FIQH AL-SIRAH
Tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti
Mengikut apa yang diceritakan oleh Ibnu Athir dan Ibnu
Hisyam bahawa Khadijah RadiyaLlahu ‘anha adalah seorang saudagar yang masyhur
serta terkenal dengan kemuliaan budi dan kekayaan harta. Sebilangan besar dari
orang ‘Arab di masa itu meminjam sebahagian daripada hartanya itu sebagai modal
perniagaan mereka.
Bila mana Khadijah mendengar berita perihal peribadi Nabi
Muhammad yang mulia dan akhlaq yang terpuji itu ia terus mempelawakan kepada
Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam supaya menjalankan usaha perniagaan
dengan hartanya dan sanggup memberi keuntungan yang lebih dari yang pernah
diberikannya kepada orang lain. Untuk mengiringi baginda dalam usaha perniagaan
nanti baginda akan dibantu oleh seorang budak suruhan Khadijah yang bernama
“Maisarah”. Tawaran itu telah diterima baik oleh
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam dengan penuh kerelaan hati. Baginda terus belayar ke negeri Syam untuk
menjalankan urusan peniagaan bersama “Maisarah” budak suruhan Khadijah. Dalam
perniagaan ini baginda telah mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Bila
baginda kembali bertemu Khadijah dengan keuntungamiya tadi, baginda terus
menyerahkan kepada Khadijah apa yang perlu dan patut diserahkan dengan penuh
amanah. Semasa di negeri Syam “Maisarah” telah melihat dengan mata kepalanya
sendiri dan tertawan dengan budi pekerti baginda yang mulia dan segala—galanya
ini terus diceritakan kepada Khadijah. Khadijah sungguh tertawan dengan
keamanahan dan budi pekertinya yang tinggi dan yang lebih menghairankan lagi
ialah kelabaan yang berlebihan yang diperolehinya dengan berkat baginda.
Dengan perantaraan Nafisah binti Manbah, Khadijah telah
menawarkan dirinya kepada Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam untuk
menjadi teman hidupnya yang halal. Tawarannya tadi telah disambut baik oleh
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan dengan tidak membuang masa, baginda
terus menyatakan hasrat hatinya yang mulia itu kepada bapa-bapa saudaranya dan
mereka pun terus melamar Khadijah melalui bapa saudaranya ‘Amru bin Asad.
Perkahwinan pun dilangsungkan dengan selamatnya. Di kala itu RasuluLlah berusia
genap dua puluh lima tahun sedang Khadijah telah berusia empat puluh tahun.
PENGAJAR DAN RENUNGAN
Perniagaan Nabi Muhammad dengan harta
Khadijah tadi merupakan sambungan dan siri perjuangan untuk menghadapi cabaran
hidup yang dulunya dimulakan dengan berternak kambing seperti mana yang telah
diterangkan dahulu.
Perkahwinan dengan Khadijah membayangkan kepada kita yang
RasuluLlah tidak memberatkan soal-soal kepuasan hawa nafsu dan sebagainya
seperti pemuda-pemuda yang Seumur dan sebaya dengannya. Kalau tidak sedemikian
sudah pasti baginda telah memiih wanita-wanita yang lebih muda daripadanya. Di
sini nyatalah kepada kita di mana perkahwinannya semata-mata kerana kejujuran
dan kemuliaan budi Khadijãh sehingga ianya digelar di masa jahiliyyah dengan “Wanita
Suci”.
Perkahwinan ini telah hidup dan membunga sehingga wafatnya
Khadijah dalam usia enam puluh lima tahun sedang RasuluLlab SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam berusia lima puluh tahun dan tidak terlintas di hati sanubari baginda
untuk berkahwin dengan perempuan yang lain sedangkan manusia biasanya dalam
usia antara dua puluh hingga lima puluh merupakan musim gelora perasaan mahukan
perempuan dan mahukan lebih dan satu untuk melepaskan hawa nafsu kebinatangan.
Nabi Muhammad dapat melintasi usia dan musim gelora ini tanpa memikir langsung
soal-soal hendak berkahwin lebih, memadailah dengan Khadijah seorang. Kalaulah
RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mahukan lebih dan satu sudah tentu mudah
baginya dan tidak pula menyalahi adat resam di masa itu yang mana orang-orang
‘Arab di masa itu berkahwin lebih dan satu atau mencari hamba abdi sebagai
gundik simpanan. Di samping itu penlu kita ingat di mana Khadijah adalah janda
umurnya melebihi Muhammad SailaLlahu ‘alaihi Wasallam hampir dua kali ganda.
Bila kita memperkatakan soal ini barulah dapat kita
menyumbat mulut-mulut orang yang mengeluarkan racun-racun berbisa yang
mengancam kesucian Islam dan kekuatannya yang terdiri dan golongan misionary
orientalis dan kuncu-kuncu mereka yang selalu mencanangkan berita-berita palsu
yang tidak berasas. Mereka ini menyangka bila memperkatakan tentang perkahwinan
Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wa sallam dapatlah mereka menggambarkan kepada
umum yang Muhammad itu manusia yang tenggelam ke dasar lautan hawa nafsu.
Seperti yang kita ketahui di mana golongan misionary
Kristian dan para orientalis adalah seteru yang professional yang paling ketat
menentang Islam. Mereka berusaha mencari kesempatan untuk menghala tikaman yang
membunuh ke arah Islam demi untuk mencari makan dengannya.
Di sana terdapat talibarut mereka yang menentang Islam
secara hobi meniru-niru dan bertaqlid saja. Persetujuan dan penentangan mereka
terhadap Islam semata-mata untuk menunjukkan mereka tidak memihak kepada Islam
dan adalah sahabat karib kepada penjajahan yang dianjurkan oleh para miSionary
dan onientalis. Oleh yang demikian maka karya kajian mereka langsung tidak
berbau dengan objektif walaupun mereka mengatakan yang karya mereka adalah
kajian objektif.
Tidakkah perkara perkahwinan RasuluLlah ini merupakan suatu
tajuk yang paling mudah difaham dan dipegang oleh Muslim yang waras. Ini adalah
berlainan sekali dengan apa yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam.
Kesemuanya ini bertujuan hendak menggambarkan RasuluLlah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sebagai seorang lelaki yang telah tenggelam ke
dasar lautan hawa nafsu dan syahwat tetapi tajuk perkahwinannya ini sudah cukup
untuk membuktikan kepada kita pendapat yang sebaliknya sebab manusia yang
berhawa nafsu tinggi hidup di tengah-tengah arus dan gelombang jahiliyyah
dengan usianya yang dua puluh lima tahun itu tidak mungkin mengekalkan dan
membiarkan dirinya bersih tanpa dinodai.
Manusia yang bersyahwat tinggi mustahil sanggup hidup
dengan seorang janda yang sudah lanjut usianya. Kemudian terus hidup bersama—samanya
tanpa memikir dan mengarahkan pandangannya ke arah perawan-perawan yang lain.
Malah penghidupan baginda yang sedemikian itu berjalan dan zaman mudanya hingga
menjangkau usia tua.
Tentang perkahwinan baginda selepas wafat Khadijah dengan
‘Aisyah RadiyaLlahu ‘anhuma dan dengan yang lain itu sebenarnya setiap
perkahwinan ini mengandungi cebisaan hikmat ilahi yang kesemuanya menambahkan
isipadu dan peratus keimanan seorang Muslim kerana di dalamnya tersemat
penagung dan tingginya akhlaq dan budi pekerti Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam (dan kesemuanya ini akan kita perkatakan di termpat-tempat yang lain).