الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    FIQHUL WAQI' (Memahami Realiti Ummat)

    Rasulullah صلى الله عليه وسلم  bersabda:

    يُوْشِكُ الأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الأَكَلَهُ إِلَى قَصْعَتِهَا . فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَـحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيْرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمِهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللهُ فِي قُلُوْبِكُمُ الْوَهْنَ . فَقَالَ قَائِلٌ يَا رسول الله وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتُ
    "Hampir tiba waktunya ummat-ummat itu saling seru menyeru untuk memerangi kalian, sebagaimana orang yang akan makan saling menyeru untuk segera ketempat makannya. Seorang berkata "apakah kerana jumlah kami sedikit pada ketika itu ?" Beliau bersabda: “Tidak, bahkan jumlah kalian pada ketika itu banyak, namun kalian ibarat buih yang dibawa oleh banjir. Dan benar-benar Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kalian rasa segan mereka terhadap kalian, dan Allah akan melemparkan dalam hati kalian 'al-wahn', seorang bertutur: "Wahai Rasulullah apakah 'al-wahn' itu?. Beliau menjawab: 'Cinta dunia dan benci pada kematian".
    (Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibnu Abi Dunya dan disahihkan oleh Al-Albani dalam 'Silsilah al-Ahaadis ash-Shahihah)

    Fitnah di zaman ini, apa yang diistilahkan oleh sebahagian orang dengan "Fiqhul Waqi'" atau
    "Memahami realita umat". Maka sebab telah banyak ulama-ulama ummat yang memberikan berbagai jawapan digunakan untuk mencari jalan keluar bagi bentuk kesulitan yang mereka hadapi dengan maksud dan tujuan agar mengetahui dan mengenal realiti mereka. Maka itu juga terdengarnya ungkapan :

    الـحُكْمُ عَلَى الشَّيءِ فَرْعٌ عَنْ تَصَوُّرِهِ
    "Menghukumi sesuatu adalah bahagian (cabang) dari gambarannya"


    Maka "Fiqhul Waqi' " adalah memahami sesuatu yang menggelisahkan atau menyusahkan kaum muslimin yang berhubungan erat dengan kepentingan-kepentingan mereka, atau tipu daya/makar musuh-musuh mereka, yang akan mengingatkan mereka agar berwaspada dengannya dan bangkit bersama secara nyata tidak hanya sekadar menganalisa atau menyibukkan diri dengan berita dan informasi kaum kafir atau bersikap melampui batas terhadap pemikiran-pemikiran mereka.

    Mengenal sebuah realiti dengan tujuan agar sampai kepada hukum syari’at adalah sangat penting dan merupakan salah satu kewajipan. Tugas ini harus dijalankan oleh sekelompok khusus pelajar muslim yang memiliki kecerdasan tinggi dari berbagai disiplin ilmu, baik syari'at atau kemasyrakatan (sosiologi), ekonomi, keselamatan, dan ilmu apa saja yang dapat memberi manfaat bagi ummat Islam, serta mendekatkan mereka untuk kembali kepada kehormatan dan kemuliaan mereka. Terutama jika ilmu-ilmu ini terus berkembang sejalan dengan perkembangan zaman dan tempat.


    MANHAJ" BUKAN SEKEDAR PERBICARAAN SEMATA-MATA

    Memang benar banyak yang membicarakan tentang Al-Quran dan as-Sunnah di zaman ini, serta mengisyaratkan kepada keduanya, ini adalah  sesuatu yang patut disyukuri. Namun demikian yang wajib ianya bukanlah sekadar berbentuk penulisan dan ceramah-ceramah, akan tetapi difahami keduanya dengan pemahaman yang benar sebagaimana yang terjadi di masa generasi pertama (para sahabat), kemudian kita, menjadikannya sebagai bingkai/batasan umum bagi setiap urusan, samada yang kecil mahupun yang besar.

    Manhaj Al-Quran dan as-Sunnah hendaknya menjadi syi'ar (semboyan) dan lambang bagi dakwah sejak permulaan hingga akhir. Dengan demikian diharapkan dari mereka yang didakwahkan, samada generasi muda atau yang lainnya akan terus berkesinambungan sejalan dengan "manhaj yang mulia" ini yang dengan berpegang teguh dan berjalan di atasnya ummat akan menjadi baik.

    Keberadaan ulama pada setiap disiplin ilmu yang telah disebutkan di atas adalah sebuah keharusan. Terutama dalam memahami Al-Quran dan as-Sunnah sesuai dengan pemahaman Salafus Soleh berdasarkan pada ketentuan/kriteria yang jelas dan pokok-pokok kaedah yang telah diterangkan.

    Namun betapa banyaknya jumlah pemuda dan pemudi muslim yang terperangkap dalam permasalahan berkaitan Fiqhul Waqi' yang seakan-akan tidak ada jalan keluar, mereka berpecah menjadi dua kelompok, sehingga sangat disayangkan kedua kelompok ini sebahagian bersikap melampui batas terhadap masalah ini, dan sebahagian lainnya lebih cenderung memperlekeh atau menganggap mudah serta tidak memiliki kepedulian terhadapnya.

    Bahawasanya akan  termelihat dan terdengar dari mereka yang memperbesarkan urusan Fiqhul Waqi', serta meletakkannya tidak pada tempat yang semestinya, melebihi tingkatan pengamalannya yang tepat (sesuai). Yang dikehendaki mereka bahawa setiap orang yang alim dalam masalah syariat, harus alim pula dalam apa yang mereka namakan Fiqhul Waqi'.

    Sebagaimana realitinya bahawa berbalik dari apa yang mereka inginkan terjadi pada diri mereka. Sungguh mereka telah menanamkan sebuah anggapan terhadap orang-orang yang mendengarkan ucapan-ucapan mereka atau orang yang berada di sekeliling mereka, bahawasanya setiap orang yang mengetahui realiti dunia Islam, sama dengan seorang alim yang memahami Al-Quran dan as-Sunnah diatas pemahaman Salafus Soleh.

    Telah diketahui bahawa Fiqhul Waqi' bukanlah sebuah kelaziman sebagaimana yang telah di isyaratkan, tambahan pula tidak pernah tergambar/terbayang akan keberadaan seorang manusia yang sempurna yang mampu memahami seluruh ilmu yang telah disebutkan dan isyaratkan di atas.


    TASFIYAH DAN TARBIYAH
    Penerapan manhaj/kaedah "tasfiyah" dan "tarbiyah" yang merupakan dua kewajban besar yang amat penting.
    "Tasfiyah" (pemurnian) adalah:
    1.   Pemurnian aqidah Islamiyah dari sesuatu yang tidak dikenali dan telah menyusup masuk ke dalamnya, seperti kesyirikan, pengingkaran terhadap sifat-sifat Allah جلّ جلا له, atau penakwilannya, penolakan hadis-hadis sahih yang berkaitan dengan aqidah dan lain sebagainya.



    2.   Pemurnian fiqh Islam dari segala bentuk ijtihad yang keliru yang menyelisihi Al-Quran dan as-Sunnah, serta pembebasan akal dari pengaruh-pengaruh taqlid dan kegelapan sikap fanatisme.
    (Taqlid adalah: Sikap/prilaku menerima pendapat seseorang tanpa hujjah dan dalil)

    3.   Pemurnian kitab-kitab tafsir Al-Quran, fiqh, kitab-kitab yang berhubungan erat dengan raqa'iq (kelembutan hati), dan kitab-kitab lainnya dari hadis-hadis lemah dan palsu, serta dongeng-dongeng kisah israiliyyat dan kemungkaran-kemungkaran lainnya.

    Manakala kewajiban kedua (tarbiyah), yang dimaksudkan adalah pembinaan generasi baru muslim, di atas Islam yang telah dibersihkan dari perkara-perkara  yang telah   disebutkan, dengan sebuah pembinaan secara Islami yang benar sejak usia muda tanpa pengaruh oleh pendidikan ala barat dan kekufuran.

    Firman Allah :


    وَلَـكِن كُونُواْ رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ

    "Akan tetapi hendaklah kamu menjadi orang-orang yang rabbani kerana kamu selalu mengajarkan Al-Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya" (Ali-Imran: 79)
    (Rabbani ialah orang yang bijaksana, alim dan penyantun serta banyak ibadah dan ketakwaannya :Tafsir Ibnu Kathir)


    Ramai di antara da'i-da'i mengetahui akar/pangkal penyebab keburukan yang dialami kaum muslimin pada zaman ini, iaitu jauhnya mereka dari pemahaman Islam yang benar, dalam  perkara-perkara yang merupakan fardhu 'ain (kewajipan atas perseorangan), dan bukan hanya pada apa yang merupakan fardhu kifayah (kewajipan atas sebahagian orang).

    Maka wajib bagi kita melaksanakan dan meluruskan serta membenarkan aqidah, ibadah dan suluk (akhlak, perangai dan budi pekerti). Siapakah orang yang telah melaksanakan kewajipan yang merupakan fardhu 'ain dan bukan sekadar fardhu kifayah dari kalangan ummat ini? Kerana kewajipan melaksanakan fardhu kifayah itu datangnya selepas (fardhu 'ain).

    Oleh itu menyibukkan diri dan mencurahkan perhatian terhadap ajakan segelintir manusia dari kalangan ummat ini untuk memperhatikan sebuah fardhu kifayah iaitu Fiqhul Waqi', serta mengecilkan sebuah pemahaman yang sifatnya fardhu 'ain bagi setiap muslim, yaitu memahami Al-Kitab (Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم merupakan perbuatan melampaui batas dan penyia-nyiaan terhadap suatu kewajipan yang ditekankan kepada setiap orang dari ummat muslimin ini dan merupakan sikap berlebih-lebihan dalam sebuah urusan (Fiqhul Waqi') yang keadaan sebenarnya sebagai fardhu kifayah.

    BAHAYA MEMFITNAH, MENGGELAR BURUK DAN MENUDUH ULAMA

    Menikam, memfitnah dan menuduh sebahagian ulama atau para penuntut ilmu dan mencela mereka kerana ketidak tahuan mereka tentang Fiqhul Waqi’, begitu juga lontaran gelaran yang diberikan kepada mereka dengan sebutan yang tidak sepatutnya disebutkan, adalah kesalahan dan kekeliruan yang amat jelas, yang tidak boleh diteruskan, sebab merupakan sikap "tabaghudh" saling memurkai/membenci, yang telah dilarang dalam sejumlah hadis dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم, justeru hadis-hadis itu memerintahkan kaum muslimin untuk berbuat yang sebaliknya, berupa sikap saling mencintai, saling berjumpa dan saling tolong menolong.


    FIQHUL WAQI'
    (Memahami Realiti Ummat)

    Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani رحمه الله
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA