الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء و المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

أهلا وسهلا بكم

إذا كانت هذه زيارتك الأولى للمنتدى، فيرجى التفضل بزيارة صفحة التعليمات كما يشرفنا أن تقوم بالتسجيل ، إذا رغبت بالمشاركة في المنتدى، أما إذا رغبت بقراءة المواضيع والإطلاع فتفضل بزيارة القسم الذي ترغب أدناه.

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه - قال: سمعت رسول الله يقول: "إن إبليس قال لربه: بعزتك وجلالك لا أبرح أغوي بني آدم مادامت الأرواح فيهم - فقال الله: فبعزتي وجلالي لا أبرح أغفر لهم ما استغفروني"



اللّهم طهّر لساني من الكذب ، وقلبي من النفاق ، وعملي من الرياء ، وبصري من الخيانة ,, فإنّك تعلم خائنة الأعين ,, وما تخفي الصدور

اللهم استَخدِمني ولاَ تستَبدِلني، وانفَع بيِ، واجعَل عَملي خَالصاً لِوجهك الكَريم ... يا الله


اللهــم اجعل عملي على تمبـلر صالحاً,, واجعله لوجهك خالصاً,, ولا تجعل لأحد فيه شيئاً ,, وتقبل مني واجعله نورا لي في قبري,, وحسن خاتمة لي عند مماتي ,, ونجاةً من النار ومغفرةً من كل ذنب

يارب يارب يارب

    KEMASKINI

    _

    _
    ALLAHUMMA YA ALLAH BERIKANLAH KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT PADAKU , AHLI KELUARGAKU DAN SEMUA YANG MEMBACA KARYA-KARYA YANG KUTULIS KERANA-MU AAMIIN YA RABBAL A'LAMIIN “Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.”

    Asas Usul Fiqh : Hukum Qiyas

    Qiyas pada lughoh : 

    Adalah ukuran; persamaan; perbandingan kadar; persamaan dan ukuran di antara sesuatu tempat
    dengan tempat lain; iktibar atau ambil pengajaran.

    Qiyas pada syara" : 
    Adalah perbandingan di antara suatu hukum dalam perkara yang baru wujud dengan perkara yang telah ada hukumnya sebelumnya di dalam Al-Quran dan Sunnah.

    Qiyas pada istilah : 
    Menyamakan cabang dengan asal dalam hukum berdasarkan sebab yang merangkumi kedua-duanya.

     Ia adalah proses (Ijtihad) berasaskan analogi daripada ayat Al-Quran dan Sunnah atau perintah yang telah diketahui untuk perkara-perkara baru.

    Qiyas menetapkan suatu hukum suatuperkara baru yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan perkara terdahuluyang memiliki kesamaan dari segi illat, sebab, manfaat, bahaya dan berbagai aspek lain sehingga dihukumi sama.

    Rukun Qiyas : 

    Qiyas ialah menetapkan hukum sesuatu yang tertentu, pada masa yang lain kerana persamaan kedua-duanya dari segi Illat. Definisi Qiyas ini juga sekaligus menunjukkan adanya 4 rukun Qiyas, iaitu:
    1. Masalah utama (al-ashl)
    2. Masalah cabang (al-far‘u)
    3. Hukum masalah utama (al-hukmu)
    4. Alasan (as-sabab)

    Qiyas (persamaan) adalah salah satu dalil-dalil yang terpancar darinya hukum-hukum Syara'. Ianya telah disahkan sebagai dalil Syara' oleh al-Quran, al-Sunnah dan kata-kata sahabat.


    Dalil daripada al-Quran

    1- Firman Allah Ta‘ala (al-Syura 42:17) - Maksudnya:  Allahlah yang menurunkan kitab dengan (membawa) kebenaran dan (menurunkan) neraca (keadilan).

    Al-Mizan (neraca) ialah apa yang digunakan untuk menimbang perkara-perkara dan untuk dibuat ukuran di antaranya.

    2 - Firman Allah Ta‘ala (al-Anbiya 21:104) - Maksudnya: Sebagaimana Kami telah memulakan penciptaan pertama begitulah Kami akan mengulanginya.

    Firman Allah lagi (Fatir 35:9) - Maksudnya: Dan Allah, Dialah yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, maka Kami halau awan itu ke suatu negeri yang mati lalu Kami hidupkan bumi setelah matinya dengan hujan. Demikianlah kebangkitan itu.

    Allah Ta‘ala telah menyamakan antara pembangkitan makhluk dengan permulaan penciptaannya dan menyamakan antara penghidupan semula mayat-mayat dengan penghidupan bumi. Inilah yang dinamakan al-Qiyas (penyamaan).


    Dalil daripada al-Sunnah:

    1- Sabda Rasulullah s.a.w. dalam menjawab pertanyaan seorang wanita yang bertanyakan tentang berpuasa untuk ibunya selepas ibunya wafat:

    أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكِ دَيْنٌ فَقَضَيْتِيهِ أَكَانَ يُؤَدِّي ذَلِكِ عَنْهَا

    قَالَتْ نَعَمْ قَالَ فَصُومِي عَنْ أُمِّكِ.[1]

    Maksudnya: Apa pandangan kamu sekiranya ibu kamu mempunyai hutang, adakah bayaran kamu akan melangsaikannya? Jawabnya Ya. Sabda Baginda: Maka berpuasalah bagi pihak ibumu.

    2 - Sesungguhnya seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w. seraya berkata:

    يَا رَسُولَ اللَّهِ وُلِدَ لِي غُلاَمٌ أَسْوَدُ فَقَالَ هَلْ لَكَ مِنْ إِبِلٍ قَالَ نَعَمْ

    قَالَ مَا أَلْوَانُهَا قَالَ حُمْرٌ

    قَالَ هَلْ فِيهَا مِنْ أَوْرَقَ قَالَ نَعَمْ

    قَالَ فَأَنَّى ذَلِكَ قَالَ لَعَلَّهُ نَزَعَهُ عِرْقٌ قَالَ فَلَعَلَّ ابْنَكَ هَذَا نَزَعَهُ.[2]

    Maksudnya: Wahai Rasulullah, aku telah dikurniakan seorang anak hitam. Baginda berkata: Adakah kamu memiliki unta? Jawabnya: Ya. Baginda berkata: Apakah warnanya? Jawabnya: Kemerahan. Baginda berkata: Wujudkah di antaranya yang berwarna kelabu? Jawabnya: Ya. Baginda berkata: Bagaimanakah ini berlaku? Jawabnya: Mungkin itu ada dalam keturunan terdahulu. Baginda berkata: Jadi, kemungkinan warna anakmu ini ada dalam keturunannya yang terdahulu.

    Di samping itu, sebenarnya semua contoh-contoh dalil dalam al-Quran dan al-Sunnah merupakan dalil untuk al-Qiyas (penyamaan) kerana ianya mengandungi penyamaan sesuatu perkara dengan perkara yang menyerupainya.


    Dalil daripada kata-kata Sahabat:

    Sebuah riwayat tentang Umar bin al-Khattab di mana terdapat di dalam utusannya kepada Abu Musa al-Asy’ari berkenaan penghukuman, katanya, "Kemudian pentingkanlah kefahaman dan penghayatan terhadap masalah yang sampai kepadamu yang tidak terdapat hukumnya di dalam al-Quran dan al-Sunnah, lalu hendaklah kamu qiyaskan (pertimbangkan) perkara-perkara itu dan hendaklah kamu ketahui perkara-perkara yang seakan-akan sama, lalu hendaklah kamu cenderung menurut pandangan kamu kepada yang paling disukai oleh Allah Ta'ala dan merupakan yang terdekat kepada kebenaran."

    Ibnu al-Qayyim telah berkata, "Ini merupakan satu utusan agung yang telah diterima pakai oleh para ulamak."

    Al-Muzani pula telah menyatakan bahawa para al-Fuqaha’ dari zaman para sahabat sehinggalah ke zamannya telah berijmak bahawa perkara yang menyerupai kebenaran adalah kebenaran dan perkara yang menyerupai kebatilan adalah kebatilan. Mereka juga telah mengguna pakai al-Qiyas(penyamaan) untuk fiqh dalam semua hukum.

    Bahagian Qiyas
    Ada dua bahagian Qiyas, iaitu :
    Qiyas Jaliy (yang amat ketara)
    Qiyas Khafiy (yang tersembunyi)


    Jenis-Jenis Qiyas 
    Qiyas ada tiga jenis, iaitu:
    Qiyas Aula (Utama)
    Qiyas Musawi (Ketara)
    Qiyas Adna (Rendah) 

    Syarat-syarat al-Qiyas (Penyamaan)

    Al-Qiyas mempunyai beberapa syarat seperti berikut:

    1. Tidak boleh bercanggahan dengan dalil yang lebih kuat daripadanya. Sekiranya al-Qiyasmenyalahi nas, al-Ijma' dan kata-kata sahabat (di sisi mereka yang menganggapnya hujah), ianya adalah tertolak dan dinamakan Qiyas Fasid al-I'tibar (rosak pengiktirafannya). Contohnya:al-Qiyas yang mengatakan bahawa adalah sah seseorang wanita itu mengahwinkan dirinya tanpa wali berdasarkan kepada sahnya dia menjual beli hartanya tanpa wali. Ini merupakan al-Qiyas yang rosak pengiktirafannya kerana ianya bercanggahan dengan nas iaitu sabda Rasulullah s.a.w.:

    لاَ نِكَاحَ إِلاَّ بِوَلِيٍّ.[3]

    Maksudnya: Tiada nikah kecuali dengan wali.

    2. Hukum asal mestilah sabit dengan nas atau al-Ijma'. Sekiranya hukum asal sabit dengan al-Qiyas lain, tidak boleh dibuat al-Qiyas lain berdasarkan asal itu. Akan tetapi boleh dibuat al-Qiyaskepada asal yang pertama kerana merujuk kepadanya adalah lebih utama. Juga kerana kemungkinan tidak sah diqiyaskan cabang kepada asal kedua. Juga kerana membuat al-Qiyaskepada cabang kemudian diqiyaskan pula cabang itu kepada asal merupakan pemanjangan yang tidak berfaedah. Contohnya dikatakan bahawa riba terdapat dalam urusan jagung kerana diqiyaskan kepada beras. Riba terdapat juga dalam urusan beras kerana diqiyaskan kepada gandum. Al-Qiyas seperti ini tidak sah. Sebaliknya hendaklah terus dinyatakan bahawa riba terdapat dalam urusan jagung kerana diqiyaskan kepada gandum, supaya al-Qiyas dilakukan terus kepada asal yang sabit dengan nas.

    3. Hukum asal mestilah mempunyai sebab yang diketahui supaya dapat dikumpulkan antara asal dengan cabang dalam sebab itu. Sekiranya hukum asal berunsur ibadah semata-mata, tidak sah dibuat alQiyas ke atasnya. Contohnya dikatakan bahawa daging burung unta membatalkan wuduk kerana diqiyaskan kepada daging unta disebabkan kedua-duanya ada persamaan. Al-Qiyas ini tidak sah kerana hukum asal tidak mempunyai sebab yang diketahui, sebaliknya ianya berunsur ibadah di sisi kebanyakan ulama'.

    4. Sebab mestilah merupakan erti yang berkaitan dengan hukum, yang dapat diketahui pengiktirafannya daripada kaedah Syara', seperti mabuk dalam khamr (arak). Sekiranya erti tersebut merupakan suatu sifat yang kebetulan, yang tidak mempunyai munasabah dengan hukum, tidak sah dijadikannya sebab kepada hukum, seperti warna hitam atau putih. Contohnya ialah hadith Ibnu Abbas bahawa selepas Barirah dibebaskan, beliau telah diberi pilihan ke atas suaminya. Ibnu Abbas berkata:

    كَانَ زَوْجُ بَرِيرَةَ عَبْدًا أَسْوَدَ.[4]

    Maksudnya: “Dan suaminya adalah seorang hamba hitam”.

    Sifat hitam yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas merupakan satu sifat yang kebetulan dan tidak mempunyai kaitan dengan hukum. Jadi, seorang hamba perempuan yang dibebaskan tetap diberi pilihan ke atas suaminya yang masih hamba walaupun dia berkulit putih. Dia juga tetap tidak diberi pilihan ke atas suaminya sekiranya suaminya merdeka dan berkulit hitam.

    5. Sebab mestilah wujud di dalam cabang sebagaimana ianya wujud di dalam asal, seperti menyakiti dalam memukul kedua ibu bapa yang diqiyaskan kepada menyebut "uf". Sekiranyasebab itu tidak wujud dalam cabang, tidak sah al-Qiyas tersebut. Contohnya dikatakan bahawa sebab pengharaman riba dalam gandum ialah kerana ianya tergolong dalam perkara yang ditimbang. Kemudian diqiyaskan kepadanya pengharaman riba dalam epal. Al-Qiyas ini tidak sah kerana sebabnya tidak wujud dalam cabang kerana epal bukanlah tergolong dalam perkara yang ditimbang.
      


    Jenis-jenis al-Qiyas (Penyamaan)

    Al-Qiyas terbahagi kepada dua iaitu jelas dan tersembunyi, seperti berikut:

    1- Al-Qiyas al-Jali (Jelas) ialah al--Qiyas yang sebabnya sabit dengan nas atau al-Ijma' atausebabnya amat jelas dan pasti kerana tiada perbezaan antara asal dan cabangnya.

    Contoh bagi al-Qiyas yang sebabnya sabit dengan nas ialah larangan bersuci dengan darah kering yang najis diqiyaskan kepada larangan bersuci dengan tahi binatang. Sebab hukum asal sabit dengan nas di mana Ibnu Mas’ud telah datang kepada Nabi s.a.w. dengan membawa dua ketul batu dan tahi binatang supaya digunakan oleh Baginda s.a.w. untuk bersuci. Baginda s.a.w. mengambil dua ketul batu itu dan melemparkan tahi binatang itu seraya berkata:

    هَذَا رِكْسٌ.[5]
    Maksudnya: “Ini riks (najis).”

    Contoh bagi al-Qiyas yang sebabnya sabit dengan al-Ijma' ialah Nabi s.a.w. telah melarang seseorang Qadi daripada menghukum dalam keadaan marah.[6] Qiyas larangan Qadimenghukum dalam keadaan menahan air kecil kepada larangan menghukum dalam keadaan marah adalah merupakan al-Qiyas yang jelas kerana sebab bagi asalnya iaitu fikiran terganggu dan hati tidak tenteram telah sabit dengan al-Ijma'.

    Contoh bagi al-Qiyas yang pasti kerana tiada perbezaan antara asal dan cabang ialah larangan memusnahkan harta anak yatim dengan dipakai. Ini diqiyaskan kepada larangan memusnahkan harta anak yatim dengan dimakan, kerana adalah jelas bahawa tiada perbezaan antara kedua-duanya.

    2. Al-Qiyas al-Khafi (Tersembunyi): ialah al-Qiyas yang sebabnya sabit dengan al-Istinbat dan tidak dapat dipastikan ketiadaan perbezaan antara asal dan cabang.

    Contohnya: Pengharaman riba dalam al-ashnaan[7] diqiyaskan kepada pengharaman riba dalam gandum kerana sebabnya ialah kedua-duanya tergolong dalam perkara yang ditimbang. Sebabini tidak terdapat dalam nas, ijmak dan bukan sebab yang pasti kerana tiada perbezaan antaraasal dan cabang. Ini kerana ada kemungkinan dibezakan antara dua benda tersebut bahawa gandum tergolong dalam makanan manakala al-ashnaan tidak.


    Qiyas al-Syabah (Penyamaan seiras)

    Terdapat satu  jenis al-Qiyas yang dinamakan Qiyas al-Syabah (penyamaan seiras). Maksudnya ialah terdapat satu cabang yang berada di antara dua asal yang berbeza hukum di mana cabang tersebut mempunyai iras dengan setiap satu daripada kedua-dua asal tersebut. Di sini cabang ini digolongkan kepada asal yang paling banyak iras dengannya.

    Contohnya: seorang hamba; adakah dia mempunyai hak memiliki iaitu dengan diqiyaskan kepada orang merdeka, atau adakah dia tidak mempunyai hak memiliki iaitu dengan diqiyaskan kepada binatang? Apabila kita melihat kepada dua asal ini iaitu orang merdeka dan binatang, kita dapati hamba tadi berada di tengah. Dari sudut sifatnya sebagai manusia yang berakal, diberi balasan pahala dan balasan dosa, diberi hak bernikah dan menceraikan; dia menyerupai manusia. Dari sudut sifatnya dijual beli, boleh digadai, diwakafkan, dihadiahkan, diwarisi dan boleh diuruskan seperti harta; dia menyerupai binatang. Sebenarnya kita dapati hamba itu dari sudut urusan kehartaan lebih menyerupai binatang. Dengan ini dia digolongkan kepada binatang. Jenis al-Qiyas ini adalah lemah kerana tidak terdapat sebab yang sesuai kecuali bahawa cabangnya seiras dengan salah satu asaldalam kebanyakan hukum-hukum di samping terdapat asal lain yang merebut keirasannya.


    Qiyas al-‘Aks (Penyamaan dari sudut berlawanan)

    Terdapat satu  jenis al-Qiyas yang dinamakan Qiyas al-‘Aks (penyamaan dari sudut berlawanan). Maksudnya ialah penetapan lawan kepada hukum asal untuk cabang kerana wujudnya lawan kepada sebab hukum asal dalam cabang itu.

    Contohnya ialah hadith berikut:

    وَفِي بُضْعِ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَأتِي أَحَدُنَا شَهْوَتَهُ وَيَكُونُ لَهُ فِيهَا أَجْرٌ؟

    قَالَ  أَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِي حَرَامٍ أَكَانَ عَلَيْهِ فِيهَا وِزْرٌ فَكَذَلِكَ

    إِذَا وَضَعَهَا فِي الْحَلاَلِ كَانَ لَهُ أَجْرًا.[8]

    Maksudnya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda “Dan di dalam urusan kemaluan seseorang kamu ada sedekah.” Sahabat berkata “Wahai Rasulullah, adakah sekiranya seseorang dari kami mendatangi syahwatnya, dia akan memperoleh pahala?” Jawab Baginda “Tidakkah kamu memerhatikan sekiranya dia meletakkannya di dalam urusan yang haram, bukankah dia memperoleh dosa; begitulah halnya sekiranya dia meletakkannya di dalam urusan yang halal, pasti dia memperoleh pahala.”

    Di dalam hadith ini, Rasulullah s.a.w. telah menetapkan bagi cabang iaitu persetubuhan yang halal, satu hukum yang merupakan lawan kepada hukum asal iaitu persetubuhan yang haram kerana wujudnya lawan kepada sebab hukum asal dalam cabang. Baginda telah menetapkan pahala bagicabang kerana ianya adalah persetubuhan halal sebagaimana Baginda s.a.w. menetapkan dosa bagiasal kerana ianya adalah persetubuhan haram.






    [1] Sahih Muslim, Kitab al-Shiyam, Bab Qadha' al-Shiyam 'an al-mayyit, No. 1938.
    [2] Sahih al-Bukhari, Kitab al-Talaq, Bab Iza 'uridha bi nafy al-walad, No. 4893.
    [3] Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Nikah, Bab Ma ja' la nikah illa bi wali, No. 1020. Hadith sahih, lihat Saih al-Jami' oleh al-Albani, No. 7556, 7557 dan 7558, juga Sahih Sunan al-Tirmizi oleh al-Albani, No. 1101. (penterjemah)
    [4] Sahih al-Bukhari, Kitab al-Thalaq, Bab Khiyar al-amah taht al-'abd, No. 4874.
    [5] Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wudhu', Bab La yustanja bi rauts, No. 152.
    [6] Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ahkam, Bab Hal yaqdi al-qadhi aw yufti wa huwa ghadhban, No.6625.
    [7]  al-Ashnaan ialah sejenis tumbuhan wangi yang dikeringkan dan dihiris untuk dijadikan bahan pembersih (seperti serbuk sabun).
    [8] Sahih Muslim, Kitab al-Zakah, Bab Bayan anna ism al-shadaqah yaqa' 'ala kull nau', No. 1674.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SOLIDARITI MENERUSKAN PERJUANGAN

    INI ZAMANNYA