الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
أهلا وسهلا بكم
إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"
اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور
اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله
اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب
يارب يارب يارب
KEMASKINI
_
ISTIGHFAR
"Istighfar maknanya meminta keampunan. Ini adalah istighfar
bagi orang-orang berdosa. Boleh jadi istighfar itu kerana meremehkan dalam
bersyukur kepada Allah. Ini adalah istighfar wali-wali yang soleh. Kadangkala istighfar itu
bukan kerana sebab dua perkara di atas, namun hanya sekadar bentuk syukur
kepada Allah, ini adalah istighfar Rasulullah
sa.w dan para Nabi-nabi ‘alahimus salam."
(Imam Nawawi : Syarah Arbain An-Nawawi)
"Dahulu, kita punya dua benteng pengaman. Salah satunya telah
hilang,iaitu wafatnya Rasulullah s.a.w. Yang tinggal hanya satu benteng lagi, iaitu
istighfar. Apabila benteng ini hilang juga maka kita akan binasa.”
(Abu Musa al-Asy'ari : At-Taubah)
"Aku telah binasakan Bani Adam dengan dosa, dan mereka
membinasakan aku dengan Istighfar dan
kalimah لا إله إلا
الله. Tatkala aku mengetahui hal itu, aku sebarkan hawa nafsu pada
diri mereka, hingga jadilah mereka berbuat dosa dan tidak bertaubat, kerana
mereka menyangka sudah berbuat sesuatu yang baik."
(Ibnu Jawziy : Miftah Daarus Sa'adah)
"Sesungguhnya kalian sangat banyak mengerjakan dosa, maka
perbanyaklah istighfar. Kerana apabila seseorang mengerjakan dosa kemudian dia
melihat bahawa di sisinya ada istighfar, akan menyenangkan dirinya."
(Bakr bin Abdillah : Az-Zuhd)
"Manusia itu ada tiga golongan;
Pertama: orang yang mengerjakan kebaikan kemudian dia berharap
pahala.
Kedua: orang yang mengerjakan kejelekan kemudian taubat maka dia
adalah orang yang mengharap keampunan.
Ketiga: Orang pendusta yang terus menerus bergelumang dengan dosa
kemudian dia berkata: Aku berharap keampunan. Barangsiapa yang mengenal dirinya
dengan kejelekan, maka perbanyakkanlah rasa takut daripada rasa harapnya."
(Abdullah bin Syaqiq : Syu'abul
Iman)
"Perbanyaklah istighfar di rumah kalian, di tempat makan
kalian, di pasar kalian dan di manapun kamu berada, kerana kalian tidak tahu bila
keampunan Allah itu turun."
(Hasan Al-Bashri : Jami'ul Ulum wal Hikam)
"Sesungguhnya Al-Quran ini telah menunjukkan kalian penyakit
dan ubatnya. Adapun penyakitnya adalah dosa, sedangkan ubatnya adalah
istighfar."
(Imam Qatadah : Jami'ul Ulum wal Hikam)
"Istighfar yang sempurna yang dapat mendatangkan keampunan Allah
adalah istighfar yang diiringi dengan meninggalkan dosa. Sebagaimana pujian Allah
bagi yang mengerjakan istighfar dan janji Nya dengan memberi keampunan."
(Ibnu Rajab : Jami'ul Ulum wal Hikam)
"Istighfar tanpa meninggalkan dosa adalah taubatnya orang yang
dusta."
(Fudhail bin Iyadh : Al-Adzkar An-Nawawi)
"Orang yang minta ampun dari dosa tapi dia masih mengerjakan
dosanya, ibarat orang yang bermain-main dan melecehkan Robb Nya."
(Ibnu Abbas : Jami'ul Ulum wal Hikam)
“Para hamba tidak diperintahkan istighfar dengan lisan saja, akan
tetapi dengan lisan dan perbuatan. Sungguh dahulu dikatakan; istighfar dengan
lisan tanpa diwujudkan dengan perbuatan adalah perilakunya orang yang berdusta.”
(Al-Ashfahani : Al-Mufrodat
Fi Ghoribil Quran)
"Istighfar adalah memohon keampunan, seperti perkataan; 'Ya
Allah ampunilah aku', atau perkataan: 'Aku meminta ampun kepada Allah dan
bertaubat kepada Nya'. Boleh juga dengan perbuatan yang mengandungi keampunan, seperti
hadis yang berbunyi; "Barangsiapa yang berkata Subhanallah wa bihamdih
seratus kali maka kesalahannya akan diampuni sekalipun seperti buih di
lautan."
(Syeikh Muhammad bin Solih Al-Uthaimin : Syarh Al-Arba’in An-Nawawiyyah)