الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Sahih Al Adab Al Mufrad : Imam Bukhari

    Dari Hammam bahawa kami pernah bersama Huzaifah, lalu dikatakan kepadanya, "Sesungguhnya seseorang telah menyampaikan suatu kejadian kepada Uthman!" Lalu Huzaifah berkata, "Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

    لا يدخل الجنة قتات
    'Tidak akan masuk syurga seseorang yang selalu memfitnah orang lain.'"

    (Sahih, di dalam kitab Ash-Sahihah [Bukhari : Kitab Al Adab, Bab Ma Yukrahu Minan-Namimah. Muslim : Kitab Al lman, hadis )


    Asnuf binti Yazid berkata :
    قللنبي صلي الله عليه وسلم ألا أخبركم بخياركم قالوا بلى قال الذين إذا رءوا ذكر الله أفلا أخبركم بشراركم قالوا بلى قال المشاءون بالنميمة المفسدون بين الأحبة الباغون البرآء العنت
    "Nabi s.a.w bersabda, 'Mahukah kamu aku beritahukan tentang orang-orang yang terbaik di antara kamu?" Mereka menjawab, 'Tentu.' Rasulullah s.a.w bersabda : “Iaitu orang-orang yang apabila mereka diceritakan tentang orang lain, maka dia mengingat Allah. Mahukah kamu aku beritahu tentang orang-orang yang paling buruk di antara kamu?' Mereka menjawab, 'Tentu.' Rasulullah s.a.w bersabda : “Iaitu orang-orang yang menyebarluaskan fitnah (mengadu domba), orang yang merosak kasih sayang orang yang saling menyayangi, dan orang-orang yang bebas melakukan zina'."

    (Hasan, Kitab Takhrijut-Targhib , pada baris pertama matan hadis ini mempunyai saksi hadis lain yang sahih, yang telah ditakhrij di dalam kitab Ash-Sahihah, kemudian baki matan hadis tersebut berada pada martabat hadis hasan, sebagaimana tertulis dalam kitab At-Ta'liqu Ar-Raghib)


    Ali bin Abu Talib r.a berkata,
    القائل الفاحشة والذي يشيع بها في الإثم سواء
    "Orang yang mengucapkan perkataan keji dan orang yang menyebarluaskannya, dosanya sama."
    (Hasan, sanadnya)


    Dari Syubail ibnu Auf berkata, "Telah dikatakan bahawa :

    من سمع بفاحشة فأفشاها فهو فيها كالذى أبداها
    “Orang yang mendengar perkataan keji lalu menyebarluaskan­nya, maka dia seperti orang yang melakukannya."
    (Sahih, sanadnya)


    Dari Atha'

    أنه كان يرى النكال على من أشاع الزنى يقول أشاع الفاحشة

    Bahwasanya dia melihat orang yang menyeksa orang yang menyebarluaskan perbuatan zina, dengan berkata, "Dia telah menyebarluaskan fahisyah (perbuatan keji)."
    (Shahih, sanadnya.)


    Dari Ali bin Abu Talib r.a berkata :
    لا تكونوا عجلا مذاييع بذرا فان من ورائكم بلاء مبرحا مكلحا وأمورا متماحلة ردحا
    "Janganlah kamu menjadi orang yang tergesa-gesa menyebarluaskan kekejian dan menjadi orang tidak dapat menyimpan rahsia, kerana dibelakangmu terdapat bencana dahsyat yang membuat orang gelisah, dan terdapat beberapa fitnah yang besar dan berat."
    (Hasan, sanadnya.)


    Dari Abu Jubairah ibnu Adh-Dhuhhak berkata :

    فينا نزلت في بنى سلمة ولا تنابزوا بالألقاب (الحجرات:١١) قال  :  قدم علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم وليس منا رجل إلا له اسمان فجعل النبي صلى الله عليه وسلم يقول يا فلان فيقولون يا رسول الله إنه يغضب منه
    "Pada kami diturunkan (bani Salamah) ayat, '... dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung buruk...'" (Al Hujurat : 11) Abu Jubairah berkata, "Rasulullah s.a.w datang kepada kami, dan tidak ada dari yang mempunyai nama kecuali dengan dua nama, lalu Nabi s.a.w bersabda,   'Wahai fulan!'   Kemudian   mereka   menjawab,   'Wahai Rasulullah! Sesungguhnya dia marah kerana panggilan itu!'"
    (Sahih, : kitab At-Ta'liqu 'Ala Ibni Majah . Abu Daud : Kitab Al Adab, Bab Fil Alqabi. Tirmidzi : Kitab At-Tafsir Surah Al Hujraat, Ibnu Majah menambahkan matannya “Lalu turunlah ayat, (dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung buruk) (Al Hujurat : 11)



    Ikrimah berkata,
    لا أدري أيهما جعل لصاحبه طعاما بن عباس أو بن عمر فبينا الجارية تعمل بين أيديهم إذ قال أحدهم لها يا زانية فقال مه إن لم تحدك في الدنيا تحدك في الآخرة قال أفرأيت إن كان كذاك قال ان الله لا يحب الفاحش المتفحش بن عباس الذي قال ان الله لا يحب الفاحش المتفحش
    "Saya tidak tahu, siapa di antara keduanya menyediakan makanan untuk temannya, Ibnu Abbas atau Ibnu Ammi Abbas. Ketika itu seorang budak wanita bekerja (membantu) mereka (menyiapkan hidangan), tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata kepada budak tersebut, 'Ya Zaniyah (wahai pezina)!' Lalu Ibnu Abbas berkata, 'Mah (Cukup sudah)!, kerana jika engkau tidak di had (dihukum) di dunia, maka engkau akan dihukum kelak di akhirat' Orang tersebut berkata, 'Apakah engkau mengira hal ini demikian?' Ibnu Abbas berkata, 'Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat keji dan berusaha melakukan perbuatan keji.'"
    Ibnu Abbas adalah yang mengatakan tersebut.
    (Hasan, sanadnya hadis mauquf dalam status marfu' dan boleh menjadi hadis marfu')






    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA