Imran : 133)
Di dalam syurga
Rasulullah s.a.w juga melihat Al-Wildan Al-Mukhalladun,
iaitu makhluk yang diciptakan Allah untuk melayani penduduk syurga. Mereka
bukan Malaikat, Jin, atau Manusia, mereka juga tidak beriba dan berbapa.
Rasulullah s.a.w juga melihat para bidadari. Jibril meminta Rasulullah s.a.w
untuk mengucap salam kepada mereka, dan mereka menjawab :
"Kami adalah wanita yang baik budi pekerti
lagi rupawan. Kami adalah isteri orang-orang yang mulia".
4. 'Arsy,
Iaitu makhluk Allah yang
paling besar bentuknya (Riwayat Ibn Hibban) dan makhluk kedua yang diciptakan
Allah setelah air sepertimana firman Allah :
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي
سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ
أَحْسَنُ عَمَلًا وَلَئِنْ قُلْتَ إِنَّكُمْ مَبْعُوثُونَ مِنْ بَعْدِ الْمَوْتِ
لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ هَذَا إِلَّا سِحْرٌ مُبِينٌ
“Dan
Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, dan adalah singgasana
Nya (sebelum itu) di atas air, agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang
lebih baik amalnya ,
dan jika kamu berkata (kepada penduduk Mekah): "Sesungguhnya kamu akan
dibangkitkan sesudah mati", nescaya orang-orang yang kafir itu akan
berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata."
(Huud : 7)
Imam Baihaqi mengatakan
: "Para ahli tafsir menyatakan bahawa 'Arsy adalah benda berbentuk sarir (ranjang)
yang diciptakan oleh Allah. Allah memerintahkan para malaikat untuk
menjunjungnya dan menjadikannya sebagai tempat ibadah mereka dengan
mengelilinginya dan mengagungkannya sebagaimana Ia menciptakan kaabah di bumi
ini dan memerintahkan manusia untuk mengelilinginya ketika t awaf dan menghadap ke arahnya di ketika
solat"
(Lihat al Asma' wa ash-shifat,).
'Arsy
bukanlah tempat bagi Allah, kerana Allah tidak memerlukan tempat. Sayidina
Ali bin Abu Talib berkata :
Sesungguhnya Allah menciptakan 'Arsy
untuk menunjukkan kekuasaan Nya, dan tidak menjadikannya tempat bagi Dzat Nya".
(Riwayat Abu Mansur Al-Baghdadi dalam Al farq bayna al firaq)
Buraq
Setelah Rasululah s.a.w dikeluarkan jantungnya oleh Jibril untuk
menghilangkan sifat-sifat seperti ujub, riya’, takabbur dan hasad, Malaikat
Jinril mengisi hati Rasulullah s.a.w dengan sifat halim, ilmu, yakin dan islam.
Kemudian di antara bahu baginda dicapkan dengan tanda kenabian. Maka disediakan
buraq yang dipakaikan dengan mutiara hijau dan tali pemegang daripada intan
berwarna merah.
Buraq adalah merupakan haiwan putih tinggi,
yang lebih tinggi dari keldai dan lebih pendek dari kuda. Langkahnya sampai ke
tempat yang dituju secepat pandangan. Ketika menaiki gunung kaki belakangnya
akan memanjang dan ketika menuruni gunung kaki hadapannya akan memanjang.
Mempunyai dua sayap di kedua pinggangnya yang dapat membantunya ketika
melompat. Maka ketika di hadapan Rasulullah s.a.w, buraq memperlihatkan
kekuatannya. Akan tetapi baginda Rasulullah s.a.w menghadapi kesukaran untuk
menaikinya. Maka dibantu oleh Jibril dengan menyandarkan baginda secara
perlahan-lahan. Jibril meletakkan tanggan di sisi buraq dan berkata : “ Wahai
buraq, apakah kamu tidak malu?. Demi Allah sesungguhnya kamu belum pernah
dinaiki makhluk yang paling mulia dalam pandangan Allah selain Muhammad.” Maka
malulah buraq sehingga bercucuran peluhnya dan tenang ketika dinaiki oleh
Rasulullah s.a.w.
Sa’id bin Musayyab berkata : “Buraq itu adalah kenderaan Nabi
Ibrahim a.s yang dinaikinya ketika menuju ke Baitul Haram dari Syam sewaktu
mengunjungi isterinya Hajar dan anaknya Ismail. Kemudian buraq itu dinaiki Nabi
Muhammad s.a.w bersama Jibril yang berada di kananya dan Mikail pula di
kirinya.”
Al-Faikhi dan Al-Azraqi dalam kitab Makkah menyatakan bahawa :
“Ketika menunaikan ibadah haji, Nabi Ibrahim mengenderai buraq bersama
puteranya.”
Menurut Ibnu Sa’ad, Jibril adalah pengarahnya manakala Mikail
memegang tali kendalinya. Buraq berjalan sehingga tiba di suatu tempat yang
banyak pokok kurma. Nabi diminta untuk solat dua
rakaat. Setelesai selesai,
Rasulullah s.a.w menaiki semula buraq. Pada ketika itu, Jibril bertanya kepada
Rasulullah s.a.w : “Tahukah engkau di mana kamu solat tadi?”. Rasulullah s.a.w
menjawab : “Tidak”. Jibril berkata : “Tempat itu adalah Tayyibah. Tempat itu
adalah tempat di mana kamu akan berhijrah kelak.”
Dalam sebuah hadis bahawa langkah buraq adalah sejauh mata
memandang. Ini bermaksud bahawa buraq menjejakkan kakinya pada setiap titik
sejauh mata memandang.
Riwayat daripada Ibnu Mas’ud
r.a menjelaskan bahawa buraq ketika menaiki bukit kedua kaki belakangnya akan
terangkat dan apabila menuruni bukit
kaki hadapannya akan terangkat.
(Riwayat Abu Ya’la dan Al-Bazar)
Manakala dalam riwayat Ibnu Sa’ad Al-Waqidi melalui sanad-sanadnya
pula menyatakan bahawa buraq memiliki dua sayap yang tidak dimiliki oelah
haiwan-haiwan lain. Melalui riwayat Tha’labi dengan sanad yang dhoif
menyatakan, Ibnu Abbas berkata : “Buraq memiliki pipi seperti manusia, badannya
seperti kuda, kakinya seperti kaki unta, kuku dan ekornya seperti lembu betina
dan dadanya pula seperti sebongkah batu berwarna merah.”
Buraq adalah dari perkataan Al-Bariq (Kilauan) yang mana ianya
sangat sesuai dengan hadis yang menyatakan tubuh buraq berwarna putih. Juga
dari perkatan Al-Barq (kilat) yang sesuai dengan kenyataan di dalam hadis
bahawa langkahnya yang sangat cepat. Juga dari perkataan Syat Barqa (tungangan
putih berbintik hitam).
Ibnu Abi Hamzah berkata : “Buraq dengan segala keistimewaan yang
ada padanya merupakan petanda bahawa nama itu khusus bagi haiwan tertentu.
Sebab, tidak ada orang yang memiliki buraq, tidak seperti haiwan tunggangan
lain.”
Ibnu Abi Hamzah juga mengatakan bahawa :
“Sebenarnya dengan izin Allah, Nabi Muhammad s.a.w mampu untuk naik
ke langit tanpa menunggang buraq. Mengenderainya adalah merupakan kemuliaan
yang adala pada Nabi Muhammad s.a.w kerna jika baginda naik ke langit
bersendirian, bermakna baginda berjalan kaki, sedangkan orang yang menaiki
kenderaan lebih mulia daripada orang yang berjalan kaki.”
Riwayat daripada Ibnu
Sha’sha’ah r.a menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “aku pun
dinaikkan ke atasnya.”
Dalam kitab Syarf Al-Musthofa, terdapat riwayat Abi Said r.a
berkata bahawa :
“Yang memegangnya sesungguhnya adalah Jibril, sedangkan yang
memegang tali kendalinya adalah Mikail.”
Dalam riwayat Ma’mar daripada Abu Qatadah daripada Anas r.a
mengatakan :
“Pada malam Isra’ buraq didatangkan kepada Rasulullah s.a.w dalam
keadaan telah dilengkapi pelana dan tali kekang. Namun baginda menghadapi
kesukaran untuk menaikinya. Jibril pun berkata kepada buraq : “Apa yang
menyebabkan kamu berkelakuan seperti ini?. Demi Allah tidak ada seorang pun
yang mengenderaimu lebih mulia daripada dia (Nabi Muhammad s.a.w). Buraq pun
berpeluh.””
Dalam sebuah hadis, Imam At-Tarmizi meriwayatkan dan berkata bahawa
hadis ini adalah adalah hadis gharib :
حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ مَنْصُورٍ أَخْبَرَنَا
عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ أُتِيَ بِالْبُرَاقِ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِهِ مُلْجَمًا مُسْرَجًا
فَاسْتَصْعَبَ عَلَيْهِ فَقَالَ لَهُ جِبْرِيلُ أَبِمُحَمَّدٍ تَفْعَلُ هَذَا
فَمَا رَكِبَكَ أَحَدٌ أَكْرَمُ عَلَى اللَّهِ مِنْهُ قَالَ فَارْفَضَّ عَرَقًا
“Ishaq bin Mansur menceritakan kepada kami,
Abdurrazzaq mengkhabarkan kepada kami, Ma'mar mengkhabarkan kepada kami dari
Qatadah dari Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w diberikan buraq yang telah
dipasang kendali dan pelana, pada malam beliau di Isra'kan. Pada mulanya, buraq
tidak mahu dikendarai oleh beliau, hingga Jibril berkata kepadanya,
"Dengan Muhammad kamu bersikap seperti ini?! Sesungguhnya tidak ada
seorangpun yang mengendaraimu, yang lebih mulia di sisi Allah
daripadanya." Ia berkata, "Tiba-tiba mengalirlah keringat buraq
"(Sanadnya sahih. Abu Isa
berkata, "Ini adalah hadits hasan
gharib. Kami tidak mengenalnya kecuali dari
Abdurrazzaq.")”
Dalam satu riwayat lemah, disebutkan Al-Mawardi dan Al-Tha’labi
melalui sanad Ibnu Kalbi dari Abu Salih dari kitab At-Tazkirah Imam Al-Qurthubi
bahawa Ibu Abbad berkata :
“Kemtian dan kehidupan adalah dua tubuh. Kematian adalah kambing
qibasy yang setiap kali aromanya tercium oleh seseorang pastilah orang itu akan
mati. Sedangkan kehidupan adalah kuda betina berbintik hitam yang dikederai
Malaikat Jibril dan para nabi. Ketika ia melewati seseorang atau aromanya
tercium pastilah orang itu hidup.”
Dalam riwayat lemah yang lain mengatakan :
“Ketika dicela oleh Jibril, buraq berkata kepadanya : “Dia (Nabi
Muhammad s.a.w) telah menyentuh Ash-Shafra’ hari ini.”
(Ash-Syafra’ adalah patung berhala emas yang terletak dekat Kaabah.
Ketika Rasulullah s.a.w melintasi patung itu, Baginda bersabda : “Celakalah
orang yang menyembahmu, bukan menyembah Allah.”)
Ibnul Munir mnegatakan, Rasulullah s.a.w merasa kesulitan untuk
menaiki buraq kerana ia berasa angkuh dan bangga diri ketika Rasulullah s.a.w
menaikinya. Jibril pun meminta jawapan mengenai tingkah lakunya itu. Kerana
itulah ia menjadi malu dan bercucuran peluhnya.
Dalam
riwayat Imam Ahmad, terdapat keterangan bahawa Huzaifah r.a berkata :
“Buraq
didatangkan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda dan Jibril sentiasa menunggang
punggungnya sehingga tiba di Baitul Maqdis.” Namun riwayat Huzaifah ini tidak
disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Ini bermaksud riwayat ini berdasarkan
ijtihadnya.