الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    SEMPENA KEHADIRAN BULAN RAJAB 1437 HIJRAH

    Firman Allah :

    إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

    “Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan Ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.”
    (At Taubah: 36).


    Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda :

    “Sesungguhnya Rajab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku”.

    Baginda Rasulullah s.a.w juga bersabda :
    “Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para Nabi, keluarga Nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka”

    Kata Rajab diambil dari kata At-Tarjib, yang bererti pengagungan. Rajab disebut juga tercurah, sebab pada bulan ini Allah mencurahkan rahmat Nya kepada orang-orang yang bertaubat dan mengabulkan
    doa untuk orang-orang yang beramal. Rajab juga bererti tuli,sebab pada bulan ini tidak terdengar suara peperangan. Rajab juga disebut sebagai Al-Muthahhir, kerana orang-orang yang berpuasa pada bulan itu akan disucikan dari berbagai dosa dan kesalahan.
    Ada juga yang berpendapat bahawa Rajab adalah nama sebuah sungai di syurga yang airnya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu, dan lebih dingin daripada es. Tidak ada yang akan meminumnya, kecuali mereka yang berpuasa pada bulan Rajab. Sabda Rasulullah s.a.w:
     “Pada malam mi’raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s.: “Wahai Jibril untuk siapakan sungai ini ?”Maka berkata Jibrilb a.s.: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rajab ini”.

    Dari Anas bin Malik r.a,  Rasulullah s.a.w bersabda pula :
     “Sesungguhnya di syurga terdapat sungai yang dinamakan Rajab, airnya lebih putih daripada susu dan rasanya lebih manis dari madu. Barangsiapa puasa sehari pada bulan Rajab, maka ia akan dikaruniai minum dari sungai tersebut”.

    Dalam sebuah riwayat, Thauban r.a bercerita:
    “Ketika kami berjalan bersama Rasulullah SAW melalui sebuah kubur, lalu Rasulullah berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada Allah SWT. Lalu saya bertanya kepada Rasulullah SAW:
    “Ya Rasulullah, mengapa engkau menangis?” Lalu Rasulullah SAW bersabda:
    “Wahai Thauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka dan aku berd’a kepada Allah, lalu Allah meringankan seksa kubur mereka”
    Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Thauban, kalau sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab dan mereka tidak tidur semalam saja di bulan Rajab, nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur”
    Thauban bertanya: “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab, sudah dapat menghindarkan mereka dari seksa kubur?”
    Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Thauban, Demi Allah Dzat yang telah mengutusku sebagai Nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana Allah, kecuali Allah mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun”
    (Sahih Riwayat Arba’)

    Daripada  Salman al-Farizi r.a, Rasulullah SAW bersabda :
    “Barangsiapa berpuasa satu hari pada bulan Rajab, maka seolah-olah dia telah berpuasa seribu tahun, dan seakan dia telah memerdekakan seribu budak. Dan barangsiapa bersedekah pada bulan itu, maka seolah-olah dia bersedekah dengan seribu dinar, dan ditetap dari setiap rambut yang ada pada tubuhnya dengan seribu kebaikan, an diangkatnya seribu derajat, dihapuskan darinya seribu keburukan, dan ditetapkannya baginya setiap hari yang dia gunakan untuk berpuasa dan bersedekah itu dengan seribu haji dan seribu umrah, serta dibangunkannya baginya seribu rumah, seribu istana dan seribu kamar.”




    Dinamakan juga sebagai bulan haram kerana pada bulan-bulan tersebut orang Islam dilarang mengadakan peperangan. Tentang bulan-bulan  ini, Al-Qur’an menjelaskan:

    Imam Ghazali menulis dalam kitabnya, dikisahkan, seorang perempuan beribadah di Baitul Maqdis dan setiap hari selama bulan Rajab ia selalu mendekatkan diri kepada Allah. Perempuan itu selalu memakai baju jubah. Pada suatu hari, perempuan itu sakit tenat. Ia berwasiat kepada anaknya, jika ia meninggal agar jubahnnya disertakan di dalam kuburnya. Namun anak itu lupa melaksanakan wasiat ibunya. Pada suatu malam, ia bermimpi melihat ibunya. Ibunya berkata, “Anakku, aku tidak meredhaimu,kerana engkau tidak melaksanakan wasiatku.”
     Anak itu terbangun dengan perasaan cemas kemudian ia bergegas menuju kuburan ibunya lalu mulai menggalinya kembali untuk menguburkan jubah ibunya. Betapa terkejutnya ia kerana jenazah ibunya tidak ada. Lalu terdengarlah suara, “Apakah engkau tidak tahu bahawa barangsiapa yang taat kepada Kami pada bulan Rajab, Kami tidak akan membiarkannya sendirian di dalam kubur…”



    Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Hajar Al-Asqalan berkata :
    “Nama lain bulan Rajab dengan 18 nama. Yang terkenal adalah "Al Ashamm"(Yang tuli), kerana tidak terdengarnya gemerincing pedang yang saling beradu, disebabkan kerana Rajab itu termasuk bulan yang diharamkan adanya peperangan. Nama unik lainnya "Munashil al-Asinah"(keluarnya gigi), dengan maksud makna senada dengan nama pertama disebutkan, yakni anak panah besi yang diputuskan seperti mencabut gigi. Nama lainnya"Al-Ashabb"(limpahan), kerana limpahan rahmat yang banyak diturunkan pada bulan ini.


    Peristiwa di dalamnya

    Di dalam bulan Rajab terdapat beberapa peristiwa bersejarah dalam islam, iaitu Perang Tabuk, Penaklukan Jurusalem oleh Salahuddin Al-Ayubi, dan Keruntuhan Khilafah Uthmaniyah di .
    Pada bulan Rajab tahun 9 Hjirah, Rasulullah s.a.w  bersama 30 ribu pasukan kaum muslimin pergi meninggalkan Madinah menuju Tabuk di wilayah Syam (Suriah). Ekspedisi ini bertujuan untuk menghadapi pasukan Romawi yang sudah bersiap di sana. Pasukan kaum muslimin bergerak di bawah panasnya cuaca yang pada ketika  itu melewati ratusan kilometer di gurun pasir. Mendengar kedatangan pasukan yang sedemikian besar dan pantang menyerah serta dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w  sendiri, pasukan Romawi merasa sudahpun kalah. Mereka berkecut hati dan mundur ke benteng mereka. Akhirnya, kaum muslimin berhasil menguasai Tabuk tanpa pertempuran. Dengan kemenangan dalam Perang Tabuk ini, maka kekuatan islam memperkukuh kedudukannya di seluruh Jazirah Arab.
    Di bulan Rajab juga, pada tahun 583 Hinrah (1187 Masihi), Salahudin Al Ayubi memimpin pasukannya berangkat ke Jerusalem untuk membebaskannya dari cengkaman pasukan perang salib yang telah menguasainya selama hampir satu abad. Beberapa bulan sebelumnya, pasukan Salahudin
    juga telah mengalahkan dua pasukan perang salib dalam Perang Hittin. Kemenangan Salahudin sangatlah istimewa kerana berhasil mengembalikan bumi Isra’ Mi’raj dan kiblat pertama kaum muslimin ke dalam pangkuan islam. Selain itu, kemenangan ini juga mencegah penguasaan kaum kristian atas tanah dan negeri kaum muslimin.
    Selain kemenangan bersejarah, bulan Rajab juga menjadi saksi kekalahan dan kemunduran kaum muslimin. Tujuh ratus enam puluh tahun kemudian, pada 28 Rajab 1342 Hijrah (3 Mac 1924 M), Khilafah Islamiyah dihapus secara resmi oleh Mustafa Kamal Pasha di Turki. Institusi yang menyatukan seluruh kaum muslimin di dunia ini hancur pada ketika itu. Tidak ada lagi satu institusi yang menjadi pelindung bagi kaum muslimin secara menyeluruh. Tidak ada lagi institusi yang menjamin terlaksananya syariat islam dan hukum-hukum Allah di muka bumi. Sebagai pelindung jiwa, kehormatan, harta dan kekayaan kaum muslimin telah dilenyapkan sehingga kaum muslimin hanya menjadi santapan lazat yang direbutkan oleh kaum kolonialis dan kapitalis. Khilafah itu kini berganti menjadi negara-negara sekuler yang bercerai berai di seluruh dunia.

    Selain daripada itu terdapat bebarapa peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan Rajab antaranya :
    1. Hijrah Pertama ke Negeri Habsyah (Ethiopia)

    Ketika pihak musyrikin Mekkah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada kaum muslim dan Rasulullah s.a.w, maka Rasulullah s.a.w memerintahkan kepada para sahabat untuk berhijrah ke negeri Habsyah (Ethiopia). Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih oleh Rasulullah s.a.w kerana rajanya (Raja Najasyi) dikenal dengan toleransi dan sikap terbukanya. Di antara mereka yang berhijrah ke Habsyah adalah Sayidina Uthman bin ‘Affan ra dan isterinya Ruqayah puteri Rasulullah s.a.w.

    2. Peristiwa Isra' Mi'raj Rasulullah s.a.w
    Isra’ Mi’raj termasuk di antara mukjizat khusus yang Allah berikan hanya kepada Rasulullah s.a.w, tidak kepada nabi-nabi yang lain. Isra’ ialah perjalanan malam Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin). Mi’raj ialah dari Masjidil Aqsa, Rasulullah s.a.w meneruskan perjalanannya ke alam langit menuju Sidratul Muntaha. Ketika di Sidratul Muntaha, Rasulullah s.a.w hanya bersendirian dan malaikat Jibril hanya sampai di bawah Sidratul Muntaha kerana sudah tidak mampu untuk naik bersama Rasulullah s.a.w ke Sidratul Muntaha. Di Sidratul Muntaha, Rasulullah s.a.w menerima perintah secara langsung dari Allah untuk melaksanakan Solat Fardhu lima waktu dalam sehari semalam. Setelah itu Rasulullah s.a.w kembali lagi ke Masjidil Haram di Makkah. Menurut suatu riwayat, semua rangkaian peristiwa yang luar biasa menakjubkan tersebut hanya ditempuh dalam waktu sepertiga malam.

    Firman Allah :

    سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

    " Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. "
    (Al-Isra’ : 1).

     Allah juga menjelaskan peristiwa Mi’raj dalam surah An-Najm ayat 1 hingga 18 yang berbunyi.

    وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَى (1) مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمْ وَمَا غَوَى (2) وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى (3) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى (4) عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَى (5) ذُو مِرَّةٍ فَاسْتَوَى (6) وَهُوَ بِالْأُفُقِ الْأَعْلَى (7) ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّى (8) فَكَانَ قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَى (9) فَأَوْحَى إِلَى عَبْدِهِ مَا أَوْحَى (10) مَا كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأَى (11) أَفَتُمَارُونَهُ عَلَى مَا يَرَى (12) وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَى (13) عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى (14) عِنْدَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَى (15) إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَى (16) مَا زَاغَ الْبَصَرُ وَمَا طَغَى (17) لَقَدْ رَأَى مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَى (18)


    Sesungguhnya dalam peristiwa Isra’ Mi’raj ini banyak sekali kejadian-kejadian hebat yang dialami Rasulullah s.a.w, demikian juga pemandangan-pemandangan sangat menakjubkan yang Allah memperlihatkan kepada hamba tercinta Nya. Rasulullah s.a.w melakukan Isra’ Mi’raj tersebut dengan ruh dan jasadnya. Jika hanya dialami oleh ruhnya saja tentu tidak akan menjadi satu mukjizat yang tinggi, sebab manusia lain pun memiliki kemungkinan untuk mengalami peristiwa seperti itu. Misalkan ketika mimpi terbang ke langit ke tujuh, sebab kejadian mimpi hanya dialami oleh ruh seseorang.

    Dalam menentukan tarikh peristiwa Isra’ Mi’raj tersebut para ulama berbeza pendapat, sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rabiul Akhir; sebahagian 17 Rabiul Awal; sebahagian 29 Ramadhan; sebahagian 27 Rajab dan sebahagian 7 Rabiul Awal. Tetapi yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada 27 Rajab, sekalipun tidak disertai alasan yang kuat. Bahkan tahun kejadiannya juga terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun pertama diutusnya Nabi), sebahagian tahun ke 12 dari Bi'tsah, sebahagian pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian tahun ketiga sebelum hijrah Nabi s.a.w ke Madinah dan sebahagian pula berpendapat lain dari semuanya itu. Tetapi Ibnu Sa’ad dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", berpendapat baahwa peristiwa Isra’ Mi’raj Rasulullah s.a.w terjadi pada lapan belas bulan sebelum Rasulullah s.a.w hijrah ke Madinah.


    3. Kelahiran Sayidina Ali bin Abi Talib di dalam Kaabah

    Terjadi peristiwa ajaib yang menggemparkan sejarah umat manusia. Sebab peristiwa ini tidak pernah terjadi sebelumnya, demikian Nabi  s.a.w bersabda. Pada hari Jumaat 13 Rajab, 23 tahun sebelum hijrah telah lahir seorang bayi suci di dalam Kaabah.

    Fatimah binti Asad, ibunda Ali bin Abi Talib yang merupakan seorang wanita solehah, mukminah dan pengikut agama tauhid, pada suatu hari ia memperoleh ilham dari Allah supaya pergi ke Baitullah untuk bertawaf. Ketika sedang mengelilingi Kabah, tiba-tiba ia merasakan sakit akan melahirkan. Lalu Fatimah binti Asad memegang kain penutup Kaabah sambil bersimpuh ke dindingnya, kemudian berdoa:
    "Ya Allah, wahai Tuhan Pemilik rumah suci ini, sesungguhnya aku ini seorang wanita yang beriman kepada Mu. Aku juga beriman kepada agama yang dibawa datukku Ibrahim a.s., kepada para nabi yang telah Engkau utus serta kitab-kitab suci yang telah Kau turunkan. Ya Allah, demi kemuliaan rumah ini dan demi kesucian bayi yang sedang aku kandung ini, maka permudahlah kelahiran ini".

    Tiba-tiba suatu keajaiban benar-benar terjadi, terdengar suatu guruh kerana dinding Kaabah   di hadapan Fatimah binti Asad terbelah. Fatimah masuk ke dalam Kaabah, kemudian dinding Kaabah yang retak itu tertutup kembali. Abbas bin Abdul Mut alib dan kawan-kawannya yang menyaksikan kejadian itu segera memberitahu suami Fatimah binti Asad, iaitu Abu Talib. Mereka berusaha membuka pintu dan dinding Kabah, tetapi tidak berhasil. Akhirnya mereka hanya menunggu, sambil berdoa dan   cemas. Tiga hari kemudian dinding Kaabah terbelah lagi, Fatimah binti Asad keluar dengan memangku bayi (Ali bin Abi Talib) yang telah lahir di dalam Kaabah.

    Rasulullah s.a.w bersabda:
    "Ada yang aku miliki dan tidak dimiliki Ali, dan ada yang dimiliki Ali namun aku tidak memilikinya. Yang aku miliki dan tidak dimiliki Ali adalah bahawa aku seorang nabi dan rasul terakhir yang diutus oleh Allah, sedangkan yang dimiliki Ali namun aku tidak memilikinya ialah bahawa ia satu-satunya manusia yang lahir di dalam Kaabah".

    Ali bin Abi Thalib yang merupakan salah seorang Ahlul Bait Nabi s.a.w  yang telah disucikan oleh Allah sesuci-sucinya sepertimana firman Allah :

    وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا

    dan hendaklah kamu tetap di rumahmu  dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu  dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul baitdan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”
    (Al-Ahzab : 33)

    Sayidina Ali lahir di dalam Kaabah (Baitullah) yang suci, besar dalam buaian dan pangkuan Nabi paling suci iaitu   Rasulullah s.a.w, dan pada malam Lailatul Qadr yang suci (19 Ramadhan 40 H) ketika sedang melakukan sujud di Masjid Kufah ia dihentam oleh pedang si manusia paling terkutuk dan paling celaka yang bernama Ibnu Muljam, akhirnya pada malam Lailatul Qadr berikutnya (21 Ramadan 40 H) ruh manusia suci ini terbang menemui Allah. Kalimah terakhir yang keluar dari lisannya yang suci ialah: "Fuzhu wa rabbilka'bati." Sungguh aku telah meraih kemenangan, demi Tuhan pemilik Kabah.




    Puasa Rajab

    Hadis-hadis Nabi yang menganjurkan atau memerintahkan berpuasa dalam bulan- bulan haram (Dzulqaedah, Dzulhijjah, Muharram dan Rajab) itu cukup menjadi hujjah atau landasan mengenai keutamaan puasa di bulan Rajab. 

    Diriwayatkan dari Mujibah al-Bahiliyah, Rasulullah bersabda :
    "Puasalah pada bulan-bulan haram."
    (Riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah, dan Ahmad). Hadis lainnya adalah riwayat al-Nasa'i dan Abu Dawud (dan disahihkan oleh Ibnu Huzaimah): "Usamah berkata pada Nabi Muhammad Saw, “Wahai Rasulullah, saya tak melihat Rasul melakukan puasa (sunnah) sebanyak yang Rasul lakukan dalam bulan Sya'ban. Rasul menjawab: 'Bulan Sya'ban adalah bulan antara Rajab dan Ramadan yang dilupakan oleh kebanyakan orang.'"

    Menurut Imam As-Syaukani dalam Nailul Authar, dalam bahasan puasa sunnah, ungkapan Nabi, "Bulan Sya'ban adalah bulan antara Rajab dan Ramadan yang dilupakan kebanyakan orang" itu secara implisit menunjukkan bahwa bulan Rajab juga disunnahkan melakukan puasa di dalamnya.

    Keutamaan berpuasa pada bulan haram juga diriwayatkan dalam hadis sahih imam Muslim. Bahkan  berpuasa di dalam bulan-bulan mulia ini disebut Rasulullah sebagai puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan. Nabi bersabda : “Seutama-utama puasa setelah Ramadan adalah puasa di bulan-bulan al-muharram (Dzulqaedah, Dzulhijjah, Muharram, dan  Rajab).

    Imam Ghazali dalam Ihya’ Ulumid-Din menyatakan bahwa kesunnahan berpuasa menjadi lebih kuat jika dilaksanakan pada hari-hari utama (al-ayyam al-fadhilah). Hari- hari utama ini dapat ditemukan pada tiap tahun, tiap bulan dan tiap minggu. Imam Ghazali menyatakan bahawa Rajab tergolong-asyhur al-fadhilah di samping dzulhijjah, muharram dan sya’ban. Rajab juga terkategori al-asyhur al-hurum  di samping dzulqa’dah, dzul hijjah, dan muharram.

    Disebutkan dalam  Kifayah Al-Akhyar, bahawa bulan yang paling utama untuk berpuasa selepas  Ramadhan adalah bulan- bulan haram iaitu dzulqa’dah, dzul hijjah, rajab dan  muharram. Di antara keempat bulan itu yang paling utama untuk puasa adalah bulan al-muharram, kemudian Sya’ban. Namun menurut Syeikh Al-Rayani, bulan puasa yang utama setelah Muharram adalah Rajab.

    Hukum puasa dan ibadah pada Rajab, Imam An-Nawawi menyatakan, telah jelas dan sahih riwayat bahawa Rasulullah s.a.w menyukai puasa dan memperbanyak ibadah di bulan haram, dan Rajab adalah salah satu dari bulan haram, maka selama tidak ada larangan khusus puasa dan ibadah di bulan Rajab, maka tidak ada satu kekuatan untuk melarang puasa Rajab dan ibadah lainnya di bulan Rajab”
    (Syarh Nawawi ‘ala Sahih Muslim).


    Hadis Keutamaan Rajab


    Diriwayatkan bahawa apabila Rasulullah s.a.w memasuki bulan Rajab beliau berdoa:
    Ya, Allah berkahilah kami di bulan Rajab (ini) dan (juga) Sya’ban, dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.”
    (Riwayat Imam Ahmad, dari Anas bin Malik).

    "Barang siapa berpuasa pada bulan Rajab sehari, maka laksana ia puasa selama sebulan, bila puasa tujuh hari maka ditutuplah untuknya tujuh pintu neraka Jahim, bila puasa lapan hari maka dibukakan untuknya lapan pintu syurga, dan bila puasa sepuluh hari maka digantilah dosa-dosanya dengan kebaikan."

    Riwayat Imam At-Tabrani dari Sa'id bin Rasyid:
    Barangsiapa berpuasa sehari di bulan Rajab, maka ia laksana  berpuasa setahun, bila puasa tujuh hari maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka jahanam, bila puasa lapan hari dibukakan untuknya lapan pintu syurga, bila puasa sepuluh hari, Allah akan mengabulkan semua permintaannya....."

    "Sesungguhnya di syurga terdapat sungai yang dinamakan Rajab, airnya lebih putih daripada susu dan rasanya lebih manis dari madu. Barangsiapa puasa sehari pada bulan Rajab, maka ia akan dikurniakan minum dari sungai tersebut".

    Riwayat Abul Fath dari Al-Hasan, Rasulullah s.a.w bersabda: "Rajab itu bulan Allah, Sya'ban bulanku, dan Ramadhan bulan umatku." 
    (Hadis mursal)

    Sabda Rasulullah s.a.w lagi :
    Pada malam mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s.: “Wahai Jibril untuk siapakan sungai ini ?”Maka berkata Jibrilb a.s.: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rajab ini”.





    KEAJAIBAN IRA' DAN MI'RAJ RASULULLAH S.A.W

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA